Saturday, September 25, 2010

Dalil-Dalil Mengapa Rafizi Tidak Layak Menjadi Ketua AMK !!

Rafizi Ramli dan Calon Timbalannya


Bermula dengan baik untuk dicalonkan jawatan Ketua AMK apabila menjual nama Anwar Ibrahim ke sana ke mari dan diberi laluan mudah apabila Azmin Ali bergerak memperkenalkan Rafizi di mata akar umbi. Ini calon yang tidak punya kekuatan diri. 

Menjual nama Anwar Ibrahim adalah tiket yang paling mudah untuk mendapat pencalonan kerana mentaliti ahli yang melihat pilihan Anwar ialah pilihan tepat tanpa mengambil kira kriteria sebenar seorang ketua AMK dalam latar masa yang kritikal sepanjang penggal yang mendatang.

Tergamakkah seseorang itu mengaku ingin bertanding kerana disuruh oleh Anwar? Umpama orang yang tiada pendirian, hanya ingin bertanding apabila disuruh berbuat demikian, dan Anwar telah nafi meletakkan calon yang direstu. Rafizi juga dengan tidak segan menafikan kata-kata yang pernah dilafazkan olehnya tidak lama dulu di Pulau Pinang. Faizal ketua AMK Balik Pulau menjadi saksi hidup yang merakam setiap kata-kata Rafizi yang sanggup menipu dengan mengatakan Anwar Ibrahim memintanya bertanding. Lebih meloyakan, dalam dakwaannya Rafizi, pencalonannya sebagai ketua AMK mendapat restu dari Anwar sendiri seolah-olah Anwar Ibrahim mahukan kemenangan di pihak Rafizi.

Rafizi cuba memilih jalan senang untuk dinaikkan selaku ketua AMK, mengakui dirinya telah teruji sejak penangkapan Anwar Ibrahim 1998. Semua sedia maklum, Rafizi telah mencikaikan sejarah kebangkitan pejuang reformasi apabila mengatakan reformis jalanan itu bersifat romantis dan harus ditinggalkan demi menuju ke Putrajaya. Sungguh angkuh! 

Saya ingin tegaskan, tanpa reformis jalanan, jangan mimpi untuk bersenang lenang merentasi halangan demi halangan ke Putrajaya. Kerana kita pasti 'round' terakhir sebelum mencecah PRU-13 pasti disulami keganasan yang jauh lebih hebat. Adakah kaum-kaum pejabat seperti Rafizi akan berdepan dengan watercanon FRU sekiranya kebangkitan rakyat sekali lagi dituntut di jalan raya?

Ketika artikel ini sedang digarap, kita mendapat berita bahawa pejabat kartunis Zunar telah di'ambush' dan Zunar sendiri telah ditangkap dan dilokap. Bergegas ke tempat kejadian ialah Latifah Koya. Di manakah Rafizi ketika kejadian ini? Juga tidak ketahuan di mana calon bakal U-turn Sam. Chegubard pula berada di Kemaman.

Penangkapan Zunar adalah detik-detik permulaan kezaliman yang bakal kita hadapi di bawah regim Najib, yang berkemungkinan lebih ganas dari era Mahathir kerana kita sedar Najib itu sentiasa mahu selamat. Selamat pada Najib, maka musibahlah pada penentangnya. Apakah orang flip-flop seperti Rafizi yang kita kira belum teruji ini mampu mengumpul angkatan muda untuk menghadapi semua ini? Hari ini Zunar, sampai masanya pasti giliran Anwar !

Masih kita ingat apabila Rafizi dikecam oleh sebilangan besar anak muda Keadilan kerana keangkuhannya menuduh semangat reformis adalah romantis, Rafizi membuat pusingan 180 darjah apabila mengaitkan dirinya dalam gerakkan reformasi 1998. Malangnya, ia terus dibidas dan lebih mengejutkan apabila ratu reformis Nora Reformasi membidas sekeras-kerasnya betapa kak Nora sendiri tidak langsung mengenali siapa Rafizi. Saya juga tidak mengenali Rafizi, lebih malang apabila otai seperti Mat Saman Kati juga tidak mengenali Rafizi. Bagaimana Rafizi mampu menggerakkan AMK jika tidak berkesempatan selama ini bersua muka dan bekerjasama dengan AMK negeri? Fikir-fikirkanlah logiknya.

