Sunday, May 16, 2010

Akhirnya Slogan 1Malaysia Tewas di Sibu !!

 Laporan terakhir dari Mkini setakat ini;
Keadaan di bilik gerakan DAP dipenuhi kegembiraan dan ada pemimpin DAP telah mengisytiharkan kemenangan parti tersebut, termasuk ahli parlimen Jelutong, Jeff Ooi melalui twitternya.

Manakala naib presiden PKR, Azmin Ali, melalui twitternya, turut mengucapkan tahniah kepada Pakatan Rakyat.

Bagaimanapun, para pemimpin utama DAP masih mahu menunggu keputusan rasmi.

Saya tak mahu nak ulas banyak, cuma ingin bersyukur semahunya kerana 1Malaysia yang membenarkan judi bola menjadi realiti di negara ini, tewas di tangan pengundi Sibu yang kebanyakkannya cina Foo Chow.

Mereka (Kerajaan) harus sedar, mereka tidak boleh beli semua jiwa dengan slogan dan retorik. Hari ini kita menjadi saksi, betapa 1Malaysia itu ditewaskan di Sibu !

Kemenangan Pakatan Rakyat hari ini menjadi satu sejarah penting untuk kita buktikan kepada semua anak bangsa bahawasanya, mereka tidak boleh membeli semua jiwa ! Mereka (kerajaan) juga boleh ditewaskan walaupun mereka sekuat Amerika... walaupun mereka sekuat Israel...

Ayuh bangkit meneruskan revolusi yang tidak pernah putus... Revolusi 308 - Revolusi Rakyat !

1 comment:

  1. OLANG CINA LAGI PANDAI POLITIK MAA
    TATAK SELUPA ITU OLANG SUNGAI BUAYA.

    ReplyDelete