Monday, August 2, 2010

Penunjuk Perasaan, Peserta Demo Adalah Penjenayah !!


Dukacitanya dimaklumkan, pihak polis sanggup mengejar peserta demo yang berhimpun di Padang Timur Dataran MBPJ, dari padang tersebut hingga ke dalam pusat membeli-belah Amcorp Mall.

Perkara seumpama ini tidak berlaku di era Paklah yang ketika itu banyak menghadapi demonstrasi tunjuk perasaan. Ketika demonstrasi kenaikkan minyak 78sen seliter pada akhir Jun 2008, peserta demo sempat berarak dari masjid Kg Baru ke kompleks pertama, dan sempat juga berhimpun di tengah-tengah simpang empat berhadapan sogo bagi memberi laluan kepada ucapan pemimpin Pakatan Rakyat yang hadir dalam demo tersebut. Antaranya ialah Abg Mat Sabu, Salahuddin Ayob, Cheguebard dan beberapa pemimpin lain.

Hak kebebasan bersuara harus dituntut walau siapa pun pemerintahnya. Sebuah kerajaan prihatin tidak akan menutup telinga dari mendengar pandangan rakyat. Mengapa perlu keganasan itu digunakan terhadap rakyat sendiri?

Keganasan pihak polis hari ini adalah begitu ketara kerana bersungguh-sungguh menghalang perhimpunan-perhimpunan aman yang dilakukan serentak di seantero Malaysia. Mengejar dan menangkap peserta hingga ke dalam shoping complex menunjukkan arahan yang terbit dari atasan begitu keras sekali sedangkan yang ditangkap ini adalah rakyat yang kononnya didahulukan merujuk kepada cogankata kerajaan 1Malaysia.

Maka dapat disimpulkan di sini bahawa segala usaha Tun Lah untuk mereformasikan kredebiliti dan kebertanggungjawaban kerajaan sepanjang menjadi Perdana Menteri ke-5 sebelum ini menjadi sia-sia. Najib-Rosmah gamaknya meneruskan legasi pemerintahan Tun Mahathir apabila menafikan sekerasnya hak untuk berhimpun secara aman dan juga hak kebebasan bersuara.

Sedar atau tidak, negara kita sedang berundur dalam banyak faktor sejak kebelakangan ini. Rakyat harus bangkit, bangkit dan terus bangkit untuk membuktikan kepada kuasa pemerintah, bahawa mereka tidak boleh menuruti segala nafsu yang beraja di hati. Walau sehebat mana pun kerahan mereka(kerajaan), walau setinggi mana pun kemampuan mereka, pastikan jiwa kita kental dan tidak mampu dibeli oleh mereka dengan pelbagai sogokkan persepsi.

Kita rakyat yang tahu menilai, jadikanlah kebijaksanaan yang dikurnia itu ditafsirkan dengan sikap rebel terhadap kerajaan yang zalim, demi ugama, tanah air dan anak bangsa !

Revolusi 308 terus berkembang dan di dalam revolusi ini, setiap seorang dari kita adalah pejuang!

gambar ehsan malaysiakini

1 comment:

  1. 1 malaysia rakyat didahulukan tangkap jadinya KPI polis pun naik le

    ReplyDelete