Thursday, August 19, 2010

Inilah Pengganti Ustaz Ismail Kamus !

Salam hormat,

Saya mula mengenali penceramah ini sejak dari tahun lepas. Selalu kedengaran ceramah beliau ketika berniaga di pasar malam kerana penjual vcd acap kali memutarkan vcd penceramah yang sama setiap minggu. Penceramah yang saya maksudkan ialah adalah Ustaz Kazim Alias.

Lenggok ceramah Ustaz Kazim saling tak tumpah seperti penceramah yang paling saya minati iaitu Ustaz Ismail Kamus. Mengikut sefahaman saya, sebelum Ustaz Ismail Kamus menjadi ADUN Gombak-Setia, beliau kerap berceramah tetapi bukan atas tajuk politik, hanya sesekali menyelitkan sedikit-sebanyak kepincangan kerajaan pimpinan Tun Mahathir pada waktu itu.

Kini lahir seorang penceramah baru yang jauh lebih muda. Saya tidak tahu apakah Ustaz Kazim berhaluan kiri atau kanan. Tetapi dalam klip video ceramah di atas, beliau telah sedikit menyindir pada minit ke 5.30.

Diharapkan cara ceramah beliau yang bersahaja dan penuh humoristik ini memberi banyak kelebihan dan kesedaran kepada pendengar terutamanya dari sudut 'saikologikal terbalik'. Dan diharapkan juga agar Ustaz Kazim akan diberikan peluang menjadi calon bagi parti PAS, kerana ia pasti memberi kelebihan kepada PAS dan Pakatan Rakyat.

27 comments:

  1. brader,
    ust ni selalu bagi tazkirah kat rumah zambry mamak. lu check la ngan org ipoh apa status mamat ni

    ReplyDelete
  2. Salam sahabat. Pertamanya saya aarankan sahabat dengar kuliahnya bertajuk sibuk berpolitik dan pemerintah dulu.
    Yang keduanya tanyalah orang perak tentang beliau yang terbaik tanya manjnng mari. Datuk saya memberitahu yang dia dah laku kat perak. Bila saya bagitau ttg beliau yang sekarang laris kat Kedah, terkejut dia. Dia tua UMNO Karat. Wassalam

    ReplyDelete
  3. aku sokong ustaz ni... tak kira la dia sokong mana tapi sepanjang yang aku dengar kuliah dia tak kira cd atau live mana yang tak betul dia akan cakap tak betul.. tak kira PAS atau UMNO..

    ReplyDelete
  4. Amal maaruf Nahi Mungkar...

    ReplyDelete
  5. Aku byk dgr ceramah dia kat utube n mymaktabaty so far tak byk isu politik sgt,,,klu dgr btul2 mmg ada bunyi2 umno n kdg2 backup PAS jgk...bagi aku klu die ckp betul kte msti terima,,,tapi klu die ckp X betul...kita boleh humban kata2 dia tu dlm tong sampah

    ReplyDelete
  6. saya tak usul periksa status ustaz kazim nie... saya hanya buat penilaian dari apa yg sy dgr dalam ceramahnya. saya suka ceramah beliau sepertimana saya suka ceramah Ismail Kamus walaupun ketika itu saya penyokong kuat BN...

    saya percaya, walaupun ustaz ini condongnya ke arah BN, tidak mustahil untuk pintu hatinya terbuka untuk bersama pakatan rakyat. Kerana sesungguhnya perjuangan atas nama agama itu menuntut sesiapa sahaja, supaya berpaksikan kebenaran.

    Menipu diri sendiri dalam bicara soal agama, tidak akan bawa ke mana-mana selain dari 500tahun lebih awal di neraka...

    masih ingat lagi Astora Jabat ?

    ReplyDelete
  7. Seperkara lagi, saya akan cari ceramah ustaz kazim yg bertajuk 'sibuk berpolitik dan pemerintah dulu'...

    ingin ditegaskan, selagi ustaz ini menyampaikan kuliah beliau dengan baik dan tidak songsang ke arah mesra pemerintah, selagi itulah kita harus beri hormat.

    sambil itu, kita doakan ustaz Kazim mengiktiraf PAS sebagai wadah yang terbaik untuk berjuang agama Allah...

    ReplyDelete
  8. Salam tuan edyes..

    Ustaz Kazim ni adalah adik kepada Kapten (B) Najmudin Alhafiz ADUN Batu Kurau merangkap penasihat agama MB Zambri, manakala ada seorang lagi adik kepada Ustaz Kazim adalah SU UMNO bahagian Larut..

