Tunduk bukan mengalah...
Undur setapak bukan bermakna kita lari dari landas perjuangan. Adakalanya kita harus berundur setapak-dua untuk menyusun strategi yang lebih baik.
Berehat seketika sebelum kembali dengan kekuatan serta istiqomah yang lebih kongkrit adalah jauh lebih baik daripada meneruskan langkah perjuangan dengan hati yang terluka, semangat yang tersepit, rohani yang sembelit dan kecelaruan yang tidak terungkap. Lantas segala penghayatan, tindak-tanduk dan hasil nukilan hanya membuahkan emosi yang tidak rasional yang akhirnya memakan diri.
Saya tidak mahu hanyut dengan emosi yang skeptikal terhadap kepimpinan PAS yang sesetengahnya begitu meragukan. Saya tidak rela membiarkan diri ini menjadi pengkritik tegar sebuah parti yang selama ini saya sanjung. Ia seperti menjilat ludah sendiri.
Saya mahu menjadi pengkritik yang membina, mengkritik PAS supaya layak menjadi pemerintah yang efisyen sepertimana kepimpinan TGNA yang berjaya membuka mata 1Malaysia betapa Kelantan itu sudah tidak miskin dari pelbagai aspek malah lebih kaya jika hak 'royalti' sejak 25 tahun dulu dibenarkan oleh kerajaan pemerintah.
Harus diingat bahawa walaupun saya bukan ahli PAS, saya merupakan penagih janji PAS untuk menjadi sebuah parti Islam yang adil. Saya menagih janji PAS untuk menegakkan sebuah negara Islam yang mengutamakan kebajikkan rakyat - wadah yang sama-sama dikongsi dalam Pakatan Rakyat. Atas sebab ini saya sokong perjuangan PAS walau dengan kritikan yang membina, tetapi bukan sebagai pengkritik yang ingin melihat PAS tersungkur sebelum sepakmula PRU13.
Buat mereka yang mempersenda tindakan saya berhenti blogging, kononnya tiada yang pedulii. Ingin saya maklumkan bahawa tulisan saya tidak sehebat Al-bakistani, tidaklah sebaik ZainulFikar dan tidak juga senakal Aduka Taruna serta tidak sesinis Pak Bakaq si penarik beca dan juga tidak se-fiksyen Mat Saman Kati. Tetapi, sekurang-kurangnya anda sedang membaca tulisan saya pada ketika ini. Terima kasih, sila habiskan pembacaan kerana banyak perkara penting ingin dijelaskan di sini.
Mungkin keputusan saya untuk berhenti berjuang melalui blog dilihat sebagai keputusan yang terburu-buru. Mungkin keputusan saya ini tidak rasional kerana dikuasai emosi. Namun itulah satu keputusan yang equal dengan keputusan Jawatankuasa displin PAS terhadap Khalid dan Hasan Ali. Keputusan yang mempunyai outcome yang sama - tidak rasional!
Sentimen untuk bersekedudukan dengan UMNO dilihat semakin ketara dengan menyembelih para penentang kerajaan perpaduang! Tidak mustahil selepas ini Husam dan TGNA juga bakal dipenggal.
Saya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku terhadap blogger 'kesayangan' kita suatu masa dahulu iaitu sheikh kickdefella si penebar fitnah. Setelah terkesan dengan satu keputusan yang menyingkir dirinya, maka segala rahsia parti menjadi pertunjukkan mohon simpati. Tidak cukup dengan itu, TGNA sendiri menjadi mangsa fitnah sembrono oleh kickdefella yang kemudiannya disanggah oleh Husam dengan tajuk "Apabila artis mentafsir angka" merujuk kepada isu Bazar Tok Guru. Kickdefella menjadi blogger sejarah, harus dijadikan teladan akan tindak-tanduk2nya.
Sedara sedari sekalian, kita acapkali berdepan dengan pelbagai perbicaraan yang menyimpulkan satu keputusan. Sebagai contoh, jika keputusan mahkamah rayuan terhadap bekas Menteri Besar Perak, yang secara tidak logik menafikan Nizar sebagai MB yang sah walaupun baru 16 jam kembali menjadi MB, Kita lawan habis-habisan kerajaan BN yang terang-terangan zalim bersama keputusan tersebut. Peranan blogger di sini ialah memberi penerangan betapa zalimnya sebuah kerajaan yang dikepalai oleh UMNO.
Kita sebagai blogger menyedarkan pembaca dari pelbagai lapisan seiring dengan pelbagai pendekatan yang diwancanakan oleh sesebuah blog. Kita percaya setiap blog ada marketnya yang tersendiri, mengikut citarasa pengunjung yang dahagakan maklumat.
Namun sedara sedari sekalian, apabila satu keputusan tersimpul hasil daripada perbicaraan dalaman, yang melibatkan dua pihak dalam aliran yang sama tapi 'tak serupa'. Dengan jawatankuasa displin PAS sebagai 'mahkamah'nya, maka kami di bawah ini menuntut keputusan yang adil dari jawatankuasa tersebut. Adil yang bermaksud tidak berat sebelah.
Keputusan jawatankuasa displin PAS yang sedikit sebanyak mencermin halatuju perjuangan PAS akhirnya terurai dengan sepotong hasil. Saya, sebagai seorang blogger penyokong wadah PAS bersama Pakatan Rakyat, adalah begitu membingungkan apabila keputusan yang diumum bukan sahaja berat sebelah pada pandangan saya dan sebilangan rakan blogger, malah tidak relevan. Keputusan ini sangat merugikan PAS dan Pakatan Rakyat dan mungkin akan dibaca oleh para penyokong wala' sebagai "Biar kalah asal Islam tak kalah"? Atau, adakah ia berbunyi "Biar salah asal Islam tak kalah"?
