Sewaktu di dalam cubic pejabat En Rafiq, pegawai bank yang in-charge untuk loan rumah...
"Takkan tak boleh pergi sampai 40ribu En. Rafiq? Saya rasa kalau rumah lain tu takdak masalah nak buat loan asalkan jumlahnya tak lebih 90% dari market value, tapi kenapa rumah DBKL jadi masalah pulak?" Aku dah sampai tahap merayu, aku tau yang aku tengah buat kerja bodoh - menyalak bukit.
"En Syarif, unit rumah flat DBKL ni tak sama dengan rumah flat yang lain. Saya faham maksud En Syarif. Cuba tengok betul-betul surat tawaran DBKL ni, dia dah tulis siap-siap RM35 ribu harga rumah, ini harga Sales & Purchase, dan bank kena ikut harga yang DBKL tetapkan." Pegawai bank tu pun macam kesian kat orang macam aku. Dia betul-betul tak boleh tolong.
"Cubalah kalau Bank Rakyat offer untuk bagi full loan, saya rasa semua pembeli rumah DBKL akan datang ke Bank Rakyat untuk buat loan. Branch sini pun akan penuh dengan orang kampung saya yang datang untuk apply loan."
"Tak boleh cik"
"Kenapa tak boleh?"
" Kita ada 'guide line' daripada HQ"
"Guide line daripada HQ?" Pulak dah... 'guide line' khas untuk rumah DBKL ke?
"Yer En Syarif, kalau saya process permohonan loan En Syarif dari branch sini, HQ akan reject bila dapat tau loan nie merujuk kepada rumah DBKL" En Rafiq masih lagi melempar senyum, tapi senyumnya kali ini agak sinis... Mungkin sebab aku sedikit degil dengan perkara yang sudah termaktub.
"Jadi sebenarnya DBKL lah yang bagi 'guide line' supaya orang tak berduit macam kami nie tak boleh nak buat pinjaman full loan?" WTF...
"Itulah, bila surat tawaran DBKL bunyinya dah macam nie, saya rasa mana-mana bank akan bagi jawapan yang sama" En Rafiq masih lagi tersenyum, masih lagi bertindak peramah... Itulah pegawai bank sejati...
"Sama la dengan bank Islam yang aku pergi tadi pagi..." Rahmat tiba-tiba mencelah... Mungkin melihat aku agak mendesak, Rahmat seperti menyokong pernyataan En Rafiq.
"Sama macamana tu Mat?" Aku tanya dalam mood yang dah lari.
"Pegawai kat Bank Islam tu kata, kalau untuk housing loan rumah DBKL, cara dia tak sama macam rumah biasa... ada 'guide line' jugak... interest pun tinggi daripada biasa..." Rahmat pandang aku, umpama dugaan dia betul - Takde bank yang nak tolong, walaupun bank tu sama Islam iaitu Bank Islam, walaupun bank tu untuk rakyat yakni Bank Rakyat...
"En Sharif nak cuba Personnal Loan? Ambik RM35 ribu terus sebab interest rate nya lagi rendah daripada loan rumah..."
Aku terus bangun dan hulur salam kepada En Rafiq dengan sebuah senyum yang meleret... Kalau lah En Rafiq tu tau yang baru tahun lepas aku buat overlap, mesti dia tak offer untuk personnel loan...
Dugaan aku pun tepat jugak - menunggu lebih lama dari berjumpa... tunggu punya lama dekat sejam... Surat kabar Utusan tu hampir habis aku baca... tapi bila jumpa sekejap jer... lebih skit dari setengah jam. Sampai kat 'lobby' tingkat 2, orang masih ramai beratur nak tunggu giliran... lebih ramai daripada masa aku menunggu tadi... semua tu menunggu samada nak sain aggrement personnel loan ataupun baru nak apply... Aku cukup banyak pengalaman dalam nak buat loan kat bank rakyat nie... al-maklumlah, dah tiga kali overlap hehehe... Kian hari kian ramai rakyat negara ini yang transform jadi macam aku, penghutang tegar.... untuk terus survive...
Aku melangkah keluar dari bank dengan agak kecewa sekali. Nasib baik juga helmet si Rahmat nie ada lagi, kalau kena rembat tadi... naya aku. Sekarang nie bukan kira, kalau orang nak mencurik tu, jangan kata beg duit... beg sireh pun dio sosah!
