Tuesday, January 12, 2010

1Malaysia Rakyat Didahulukan - Part 1


"Jangan risau Mat, kita mesti boleh dapat full loan. Lagi pun DS Najib dah buat announcement, rumah PPR DBKL tu market price dia 80 ribu, takkan orang bank takleh bagi kurang-kurang 60% dari market price?".

Aku cuba tenangkan si Rahmat nie, risau sangat dia fasal nak mencari 10% dari jumlah pinjaman RM35ribu. Ditambah lagi dengan yuran-yuran guaman yang macam-macam tu, sampai cecah RM5 ribu setengah.

Macamana boleh jadi yuran sampai RM5 ribu setengah untuk rumah PPR yang harganya RM35 ribu?  Yuran perjanjian jual beli aje dah RM580, Kos tanda tangan perjanjian pinjaman sampai RM3162, ini termasuk MRTA lah yang premiumnya RM2000. Bayaran permohonan hak milik dah RM450. Daripada RM450 nie, upah juru-ukur aje RM400, macam ukur rumah bungalow pulak rasanya. Bayaran pindah milik RM1120 dan akhir sekali yuran perkhidmatan RM270. Campur-campur semua jadi RM5582. Telan air liur si Alang  depan rumah aku tu bila aku terangkan kos-kos yang serba runcing nie, dengarnya dia tak jadi beli rumah PPR yang dia duduk tu sebab takde sumber untuk sediakan banyak ribu-riban, ramai yang macam tu.

Rahmat dok belek-belek surat tawaran DBKL yang nampak sedikit kusam lepas dia bawak ke hulu ke hilir entah berapa bank yang dia dah survey. "Itu kata kau Sarip, lain pulak yang orang bank tu dok kata kat aku. aku dah pergi 3 daripada 4 bank panel yang DBKL endorse, semua cakap benda yang sama, macam berpakat pulak"

Pandai pulak si Rahmat nie guna perkataan endorse, namun kata-kata Mat tu buat aku jadi makin runsing.

Macamana tak runsing, si Mat nie kurang-kurangnya dah ada standby lima ke enam ribu nak buat bayar yuran lawyer yang bermacam tu. Tapi yang buat dia pening kepala sebab tak sangka yang bank hanya akan lulus takat 90% daripada tawaran DBKL RM35ribu. Maknanya dia kena sediakan lagi RM3500 baru cukup. Menjadikan jumlah yang perlu disediakan untuk beli rumah DBKL sebanyak RM9082 dibundarkan kepada ribu yang hampir, menjadi RM9ribu. Dia pening sebab mana nak cekau lagi tiga ribu setengah, padahal aku lagi ghaplah nak cari 9ribu.


Nak harapkan duit ASB yang beranak minggu lepas, baru ada seribu setengah. Itu pun dah set dalam kepala nak beli almari baju tambahan dengan almari kasut, dari lepas raya bini dok request dan aku pun dah approve. Yelah, sejak saiz dia dah bertambah, berkadar terus dengan jumlah baju kurung yang juga bertambah. Samalah, kasut pun bertambah.

"Itulah kau, tak menyempat-nyempat nak pergi bank. Aku suruh tunggu tengahari pergi bank dengan aku, baru ada konfiden, ndaknya bila bankers tu tengok sampai 2 orang nak apply loan rumah DBKL, bank mesti akan lagi senang nak tolong bila pikirkan mungkin lagi banyak prospek yang menyusul. Bank kan kapitalis" 

Saja aku tekan Mat. Dah janji semalam nak pergi sekali, alih-alih dia jalan dulu.Aku cuma dapat halfday hari nie sebab ramai pulak yang set cuti hari yang sama.

Belum sempat aku nak tanya lagi, dia celah, "Aku pagi-pagi dah pergi DBKL antor borang terima tawaran dengan borang hijau tu, pastu aku terus la pergi bank, tak sangka pulak orang bank tu mati-mati cakap tak boleh bagi loan lebih. Aku bukan nak buat loan sampai RM40ribu, aku cuma nak supaya dapat loan tepat-tepat harga rumah tu."

Mat mengeluh, sesal tak sudah bila dapat gambaran yang bertentangan dengan apa yang aku cakap itu hari. Aku cakap ikut logik, jangan dia kata aku lebong dia sudah.

