Thursday, December 9, 2010

Asas Chegubard Tidak Iktiraf Pemilihan 2010 !!


Terjawab sudah segala fitnah yang mengatakan Chegubard akan keluar parti dan ada yang mengatakan Chegubard akan ikut jejak Zaid Ibrahim. Cukuplah...jangan ditambah dosa memfitnah.

Analisa keputusan pemilihan AMK Keadilan 2010 menyaksikan Chegubard menang di Negeri-Negeri Semenanjung dengan majoriti 119 undi.

Di Perlis Chegubard menang 2 Cabang dari 3 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri Perlis Chegubard menang majoriti 17 undi.

Di Kedah Chegubard menang 10 Cabang dari 15 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri Kedah Chegubard menang dengan majoriti 270 undi.

Di P.Pinang Chegubard menang 9 Cabang dari 13 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri P.Pinang Chegubard menang dengan majoriti 184 undi.

Di Perak Chegubard menang 9 Cabang dari 24 Cabang dan 1 Cabang keputusan seri. Keputusan keseluruhan negeri Perak, Chegubard tewas dengan 86 undi.

Di Selangor Chegubard menang 9 Cabang dari 22 Cabang dan keputusan keseluruhan negeri Selangor, Chegubard tewas dengan 109 undi.

Di Negeri Sembilan tempat kelahiran Chegubard, Chegubard menang 6 Cabang dari 8 Cabang dan keputusan keseluruhan Negeri Sembilan, Chegubard menang dengan majoriti 160 undi.

Di Melaka tempat kelahiran pencabarnya, Chegubard menang 4 Cabang dari 6 Cabang tetapi keputusan keseluruhan negeri Melaka, Chegubard tewas dengan 20 undi sahaja.

Di Johor, Chegubard menang 11 Cabang dari 26 Cabang, keputusan seri di 2 Cabang dan 5 Cabang pemilihan AMK gagal dilaksanakan. Keputusan keseluruhan negeri Johor, Chegubard kalah tipis dengan 2 undi sahaja.

Di Pahang, Chegubard menang 5 Cabang dari 14 Cabang, keputusan seri di 2 Cabang. Keputusan keseluruhan negeri Pahang, Chegubard tewas dengan 99 undi.

Di Kelantan, Chegubard menang 3 Cabang dari 14 Cabang. Keputusan keseluruhan negeri Kelantan, Chegubard tewas 185 undi.

Di Terengganu, Chegubard menang 2 Cabang dari 8 Cabang dan 1 Cabang keputusan seri. Keputusan keseluruhan negeri Terengganu, Chegubard tewas 38 undi.

Di Wilayah Persekutuan, Chegubard menang 6 Cabang dari 11 Cabang, 1 Cabang keputusan seri dan 1 Cabang gagal melaksanakan pemilihan. Keputusan keseluruhan Wilayah Persekutuan Chegubard menang dengan majoriti 27 undi.

Jumlah keseluruhan undi di Negeri-Negeri Semenanjong, Chegubard menang dengan majoriti 119 undi.

Manakala keputusan pengundian di Sabah menyaksikan di 3 Cabang iaitu di Batu Sapi, Libaran dan Sandakan menimbulkan kontroversi dan aduan serta laporan telah dihantar malah saksi hidup juga telah beri keterangan di Pejabat Pusat Parti di Tropicana tetapi hingga kini masih belum terima jawapan bertulis dari Pusat. Di Batu Sapi jumlah AMK yang keluar mengundi hampir 600 ahli menjadi isu besar.

Di Sarawak pula, hingga kini tiada laporan terpeinci di setiap cabang dipaparkan di laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat.

Semua keputusan pemilihan di Cabang di seluruh Malaysia ditarik balik di laman web rasmi Parti Keadilan Rakyat sehari selepas sharsphooter dedahkan keputusan yang meragukan sila klik di sini. Selepas itu hingga kini, tiada lagi keputusan rasmi yang dipaparkan oleh laman web parti.

Inilah salah satu sebab mengapa Chegubard tidak iktiraf keputusan pemilihan dan semasa Kongres di Selangor, Pengerusi Tetap AMK hanya umumkan Shamsul Iskandar dan yang lain sebagai pemenang tanpa mengumumkan berapa jumlah undi Shamsul dan Chegubard perolehi.

