Sunday, October 17, 2010

Jom Pakat Undi Chegubard !


Oleh : LeeSlimShady

Chegu Bard, satu nama dimana personalitinya menggerunkan ramai. Sebut nama Chegu Bard, semua orang tahu, ini orang tak takut pada siapa-siapa pun dalam 'circle' politik di-Malaysia. Kalau kita lawat blog "perjuangan adalah perlaksanaan kata-kata" nya disini http://chegubard.blogspot.com blog itu dipenuhi dengan gambar-gambar dia turun berdemonstrasi mewakili rakyat-rakyat marhein bagi menunjukan rasa tidak puas hati terhadap satu-satu benda, gambar-gambar dia bakar seseorang (gambar bakar patung yang menyerupai seseorang), bantah sana-sini. Gambar kena 'katok', gambar kena gari, gambar kena usung dengan polis, macam-macam lagi lah gambar-gambar yang menunjukan dia seorang 'fighter'. Gurkah-gurkah politik di'port' kata, kalau tanya dia siapa hero atau idola dia, gerenti dia jawab Che Guevara.

Chegu Bard adalah anak-anak muda 'GENERASI REFORMASI'

Gurkah-gurkah politik di'port' tak kan lupa peranan Chegu Bard pada satu tunjuk perasaan beberapa tahun lepas, dimana dia telah mengusung tilam untuk dihadiahkan kepada Dollah Badawi kerana sikap Perdana Menteri Dollah Badawi yang didakwa suka tidor. Begitu juga dengan perhimpunan untuk dia hadiahkan 'kek harijadi Altantunya' kepada Najib.

"Tak ada hal kalau saya tidak mendapat restu dari Anwar Ibrahim. Banyak calon-calon yang dok jual nama Anwar pun, tapi bila bertanding, keputusan dalam pemilihan tak bagus juga," Chegu Bard memulangkan paku buah keras kepada gurkah-gurkah yang bekerja untuk sesiapa juga pada mana-mana pemilihan parti PKR 2010.

CHEGU BARD akhirnya menetapkan pendirian untuk bertanding merebut jawatan Ketua AMK di dalam pemilihan PKR kali ini. Tahniah diucapkan kepada Chegu Bard kerana akur akhirnya dengan kehendak akar umbi, khususnya dari golongan yang tidak mahu semangat atau roh reformasi disemadikan.

Satu aspek yang saya cukup hormati dengan Chegu Bard adalah sepanjang tempoh kempen kali ini, beliau berjaya menjarakkan dirinya dari kontroversi. Tidak seperti YB Azmin dan Dato Zaid, Chegu Bard berjaya menempuhi kempen beliau dengan suasana yang sihat. Namun demikian, dalam politik ini jika kita tidak `mengusik', orang lain pula `mengusik'. Itulah adat berpolitik terutamanya di dalam sebuah parti yang boleh dikatakan masih ramai pemimpin dan ahlinya yang belum suci dirinya dari `berbau UMNO'.

Lihatlah, YB Azmin mulanya sepi tetapi apabila Dato Zaid `mengusik', maka YB Azmin pun membalasnya. Bahkan, usikan Dato Zaid merata-rata sehingga ke Ketua Umum, Presiden, Timbalan Presiden habis diusiknya. Arahan parti agar memboikot akhbar Utusan pun dipersendakan oleh Dato Zaid. Inilah hebatnya Dato Zaid yang Chegu Bard tidak boleh nak ikut.

Ada pendapat yang menyebut Chegu Bard mendapat `sokongan' kuat dari DS Anwar kerana beliau adalah di antara `ahli keluarga' terdekat dengan Ketua Umum PKR itu. Ada juga yang menyebut Sdr Rafizi pun mendapat sokongan dari DS Anwar kerana beliau berada di Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor itu. Setakat ini calon Ketua AMK yang popular adalah Chegu Bard dan Sdr Rafizi. Mustahil DS Anwar mahu kedua-duanya serentak menjadi Ketua AMK. Jelas pada kita, banyak yang tidak betul persepsi orang ramai terhadap sokongan DS Anwar kepada calon-calon Ketua AMK ini.

Setahu kita, Chegu Bard tidak pernah menggunakan pengaruh DS Anwar sepanjang kerjaya beliau di dalam politik. Lihatlah Chegu Bard sekarang, apa yang ada pada beliau selain dari Ketua Cabang PKR Rembau yang dipilih oleh orang Rembau sendiri. Jika beliau mahu gunakan pengaruh DS Anwar, sudah tentu sekarang Chegu Bard menjadi YB kerana DS Anwar akan letakkan beliau di kawasan yang selamat semasa Pilihanraya Umum yang lalu. Chegu Bard tidak kisah apabila beliau tewas di Parlimen Rembau. Beliau juga tidak mengkhianati parti untuk mengikut bekas bosnya di dalam Gerak iaitu Ezam Sesumpah. Mungkin jika beliau ikut Ezam sesumpah, sekarang ini kita panggil Chegu Bard Senator Badrul Hisham. Tidak mustahil kan?

Kita tahu Chegu Bard tidak pernah `usik' sesiapa sepanjang kempen beliau untuk menjadi Ketua AMK. Bahkan, secara terbuka Chegu Bard menyokong sesiapa sahaja yang dipilih oleh ahli-ahli di dalam pemilihan kali ini. Baca di sini. Namun, ada yang tergamak buat fitnah kepada beliau. Baru-baru ini ada cerita tentang Chegu Bard `dapat jutaan' duit dari satu pihak untuk menyokongnya. Kalau begitu kayalah Chegu Bard, tetapi mengapa handphone Chegu Bard pun jenis `cokia' bukan Nokia canggih ? Dengar ceritanya handphone pun ada yang tolong belikan kerana katanya beliau pernah kehilangan handphone `Blackberry' buatan China. Kalau berjuta Chegu Bard dapat, jomlah kita tengok rumah banglo atau kereta mewah Chegu Bard.

Kesimpulannya, keputusan Chegu Bard untuk bertanding kerusi Ketua AMK amat dialu-alukan dan mesti kita beri sokongan. Roh atau semangat reformasi tidak akan mati sekiranya Chegu Bard menjadi ketua kepada golongan muda di dalam PKR. Ketokohan dan keberanian beliau tidak perlu diulas lagi, Umno pun tahu siapa Chegu Bard malahan mana pegawai-pegawai Polis yang tidak kenal anak muda Rembau ini? Aktiviti anak-anak muda di dalam berdemontrasi tidak lengkap tanpa kehadiran Chegu Bard. Chegu Bard tidak muncul sewaktu pemilihan ini saja, beliau sentiasa muncul selagi ke tidakadilan masih berlaku di negara ini.

Steadylah Chegu Bard!

Jom kita pakat-pakat undi Chegu Bard untuk Ketua AMK.

No comments:

Post a Comment