Saturday, November 27, 2010

Kongress 2010 : Lebih Banyak Kerusi Untuk AMK !!


Lebih banyak kerusi untuk Angkatan Muda Keadilan ketika ucapan Shamsul Iskandar, Ketua AMK lama yang telah dibarukan. Adakah kekosongan kerusi ini telah di'reserved' untuk perwakilan-perwakilan dan ahli-ahli dari Sabah terutamanya dari Libaran, Sandakan dan Batu Sapi, memandangkan sambutan segitiga emas PKR ini sangat memberangsangkan.

Inilah hasilnya 4 tahun memegang jawatan Ketua AMK, lebih ramai yang duduk di atas pentas daripada yang duduk di bawah. Lebih malang, AMK akan terus melalui zaman gelapnya apabila tidak diberi harapan oleh para perwakilan dan ahli AMK. Bagaimana agaknya pengkaderan untuk merekrut ahli-ahli baru yang terdiri daripada akan muda sekiranya sokongan padu dari ahli sendiri sukar dicapai?

AMK tidak berubah dan tidak mahu berubah ketika kita melihat di atas sana, tak ubah seperti tahun-tahun yang sudah. Gerakan untuk mendapatkan sokongan anak muda bagi menyertai perjuangan bersama rakyat tidak bercambah seperti yang diharapkan.

[bersambung, akan disiarkan semula apabila artikel ini lengkap sepenuhnya]

5 comments:

  1. Hahaha... mat balai berucap kepada kerusi kosong...

    ReplyDelete
  2. Syed Husin juga suruh ahli PKR keluar parti kalau tak suka.

    Orang bukan setakat keluar parti. Tunjuk muka pun dah rasa malu dah. Seperti menyokong gerombolan penipu.

    ReplyDelete
  3. Udah le sam oiiii...ko sendiri mat 'u-turn'. balik jaga firm ko je la. menang cara pondan...AMK hancur bawah ko. Ari ni tak nak wat laporan polis ke sbb kerusi byk kosong... kah kah kah...tu je la yg ko tau sam, yg lain habuk pun tarak...ajak debat takut....ptuiiihhhhh

    ReplyDelete
  4. Kita lihat setakat mana kekuatan Sam bila dipilih semula sebagai Ketua AMK yang lama dan diperbarukan oleh pemilihan songsang????? Sebenarnya saya amat mengharapkan Chegubard memegang tampuk Ketua AMK, namun adat bertanding ada kalah ada menangnya, namum saya keciwa kerana Chegubard kalah.......

    ReplyDelete
  5. aku dapat bayangkan, kalau chegubard yg berucap mesti penuh sampai berdiri... macam masa debat kat Taiping itu hari... eh, Sam ada datang debat tu tak? bukan ke dia ketua AMK masa tu dan debat tu berkisar ketua AMK kan??

    Isa, mat balai kah kah kah... lu baca tak isham rais bantai mat balai??

    bunbinban, dah menang pun tak berani debat.. kah kah kah

    jeffry, songsang memang songsang... KENAPA team mereka tak standby borang 14 (Borang 29) dalam pengundian di setiap cabang?? sebab mereka tahu JPP menyebelahi mereka, sepertimana SPR menyebelahi BN...

    ReplyDelete