Musibah yang dibawa oleh 'orang tengah' atau '3rd party', membusukkan nama kerajaan negeri Pulau Pinang kononnya menghalang peniaga melayu membuka booth gerai sepanjang bulan Ramadhan. Penganjur yang menjadi 'orang tengah' telah mengambil wang sewa dari pekedai tetapi belum menjelaskan sewa tapak tersebut kepada Lembaga Pembangunan Pulau Pinang.
Akhirnya yang dipersalahkan ialah Kerajaan Negeri Pulau Pinang serta Ketua Menterinya yang lantas dituduh tidak adil serta menindas peniaga kecil-kecilan bumiputra.
Inilah sebenarnya yang berlaku! Sekiranya kita hanya merujuk kepada berita TV3 dan akhbar Utusan semata-mata, maka layaklah kita membenarkan diri kita ditipu bulat-bulat. Kita wajar mengambil tahu perkara yang sebenarnya berlaku dengan mencari kebenaran atau sekurang-kurangnya mendengar penjelasan pihak yang dituduh.
Sejak revolusi 308, negeri Pulau Pinang yang diperintah oleh kerajaan DAP sangat sensitif apabila dikaitkan dengan peniaga melayu. Oleh sebab itu juga dengan pantas dan tanpa usul periksa kerajaan Guan Eng dipersalahkan dalam isu tapak bazaar ramadhan di Komtar ini sedangkan sebenarnya wang sewa tersebut telah dirembat oleh penganjur yang tidak amanah.
Justeru, Lim Guan Eng telah mengumumkan bahawa tahun hadapan, perniagaan bazaar ramadhan di Komtar akan diurus secara terus dengan peniaga oleh Kerajaan Pulau Pinang supaya masalah seperti ini tidak lagi berulang. Maka tiadalah lagi sistem orang tengah, dan tiadalah lagi kutipan 'atas angin' si penganjur yang membaham amanah. Setiap anda yang memahami berita sebenar, setiap itulah keruntuhan kerajaan BN semakin hampir.
Emangnya mereka semakin kerap mencanang isu perkauman terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor melalui media perdana. Sekiranya ada di antara pemimpin mereka yang mula mencetus api perkauman, akan dikurniakan gelaran wira, seperti yang dimaksudkan dalam artikel di sini.
Melalui peristiwa di Komtar ini sedarlah kita semua bahawa, UMNO dan dasar perkauman sempit itu tidak dapat dipisahkan.
Emangnya mereka semakin kerap mencanang isu perkauman terutamanya di Pulau Pinang dan Selangor melalui media perdana. Sekiranya ada di antara pemimpin mereka yang mula mencetus api perkauman, akan dikurniakan gelaran wira, seperti yang dimaksudkan dalam artikel di sini.
Melalui peristiwa di Komtar ini sedarlah kita semua bahawa, UMNO dan dasar perkauman sempit itu tidak dapat dipisahkan.
EDYES
itupun jika PR masih berkuasa , jika tidak...... mmmm budaya orang tengah tetap kukuh , dinar tetap masyukkk..
ReplyDeletemelayu tipu, tutuh melayu , pastu tuding jari dekat cina sepek.. dah nasib kau laa melayu , kena makan dek melayu. Cina nak tolong hangpa kata haram jadah.. nasib kau laa
Dh mkin naik menyampah n meluat dh dgn parti racist ameno ni.Keji betol!!
ReplyDelete