Dalam debat tempohari, tidak satu pun gerak kerja yang dibentangkan oleh Rafizi. Apakah menawan Putrajaya itu semudah duduk di atas meja rundingan? Sekejap mengakui dari golongan elitis, sebentar pula mengakui bukan golongan elitis dan berasal dari kampung. Dengan angkuhnya Rafizi juga mendakwa mencari dana untuk menggerakkan anak muda kononnya membayar gaji mereka yang bekerja untuk parti. Mungkin bagi Rafizi, inilah kriteria yang membolehkan dirinya menang bertanding jawatan ketua AMK sedangkan saya yakin anak muda Keadilan tidak memandang duit semata-mata (seperti perwakilan UMNO). Anak muda Keadilan bukanlah lembu yang dicucuk hidung, adalah menjadi satu penghinaan apabila mengaitkan wang ringgit dengan semangat semulajadi anak muda.

Satu faktor yang ingin saya katakan menjadi dalil terpenting mengapa Rafizi Ramli tidak layak diangkat sebagai pemimpin berjawatan ketua AMK, iaitu faktor merajuk! Di akhir program debat, Rafizi telah membuat pengakuan bahawa dia melepaskan jawatan kerana tidak bersetuju dengan ezam yang ketika itu berada di penjara. Setelah meletakkan jawatan, Rafizi merajuk ke luar negara. Inikah ciri pemimpin yang sesuai menerajui jawatan ketua AMK ?

Cuba saudara bayangkan, sekiranya terdapat perbezaan pendapat dengan Kak Wan sebagai contoh, masalah tidak selesai dan Rafizi letak jawatan lalu melarikan diri. Apakah yang akan terjadi kepada AMK ketika itu apabila ketuanya lari meninggalkan meja rundingan? Itu baru hal sekecil perbezaan pendapat yang tidak dapat diselesaikan. Apakah musibahnya kepada AMK apabila pejabat AMK diserbu polis? ataupun ketika demonstrasi, Rafizi hanya beri arahan dari dalam kereta bertinted gelap. Ataupun lebih realitinya, sekiranya Anwar dihumban ke Sungai Buluh, mampukah Rafizi menggerakkan bala tentera Angkatan Muda Keadilan, jika penggerak local seperti MSK pun tak kenal, jika tidak punya jaringan perhubungan yang repulsif? Persoalan inilah perlu diambil perhatian oleh semua pejuang-pejuang AMK.

Rafizi Ramli, sudahlah kita dapat tangkapnya menipu, berdolak-dalik dalam menegakkan pendirian, dan baru-baru ini kita mendapati Rafizi Ramli cuba meniru bulat-bulat apa yang telah diusahakan oleh chegubard. Seperti yang kita maklum, Chegubard jelas melakar misi, visi, permasalahan dan sasaran gerak kerja, tup-tup di selangor semalam Rafizi juga dah ada sasaran gerak kerja dengan menamakan Koperasi Anak Muda, sedangkan sebelumnya Chegubard telah berada di sana lebih awal dengan nama Konsotium Anak Muda.

Rafizi Ramli penipu, peniru dan berdolak-dalik di antaranya. Untuk pemilihan kali ini, tolak calon bernama Rafizi Ramli, tolak calon dolak-dalik, calon penipu dan peniru, dan yang paling penting, tolak calon wahyu. Kerana AMK itu ahlinya berpendirian tetap dan berpegang kepada prinsip perjuangan.


EDYES @ edyesdotcom

19 comments:

  1. ala jgn bimbanglah cgu bard akan menang , tau lah hang penyokong dia hehehe

    ReplyDelete
  2. X payah la nak wat dalil mcm2. Kau tunjukan kemampuan siapa yg kau sokong sudah lah. Ni nak tambah serangan kat rafizi apa hal. Ada prinsip la sikit beb.X payah serang calon lain la.
    Aku kenal rafizi dan aku yakin sgt dia x pernah guna nama anwar dlm mana2 dia pergi.
    Rafizi selalu bg tau aku nak serang dia seranglah tapi jgn lupa mesej yg dia bawa.

