Sunday, November 7, 2010

JPP Harus Bertanggungjawab !! - KEADILAN Masih Punya Harapan !!



Soalnya, bukanlah kami di bawahan ini dan blogger-blogger yang mengharapkan perubahan ini melenting kerana pendedahan Haris Ibrahim. Ia lebih kepada kemuncak sebuah keresahan yang melanda setiap orang dan juga pejuang yang sayangkan perjuangan Parti Keadilan Rakyat.

Kita semua menyokong Pakatan Rakyat dan telah memberikan komitmen untuk memastikan kemenangan itu berpihak kepada gerakan-gerakan yang menentang sebuah kerajaan zalim. Perlulah diingat bahawa sokongan yang diberikan kepada Pakatan Rakyat bukanlah sokongan yang membuta tuli, tetapi sokongan di atas hasil gerak kerja, sokongan ke atas prestasi kerajaan negeri dan para YB, dan ianya termasuklah sokongan ke atas ketelusan dalam berorganisasi. 

Pemilihan 2010 menjadi satu medan paling menakutkan apabila telah timbul pelbagai permasalahan tidak mungkin diterima dengan bersahaja oleh setiap ahli yang berpegang kepada prinsip perjuangan. Sifir mudahnya ialah, jika keadilan dan ketelusan tidak dapat dijamin dalam sebuah parti yang berlandaskan keadilan dan ketelusan, apakah ertinya sebuah reformasi?

Saifuddin Nasution telah bersuara bahawa kertas undi yang di'smuggle' keluar dari kem Jawatan Kuasa Pemilihan Parti (JPP) adalah sepatutnya telah dihapuskan. Persoalannya ialah, mengapa ianya tidak dihapuskan walaupun ianya hanya untuk undian minggu tersebut. Tanpa siasatan, Saifuddin secara langsung menggelar blogger rakyat Haris Ibrahim sebagai blogger liar!

Terus terang saya katakan tahniah di atas pendedahan Haris kerana dengan pendedahan ini, kelemahan JPP telah terserlah dan wajib dipertanggungjawabkan! Saifuddin harus berterima kasih terhadap Haris Ibrahim walaupun pendedahan itu tidak dirujuk terus kepada Saifuddin - ia adalah pengajaran berguna. Sekali sekala, penyelewengan perlu di ajar dengan penyelewengan!

Walaubagaimanapun, saya cuba bersikap adil sebagai seorang aktivis blogger yang bertindak atas maklumat. Jika benar kertas undi minggu ini berlainan warna, kertas undi bagi pengundian minggu lalu tidak harus dibiarkan 'terjual' begitu sahaja. Siasat JPP secara serius jika benar-benar pemilihan kali ini benar-benar ingin dilaksanakan dengan adil dan telus. Janganlah membiarkan pekung yang busuk itu memuntahkan lebih ramai pemerhati yang saya kira masih sayangkan perjuangan parti.

Saranan saya, JPP harus ditukar ganti dengan jawatankuasa protem / penaja yang bakal menguruskan pengundian seterusnya. Penjelasan lebih terperinci amat diperlukan ketika ini bagi meredakan segala kemarahan. Jawatankuasa siasatan juga perlu diduduki oleh wakil-wakil yang bebas. Jika benar Azmin Ali didapati menjadi dalang utama segala kecelaruan yang berlaku hari ini, hukumlah Azmin dengan setimpalnya. Jika tidak, kita juga harus bertindak adil dalam menghukum persepsi. Walaupun saya tidak gemar permainan Azmin, saya juga perlu adil menilai.

Di kala peluang untuk menubuhkan sebuah kerajaan pusat yang baru kini terhidang di depan mata, apakah kita sanggup menghancurkan peluang yang hadir sekali dalam tempoh 50 tahun ini? Maka sebelum kerajaan baru berorientasikan keadilan untuk rakyat itu menjadi realiti, pastikan organisasi yang ada pada hari ini khususnya Parti Keadilan Rakyat wajib memberikan contoh terbaik sebagai bakal kerajaan pemerintah. Apa yang kita ada pada hari ini bukan sahaja tidak cukup untuk menawan Putrajaya, bahkan mempertahankan negeri Selangor juga belum tentu gamaknya.

Kita sama sekali tidak mahu rentas masa tahun 1999-2004 menjadi ulangan di bawah sebuah rejim yang jauh lebih syaitan dari rejim Islam hadhari. Jauh sekali mahukan parti Keadilan berkubur sepertimana Ku Li dan Semangat 46nya. Bagi kebanyakkan mereka yang berjuang di atas prinsip, memilih untuk kembali menyokong UMNO adalah sesuatu yang cilaka dan suweyy sampaikan ada di antara kita yang berpujangga - jika mati hidup balik pun takkan sokong UMNO.

Parti Keadilan Rakyat perlu adjektif yang rapid untuk mengubah persepsi buruk kepada yang lebih baik ketika ini. Penjenamaan semula jika perlu. Pembaharuan dalam pendekatan parti perlu dilaksanakan segera dan saya melihat Chegubard sebagai satu ikon paling sesuai untuk melaksanakan perubahan yang praktikal. Semoga beliau berjaya diangkat menjadi ketua kepada sayap terpenting iaitu Angkatan Muda Keadilan bagi menarik lebih ramai anak muda untuk terus berjuang dalam Pakatan Rakyat. Menangkan Chegubard, pasi ada pembaharuan hebat !

Jika kita sering mengatakan Sabah dan Sarawak adalah deposit selamat bagi Barisan Nasional, kita jangan lupa deposit kita yang terdiri daripada anak muda perentas perubahan yang bencikan pemerintah zalim dan golongan atas pagar (3rd Force) yang tidak berpartisan tetapi mempunyai prinsip, masih belum selamat untuk disolidkan menyokong Pakatan Rakyat. Ia pasti menjadi lebih parah sekiranya perkara setelus Pemilihan 2010 gagal dilihat telus.

Ayuh bingkas dan bangkit! Buatlah apa yang perlu, selesaikan apa yang patut !!

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
we love KEADILAN while we can !!

2 comments:

  1. Chegu Bard patut gantikan KJ dalam UMNO baru sedap. Ayoh chegu bard masuk UMNO dengan anak2 muda yang lain untuk duduk dibarisan hadapan pemuda UMNO.

    ReplyDelete
  2. ha ha ha...apa barang masuk parti skema umno woiiiii...baik tak berparti!. tapi aku setuju sgt siasat betul2 benda mcm ni. muak dah oiiii... azmin...ko boleh blah..! Zack, ko mmg lupa diri. Anwar ko dah terlebeh makan puji dan simpati....get lost. Kak Wan, jadilah presiden yg punya integriti or u better step down, otherwise we make u.

    ReplyDelete