Oleh SAMAD IDRIS
DI MALAYSIA, kadang-kadang isu hangat dan besar boleh ditutup dengan segera, apabila ada isu lain yang silih berganti. Kebetulan, tahap kepedulian rakyat Malaysia memang amat kecil dan mereka seronok bercakap isu baru dengan melupakan isu sebelumnya.
Satu ketika, apabila berlaku kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspres berlaku secara berturut-turut, semua media melaporkannya, malahan turut menjadikannya sensasi. Namun, ia tidak lama dan terus dilupakan walaupun ketika itu, begitu banyak cadangan dikemukakan.
Jika tidak silap, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jaln (JPJ) pernah mewajibkan setiap bas ekspres mesti menyediakan dua pemandu bagi mengelakkan pemandu mengantuk – tetapi apakah ada penguatkuasaan selepas isu itu sejuk?
Begitu juga dengan kes kehilangan kanak-kanak, rogol, dera dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak akan menjadi sesuatu yang cukup menggemparkan buat seketika dan kemudiannya sejuk seperti sejuknya nasi di dapur.
Kini, Laporan Ketua Audit Negara 2008 ‘meletup’ buat seketika kerana ada tuntutan dibuat untuk membayar RM300 untuk seliter petrol dan sebuah kerusi pejabat berharga puluhan ribu ringgit, tetapi percayalah, isu ini akan senyap begitu sahaja kerana ia sudah biasa begitu.
Sehari dua, ramai yang mahu bercakap soal Laporan Ketua Audit Negara itu tetapi, ke mana isu itu dibawa, tiada siapa yang memperdulikannya. Masih ingat isu ini pernah timbul beberapa ketika dahulu di Kementerian Belia dan Sukan?
Siapa yang kena dakwa dan siapa yang merengkok dalam penjara kerana membeli pemutar skru dengan harga yang bukan-bukan?
Sebenarnya membincangkan isu ini hanyalah membuang masa. Tidak ambil tahu langsung pun tidak baik juga tetapi jika kita terlalu mengambil tahu, ia akan ‘menyakitkan’ kerana tiada siapa yang akan mengambil tindakan.
Pegawai kerajaan di Malalaysia seolah-olah tidak malu apabila pendedahan itu dibuat kerana mereka mungkin mengikut pepatah Melayu yang mengatakan ‘bapa borek anak rintik’. Barangkali, boss mereka di kalangan Menteri juga mengaut dan memunggah kekayaan, mengapa tidak mereka?
Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak memperkenalkan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Persoalannya, apakah penyelewengan juga memerlukan KPI dan NKRA?
Jika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu menulis surat kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan supaya segera menjalankan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat di dalam mendera kanak-kanak mengapakah dalam kes penyelewengan ini, tiada Menteri yang mahu menulis surat kepada KPN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan segera dilakukan bagi mendakwa mereka yang bersalah ke muka pengadilan?
Lebih menyedihkan Menteri Sumber Manusia, Dato' Dr. S. Subramaniam baru sahaja mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Dato' R. Segarajah supaya menyiasat bagaimana boleh berlaku pembelian ‘pole platform’ untuk sebuah pusat latihan di Miri pada harga RM30,510 sedangkan harga pasaran cuma RM990.
Tentunya pegawai yang terlibat dan berkuasa meluluskan pembelian ‘pole platform’ mempunyai sebab mengapa dia berani meluluskan dan membuat pembelian tersebut, namun mengapakah spesikasi tersebut tidak didedahkan supaya diketahui secara jelas ‘item’ yang berkaitan dibeli sama.
Bayangkan bagaimana kelulusan boleh dibuat ke atas pembelian ‘thumbdrive’ 1GB dengan harga RM480 sedangkan harga pasaran RM90. Hakikatnya, harga pasaran alat ini bukan harga yang disebutkan kerana kanak-kanak sekolah rendah pun tahu berapa harga sebenar ‘thumbdrive’ 1GB sekarang – tidak lebih dari RM20.
Namun, tiada siapa mahu mendengar dan membincangkan isu ini lagi kerana masing-masing sibuk mahu bercakap soal Bajet 2010 yang kononnya memakmurkan rakyat.
Media arus perdana lebih berminat untuk membesarkan cerita Muktamar Agung Khas (EGM) PAS yang dicadangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kemudiannya ditukarkan kepada Mesyuarat Khas PAS Pusat – kerana bagi media tersebut, lebih cepat dilupakan isu Laporan Ketua Audit Negara 2008, adalah lebih baik.
Sebenarnya, banyak lagi ‘penyelewengan’ termasuk projek-projek kerajaan yang sakit – dimulai dengan kegagalan kontraktor utama gagal menyiapkan projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh.