    Saya malas nak cerita banyak hal-hal dia ni, tetapi terus terang saya katakan, kalau buat masa ni si Ustaz Kazim yang jadi Imam saya mufaraqah...

    ReplyDelete
  9. terima kasih atas maklumat tuan.

    pekat sungguh merah-putihnya mengikut dari sahsiah sekeliling...

    tapi saya suka dengar ceramah beliau dan setakat ini, tidak lg menyimpang kepada mesra umno...

    saya tak sangka dan tak percaya setinggi ilmu agamanya seorang ustaz, boleh hanyut melainkan hanya kerana tuntutan dunia yang terlalu menguasai diri.

    salam

    ReplyDelete
  10. assalamualaikum

    saya pon suka mendengar ceramah ustaz kazim nih. saya x kisah la dia dari belah mana sbb dia ajar guna kitab, bukan yg hentam keromo je, dulu dia pernah bg ceramah/tazkirah kt taman permata (kalu x slp), YB kawasan pon dtg, pdhal YB tu dr PR juga..xde mslh pon..

    yg baik kita ambil..yg buruk kita buang tolak..ye kan?

    nhm
    wangsa maju

    ReplyDelete
  11. Salam...

    Dalam Islam ni hanya ada 2 yang berlawan, contoh - kiri - kanan, halal-haram, buruk-baik, syurga-neraka, islam - kafir.... dan seterusbya..., begitu jugalah dalam prinsip perjuangan PAS yang nak kan Islam, sedangkan UMNO penuh dengan dalih dan helah menolaknya....

    Secara terangan negeri Perak di rampas oleh UMNO, tup-tup si Kazim ni menggunakan ayat-ayat Al-Quran untuk meyokong rampasan kuasa tersebut, sebijik perangainya dengan harussani....

    Sejarah si Kazim ni, pada awl 94-95 dulu beliau sebagai penceramah bebas, setiap kali kuliahnya apa yang saya dok dengar sendiri katanya, biarlag dia dengan label bebas, nanti ramai orang UMNO yang akan dengar ceramahnya, kalau atas label PAS tentulah sebaliknya...

    Kemudian dia jatuh sakit kena santau,teruk, hampir nak maut... tak ada pun orang UMNO ambik peduli. ahli jemaah PAS kawasan Ipoh terutama Manjoi yang dok pi tolong, sehinggala sehat seperti sekarang...

    Kemudian Ustaz Wan Tarmizi Ahmad tu lah yang bawa si Kazim ni menjadi ahli PAS, kira Oklah...

    3-4 bulan kuliah magrib Ustaz Sidik Nur di Madah, beliau menceritakan sewaktu kempen PRK Permatang Pauh Ogos 2008, ada ceramah di sebuah masjid yang agak popular di sana, kuliah oleh si kazim ni, sepatah haram pun ia tak sentuh bab nak PRK, ...

    Tup-tup lepas tu apa yang saya dengar sendiri dari Ustaz Wan tarmizi, bila program sembahyang hajat di rumah MB haram zambri, si kazim ni pun ada sekongkol sekali... ni apa cerita ni.... sejak itu silang terus kepercayaan saya...

    Kemudian entah macam mana saya pun terdengar sendiri rakaman kuliahnya di http://manchuping.blogspot.com seperti di komen anony 11:04.

    Dan yang terkini masuklah ke laman web http://peraktoday.com/wp/
    banyak galeri gambarnya di rumah MB Zambri, biarlah dia dengan ilmunya itu untuk UMNO saya tak kisah,

    Tapi hati saya sakit bila ia menuduh PAS Perak seperti dalam ceramahnya itu, ..

    Minggu lepas, anak saya balik bercuti dari Perlis, tanya saya siapa Kazim ni, saya ceritalah,, menurut anak saya, kawannya dari Kedah bagi tahu, Kazim ceramah di sana menuduh Dr Asri (exmufti) ni wahabi murtad,,,,,

    Oii senang sungguh kata saya kepada anak saya, ilmu si Kazim dengan Asri jauh berbeza....nak tau hebat ke tidak Ilmu Asri tu, kita lihat Kerajaan PAS Kelantan yang selalu menjemputnya..

    Bab Asri ni saya setuju, kalau PAS tak betul ia tegur, UMNO tak betui pun ia tegur,,, macam OKlah...ini si Kazim ni entahlah...wallahhuaklam.

    ReplyDelete
  12. Salam...