    ReplyDelete
  3. CheguBard kan pemimpin agong..Yang duk meracau sana sini sbb dh kene bayar.. dgr citer dapat 4ribu sebulan.snng xyah buat keje ape2. sbb dulu ada satu kes die merayu mintak keje. . tp bile org bagi tak smpi 3 bulan keje dah kene buang sbb perangai burok...ponteng memanjang..sbb tuh skrang die bermati-matian giler kuase..kalau tak abis la periuk nasi die..

    ntah2 chegubard byar edy tak? sbb tuh sanggup malukan orang lain walaupun satu parti..blah la weii

    ReplyDelete
  4. Semua ni mengarut jer... semua mengejar kepentingan untuk diri sendiri... korang yang dok menulis blog ni... apa yg korang dapat? cuba bagitahu aku? apa yg korang dapat?.... sudah la.... teruskan hidup korang....

    ReplyDelete
  5. Tak kira sape name dia. Kot dia perangei macam ameno tolak je.

    ReplyDelete
  6. x guna punya hangpa

    apala sifat org islam gini

    boleh belah la!

    ReplyDelete
  7. sy balas semua komen mengikut turutan;

    1. InsyaAllah chegubard menang... terbaik utk AMK!

    2. Chegubard dah tunjukkan kemampuannya melalui kempen yang yang paling terkesan - bekerja walau diluar lingkungan waktu pemilihan / berkempen! anda kenal rafizi bukan bermakna rafizi tidak menipu dan menggunakan nama DSAI.

    3. bukan taknak kata chegubard pemimpin agong, cuma perjalanan masih panjang. aku tak nampak blogger pakatan yg dibayar. dan aku sebagai aktivis blogger rasa terhina dengan tuduhan aku terima duit dari chegubard. nanti aku tunjuk kasut BATA yg chegubard pakai... BATA, bukan CLARK !

    4. apa yg mengarut? apa yg kejar kepentingan diri? apa yg aku dapat dalam menulis blog ini? aku dapat berjuang. ok?

    5. umno itu elit melayu... hehe

    6. (saya tak faham siapa yg anda kutuk, saya atau rafizi? sila komen semula)

    TERIMA KASIH

    ReplyDelete
  8. ya rafizi tidak guna nama sesiapa dalam kempen dia.aku tahu la sebab aku kenal dia.dari kau yang x kenal tapi menuduh.dah jumpa dia belum?pernah tanya dia atau belum?.
    adab berjamah kena jaga.

    ReplyDelete
  9. salam,

    ada jumpa rafizi masa di taiping, rafizi nafikan perkara tu.

    bila sy siasat, ada bukti dalam bentuk rakaman. cuma hak untuk expose rakaman tu bukan atas tangan sy... yg penting sy tidak tuduh melulu.

    ok?

    ReplyDelete
  10. dedahlah kata dah dengar apa tunggu lagi.jgn ulangi taktik lapuk.

    ReplyDelete
  11. org mcm anda ni lah yg memalu kan PKR dan menawarkan hati sy utk menyokong PKR. Ilmiah sikit kalau nak serang pun guna akal sikit.Ini tuduh melulu menipu mencacai, jual nama etc adalah satu penghinaan kepada kebijaksanaan pengundi2.mereka tau niat anda menulis dan mengambil jln mudah menuduh dan terus menuduh seorg bakal pemimpin.Malaysia need people like Rafizi..

    ReplyDelete
  12. betul ke Malaysia perlukan elitis macam rafizi?

    kalau betul2 rafizi ada gerak kerja yang solid, ada track record yg mampu kita nilai hasilnya, ada prinsip dan pendirian yg tegas dan mempunyai kekuatan yg berdiri atas diri sendiri, pasti kita akan sokong orang macam nie...

    tapi masalahnya, mcmana kita nak terima seorang bakal pemimpin kaki penipu, bermuka-muka dan peniru macam nie?

    mungkin hari ini sy lihat rafizi belum cukup fit untuk jawatan seberat ketua AMK. tetapi siapa tahu, masa akan datang kita akan dapat lihat rafizi berjuang tanpa jawatan, dan berjaya menarik sokongan dari hasil kerja kuat dan titik peluhnya sendiri. ia tak mustahil dalam masa akan datang.