Masih ingat dengan kes kelewatan siapnya Hospital Tuanku Bahiyah, Alor Star dahulu? Siapa yang kena denda dan siapa yang menanggung kerugian? Ingat kes tertangguhnya projek penjara di Kuching di Sarawak dan beberapa projek pengswastaan kem-kem tentera dahulu? Siapa yang didenda dan siapa yang menanggung kerugian?
Jika dilihat kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein terdapat 39,589 permohonan taraf warga negara tertunggak juga sepatutnya disiasat secara rapi dan mendalam. Apakah KDN tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk memproses permohonan atau ada pihak-pihak yang sengaja melewat-lewatkan proses permohonan ini kerana ‘pelincir’?
Permohonan tertunggak bermakna ia belum ditolak. Jika Hishammuddin mengatakan taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi negara dan bukan suatu hak yang boleh dituntut, mengapakah permohonan itu tidak ditolak sahaja dan jangan dianggap sebagai tertunggak?
Masalah sebenar ialah permohonan tersebut tidak diproses hingga menyebabkan Hishammuddin pernah bergambar berlatarbelakangkan kotak-kotak fail tertunggak yang belum diproses di KDN tidak lama dahulu.
Janganlah isu tertunggak ini dianggap sebagai perkara biasa dan akhirnya ada permohanan yang datangnya dari mereka yang berusia 99 tahun, terpaksa diserahkan kad pengenalannya di tanah perkuburan kerana mereka mati dahulu sebelum permohonan mereka diluluskan.
Jika penyelewengan dan pembelian barang-barang dengan harga yang berbeza dari harga pasaran dianggap ‘tidak betul’ sebenarnya kes-kes tertunggak juga adalah ‘penyelewengan’ yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.
Disebabkan kes tertunggaklah maka ‘rasuah akan berlaku’ kerana ada yang tidak sabar untuk menanti dan menanti akan menggunakan ‘pelincir’ untuk mempercepatkan permohonan mereka.
Inilah KPI dan NKRA yang Najib harus tumpukan. Apakah ada KPI bagi kes-kes tertunggak dan tertunggak dalam masa yang cukup lama – sedangkan kerajaan sering melaung-laungkan semua surat-surat permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari, sebulan dan paling lewat tiga bulan.
Disebabkan kes tertunggak tidak dianggap kesalahan, maka janganlah terkejut jika pembinaan landasan berkembar Rawang-Ipoh juga tertangguh. Malangnya, apabila ia tertangguh, ia menyebabkan kos meningkat RM1.43 bilion.
Jika dilihat dari kes demi kes, Kementerian Pengangkutan nampaknya sarat dengan masalah, selain dari isu projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh, kementerian ini juga sedang bergelut dengan isu PKFZ yang tidak mungkin mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.
Ketika Pengarah Siasatan SPRM, Dato' Mohd Shukri Abdull mahu memulakan kajian semua Laporan Ketua Audit Negara 2008, Najib perlulah lebih serius dalam memantau semua laporan tersebut walaupun ia sebenarnya bukan semuanya disebabkan penyelewengan.
Jika tidak, keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan tentunya susut kerana selama ini rakyat sudah acap kali didedahkan dengan cerita-cerita seumpama ini.
Aku heran betul la macam mana KPI kakitangan dan jabatan kerajaan diukur?
ReplyDeleteAda ke ukurannya?. Lihatlah pendedahan Ketua Audit Negara saban tahun membimbangkan. Pendedahan media dalam kegagalan badan kerajaan (lihat edisi siasat dan karam sing walia). Penguatkuasaan dan penyampaian yang tiris.
Yang menjadi persoalan. Bila bajet. Nak bonus banyak-banyak. Bila naik gaji nak banyak-banyak. Macamlah kakitangan kerajaan je yang menyumbang kemajuan ekonomi. Pekerja buroh dan kilang swasta apa yang dapat dalam budget?. Kita tak sedar sebenarnya kakitangan kerajaan ni dapat manfaat 2 kali ganda dari rakyat biasa yang tak bekerja dengan gomen. Bila budget dibentang ianya harus memanfaatkan semua golongan rakyat kerja swsta or gomen.Tapi kalau depa ada manfaat direct dalam budget, budget yang lain untuk semua rakyat pun depa rembat juga. 2 x manfaat.
Tapi..apakah ukuran yang diguna untuk mengukur KPI kerajaan ini?. Adakah jabatan dan kakitangan yang tak perform layak dapat bonus dan naik gaji?.
Adalah adil jika dibuat pendedahan. Jabatan yang KPI bagus sahaja layak dapat manfaat kenaikan gaji dan bonus dalam budget. Jabatan yang tidor we say sorry. Barulah boleh meningkatkan prestasi perkhidmatan awam. Ini tidak...semua nak sama rata. Nak bonus dalam budget dan macam-macam eaun dan bantuan pada mereka. Adilkah?.