  13. edyesdotcom

    dengar tu..

    ini ustaz satu masa dyulu aku ingat pas masa dulu di masjid gurap jln kuala kangsar.tapi tahun lepas balik kampung dengar sendiri dari kawan2 hampeh...

    ReplyDelete
  14. Manjung Mari..Alamak dahsyat gak cite hang ni...baru tau ni..dulu aku pasang ceramah dia kat umah tapi tula ada bunyi2 mesra BN tu yg aku tk pasang dah,,,bukan apa takut mak ayah aku tu konpius plak beselah org tua...itu hak dialah klu dia tetap nak sokong sana..tp percyalah yg hak akan memenagi yg batil...skng follow Azhar Idrus jer..klu nak lg power dgr Sharil long plak heee

    ReplyDelete
  15. salam sahabat. terlebih dahulu saya ucapkan terima kasih kpd skot manjung mari atas penjelasannya. Esok sy cadangkan kita bincangkan apa yang di ceramahkan dalam 2 kuliah trsebut. Wassalam

    ReplyDelete
  16. Assalamualaikum semua,

    Ada orang sangka Kazim tu ulamak tapi aku kata dia ular dalam semak. Dia cari makan dengan ceramah, untung beb kalau pandai ceramah agama, boleh buat duit.

    Lebih lebih lagi kalau pandai buat lawak atas pentas, ramai peminat.....

    Aku pun tak kenal sangat siapa Kazim ni. Tiba tiba 7 Ogos baru baru ni umno bahagian Kulim Bandar Baharu, Kedah, buat Forum Perdana bincang tajuk Penghayatan Ramadhan. Kazim digukan dengan Alias Zakaria.

    Ustaz Alias memang OK, bagus kupasannya. Malah dia sempat sindir penceramah agama yang berceramah untuk cari makan. Tak tahulah dia sindir sapa tapi aku rasa macam Kazim yang kena. Tapi ular dalam semak bukan reti malu.

    Apa yang paling aku benci dengan Kazim ni ialah 70 peratus kupasannya secara melawak. Agama dijadikan bahan lawakan. Memang penonton seronok dan ketawa berdekah dekah. Seingat aku tidak kurang dari 4 buah lagu sempat ddendangkan oleh beliau di atas pentas dakwah itu.

    Ustaz Ismail Kamus berlawak juga sikit sikit tapi dia tak mencarut dan tak menyanyi atas pentas.

    Satu kes yang paling aku rasa nak termuntah ialah apabila dia ulas fasal perkara yang membatalkkan puasa. Katanya, ada seorang wanita bertanya padanya apakah intim suami isteri pada siang hari boleh batalkan puasa...? Penjelasan Kazim ialah kalau ringan ringan takapa. Tapi kalau benda tu masuk melepasi kepala "Topi Keledar" kira batallah. Apakah perkataan macam bawa kebaikan kepada remaja kita...? Masyaallah.

    Bagi aku Kazim adalah USTAZ KURANG AJAR. Patutlah Ustaz Alias kenen dia semacam saja.

    ReplyDelete
  17. entri sekuel untuk berbicara mengenai ustaz kazim di sini

    terdapat juga sedikit penjelasan edyes.

    ReplyDelete
  18. Salam,

    ManjungMari,
    kalu dia jd imam, rasanya teman pun bermufaraqah sama.

    edyes,
    kalu mike jumpa ustaz kazim, cei try tny dia apa komen dia pasal judi bola world cup dulu ..teman maleh nk ckp nnt org label fitnah pulak.

    ReplyDelete
  19. Assalamulaikum warahnmatullah,...

    Alhamdulillah,setelah puas saya mencari2 dlm internet,akhirnya terjumpe jugak ruangan ni..ruangan yg membicarakan ttg status ustaz kazim..

    Saya slalu melayari facebook,sperti mane golongan anak2 mude yg laen..dan sejak dr dulu,sy sering mengikuti ceramah2 ustaz kazim yg diupload dlm fan page die..mule2 ok,banyak dakwah,secara berhibur n berseni..xdinafikan,seni berdakwah pon perlu ade baru org akan tertarik mendengar...tp lama kelamaan sy tgk die lebih cenderung menyuarakn pendapat nya yg menghentam PAS & menyatakn ttg kritikan2 yg die terima...

