Saturday, August 21, 2010

Kenapa Jalur Gemilang Tidak Berkibar di Kenderaan Anda ?


Buletin Utama hari ini memaparkan sebuah berita yang memujuk rakyat Malaysia mengibarkan Jalur Gemilang. Berita tersebut menggambarkan walaupun hanya tinggal 10 hari menjelang kemerdekaan, tiada kenderaan yang mengibarkan Jalur Gemilang melainkan teksi, dan tidak banyak bendera Malaysia yang kelihatan di bangunan-bangunan seluruh negara melainkan bangunan agensi kerajaan dan syarikat GLC.

Apakah faktor yang menyebabkan semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang di kalangan rakyat semakin pudar ?

Semangat nasional dan cintakan negara itu seharusnya menebal pada setiap rakyat Malaysia. Namun apa yang berlaku ialah, kerajaan yang dipimpin Barisan Nasional tidak lagi mempunyai 'aura' untuk membentuk jatidiri yang cintakan negara. Apalah gunanya jika kita cintakan negara melalui kerajaan yang ada, tetapi kasih sayang rakyat itu dibalas dengan pemerintahan yang penuh cacat-cela.

Kerajaan hari ini tidak lagi dilihat popular untuk diraikan. Itulah jawapan secara keseluruhan. Faktor seterusnya ialah, kerajaan tidak mengotakan janji berbentuk slogan mendahulukan rakyat apabila banyak isu-isu yang mengguris hati dan perasaan rakyat. Ianya termasuklah isu judi bola, saman ekor, cubaan untuk mencetus ketegangan kaum, kenaikkan harga petrol dan gula, dan berbagai lagi isu yang tidak sempat disebut di sini.

Rakyat sudah jelak dengan kerajaan Malaysia di bawah pimpinan pemimpin yang ada sekarang. Maka sebagai tanda protes, semangat untuk mengibarkan Jalur Gemilang sudah luntur melainkan negara benar-benar 'perform' di atas landasan yang betul demi memastikan keperluan rakyat kebanyakkan itu diberi perhatian.

Jangankan bendera itu dijual murah, malah jika diberi percuma sekalipun, ia sekadar muat-muat untuk diletakkan dalam 'dashboard'.

Saya percaya, semangat cintakan negara itu tetap tinggi di setiap kalangan rakyat Malaysia, namun mereka tidak menunjukkanya secara terus dan terang. fikir-fikirkanlah sebabnya kerana anda juga berkelakuan sama.

8 comments:

  1. sebabnya orang dah menyampah dengan kerajaan yang ada sekarang ni

    ReplyDelete
  2. suasana yang muram....saban hari dihidang dengan provokasi oleh kerajaan dalam menyerang PR.....rakyat tiada mood...letih puasa....hanya fikir bagaimana untuk menempuh hari mendatang dengan suasana tidak menentu ini..

    ReplyDelete
  3. Rakyat hidup tertekan dengan harga barangan yang melambung naik dan amat bencikan kepimpinan sekarang yang hanya pandai menipu rakyat tetapi tak pandai mentadbir negara. Apa erti kemerdekaan kalau hidup saban hari tertekan dan diperdayakan oleh juak gerombolan yang hanya pandai mengikis hasil mahsul negara tetapi tidak mahu mengagihkan kekayaan negara secara adil kepada rakyat.

    ReplyDelete
  4. gi mamposla sama jalur jembalang.... bagi pon aku Xnak, buat menyemak kereta jer.... minyak aku beli sendiri, bukan minyak subsidi. nak kata X patriotik, kata la sampai bebuih mulut tu aku apa pedulik. kalau aku X kerja, sapa pon X bagi makan!!! aritu aku dapat free 2 bendera, balik aku terus bakar buat halau nyamok!!!

    ReplyDelete
  5. sabar anon, bendera kita tak salah... yang salah ialah kerajaan kerana masih tidak sedar bahawa mereka semakin dipinggirkan oleh rakyat tetapi lagaknya umpama juara rakyat...

    jangan ikut emosi. Kalau benar kita punya semangat patriotik, bukan hanya pada kiraan mengibar bendera mahupun membakar bendera... kita harus bebaskan negara ini dari kebobrokan kerajaan yang zalim terhadap rakyat !

    setiap rakyat adalah pejuang, apabila tumbangnya BN pada PRU akan datang!

    ReplyDelete
  6. Rakyat dah meluat dengan Negara ini yang penoh dengan CORUPT POLITICIAN, Sistem Kehakiman,SPRM,SPR,PDRM semuanya telah Corupt seolah olah menjadi kuasa mutlak pada PM dan Big MAMA yang bebas untuk mencatur politik negara ini akibatnya yang derita adalah Rakyat terpaksa menangong beban yang amat sangat.Hilang jiwa petrotik adalah di sebabkan oleh pemimpin terus menerus salah guna kuasa.Asik kes Liwat liwat liwat tak habis habis..barang naik minyak naik kos sara hidup melambong tinggi,pendatang haram dan halal menjajah semua sumber perkerjaan dari bangunan pencakar langit hingga ke Kedai TOM YAM di tepi jalan dan semuanya tidak langsong menguntungkan rakyat Malaysia.Ditambah lagi Malaysia Anak Luar Nikah telah mengambil tempat dalam tong tong sampah.Moral anak muda dah hacur dari semua aspek kehidupan Pemimpin masih dok bertelagah berperang politik tak habis habis semata mata nak kekalkan kuasa.Gantong bendara banyak mana pun tak akan mengubah penderian Pemimpin yang rakus kuasa...sekiranya Rakyat masih terus di jajah oleh Ahli Politik yang Korup memimpin negara maka selagi itulah rakyat akan terus derita.

    ReplyDelete
  7. huh x payah x hingin aku nk pasang bendera malaysia kt umah atau knderaan aku,bila aku tgk bendera malaysia jer aku nmpk bn yg memerintah negara nie..lg2 bendera yg ade cop 1 malaysia tue...nk suruh rakyat tunjukkn syg n cintakn malaysia??tp pemerintah negara nk bg pelingkup abis negara nie...khak tui..

    ReplyDelete
  8. Salam semua,
    Aku rasa geli geleman kalau tengok benda tu berkibar depan kereta. Bukan perkara baru, banyak tahun dah aku tak lekat hantu jembalang tu di kereta.

    Dulu pernah petronas bari bendera free nak galak pemandu pasang kat kereta. Aku himpun dekat 20 pucuk, simpan dalam almari. Ada untunglah jugak sebab aku gantikan dengan bendera PAS, kibarkan kat kereta masa kempen pilihan raya. Inovasi.

    Aku tak marah pada bendera, aku marah pada pemimpin negara. Marah pada umno, benderalah jadi sasaran.

    ReplyDelete