Monday, May 17, 2010

Apabila Borneo Tidak Lagi Menyebelahi Mereka...

Mujurlah, Revolusi 308 tidak sampai lebih awal ke wilayah-wilayah borneo. Jika tidak, pastinya kerajaan yang memerintah hari ini adalah sebuah kerajaan rakyat.

Kemenangan Pakatan Rakyat di Sibu membuktikan betapa Barisan Nasional tidak kebal di seberang sana. Ia juga memberi gambaran betapa wang ringgit itu tidak boleh beli semua jiwa. Mungkin hanya jiwa melayu Sungai Buaya sahaja boleh dibeli Barisan Nasional, tidak di sekitar bandar, dan tidak di Sibu.

Sekiranya Parlimen Sibu boleh jatuh ke tangan rakyat melalui DAP dan Pakatan Rakyat, tidak mustahil parlimen-parlimen lain juga terdedah untuk ditewaskan pada PRU-13.

Kerajaan Malaysia hari ini dibentuk oleh UMNO dengan bantuan blok parlimen borneo. Sekiranya separuh daripada blok parlimen borneo jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, maka PRU13 bakal menjadi mimpi ngeri kepada semua pemimpin korupsi BN yang selama ini memegang rahsia antara satu sama lain. Mereka yang menggadai maruah bangsa dan menjual negara ini kepada kapitalis barat akan tetap diheret ke muka pengadilan, apabila Borneo tidak lagi menyebelahi mereka.

Sibu dan borneo juga harus sedar suatu masa dahulu, penjajah british juga boleh tewas dengan semangat anak muda bernama Rosli Dhobi. Sejarah keberanian Rosli Dhobi kini kembali bergema. Sibu menempa sejarah baru, memberi tentangan kepada penjajah. Pastinya ia bingkas mempengarui seantero Borneo, bahawa Barisan Nasional boleh tewas di bumi borneo.

Kemenangan Sibu akan mempengaruhi borneo lantas memberi petanda awal kepada Barisan Nasional, adalah tidak mudah lagi untuk mempermainkan hati rakyat dengan retorik semata-mata. Revolusi 308 akhirnya tersebar menyeberangi Laut China Selatan, membungkang keegoan sebuah kerajaan yang kian goyah tanpa perlindungan insuran dari bumi borneo.

Semenanjung sudah bangkit, borneo juga sudah bangkit. Hanya yang tinggal, segelintir umat felda yang hanya mengenal wang ringgit tanpa mengambil kira maruah yang kian tergadai. Ayuh kita heret pemimpin rasuah bersama kroni dan cukong-cukong daratnya yang menyembelih rakyat melalui keuntungan kapitalis yang membunuh kehidupan secara perlahan.

Ayuh bangkit, Revolusi 308 menanti permulaannya di saat kejatuhan kerajaan Barisan Nasional pada tanggal PRU-13 yang semakin menghampiri kita. Buktikan kita rakyat Malaysia adalah bangsa yang punya revolusi, demi anak bangsa sendiri.

RE-FOR-MA-SI !!

TAKBIR !!!

Edyes - 17 May 2010 - 10.03am


[Apa sebenarnya yang berlaku lewat semalam]

bro...


semalam memang kerja giler bro...

DAP lead 3,900 majoriti sebelum 1peti undi dari mana ntah(kawasan BN menang besar) dan juga sebelum undi pos dikira...

buka je peti terakhir, majoriti tinggal 2,590 majoriti sedangkan jumlah undi pos ialah 2,537.

kalau diikutkan, jika semua undi pos jatuh ke BN pun, PR tetap menang di Sibu. Tapi kenapa pengumuman dilambat-lambatkan???

timbul pulak masalah borang 15 tak bersain!! besar beb problem mcm tu... then dengar pulak cerita undi pos boleh bertambah jadi 2,809 (jumlah penuh)... then dengar pulak Timbalan pengerusi SPR berdalih mengenai jumlah sebenar yang keluar mengundi kononnya lebih 60%!!

bro percaya tak, kalau kita leka skit jer, leka skali jer, PASTI BN MENANG PRK Sibu!!

Nasib baik otai2 yang turun kat Sibu tu semua dah cukup pengalaman... dah banyak penipuan BN yang mereka dah lalui, then dapat counter dgn baik!

Alhamdulillah...
 
(di atas adalah posting edyes di blog ISA, untuk tatapan pengunjung edyesdotcom yang tak ikuti liputan semalam)

1 comment:

  1. Salam Edyes..

    BN masih lagi tidak tahu teraba-raba bagaimana hendak memahami pengundi China. Mereka bukan macam Melayu yang boleh dirasuah.

    ReplyDelete