    Mule2 die ckp secara sinis,n perli2..tapi lame kelamaan mmg teserlah lah wajah die yg sebenar...mule2 die ckp die penceramah bebas,die kata ape salahnye die jadi penceramah bebas,umno boleh panggil,pas boleh panggil,n ape salahnye die pergi ke majlis umno,sekurang2nye die boleh bercakap tentang islam dihadapan pemimpin2 umno ni..die kate bukan sng nk bckp sket ttg islam dekat pemimpin2 ni,sekurang2nye kalo die ade,bolehla bersuara n dakwah sedikit moga2 terbukak hati...

    ok,ble die cakap mcm tu saya rase sy boleh terima,sbb jln dakwah ni ade berbagai2 n perlu bil hikmah...kalo die rase selesa dengan care tu,teruskan,asalkn jgn berdusta dengan ayat2 allah..

    Tapi,bile die bace satu hadis ttg TAAT KEPADA PEMERINTAH,n hukum menghina pemerintah,tafsiran yg die bwat mmg btol2 mengecewakan sy dan mmbwat sy berase geram..lagi satu bile die menyuarakn pendapat die dalam isu 'ketuanan melayu'..semakin bengkak hati mmbacanya..die ni nampak mcm pas tp asyik atttack pas je..nampak ke-umnoan nye pulak..sy jadi hairan dan geram..

    die mengadu pada audience yg dlm ceramah nye die kne hentam,die kne maki,die difitnah,die ckp bile mase die masok umno,die cume hadir umah MB je..pastu tetibe cakap hal politik,hal ketuanan melayu,..bile org sanggah,org hentam,die marah,kate bukan org politik,tapi pastu die hentam org laen selamba je..bacoi pnye ustaz..

    makin terase keumnoan die tu bile kuliyah die kt fb yg tuleh 'hukum menghina pemerintah'..mmg die bercakap dengan racist,n penuh hasutan..sy rase kalo org bukan melayu yg dengar mmg terase hati deme n mmg xnampak keindahan sifat islam tuh disebabkn ustaz yg penuh dengan kemelayuan mcm ustaz kazim ni...

    haii..nk cakap mmg susah lah,..sy mengaku sebagai seorg ustaz,die mmg patut kte hormati..sbb die lebih berilmu drpd sy yg jahil ni,..tp kate2 die tuh seolah2 die je yg btoi...die je yg bagus..duk atas pagar boleh hentam sn cn..nabi pon bergerak dlam jemaah,bukan sorg2...kelebihan bergerak dlm jemaah adalah untuk menghilangkan rase bangga dri,merase dri lebih sempurna dr org laen,n boleh berkongsi ilmu serta lebih kukuh dlm jemaah..die ckp seolah2 die yg paling bagus nk tegur org..bagi sy care die mmg xbetollah..dan pengecut!..

    xknla org yg lebih hebat ilmunye seperti TGNA n TG Hadi Awang saje suke2 nk ttg pemerintah..ust kazim ni ckp mcm xpk dah die tu ustaz,..mcm syaitan bisu..seolah2 ade kepentingan bile berceramah..

    IPOHMALI

    ReplyDelete
  20. Assalamulaikum warahnmatullah,...

    Alhamdulillah,setelah puas saya mencari2 dlm internet,akhirnya terjumpe jugak ruangan ni..ruangan yg membicarakan ttg status ustaz kazim..

    Saya slalu melayari facebook,sperti mane golongan anak2 mude yg laen..dan sejak dr dulu,sy sering mengikuti ceramah2 ustaz kazim yg diupload dlm fan page die..mule2 ok,banyak dakwah,secara berhibur n berseni..xdinafikan,seni berdakwah pon perlu ade baru org akan tertarik mendengar...tp lama kelamaan sy tgk die lebih cenderung menyuarakn pendapat nya yg menghentam PAS & menyatakn ttg kritikan2 yg die terima...

    Mule2 die ckp secara sinis,n perli2..tapi lame kelamaan mmg teserlah lah wajah die yg sebenar...mule2 die ckp die penceramah bebas,die kata ape salahnye die jadi penceramah bebas,umno boleh panggil,pas boleh panggil,n ape salahnye die pergi ke majlis umno,sekurang2nye die boleh bercakap tentang islam dihadapan pemimpin2 umno ni..die kate bukan sng nk bckp sket ttg islam dekat pemimpin2 ni,sekurang2nye kalo die ade,bolehla bersuara n dakwah sedikit moga2 terbukak hati...

    ok,ble die cakap mcm tu saya rase sy boleh terima,sbb jln dakwah ni ade berbagai2 n perlu bil hikmah...kalo die rase selesa dengan care tu,teruskan,asalkn jgn berdusta dengan ayat2 allah..