"Mana lagi kita nak tanya nie Sarip? Semua bank kita dah redah, sama je jawabnyer" Nada yang kecewa daripada Rahmat.
"Aku pun dah blur nie... tak sangka betul" Siapa sangka cempedak dah jadi nangka... Aku dah makin tak percaya dengan slogan 1Malaysia Rakyat Didahulukan. Macam haram jadah.
"Ini macam, kena sewa rumah DBKL sampai mati lah gamaknya" Dengan sekali hayun, enjin motor Rahmat menjerit... di press-press nya berapa kali sebelum meluncur ke Jalan Maarof.
Rahmat bawak aku pergi minum kat kedai mapley, boleh la pekena roti telur bawang. Bagusnya kedai mamak nie, belum kita duduk dia dah ambik order sambil lap meja yang sememangnya bersih tu...
"Aku rasa DBKL memang mainkan kita la Mat" Aku mulakan bicara.
"Memang pun, kau bukan tak tau, DBKL tu kan macam komunis... Aku daripada memula dia dok kata nak jual rumah DBKL tu pun dah boleh agak dah, mesti ada agenda apa-apa punyer... Takkan senang sangat DBKL nak jual rumah yang berpuluh tahun diorang kutip hasil" Rahmat lepas geram... dia nie orang Nurul Izzah.
"Aku pun baru sekarang rasa macam tu... kena tipu siang siang buta... 1Malaysia Rakyat Didahulukan? Woi, kena lebung kita nie Mat..."
"Kau tau, masa Najib umum pasal penjualan rumah DBKL kat Bagan Pinang hari tu, memang semata-mata sebab nak menang undi jer... Ni semua politik murah!!" Rahmat agak membentak... Member meja sebelah duk pandang-pandang... Silap-silap orang Raja Nong Chik kot...
"Mana la aku nak carik Ringgit Malaysia sembilan ribu nie Mat... Segan aku nak tanya mak aku kat Pilah tu... Rasa aku, orang tua aku tu ada duit... tapi Aku segan nak mintak la... hutang lama ada lagi lima ratus tak setel lagi" Aku mengadu domba pada Rahmat... Aku langsung tak cadang nak pinjam duit mak aku sebab 9 ribu tu banyak lah sangat. Takut tak terbayar aku nanti. Kot mak aku nak pakai duit ke, pergi haji ke... ish, takkan aku nak dulukan hasrat aku melampaui mak aku...
"Kalau kau tak dapat nak carik RM9 ribu, kau sewa la dulu rumah tu... Nanti ada rezki lain tahun, beli la pulak" Rahmat cuba yakinkan aku yang duk gundah gulana fikir pasal mencari duit...
"Kau biar betul Mat, kau tak tau cerita ke?" aku teringat perihal sewa rumah dan maintanance yang bakal dikenakan kepada mereka yang memilih untuk menyewa kerana tiada sumber kewangan.
Roti telur bawang aku dah tinggal separuh, tapi cerita macam panjang lagi nak abis... Mau aku order roti kosong lagi dua keping nie... orang kaya pun tak makan macam aku makan...
"Pasal bayaran tambahan maintanance tu? Biasala Sarip, bila orang yang beli rumah bayar maintanance tiap-tiap bulan, orang yang selama nie menyewa RM124 tu kena la tambah RM60 untuk maintanance... Sama-sama bayar la... lif pakai sama-sama kan?" Mat memberikan pepatah logika, tapi bukan itu maksud aku...
"Abis tu, kau rasa RM124 sebulan tu akan kekal??"
BERSAMBUNG...
Aku nak update.
ReplyDeleteAku baru masuk website Treasury td kat Bhg Pinjaman Perumahan.Sebagai kakitangan gomen,
aku saje la test tanya kat pegawai tu sama ada aku layak ke tidak pinjam loan kerajaan, nasib baik dia kata ok aku layak. Tp still x layak nak buat loan lebih 35 ribu.
35 ribu jer... ok la.
Lebihnya nanti aku cuba ikhtiarkan. Korek duit xdapat la sebab xde. Personel loan jugak kot...