Pada ketika ini, apa yang boleh dilakukan oleh saya sebagai seorang blogger yang menyokong penuh kepimpinan PAS dan juga kepimpinan Pakatan Rakyat?
Merosakkan nama baik PAS kerana satu keputusan yang tak menyebelahi kita bukanlah resam saya memandangkan saya sayang perjuangan parti ini. Demi anak saya, demi anak bangsa, saya begitu berharap dengan pemerintahan parti Islam, akan memberi ribuan manfaat kepada keturunan dan bangsa saya, supaya tidak tertinggal menjadi orang yang jahil agama seperti saya.
Oleh pelbagai faktor, saya berjuang untuk Pakatan Rakyat. Oleh faktor perenggan di atas, saya sokong PAS bersama dasarnya tanpa belah bahagi. Saya mahu PAS menjadi komponen utama kerajaan pusat selepas PRU-13 supaya negara Islam berciri 'kebajikkan untuk rakyat' dapat direalisasikan dalam hayat ini.
Namun, arus songsang kuat yang merempuh keperibadian PAS, tidaklah sanggup saya harung kerana ia seakan-akan menjadikan parti PAS tidak jauh bezanya dengan UMNO. Saya tidak sanggup lagi menyokong sebuah parti yang bernama UMNO dan, saya juga lebih tidak sanggup untuk menyokong sebuah parti yang menyerupai UMNO tetapi bertopengkan perjuangan agama Allah. Nauzubillah min zalik...
Justeru itu, keputusan untuk berhenti berblog untuk seketika adalah satu tindakan positif yang dituntut sebagai sebentuk protes. Cukuplah sampai di sini, sebelum lebih banyak cercaan busuk terhadap PAS hadir dari diri saya yang juga jahil etika. Saya sebak kerana terjebak dengan entri ini. Harap saya diampun oleh para penyokong PAS tegar lagi wala'.
Tidak saya nafikan, blogging adalah salah satu tabiat yang menyebabkan ketagihan. Ia dipanggil Blog Addict! Kita diajar untuk berpuasa bagi mengelak apa jua ketagihan. Berpuasa dalam blogging juga pasti ada waktu berbukanya.
Yang benar tetap benar,
Yang salah tetap salah,
Sokonglah gerakan PAS reform bagi pihak saya. Saya tetap dengan pendirian untuk berhenti blogging buat seketika waktu, hingga ke satu masa yang sesuai untuk saya kembali bersama kekuatan dan istiqomah yang lebih hebat!
Saya akan terus kembali berblog sekiranya Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan. Pada ketika itu, sayalah pahlawan blogger barisan hadapan!!
tidakk tetap pendirian..baguslah pas reform camni..
ReplyDeleteAnon 3:38am
ReplyDeletePeduli apa kau?
Belum subuh lagi kau dah cerca org!!
Kau dah subuh ke tadi? Ke baru tidur?
Busuk hati kau. kau hanya tahu mencaci!!
Dah, pergi ganti balik sembahyang subuh masa zuhur nanti!!!
ha'ah..test2 market...
ReplyDeletepas reform, kalo tinggal jemaah pun...takda apa dpt.
blogging aje la...keje nye yob!
hahahahah
--> back to jamaah...
harap saudara edyes teruskan menulis.
ReplyDeletetq
teruskan menulis bro..gua sokong lu dan AT..
ReplyDeletelu org punya hujah yg cukup bernas,tepat dan bg gua yg penting sekali jujur.
...saya cadangkan kp semua bloggers la...jgn terikut2 dan terbawa-bawa dgn demokrasi ala-barat yg sebebas2nya mengkritik dan berpandangan. Elok sekali mempelajari, menghayati dan mengaplikasikan Etika Kewartawanan Islam yang menolak dan membuang jauh unsur2 adu-domba dan timbulkan su-uz Zon (tanggapan keji dan buruk) terhadap seseorang apatahlagi dengan niat menjatuhkan seseorang pemimpin Islam. Itu semua mengundang dosa dan maksiat batin kepada umat Islam dan Allah amat murka kerananya. Memberi nasihat, teguran, pandangan atau apapun perlu menghayati adab dan akhlak dalam islam. Gunakan saluran2 yg dibenarkan mengikut kaedah hukum syarak. Apakah salahnya teguran berupa kiriman surat, pertemuan tertutup, muzakarah di belakang tabir dan yg seumpamanya? Apakah niat bloggers dengan setiap teguran itu untuk meraih simpati dan populariti pembaca dan penginjung blog? Fikir2 kanlah, walaupaun nasihat ini amat pedih kununnya Islam menghalang keterbukaan, keadilan, ketelusan dan sebagainya. Penghayatan Islam menjadi tamaiyyuz dengan penghayatan sistem bukan Islam sekalipun atas nama demokrasi dan keadilan. Wassalam
ReplyDelete"Saya akan terus kembali berblog sekiranya Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan. Pada ketika itu, sayalah pahlawan blogger barisan hadapan!!"
ReplyDeleteWow, cayala bro.
ali Baganutama
Saya akan terus kembali berblog sekiranya Kerajaan Perpaduan menjadi kenyataan. Pada ketika itu, sayalah pahlawan blogger barisan hadapan!
ReplyDelete**Saya bersama anda