Thursday, November 18, 2010

Chua Soi Lek - Dari Skandal Seks ke Menteri Kabinet !??


Adalah menjadi resam dan kebiasaan, presiden kepada parti komponen utama Barisan Nasional menjadi salah seorang menteri penuh dalam kabinet kerajaan. Parti MCA umpamanya, mempunyai presiden parti yang baru iaitu Chua Soi Lek yang sekembalinya dari 'suspended' di atas masalah moral yang melampau. Presiden parti MCA biasanya menjadi menteri kabinet penuh, itu fakta. Apakah kali ini pelucah ini akan dilantik kembali memegang jawatan Menteri Kesihatan - setelah testimoni berjaya ke atas produk viagra.

Maka kita tidak hairan jika seorang pemimpin tidak bermoral, yang mempunyai VCD lucah di merata tempat dan juga bersebaran dalam jaringan internet, akan dilantik menjadi menteri kabinet sekiranya benar berlaku rombakkan. Kita tidak akan berasa pelik kerana memang begitulah gamaknya moral bagi kebanyakkan pemimpin Barisan Nasional.

Baru-baru ini, pemimpin yang telah juga dikenali dengan gelaran anti-islam dan xxxxx iaitu Soi Lek sekali lagi mengundang kemarahan umat Islam negara ini apabila memperlekeh hari besar umat Islam. Disebut melalui twitter, dan di bawah ini adalah alihbahasanya;

“Disebabkan Hari Raya Haji, semua kedai nampak tertutup untuk sambutan ataupun ini adalah arahan daripada majlis tempatan? Ia sunyi di Kota Bharu,”

Soal Chua di Twitter walaupun sememangnya umum diketahui bahawa sambutan Hari Raya Haji di Kelantan dan beberapa negeri lain adalah jauh lebih meriah berbanding Hari Raya Aidilfitri. Mengapa perlu mempersoal hari penting bagi umat Islam? Tidakkah Chua Soi Lek tahu ketika perayaan hari besar cina, sudah pasti banyak urusan tergendala, banyak kedai-kedai penting barangan keperluan tutup selama seminggu dan antaranya ialah dari pengalaman saya sendiri iaitu dari aspek siksa untuk mendapatkan stok alat-ganti kenderaan yang menyebabkan kereta tersadai seminggu lamanya.

Jadi, adakah ini satu lagi perang saraf UMNO-Barisan Nasional untuk mendekatkan rakyat kepada pergaduhan antara kaum, supaya kesempatan itu di ambil bagi memperkuatkan parti berlandaskan bangsa melayu?

Sebagai rakyat yang kalis kepada propaganda murahan, sebagai komuniti yang kalis terhadap provokasi perkauman, kita sudah hadapi pelbagai jenis cubaan untuk melagakan dan menghidupkan api perkauman dan kita menghadapinya dengan cemerlang apabila sehingga hari ini, masih cool and steady.

Percayalah mereka akan cuba melaga-lagakan kita dengan pelbagai resepi dan rencah yang meningkatkan selera untuk pergaduhan antara kaum itu berlaku. Tetapi kita tetap bersedia dan bersetia untuk tidak bersikap rasis dan tidak menyahut laungan rasis!

Kini saya tidak pasti kali yang ke berapa CSL gagal dalam cobaannya. Kita semua faham, cubaan ini adalah semata-mata bagi menarik perhatian Najib Razak untuk diselitkan dalam kabinet baru Najib dengan kapasiti terbarunya - Presiden MCA.

Apakah anda semua boleh duduk diam, kalau ada pemimpin porno tak bermoral serupa ini dilantik menjadi salah seorang menteri kabinet kerajaan Malaysia?

Bangkitlah menentang kebathilan!! kita masih punya maruah sebagai rakyat yang bertanggungjawab dalam menentukan halatuju negara ini!  

EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION

1 comment:

  1. woi pekasam.. pukida! awat diam?? pornstar tu komplen pasai raya haji kedai tutup!! hehehe barua punya menteri.

    ReplyDelete