Wednesday, August 25, 2010

Adakah PKR Anjing Kepada DAP ??

Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nik Nazmi Nik Ahmad bahawa hukum hudud adalah tidak sesuai dilaksanakan, berkata: "PAS patut menerima hakikat bahawa mengubah Malaysia menjadi sebuah negara Islam merupakan langkah sia-sia dan tidak akan dapat dicapai. - Nik Nazmi (Pengarah Komunikasi PKR)

Jika benarlah kenyataan di atas hadir dari Pengarah Komunikasi PKR, maka adalah begitu sayang sekali kerana 'orang dalam' membenarkan Barisan Nasional maju beberapa langkah ke hadapan. Inilah yang dinamakan kejayaan politikal mileage untuk jangka masa panjang, cukup untuk sampai ke detik PRU13. Modal ini akan digunakan secara meluas dan ia pastinya mengundang kebencian daripada pengundi yang cintakan Islam.

Jika inilah jawapan seorang Pengarah Komunikasi PKR apabila dibentangkan isu hudud, maka bibit-bibit sesalan pastinya terserlah di kalangan mereka yang telah memberi kepercayaan terhadap parti yang bertekad membawa perubahan. Adalah begitu memalukan untuk seorang yang beragama Islam mengeluarkan kenyataan sedemikian rupa, adalah lebih baik sipolan ini mengucap kembali dua kalimah syahadah kerana ditakuti terpesongnya akidah apabila menidakkan hukum yang dituntut Allah.

Seperti yang telah saya usulkan artikel berkenaan hudud dalam entri sebelum ini, Nik Nazmi boleh menyertai Karpal dan Kit Siang dalam memenuhi kehendak mewujudkan negara berteraskan undang-undang konvensyen sekular, iaitu undang-undang yang diperkenalkan oleh penjajah.

Saya berasa amat kecewa dengan situasi yang tidak sepatutnya ditimbulkan oleh seorang yang dilantik sebagai Pengarah Komunikasi. Di harap, Pakatan Rakyat berjaya mengatasi masalah ini dengan bijak, atau mengenakan tindakkan yang keras kepada penentang penubuhan negara Islam Malaysia.

Terus terang saya katakan, tidak sedikit pun masalah bagi saya sekiranya kenyataan fakap ini hadir dari orang bukan Islam seperti Karpal dan Kit Siang, kerana mereka belum khatam pemahaman Islam. Malang sekali apabila ia hadir dari seseorang yang sepatutnya arif tentang keperluan hukum hudud dilaksanakan.

Justeru, saya memohon agar sekiranya kenyataan itu bukanlah maksud sebenar dari saudara Nik Nazmi yang saya sanjung sebelum ini, atau telah ditokok tambah oleh media, silalah buat penafian dan penegasan semula berkenaan tajuk hudud. Apakah Nik Nazmi juga menolak hudud sepertimana 50tahun pemerintahan UMNO?

Sila buat satu kenyataan rasmi, untuk menafi atau membuat penjelasan. Atau memang benar-benar memaksudkan 'penubuhan negara Islam adalah sia-sia'.

 
EDYES

7 comments:

  1. bro.. sile ke laman web nik nazmi utk butiran lanjut.. jgn kite dipermainkan dgn arus perdana UMNGOK bro.. kite yg rugi nnt.

    ReplyDelete
  2. Salam Tuan..

    Baca penjelasan kat sini..

    http://darisungaiderhaka.blogspot.com/2010/08/isu-hudud-penjelasan-nik-nazmi.html

    ReplyDelete
  3. bro... asku cadangkan kalau kes nih berlanjutan kite leh pecat jer mamat nih...

    ape2 pun kite dengar penjelasan die

    ReplyDelete
  4. Bila Allah uji bg dpt kuasa sedikit, dah mula lupa daratan.Dah xde lg nk tegakkan Islam...Yang ada dalam fikiran hanya kuasa dan wang... Org yg mengatakan hukum hudud adalah sia2 dan tidak sesuai telah menyimpang dari Islam...Org sebegini tidak harus disokong lg.Sama saja dengan UMNO.

    ReplyDelete
  5. Young PKR writes..

    Objektif utama PR pade ketika ini hanya lah satu. bukan nk tubuh negara Islam, bukan nk laksana hudud, tapi hanyalah satu objektif iaitu menjatuh kan UMNO BN.
    Ini objektif politik yg paling utama pakatan rakyat.

    Boleh ke Pas nk tubuhkan negara Islam jika UMNO masih berkuasa?
    Boleh ke Pas nk lakasana hudud jika UMNO masih berkuasa?

    jadi nk laksana hudud ke, nk tubuh negara Islam ke kite pakatan rakyat kene menjatuh kan UMNO dahalu..ini objektif politik paling UTAMA pakatan rakyat.. JATUH KAN UMNO.

    Hentikan semua perdebatan mengenai hudud buat masa sekarang kerana musuh akan senang utk memanipulasi kan isu yg timbul. Jika UMNO dihumban ke dalam tong taik rakyat barulah Pas boleh utk berbicara, ataupun berdebat nk laksana negara Islam ataupun hudud.

    Ini real politic. Humban kan UMNO dlu. selagi UMNO berkuasa samapi kiamat pun Pas tak kan dpt lakana hudud.
    Henti kan betikam lidah di media mengenai hudud.

    so kepada Nik Aziz dan Karpal Singh
    I have 3 word for both of you

    SHUTTTTT YOUR MOUTH UP!!!!!!!!!
    YOU UNDERSTAND!!!!!!!!!!!!!

    ReplyDelete
  6. salam young pkr,

    saya setuju dengan apa yang cuba anda sampaikan. tetapi, anda tidak punya hak untuk menidakkan hak TGNA membicara soal hudud.

    Karpal juga punya hak untuk mencadang supaya hudud tidak dilaksanakan, dan dalam masa yang sama, PAS harus berdepan dgn Karpal untuk memberi penerangan sampai org tua tu faham.

    demi mengatasi masalah sosial yang SANGAT teruk, hudud adalah jawapannya!

    TETAPI yang menjadi masalahnya di sini ialah, orang islam sendiri yang menolak hudud. Ia saling tak tumpah seperti UMNO!!

    saya ada nombor nik nazmi, sampai masa, saya akan tanya apakah pendirian sebenar beliau terhadap hukum hudud.

    menangguhkan hudud adalah satu perkara, menolak hudud juga satu perkara.

    ReplyDelete