Monday, November 15, 2010

Hanya Chegubard Berani Tegur Kealpaan DSAI !!

Selesai sesi sudut pandang awani..saya tegaskan


1.Amk harus lebih bebas dan tidak bermain politik naungan supaya dilihat terus relevan dan berbeza dari kelompok sayap politik muda parti regim (UMNO).

2. Idea segar sentiasa datang dari pinggir bukan mainstream maka tak salah anak muda lontar idea cabar idea DSAI. Agar DSAI juga lebih kelihatan segar dan tak lapok!

3. Kalau kita lemah kita akui lemah, kalau ada salah akui ada salah maka rakyat akan lebih hormat.

4. Kita harus bina kekuatan sendiri dan jangan asyik nak menang kerana kelemahan orang (kelemahan BN 2008).

5. Amk harus jadi patform gerakan muda dalam dan luar parti !

- chegubard

3 comments:

  1. setuju bebenor. Jgn jadi pak hangguk je. Anwar bukannya tak pernah buat silap malah kesilapan dia sendirilah tak habis2 turun naik mahkamah. Lagi pun sudah sampai masanya Anwar perlu di tegur setelah sekian lama ahli membisu dan hanya mengiakan saja semua tindakan dia. Kena tanam dlm jiwa anak muda bahawa kita berani menegur dan mendesak jika berlaku perkara2 yg di lihat tidak 'kena'. Dan kita perlu berlapang dada bahawa Anwar bukan lagi satu2nya faktor penting malahan banyak lagi perkara lain yg pada saya, jauh lebeh penting dari batang tubuh Anwar itu sendiri. Cukuplah, kita kena bergerak laju ke depan, tidak tersekat-sekat dek kes2 Anwar yg tiada kesudahannya. Bukan saya kata Anwar mmg salah dlm kes liwat malahan saya tetap bersetuju bahawa dia teraniaya dan itu semua fitnah. Namun, satu persoalan, PKR berjuang utk apa?. Keutamaannya apa?. Tanpa Anwar, adakah kita akan terus tersungkur, layu?. Ya, kita akan tersungkur dan layu kalau ahli masih lagi terlalu bergantung harap kepadanya justeru itu, buka minda, bulatkan tekad bahawa perjuangan parti adalah untuk rakyat. PEACE

    ReplyDelete