Zaid Ibrahim menempelak Syed sosialis dengan menuduh pemimpin nombor dua PKR itu nyanyuk. Secara emosinya saya katakan, itu adalah satu tuduhan yang berat ke atas seorang pemimpin yang telah banyak berkorban untuk masyarakat dan parti PKR khususnya. Atas sebab itu juga saya cuba untuk hubungi Zaid bagi mendapatkan penjelasan lanjut.
Lewat semalam saya berjaya dapat nombor Zaid, tetapi hari ini saya jumpa satu entri yang menceritakan maksud sebenar Zaid Ibrahim disebalik perkataan nyanyuk yang diungkapnya dalam temubual FMT. Entri tersebut adalah dari blog haris ibrahim.
Sesiapa sahaja pasti tidak setuju dengan tindakkan Zaid memperlekeh Syed. Tetapi secara sedar juga kita wajar melihat provokasi awal telah berlaku sebenarnya, di mana kedudukkan dan peranan Zaid Ibrahim sebagai penyelaras Pakatan Rakyat telah diperkecil dan dipertikai oleh Syed Hussin Ali.
Sejurus kemudian, Azmin pula menyerang Zaid tanpa usul periksa. Azmin tidak menyedari apakah maksudnya 'nyanyuk' yang diungkap oleh Zaid? Sebagai adik beradik dalam satu parti, mengapa tidak Azmin bersemuka atau sekurang-kurangnya menelifon Zaid bertanyakan hal tersebut?
Akhirnya, telah dikenalpasti bahawa apa yang disebut oleh Zaid bukanlah 'nyanyuk' yang kita anggap melampau jika dilemparkan ke atas seorang yang separuh umur sedangkan orang itu belum nyanyuk. Telah didedahkan dalam blog haris, Zaid menggunakan perkataan 'nyanyu' iaitu kurang satu 'k' daripada perkataan 'nyanyuk'. Jadi di manakah rasionalnya seorang Azmin Ali? Bukan UMNO yang dihadapinya dalam pemilihan 2010, jadi mengapa pendekatan lebih muafakat tidak di ambil untuk selesai masalah ?
Untuk pengetahuan semua, 'nyanyu' dan 'nyanyuk' adalah dua perkataan yang punya maksud berbeza. Mungkin kita boleh kata Syed Husin itu 'nyanyu' kerana menyerang Zaid yang semakin menyerlah dalam arena pertandingan 'kalah mati' timbalan presiden, manakala kita boleh katakan Azmin sebagai 'nyanyuk' kerana tidak sedar bahawa pemilihan ini adalah pemilihan dalam keluarga.
Saya sangat menghormati Syed yang sosialis kerana pengorbanan beliau yang besar. Tetapi saya juga dapati Azmin Ali adalah jauh lebih tidak rasional dari Anwar Ibrahim apabila bertindak melulu dan nampaknya sombong bersama team wawasannya.
whatever pun, dua2 insan yg rasa layak jadi pemimpin ni, perlu berlapang dada. ini ke politik baru?. Syed Husin dari segi personaliti maupun arah perjuangannya tak pernah sekali pun lari dari matlamat asalnya sebagai seorang sosialis( bukan komunis). Syed Husin malah lebeh layak dari Zaid maupun Azmin dan mungkin juga Anwar sendiri untuk menerajui PKR. Kesederhanaan, rendah diri dan jati diri sebagai pejuang rakyat siapa di antara kita dapat nafikan?.
ReplyDeletei bet to different bro: dan tak semesti azmin yg naik- tp walau mcm manapon zaid tak sesuai utk no2 sekrg.
ReplyDeletepndpt aku: zaid masih belum sesuai utk jadi org no1 dan no2 pkr sebab2 tertentu. kalau tgk tingkah laku beliau dr dulu sampai sekrg; bila dia rasa dia betul aje dia hentam suka hati saje especially thru media. serog yg nak memimpin sebuah parti politik tak boleh ade tingkah laku mcm ni.nanti habis rosak parti; especially pulak org no1 dan no2. kalau yg bawah2 nak perangai mcm ni ok. tp kalau yg dok top2 tuh buat perangai mcm budak2 baru masuk politik , kucar kacir parti nanti. walaupun ape dia ckp itu mungkin benar tp adalah kurang baik utk umumkan terus kemedia kekurangan parti. cuba selesaikan secara dalaman dulu baru diluar. ini suka cari publisity dkt luar.. ditambah lagi kesempatan yg akan diambil oleh lawan nanti.. habis parti.. sebab aku masih have strong feeling zaid belum sesuai (igt aku tak ckp dia tak sesuai tp belum sesuai sehingga dia tau control situation baru dia boleh jadi top leader.)
sama gak masa kes dia saman kes hudud kelantan dulu adalah tindakan yg kurang bijak lebih2 lagi dikelantan yg memang sensitif ttg hukum2 ni. memang tindakan yg terburu dan mengikut shj buku yg dia baca pasal perlembagaan takde amik kira sensitity masyarakat islam dan melayu kelantan langsung.. takder org islam lain berani ambil tindakan undang mcm2 tuh.. umno-bn hanya brani ckp tak sesuai dan berlapik2 lagi… dia terus hentam saja..itu satu cth ler..:)..