    Tapi,bile die bace satu hadis ttg TAAT KEPADA PEMERINTAH,n hukum menghina pemerintah,tafsiran yg die bwat mmg btol2 mengecewakan sy dan mmbwat sy berase geram..lagi satu bile die menyuarakn pendapat die dalam isu 'ketuanan melayu'..semakin bengkak hati mmbacanya..die ni nampak mcm pas tp asyik atttack pas je..nampak ke-umnoan nye pulak..sy jadi hairan dan geram..

    IPOH MALI

    ReplyDelete
  21. fiasalamualaikum...
    saya scara jujurny...xtau samada pihak mane yg bnar..tetapi scari zahirny diatas kertas pas mnyatakn ingin mewujudkn kerajaan islam.. saya BERSETUJU...n saya menyokong sepenuhnya...tetapi..adakah anda menolak UMNO atau org islam UMNO...haruslah diketahui...mereka juga muslim...mereka jugA ada kalimh toyyibah di dlm dada mereka....scara dasrny mereka lbh mulia dr org kafir...cme mngkin mereka jahil dlm agama...maka tidakah anda mngerti yg anda mempunyai latar belkng agama..sepatutny mberi kefahamn mereka...kte mperjuangkn islam....senatiasalah ingtkn sume manusia supya memartabtkn islam...jadi approach la mereka secra berhikmh..berilh kterngn yg baek..kte kne sayang mereka org islam..mereka tetp saudara kte....walau appun

    ReplyDelete
  22. mengenai cara ustaz kazim berceramah..scara dasarnya saya ske cre die berceramah...cre die mnyampaikn ilmu....mngkin dgn byk ketawa tu agk mnjadi kontroversi....tp saya tny anda...cre ustaz kazim tu mampu mnarik glngn yg ad antra mereka selama ini tdk mngerti mngenai islam...n ad antra mereka yg lngsng tdk tertarik mgenai islam...mngkin anda dri bng agama..jd mnghadiri mjlis ilmu tu mnjdi sebati ngan drh anda..pernh x anda terfikir bgaimn nk mndekati glngn yg selama ini hdup hny dgn mngejar harta...mereka ini sperti glngn yg bgitu skar tuk mndekati..jd pd saya,pdekatan yg d gnekn adlh bek..kerna die berjya myelitkn kefahamn kpd glngn yg jauh dri islam...tny blek dri kte..kte mampu x dakwah manusia sekelilng kte...

    ReplyDelete
  23. korang ni fkir diri korang dah baik sgt ke...korang pg lah ceramah utk smpAIKAN ILMU. yG korang tau, kutuk komen. Lantaklah dia sokong mana pun tp ambil ilmu yg dia sampaikan..ilmu tu kdg2 memg sentuh hal org, umno terkena atau pas terkena memg logikle. crmh pas pun mngarut gak kdg2 ceramahnya. Maki org mcm halal makian tu. Hangpa berani kata pd umno je, org kafir sah2 tentang islam hangpa jdkan kawan. iskh...

    ReplyDelete
  24. tape atas penuh dg jenaka aje......terasa macam dengar raja lawak plak.

    ReplyDelete
  25. Saya baru je d perdgrkan dgn vcd2 ustaz kazim dan didapati dia ni org yg berani kerna benar....hingga Pas pun sanggup gam dia.Apa yg dia sampaikan memang ada kebenaran...org Melayu sibuk berpolitik anak bangsa dan org Melayu terutamanya terbiar.Pikir kaum apa yg jual dadah?Kaum apa apa yg penuhkan pusat serenti.Kaum yg jual dadah takkan jual pd bangsa dia sendiri.Mereka ada wawasan kerna nakkan Tanah MElayu bertukar nama ke Tanah Kaum lain.....Yg bodohnya org Melayu tak sedar2 taktik2 jahat hingga sanggup mengadaikan Islam kerna nakkan undi kaum lain.Ini Tanah Melayu sepatutnya majoriti 80% Melayu dikekalkan seperti Singapore buat majoriti Cina d sana maintain hingga mrk sanggup ambil rakyat Cina untuk meramaikan rakyatnya yg terkenal dgn tak nak beranak byk.Kita sepatutnya kalau dah org Melayu dah byk masuk serenti tu memang takkan kawin n tak da zuriat cari org lain beragama islam untuk meramaikan kaum Melayu.Dgn cara itu 80% Melayu takkan hilang.Selalunya org mcm Ustaz Kazim org2 besar tak suka....dia bukan YES BOSS punya org!Dia tak sanggup mengadaikan agama semata2 untuk meraih undi.Pas yg kata dia parti Islam tapi tidak yakin dgn Islam,takkan yakin hanya dgn Islam PAS akan menang bukan dgn partner dgn org KAfir yg pandai bermuka2 dan minta mcm2 yg tak sepatutnta di minta.Mrk ni kalau kalau tak suka dok Msia htr je balik ke negara asal.Kalau tak lambat laun kita pasti jadi Palastine.Konon nak beri tanah sedikit untuk Israel duduk tapi tengok apa jadi.Pertolongan Palastine telah d balas olih Israel dgn darah!Renung2kanlah.Pelarian d NEGARA SENDIRI!