Jangan pula salahkan orang yang melapor kepincangan tetapi sepatutnya salahkan orang yang melakukan kepincangan. - Sharpshooter
 
 
Di bawah adalah laporan kali ke-tiga terhadap kepincangan JPP yang telah dihantar oleh pihak Chegubard;


18 November 2010

Kepada :
Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail,
Presiden,
Parti Keadilan Rakyat

Laporan kepincangan proses pengundian Pemilihan KEADILAN 2010

Perkara diatas dirujuk.

Pertama sekali laporan ini ditulis dalam kebimbangan semua saksi yang didedahkan dalam laporan ini terbuka untuk ugutan, malah kebanyakan saksi tidak berapa selesa untuk tampil kerana tidak mahu menimbulkan masalah pada diri.

Berikut ialah antara kepincangan yang muncul

1. Tarikh tutup pendaftaran/pertukaran anggota sudah diputuskan ada pertukaran selepas tarikh yang dibenarkan.

Merujuk aduan Saufi Mi'ad (bekas Pemangku Ketua AMK Teluk Kemang) mengenai pertukaran keanggotaan Ramlan Roes yang dibuat selepas tarikh yang dibenarkan. Pertukaran ini dibuat dan secara sengaja disedari selepas tarikh dibenarkan untuk membolehkan Ramlan bertanding Ketua AMK Teluk Kemang dengan menyokong Kamarul Baharin, Pengerusi Perhubungan Teluk Kemang yang bertanding Ketua Cabang Teluk Kemang. Apabila bantahan dibuat secara lisan kepada JPP yang bertugas dalam proses penamaan calon, Pegawai bertugas bertanya sama ada Ramlan ini penyokong cheGuBard. Apabila dikatakan tidak maka bantahan tidak dilayan. Bantahan bertulis juga telah dibuat sebaliknya tidak diendahkan sehingga kini.

Masalah aduan pendaftaran dan pemindahan keanggotaan seperti ini juga wujud di banyak tempat tidak ditangani dengan serius sehingga menyebabkan masalah yang besar seperti di Kuala Nerus.

1. JPP disengajakan tidak cukup kakitangan ?

Alasan aduan tidak dilayan ialah JPP tidak cukup kakitangan. Saya menjadi pelik bagaimana ini boleh dijadikan alasan. Atau sengaja tidak cukup kakitangan supaya boleh menutup kelemahan. Dari peringkat awal Rembau telah menghantar 4 calon untuk membantu JPP namun semua ditolak kerana alasan tidak layak dan tidak ada pengalaman.

Kemudian apabila melihat anggota JPP yang dipilih mengendalikan tugas besar, maka alasan menolak calon JPP dari Rembau dilihat cukup tidak munasabah. Ada anggota JPP sekarang yang tua dan terketar – ketar, ada anggota JPP yang buta IT tetapi calon JPP dari Rembau yang antaranya pelajar Kolej Tahun Akhir dan lepasan UITM ditolak kerana tak layak. Ada beberapa cabang lain juga mengadu perkara yang sama. Adakah ini terancang dimana beberapa cabang yang dilihat 'melawan' ditolak calon JPPnya ?


2. Pencalonan ditukar

Merujuk surat pengaduan rasmi yang dibuat oleh Zulkifli Ibrahim selaku penyelaras kempen saya yang mengadu mengenai kegiatan menukar pencalonan. Contohnya Tampin, memang sahih mensyuarat mencalonkan cheGuBard dan Chang Lih Kang sebagai calon Ketua dan Timbalan ketua AMK. Namun apabila muncul di database parti ia meletakkan nama Shamsul dan Khairul Anuar. Jika nama boleh ditukar bagaimana pula dengan nombor jumlah undi.

Surat yang dihantar sebulan lebih tidak berjawab dan tindakan tidak diambil. Orang yang dikenal bersalah bebas masuk dan keluar ibu pejabat dan menikmati bayaran gaji tanpa tekanan.


Baca seterusnya dalam entri penuh DI SINI (Pemilihan 2010 Tidak BERSIH) dan baca di sini untuk meneliti kenyataan rasmi Chegubard pasca Pemilihan 2010.


EDYES @ edyesdotcom

1 comment:

  1. boikot je program PKR pasni. Wat dek je. Ajar sikit manusia lupa diri tu. Dorang ingat org takut. Poddaaaahhhh... petik jari, berduyun anak muda bangkit bangun melawan...cuba lah kalau berani...Anwar, ko resign. selagi ko ada kat situ, abis porak peranda parti.

    ReplyDelete