Kah kah kah!
ReplyDelete"Nyanyu bukan nyanyuk",
semua ini karut marut, cakap berbelit-belit dan berputar-putar, kadang dipanggil putar alam.
Apa makna "nyanyu" tu, dah lebih 50 tahun aku tinggal di Kelantan, tak pernah pun terdengar perkataan itu.
Perkataan "nyanyu" ini hampir kepada "nyanyuk", terus terang ajelah Syed Husin Ali dah nyanyuk. Bukankah syed Husin tu orang tua?, dan tua menyebabkan seseorang tu nyanyuk.
Aku pun tahu Pak Syed dah tua, tapi aku tak akan tergamak kata beliau nyanyuk. Bukan kerana beliau tidak nyanyuk, tapi kerana masa muda beliau di habiskan untuk perjuangan rakyat. Jasanya kepada perjuangan rakyat telah dibuktikan dgn mengorbankan hari-hari beliau masih belum nyanyuk.
Kalau tidak puas hati kepada Pak Syed kerana tak sokong kita, maka kita kena ingat bahawa sokongan adalah hak milik beliau. Inilah kebebasan dan hak yang mesti dihormati.
Aku rasa PERKASA dan Braheng Ali masih kekurangan tenaga untuk mengerakkan perjuangan mereka. Kalau kita rasa serasi dgn perjuangan PERKASA, isilah borang. Insyallah kita akan dipilih sebagai Timbalan Presiden, dan boleh berperang ikut suka hati.
nyanyuk ka nyanyu ka..nyamuk ka..Jaga la adab sikit bila bercakap!!!!Hormat sikit kat orang lama!!Kata tak nak jadi Ghabar Baba..tapi yg duk mengata orang lama apa hal!
ReplyDeletetuan blog,
ReplyDeletesaya lebih suka sekiranya tuan blog menyentuh isu-isu umum dan nasional berbanding dengan isu berkaitan pemilihan pkr 2010...
afzan b.p
Apa bezanya "nyanyu" dan "nyanyuk"??
ReplyDeleteaku pun xpenah dgr perkataan nyanyu??
dari mula lagi saya tak nafi, Zaid masih terlalu awal untuk berada di jawatan no 2 parti, dikatakan juga masih belum teruji berbanding calon2 yang lain.
ReplyDeleteTetapi harus diingat, dalam demokrasi, pemimpin yang dilihat profilik, menepati kriteria serta mendapat sokongan utuh dari ahli boleh dilonjakkan ke hadapan! Justeru kita wajar meletakkan demokrasi itu di satu tahap yang melengkapkan keluhuran parti.
serahkan pada demokrasi dengan pemimpin lain lebih bertindak adil apabila tidak mengambus separuh padang.
demokrasi, demokrasi juga bro--itu hak demokrasi syed hussain utk bg nasihat kepada dua2 belah pihak especially zaid sebab dia tgtk zaid ade kelemahan. so dia bgtau agar zaid berubah.. tiu pon demokrasi-tp nampak penyokong zaid melenting bila org bgtau kelemhan zaid.. tp bila penyokong zaid condem pihak lain pula takpe kononnya for demokrasi dan utk kepentingan parti..itu yg aku kurang setuju double standard berlkau here.. tak caya pergi baca blog2 yg sokong zaid mcm mane kepusan dia tgk.. free malaysia today, ureka dan sbgnya semuanya bias dkt zaid..kononnya utk demokrasi tp bila org lain buat demokrasi sokong azmin tak boleh sebab bukan demokrasi-lawak thp gaban geng2 zaid ni.. aku suka zaid dan azmin tp bg aku zaid takleh jadi no2 lagi sebab dia suka ikut suka dia hentam org.. tgk kes dia hentam PR kononya tak sokong dkt parlimen benda baik oleh BN- dap dan pas dah condem dia balik.. sebab dia ckp ikut suka hati dia aje especially kat media.. org mcm ni nak jadi no2 - no way rosak parti--- memang semua parti mesti ade cacatnya tp bukan dkt media utk dedahkannya.. itu kerja org tak cerdik lebih2 lagi kalau pemimpin atasan.. nak cari glamour peribadi aje tuh... pls semua penyokong pr check betul2 dan tak mustahil BN hantar org utk kucar kacirkan PR selepas PR 12 yg lalu...pls jgn dah teruk baru realise--sekrg pr ade harapan yg cukup besar utk memang pr 13 (walaupun tanpda zaid)- dan jgn jadikan PR huru hara kerana zaid seorg.. tgk tian chua yg dikatakan team zadi,, dia juga dah tak bersetuju dgn tindakan zaid.. pls penyokong PR jgn terpedaya... bg aku zaid bagus tp bukan utk org no2 lagi dan harap2 dia bukan mole.. kalau mole habis parti.
ReplyDelete