Friday, November 20, 2009

Penyakit Taun Kolera Melanda Monsoon Cup !!


Kes kolera, juga dikenali sebagai penyakit taun yang mula dilapor di Kuala Terengganu 11 Nov lepas, sehingga kini merekod 174 kes dengan satu kematian.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata sejumlah 116 kes dikesan dari 451 kes cirit-birit yang mendapatkan rawatan di hospital, manakala 58 kes lagi dikesan dari 1,074 kontak terdekat kes kolera yang dilapor.

Satu kes kolera kini dirawat di unit rawatan rapi (ICU), katanya kepada pemberita selepas mesyuarat ke-8 Majlis Keselamatan Makanan dan Pemakanan Kebangsaan di Putrajaya hari ini.

Liow berkata penyakit itu berjangkit melalui makanan atau minuman yang tercemar dengan kuman kolera kerana pengendalian makanan atau minuman yang tidak bersih.


edyes wrote:

Inilah dia musibah, biar semua yang hadir pada monsoon cup kali nie tercirit birit.

Jika di Kota Bharu, 5 peratus hasil petrolium bumi Kelantan diiktiraf sebagai wang ehsan. Wang ini akan diagihkan kepada semua rakyat Kelantan dan akhirnya sorang akan terima 2-3ratus setiap satu kepala.

Lebih sedikit jika dibandingkan dengan apa yang rakyat Terengganu dapat ketika PAS memerintah Terengganu suatu masa dulu. Ini kerana populasi rakyat kelantan jauh lebih tinggi dari Terengganu manakala hasil sedutan minyak (baca : rompakkan) di Terengganu pula jauh lebih banyak dari hasil negeri Kelantan.

Maka rakyat Kelantan dapatlah sorang 2 ratus, boleh la dihabiskan dalam masa seminggu. Namun minyak yang disedut sepanjang tahun memberi kekayaan kepada kerajaan Pusat dan juga pelobi minyak tanahair.

Berbalik kepada negeri Terengganu, takrifnya apabila sesebuah negeri yang mempunyai hasil minyak itu diperintah oleh kerajaan BN, maka hasil 5 peratus ditakrifkan sebagai royalti. Wang royalti ini disalurkan terus kepada kerajaan negeri dan tidak kurang juga yang disalurkan terus kepada penganjuran monsoon cup.

Saya nak bagitahu, betulkah kita yang menganjurkan monsoon cup? atau kita hanya meminjamkan pantai dan laut kita kepada orang asing bagi menjayakan monsoon cup ini?

Bila lihat kepada penganjuran F1 dan MotoGP, saya tahu yang anda juga semua tahu, bahawa kita tidak menganjurkan apa-apa. Kita menyerahkan segala-galanya kepada penganjur sebenar F1. Kita hanya menyediakan litar dan penonton sahaja. Itukah yang kita nak banggakan? oh ya, kita juga menyediakan marshall baju oren yang duduk kat tepi litar tu.

Setelah semua pasukan sampai ke kawasan litar, setelah set-set penganjuran yang diimport keseluruhanya sampai ke litar F1 Sepang, maka semua peranan terpenting dalam penganjuran diserahkan kepada mereka. Saya merasakan ini jugalah yang berlaku dalam penganjuran Monsoon Cup.

Saya percaya monsoon cup kali ini bakal memperolehi sambutan yang amat menggalakkan dengan kehadiran penyakit Taun Kolera di Kuala Terengganu. Biar semua mat saleh tu tercirit di pantai dan di pelantar perlumbaan.

Di sebalik penyakit taun di Kuala Terengganu ini, minta-mintalah rakyat semua terdetik untuk sejenak berfikir, perlukah monsoon cup ini dilangsungkan? Apakah berbaloi pulangan tukaran wang asing oleh pelancung sedangkan negeri Terengganu tetap nombor dua dari belakang? Berapa tahun monsoon cup dijalankan, apakah hasilnya pada rakyat negeri terengganu berbanding hasilkan kepada orang-orang elite yang menganjur?

Fikir-fikirkanlah.

No comments:

Post a Comment