    ReplyDelete
  26. tuan2 komen mcm2 benda negatif kat ustaz ni saya nak tanya apa usaha tuan2 semua untuk sampaikan ajaran islam kepada orang ramai? pernah tengok jadual Ustaz Kazim? siapa2 kat sini sanggup buat kerja macam dia? ada yg kata dia guna kesempatan buat ceramah untuk buat duit.. masyaallah... semata2 kerana dia tak sama parti dgn tuan2? tahukah dgn tema lawaknya berapa ramai golongan remaja yg tak pernah berminat dgn ceramah agama pun dah mula dengar ceramah? agak2 adakah niat dia melawak semasa berceramah untuk mempersedakan islam? dia seorang yg membaca macam2 kitab agama lepas tu hari2 repeat pula bacaan tu semasa berceramah tak kan xtahu? BN ka, PAS ka apa ka semua dia tegur kalau buat benda tak betul. mungkin ada salah dan silap dia. tapi kalau nak dicomparekan dgn jasa dia berceramah dan buka sekolah tahfiz, saya ingat tak sampai 1/10 salah dia. tapi yg lagi 9/10 tu org tak nampak. yg 1/10 tu juga yg dikata2... manusia ni kalau dah taksub.... :)

    ReplyDelete
  27. Assalamualaikum saudara2 semua,

    Marilah kita mengamalkan sikap berlapang dada dan berfikiran terbuka. Jgn kita sempitkan pemikiran kita hanya kerana sesuatu perkara itu tidak menyebelahi kearah kita. Allah swt menyuruh kita bercakap benar walaupun pahit. Melalui pengamatan saya, ustaz kazim seorg pendakwah bebas yg neutral. Ustaz menegur kedua2 pihak samada Pas ataupun Umno melalui hadis2 serta panduan dari kitab suci al-quran. Apa yg ditekankan oleh ustaz ialah perpaduan sesama Islam sebagaimana terkandung dlm maksud ungkapan rukun Islam yg pertama iaitu pengucapan 2 kalimah syahadah. utk makluman2 semua, saya sendiri telah byk berubah setelah mendengar cd2 ceramah ustaz kazim dan syukur alhamdulillah, saya berasa begitu tenang akan hidayah yg Allah SWT berikan melalui ustaz kazim. Kita perlu ingat, sbg ustaz, dia sudah tentu akan menerima jemputan2 drp pelbagai org kenamaan termasuk lah org umno dan juga pas. Jd xtimbul isu dia berceramah di mana dan bersama siapa. Ustaz juga mempunyai sekolah tahfiz yg dibangunkannya sendiri melalui sumbangan org ramai dan penjualan cd2 beliau ttp dimanakah kita dlm hal ini? Ustaz juga mempunyai pendekatan yg hebat sehingga berjaya menarik byk org2 muda utk mendengar ceramah dan yg pasti, ramai kawan2 sy yg sama2 'merapu' sebelum ini berubah sedikit demi sedikit. Ini fakta sebenar dan bukanlah statement spt kanak2 belum akil baligh dan sempit pemikiran melalui tuduhan2 dan kata2 nista yg pasti akan ditanya di akhirat kelak. Jadilah hamba allah yg bersangka baik dan elak sebarang prasangka buruk kerana nabi pernah berpesan supaya jangan kita berkata sesuatu yg tidak baik ttg seseorg walaupun hal itu benar apatah lagi didlm blog yg dapat dibaca oleh ribuan org. Betaubat lah dan ingat seprkra lg, dosa kita kepada hamba allah yg lain akan dituntut oleh org itu diakhirat kelak, KITA XAKAN TERLEPAS... jadi utk selamat, sentiasa bersangka baik kpd semua org. Walllahuaklam...

    ReplyDelete