Hari dah makin terik panasnya, pasti hujan lebat petang nie. Aku yang membonceng motor Mat dalam perjalanan menuju ke Bank Rakyat Bangsar Baru. Harapnya Bank Rakyat nie dapat la tolong rakyat. Hanya tinggal satu bank panel sahaja lagi yang belum disurvey. Dalam duk membonceng, kepala hotak aku ligat, macamana nak dapatkan RM9ribu. Nak buat overlap lagi? Rasanya overlap tahun lepas dah hampir maksimum, boleh pergi lagi ke? Aku nak dapatkan 9ribu je.

Dalam masa sama, aku rasa tak sedap hati. Betul ke si Mat nie dah tanya 3 bank dan dapat jawapan yang sama? Kenapa bank tak boleh nak luluskan full loan yang baru takat RM40 ribu tu sedangkan market price rumah PPR yang betul-betul strategik di pinggir pusat Bandaraya KL mesti boleh cecah 80ribu, bak kata Najib sendiri masa dua hari sebelum PRK Bagan Pinang.

Aku tak peduli kalau dia nak dapat 'political mileage' ke, nak dapat undi ekspress ke, sempena pengumuman penjualan rumah PPR yang dah bertahun ditunggu. Aku tak peduli pun sapa yang menang PRK Bagan Pinang sebab masa tu seronok bukan kemain sebab akhirnya dimakbulkan juga hasrat warga KL untuk menjadi pemilik rumah PPR daripada dicengkam DBKL yang serba komunis tu.

Masa tu aku rasa, kalau BN menang kat Bagan Pinang pun takpe sebab aku nampak Najib macam ok jer bila tindak tanduknya masa tu, menyebelahi rakyat.

Tengah aku mengelamun pasal Bagan Pinang yang akhirnya dimenangi oleh Isa Samad, perihal pinjaman perumahan mengambil giliran untuk dibicara dalam rona pemikiran aku, menenggelamkan gambaran Isa Samad dijulang selepas tamat pengiraan undi. Cepat je gambaran Isa tenggelam, mungkin sebab dia pendek.

Otak kanan aku ligat lagi mengandaikan dialog-dialog untuk berhadapan dengan orang bank yang kebanyakkan karektornya user-friendly atau prospec-oriented friendly, manakala otak kiri aku duk kira berapa aku boleh dapat kalau overlap lagi sekali, pastinya overlap yang terakhir dalam dekad ini.

Masih celaru. Aku fikir bank sepatutnya lebih mudah nak bagi loan memandangkan nilai rumah flat 3bilik + 2bilik air tu tinggi. Mana mungkin banker tolak prospek, mana mungkin kapitalis tolak untung walaupun limaduit.

"Apasal kau tak masuk simpang depan tu Mat? Sini kau sungsung arus, jalan sempit tu". Aku tak pasti Mat paham ke tidak apa yang aku cuba terangkan. Patutnya dia masuk kat simpang depan McD tu.

"Takde hal lah, saman nanti aku bayar la". Masa duit manis-manis nie pandai pulak Mat buat lawak. Kot kena saman, nanti dah tak genap pulak duit dia yang short lagi 3ribu tu. Mat nie jenis tak suka orang arah-mengarah, padahal aku bukan nak mengarah, cuma taknak lutut aku bergesel dengan mana-mana side miror kereta yang lalu.

Aku turun motor terus pergi depan bank tunggu si mat parking motor. Tapi apasal aku bawak sekali helmet nie, kan dah jadi rimas dengan beg dukumen lagi nak diusung. Patutnya boleh letak kat motor jer, sebab pak guard bank kekadang tak bagi bawak masuk helmet. Nasib-nasib lah.

Berdebar jugak nak berdepan dengan pegawai bank nie, teringat pulak masa pertama kali buat personnel loan masa nak kawin dulu. Sini jugaklah bank yang provide interest rate paling rendah untuk personnel loan. Rasanya macam baru je aku sain aggrement loan overlap tahun lepas. Hari nie nak tanya pasal housing loan pulak, harap-harap boleh la Bank Rakyat nie bantu rakyat macam aku dengan Mat. Rakyat yang penuh dengan hutang.

Mat pandang aku semacam jer bila aku taruk helmet kat bawah meja pak guard tu. Dia takut helmet dia kena rembat.

