Monday, January 25, 2010

Lagi Blog Hina Almarhum Sultan Johor + Hina Allah Sekali!!

Saya tak sanggup nak copy & paste isi kandungan entri tersebut - jauh lebih dasyat daripada apa yang dipaparkan oleh Aduka Taruna. Saya masukkan secepis sahaja seperti di bawah..

With all the violence he conducted before, he deserves to join Allah, the master of all violence.

Blog yang saya maksudkan ialah guttermalaysia.blogspot. Di harap pihak kerajaan dapat mengambil tindakkan yang lebih tegas kepada empunya blog yang berbangsa bukan melayu ini.

Mungkin apa yang dikatakan dalam entri tersebut hanya cetusan daripada komen pengunjungnya, tetapi saya percaya tajuk entri tersebut membolehkan pemiliknya ditangkap.

Saya jumpa blog cilake tersebut melalui sebuah blog sahabat di sini. (Lamputih.blogspot)


Saya difahamkan guttermalaysia.blogspot telah beberapa kali membuat isu panas sebelum ini, dan lahanat nie berani sebab dia menetap di luar negara. Klik sini untuk ke blog tersebut.

Difahamkan juga lapuran polis telahpun dibuat.

Harap pemilik blog ini dapat diheret ke muka pengadilan walaupun bermastautin di negara bebas sekalipun !

PS: Terdapat sedikit pembetulan dalam entri ini di atas sebab teknikal.

2 comments:

  1. Mana pergi orang UMNO dan orang PAS yang mengamuk kat AT semalam? Tak kan sonyap yo. Berani sama Melayu je.

    ReplyDelete
  2. maybe sebab diorang fikir kononnya AT orang pas, sebab tu la teruk dia kena

    padahal aduka bukan orang PAS pun... pengkritik pas lagi ada...

    ReplyDelete