    ReplyDelete
  13. Kat taiping tanya waktu bila? Sebelum atau selepas? Sepanjang apa aku nampak ada satu kumpulan tertentu yg langsung tidak mahu bersalam dengan rafizi...mungkin sebab rafizi parti lawan kot.
    Aku pun boleh kata hasil aku siasat aku telah terjumpa rakaman memfitnah rafizi tapi bukan hak aku untuk dedah rakaman itu yg penting aku x tuduh melulu.maksudnya setakat tulis semua orang boleh tulis. Dedahkan. Bukan budaya lama sekadar kata ada kotak.
    Adab berjamah tolong jaga la.
    Waktu debat minyak kita cukup teruja dgn fakta yg diberikan. Tapi dari mana fakta itu disusun sebegitu baik. Rafizi tiada masalah tiada jawatan. Hang sokong la siapa yang hang nak sokong x yah burukkan. Adab berjamah hang tolong jaga.

    ReplyDelete
  14. haha budaya mat motor yg keje megutuk dan menghina orang lain walaupun seangkatan akan menyebabkan pemuda keadilan dibenci oleh rakyat...tahniah chegubard

    ReplyDelete
  15. "bakal pemimpin kaki penipu, bermuka-muka dan peniru macam ni?"...sungguh murahan cara anda utk aniaya dan sabotaj sdr. Rafizi. Elitis? Sdr. Rafizi bkn lah dari keluarga yg senang bapanya hanyalah seorang tukg kayu dr kemaman tapi barjaya membuktikan seseorang sepertinya mampu berjaya. Track record? proven academically and professionaly with flying colours.anda boleh periksa sendiri resume beliau, berjaya menggalas jwtn2 penting dlm organisasi2 besar pada usia yg sgt muda.
    bt pengetahuan semua Sdr. Rafizi berkecimpung dlm politik bkn krn nama dn gila kuasa.perjuangan nya selama ini hanya lah dibelakang tabir krn beliau ikhlas berjuang.PKR minta tlg jgn sia2 kan personaliti sebegini krn merekalah yg akan membawa PKR ke peringkat lebih tinggi bkn sekadar berdemo, tnjuk perasaan di jalanan.ilmuwan2 sebegini yg kita mahu lihat mencorakkan perjuangan PKR bkknye mereka2 yg gila kuasa yg rata2nya kurg berpendidikan tggi spt guru,posmen,juruteknik dsbg.

    ReplyDelete
  16. walau bagus mana sekalipun rafizi dalam bidang akademi dan profesionalismanya, belum menjamin rafizi berupaya membawa anak muda ke landasan perjuangan sebenar!

    lg satu, tolong jgn hina profesion guru. tolong lah...

    ReplyDelete
  17. Maaf guru sandaran.calon yg pakai title ni yg merosakkan profession wlaupn hnye bertugas bbrp hari letak title chegu tu merata2.tu blm title lain lg..bwk2 la insaf...

    ReplyDelete
  18. Guru memain sangat penting dlm mencorak masa depan negara. Usah diperkecilkan kemampuan guru untuk bijak berpolitik.
    Posmen dan juruteknik tetap mempunyai peranan dlm masyarakat dan politik. Sesiapa pun mempunyai peranan dalam masyarakat dan politik.
    Yang penting adab berjamaah kena jaga.
    Aku nampak hal ini terjadi apabila ada yang menuduh rafizi elit dan sebagainya. Jadi ini adalah tindak balas kepada tuduhan yg keterlaluan kepada rafizi.
    Sebab itu kena jaga adab berjamaah. Kalau adab berjamaah di jaga pasti tiada tuduhan melulu dilemparkan. Berkempen cara sihat jangan menyerang calon. Bentangkan idea. Jgn jadi hebat dlm kelompok kita tapi kita ditolak anak muda diluar sana.

    ReplyDelete
  19. edy aku rase baik ko mintak keja ngan rafizi je.takde masa depan la chegubard ni sapo pun tak kenai

    ReplyDelete