Masa naik tangga untuk ke tingkat 2 aku dok runsing lagi. Aku bukan tak mampu nak bayar instalment kalau setakat loan rumah RM40ribu, kena pulak dapat period pembayaran sampai 30 tahun. Tapi yang aku tak mampu ialah nak sediakan 9ribu.

Kalau aku yang laki bini kerja nie meraban nak carik deposit banyak tu, camana lah nasib si Poji, Zahari, Jenal, yang masing-masing bini tak kerja. Anak diorang pun ada yang dah sekolah menengah berbanding anak sulung aku yang baru je masuk tadika. tadika PASTI. Tak dapat bayang macamana diorang struggle untuk cari 9 ribu tu.

Macamana pulak nasib Makcik kedah tingkat 3 tu? Macamana nasib Pak Akop yang sebatang kara duk tingkat 3 tu? Kalau macam Pak imam tu takpe lah, anak ramai semua dah kerja pegawai gomen. Kalau ada anak yang masih sekolah pun, itu anak bini nombor dua dia. Anak bini nombor tiga dia baya anak aku.

Fikirkan nasib lagi, macamana pulak nasib Pak Abu yang berenti kerja niaga roti canai kat bawah flat tu? Baru aje Pak Abu selesai kenduri kahwin anak, mesti ribu-riban dan habis tu, nak cekau mana lagi untuk duit deposit 9ribu? Abang Fadil pulak macamana, bawak teksi jer. Anak sekolah lagi tu. Kalau diorang-diorang nie tak dapat beli rumah PPR tu, sampai bila agaknya diorang nak menyewa? Biarpun RM124 sebulan, takde sikit pun pokok yang dibayar dengan sewa macam tu.

"Assalamualaikum, Pasal housing loan jumpa sapa?" Kerani kat kaunter tu jenguk kat dalam, mungkin nak tengok ada tak pegawai yang tidak di'occupied'. "Encik tunggu sekejap yer, in-charge person ada customer" sambil dia lempar senyum customer-service. Auww rupanya mamat nie.

Aku menunggu di ruang depan yang disediakan, bersama senaskah Utusan Malaysia bertarikh semalam. Naskah yang bertarikh hari nie mungkin kat brader sebelah tu, kushuk baca ruangan sukan. Dalam menunggu, otak aku seligat mutaligat. Mat pun tak bersuara sepatah haram, mata dia ligat tengok dua orang awek free hair berbaju kurung sendat kat penjuru sana. Pekerja gomen nak buat personnel loan kot?

Aduhai, banyak pulak masa habis dalam menanti giliran. Menunggu dan menanti, relax dalam resah...






Bersambung...


Lebong = Tipu
Overlap = Hutang baru tampal hutang lama
Limaduit = 5 sen
Gomen = Government servant
Mutaligat = Blog Sofi Wahab

9 comments:

  1. Berdebar pulak baca citer kau ni!
    Sebab aku pun summit borang PPR tu semalam.
    Nasib badan kena tipu ngan DBKL dan Najib Bangsat!!

    ReplyDelete
  2. Tempat aku pun dah kecoh pasal nie... bertekak habis dengan orang yang bagi taklimat pasal beli rumah ni

    ReplyDelete
  3. Masa bagi taklimat ramai yang komplain pasal keadaan rumah bocor sana, bocor sini. retak sana, retak sini.
    tak ramai sangat yang komplain pasal pinjaman ni. masa tu tak nampak lagi.
    tapi bila aku servey bank minggu lepas banyak bank yang cakap macam edyesdotcom bagitau.

    ReplyDelete
  4. OTROMAN BELAKANG TAROJanuary 14, 2010 at 4:06 PM

    Kau toksah nak bisng la pasal hal ni braderm aku tau kau menipu je ni, aku pun dah submit borang semalam, takde benda pun, memang ada sikit masalah tetapi benda kecik dan boleh stel punya, macamana dengan pakatan rakyat buat kat selangor hari tu, kau dah lupa ke edyes? Kan hari tu kalid mb gagap dan mbpj halau semua ibu tunggal keluar?

