Thursday, October 28, 2010

Mencuri Populariti Calon Lain Untuk Menang ?



PILIHLAH PASUKAN YANG 'FIRM' DENGAN CALON YANG LENGKAP-MELENGKAPI !!

Kali ini saya ingin menyentuh perihal pemilihan calon-calon naib ketua AMK. Untuk calon naib ketua, hanya 3 sahaja yang akan dipilih oleh setiap ahli AMK yang mengundi.

Bagi mereka yang ingin sebuah pasukan kepimpinan AMK yang mantap, dengan tiap-tiap seorang daripada naib ketuanya 'firm' dengan tugasan yang telah dikhaskan dan diatur sebaiknya - calon dari Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah yang paling idelistik yang menyentuh segala faktor-faktor realiti.

Mari kita berbicara dengan fakta logik. Setiap ahli perlu mengundi 3 calon naib ketua yang difikirkan layak dan sesuai kena dengan tempatnya. Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai 3 orang calon naib ketua yang solid dengan sokongan akar umbi dan ketiga-tiga calon ini juga sangat jelas dengan kebolehan masing-masing bagi menjayakan agenda yang telah digarap bersama demi sebuah harapan - perubahan positif yang rapid untuk menjadikan AMK sebuah sayap pemangkin kebangkitan sebenar anak muda!

Seperti yang dikatakan tadi, setiap calon naib ketua Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai tanggungjawab tersendiri. Ada calon naib ketua yang diberi tugas mengembalikan persepsi terhadap AMK dan Keadilan Pusat, agar kita tidak lagi diletakkan sebagai parti paling lemah dalam gagasan Pakatan Rakyat. Ada calon naib ketua yang diberi tugas untuk memastikan pergerakan AMK di borneo mendapat perhatian sewajarnya dan ada calon naib ketua yang bertanggungjawab memastikan kesaksamaan kaum minoriti tidak dipinggir.

Masing-masing mempunyai portfolio yang berkait rapat dengan agenda perubahan yang dibentangkan demi AMK yang progresif.

Bicara soal logiknya yang saya maksudkan di sini ialah calon naib ketua dari pasukan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi mempunyai 3 orang naib ketua, maka pilihlah ketiga-tiga naib ketua ini kerana ia sebuah matematik mudah yang menjadikan pilihan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah pilihan yang logik !

Apa yang dikatakan tidak logik pula ialah - apabila sesebuah gerup itu mengambil hampir semua baki calon naib ketua untuk dijadikan 'chai' yang akhirnya dilihat 'chai cacamerba asal jadi'. Permainan ini sebenarnya adalah satu jalan selamat untuk calon jawatan tertinggi AMK dengan mengambil setiap calon naib ketua, lantas disumbatkan sekali dalam satu chai untuk ditempur sesama naib ketua itu bagi merebut 3 tempat. Ini tidak logik.

Mencilok calon naib ketua pasukan lain dengan meletakkan dalam 'chai' dan cubaan untuk mencilok timbalan ketua AMK pasukan lain (kerana tersalah bawak timbalan) merupakan perkara yang lebih tidak logik. Tidaklah saya pasti samada calon naib ketua yang digambarkan menyertai pasukan itu benar-benar maklum mengenai lamaran air liur tak bercincin itu.

Bayangkan sekiranya sebuah gerup yang hebat dan dibuktikan kehebatan itu dengan kumpulan perarakan dan kumpulan kompang ketika hari penamaan calon, mempunyai 4 orang naib ketua, atau 5, atau mungkin 6 (tanpa pengetahuan naib ketua yang lain) dan tidak mustahil 9. Asal dapat dibisikkan perkara yang sama di setiap telingan naib-naib ketua AMK yang bertanding mewakili kumpulan ini dengan ayat komersial "undi untuk kau SOLID".

Cuba saudara-saudara pejuang AMK fikir dan bayangkan, di dalam sebuah pilihanraya kecil DUN, mana mungkin satu parti itu meletakkan 2 calon dalam DUN yang sama. Atau apakah mungkin Parti Keadilan Rakyat menghantar 3 orang calon untuk bertanding menentang calon UMNO di sebuah pilihanraya kecil Parlimen ?

Tanpa menifesto visi dan misi yang jelas, tanpa menghiraukan walaupun pasti ada naib ketua dari pasukan ini bakal terkorban, mereka masih menambah jumlah naib ketua.

Sifirnya mudah, mengumpul naib-naib ketua AMK bagi satu tujuan iaitu mencuri populariti naib-naib ketua yang bertanding demi melepaskan kesumat si ketua, di atas signal ketua kepada si ketua.

Jika AMK dipimpin oleh ketua pasukan ini serta timbalan dan naib-naibnya (yang telah dirancang siapa 'chai' sebenar yang bakal peroleh undi), alamatnya sampai ke'tua' AMK akan mundur seribu bahasa.

Ingatlah wahai ahli dan kepimpinan Cabang AMK, ketika saudara bertekad menyertai Keadilan bagi menentang ketidakadilan, ketika itulah saudara semua diishtihar sebagai pejuang. Jika pun bukan pejuang keadilan, sekurang-kurangnya ialah pejuang rakyat, atau sebaliknya. Resam sebenar seorang pejuang itu ialah apa yang anda sedang fikir ketika ini, kerana itulah perjuangan anda dan kerana itulah yang akan anda perjuangkan!

Jika demi mengembalikan kegemilangan AMK itu dianggap satu perjuangan, maka saya katakan Anak Muda Penerus Perjuangan Reformasi adalah wadahnya.

AMK akan lebih gemilang dari mana-mana zaman gemilangnya di bawah keazaman dan kepimpinan seorang tokoh penggembeling revolusi anak muda. Siapakah yang saya maksudkan? Siapapun yang saya maksudkan, pasti ketika ini susuk tokoh itu telah tergambar difikiran anda, tidak lain dan tidak bukan itulah tokohnya.

Jadikanlah pergerakkan AMK ini sehebat ombak besar, kerana apabila sampai masa AMK bangkit, ia akan menjadi Tsunami!!


EDYES @ edyesdotcom - COURT oF PUBLIC OPINION
aramaite dari sandakan

No comments:

Post a Comment