    Kes kat Bukit botak tu pun tak setel lagi ni, wei sebelum kau nak cite pasal org lain dan nak buat fitnah tu bagi stel hal tu dulu, banyak lagi sebenarnya tapi cukup la ini saja dulu kot

    ReplyDelete
  5. jangan jadi sengal...

    nak submit borang terima tawaran memang la takde masalah...

    nak carik 10% drpd 35 ribu?
    nak bayar fees yang sampai RM5582 tu?

    kau mungkin ada duit banyak tu untuk setelkan masalah kecik nie, dan aku juga mungkin boleh tebal muka carik 9ribu tu...

    tapi org lain mcmana? kau nak kata masalah org lain tu bukan masalah kau? silakan...

    tapi penipuan DBKL dan Najib nie takkan aku sorok celah bantal...

    ReplyDelete
  6. Salam

    Uncle tumpang simpati terhadap orang-orang macam ni. Bukan dia tak nak tapi mungkin kemampuan yang menghalang.

    Cakap Menteri adalah cakap politik. Untuk laksanakan kata-katac bukan senang. Kadang-kadang Menteri cakap lain, Pegawainya cakap lain.

    ReplyDelete
  7. Kesian juga dengan pelajar pelajar ni, semoga masaalah mereka telah selesai. Apabila anda telah selesai belajar dan dah bekerja nanti ingat lah akan nasib anak cucu yang akan datang. Jangan jadi Melayu yang ada sekarang ni.

    Melayu sekarang ni pelik sedikit.
    Bila anak nak masuk Universiti tak ada duit tapi bila kenduri kahwin tak mahu kalah. Jemputan kalau kurang dari seribu orang tak main. Jemput kawan2 sepanjang zaman, pada hal dah 25 tahun tak pernah berhubung walau pun sama sama tinggal di Malaysia. Kad jemputan mesti ada qualiti, begitu juga dengan bunga telur. Pelamin jangan kira, begitu juga peralatan lain. Kerusi plastik tak ada standard, mesti ada cover. Khemah ada theme colour, kalau pelamin warna ungu, khemah juga puteh dan ungu. Kalau ada duit lebih pergi Thailand , Padang atau negara Asian yang lain untuk beli bunga telur, ini agar tak serupa dengan bunga telur di Chow Kit road.

    Saya bukan mengata mereka yang betul betul miskin, tetapi ramai Melayu yang mampu, kenapa tak ada satu persatuan Melayu ( bukan kerajaan ) yang boleh memberi pinjaman pada anak anak Melayu ini?
    Kalau ada, hebah hebahkanlah.

    ReplyDelete
  8. betul edy, ari tu aku punya kawan kata dia dah pi round satu kl dan dekat2 5 bank dia pergi, paling tinggi loan boleh bagi hanya RM31K dan paling rendah RM25K. Budak bank pula kata nilai pasaran rumah PPR hanya RM25K, abis, yang Dato' menteri kata dalam lingkungan RM70K macamana? Budak bank tu sambung balik, memanglah, dia orang politik!

    Aku rasa sebabnya bank tak boleh bagi loan lebih dari RM31K kerana Jabatan Penilaian Harta dah buat taksiran nilai rumah PPR hanya
    RM25K. Jadi takkan mereka nak bagi lebih?

    Lagi satu rumah PPR ni susah nak jual kepada orang lain selain saudara mara atau DBKL, kena tunggu sampai 10 tahun baru boleh jual kat orang luar (undang2 DBKL).

    Jadi eloklah kita terus menyewa saja rumah PPR ini dengan alasan berikut:-

    1. Hutang banyak pun, DBKL tak akan halau kita.
    2. Bayar RM124 tu dah campur maintenance
    3. kalau bank, 3 bulan tak bayar, dia akan hantar surat lelong. Lepas tu mana nak duduk lagi?
    4. Bila kita semua pakat tak mahu beli, kita boleh buat tuntutan pada Dato' Menteri, kita beli cara sewabeli dengan DBKL atau jangan harap kita nak pangkah Dacing pada PRU akan datang ! Undi dari orang2 yang duduk kat PPR ni banyak ooo! RNC boleh kalah atau menang hanya kerana masalah penjualan rumah PPR (kalau dia bertanding la)

    Amacam semua? Tolong komen sikit

    ReplyDelete
  9. hehehe,

    tunggu part 2 akan menyusul...

    kepada anon di atas, percaya tak bila sampai masa, DBKL akan kata RM124 sebulan dah tak relevan?

    dan satu lagi, siapa kata RM124 tu dah termasuk maintanance? hehehe

    ReplyDelete