Kesatuan sekerja kerajaan harus faham isu ini. Jangan lemak sangat nak menghabiskan duit rakyatje. Prestasi Hampeh. Rasuah dan ketirisan wang makin meningkat seperti pendedahan jabatan audit.
mungkin PM dan menteri sokong semua pemintaan kesatuan sekerja. Bukan apa, mereka pun kakitangan kerajaan juga. So bila gaji naik, bonus naik, depa pun akan dapat habuan juga. hahaha.
Rakyat peduli apa. Itu duit kerajaan yang punya buka rakyat yang punya. faham!!!!!!.
Kerajaan BN yang punya.
apa ya KPI jabatan kerajaan?.
ReplyDeleteGua rasa sama je.Prestasi bagus ke tak..tak ada sapa yang peduli. YANG PENTING NAK NAIK GAJI DAN BUNOS.
Bawa isu ni ke Parlimen. Tiap tiap tahun sebelum budget buat carta prestasi setiap jabatan. Capai atau tak?.
Bentangkan laporan prestsi jabatan & kakitangan jabatan tersebut. Paparkan pada media. Bahas di Parlimen dan minta jabatan audit untuk review. Selepas pembentangan di parlimen barulah usulkan nak bagi bonus ke tidak. Naik gaji ke tidak.
Baru kami semua rakyat puas hati.
Ahli parlimen tolong ada inisiatif sikit usulkan idea ini.
Demi kebaikan pencapaian kerajaan.
Demi mengawal wang rakyat dari habis kat depa-depa tu je. Performance kena bagus.
"Racial polarisation in the country is not caused by the country vernacular school system but more by the government political, education and economic discriminative policies." - an educationist said today.
ReplyDeleteThe prime minister and all the Umno ministers will never admit that polarisation arises more out of the race-based policies and privileges one race gets over another.
Similarly, there are other areas of our daily lives where terminologies used have made us view certain practices as privileges rather than sacrifices. For instance, the bumi discount for houses.
The total sale value to the developer is still the same. It is just that the non-malay buyer is likely to be required to pay for some of the discount given to the malays.
But the longer the NEP policies continue and the greater the vehemence with which Umno politicians issue threats, terminologies will change and more people will talk about these practices or policies in words that may not sound as pleasing to the ears of the beneficiaries.
Obviously, at that point we shall probably see a new round of discriminations and disagreements. Unfortunately, as long as only weak people take on leadership roles within Umno, threats will continue, NEP policies will be sustained and corruption will prevail.
That unfortunately is the legacy we have as Malaysians.
The basic building blocks of unity, whether you are uniting different ethnic groups in a country or trying to re-engineer a corporation of differing cultural values, are the same.
The principal parties have to be treated as equals - nor special privileges no favours that would favour one group over another. Any privilege that is given should be given to all on the same basis - for example, special privilege given to the financially poor regardless of race or ethnic origin.
It is only on this equitable footing that you can foster true nationalism and build lasting unity, since each component group will have the same stake in the nation and has equal likelihood in reaping the rewards or suffering the consequences.
My recommendation to the government, not simply as a businessman but also based on pragmatism, is not to waste any more taxpayer ringgit on nationalism programmes until it has established the pre-conditions for its success.
What is sad is that, after almost five decades of independence, we have been unable in Malaysia, to bring globally-vision leaders to the forefront - leaders who can see beyond racial boundaries to recognise the immense sociological and economic potential that can benefit all Malaysians.
Is the language diversity in our educational system a stumbling block to so-called "national unity"? Despite the insistence of this idea by the self-interested ruling elite, it is simply wrong.
ReplyDeleteAnd the common use of English did not stop Americans from fighting Britons in the War of Independence. And let us not forget the American Civil War - both sides spoke English.
And to the contrary, we see Europeans of different mother tongues coming together in a democratic manner to forge a united continent in the form of the multilingual European Union with common standards of human rights, governance and democracy.
English-speaking people with different mother tongues are also now living peacefully in five different sovereign and independent countries namely the United States, Canada, Britain, Australia and New Zealand.
It is time for the Malaysia ruling elite and their ideologues to stop spreading the voodoo of that language diversity hampers national unity.
The root cause of national disunity is none other than the existence of race-based political parties like UMNO, MIC and MCA, which perpetuate race-based affirmative action policies and which only benefit the upper class BN gangs and their sons, daughters and cronies.
Is the language diversity in our educational system a stumbling block to so-called "national unity"? Despite the insistence of this idea by the self-interested ruling elite, it is simply wrong.
ReplyDeleteAnd the common use of English did not stop Americans from fighting Britons in the War of Independence. And let us not forget the American Civil War - both sides spoke English.
And to the contrary, we see Europeans of different mother tongues coming together in a democratic manner to forge a united continent in the form of the multilingual European Union with common standards of human rights, governance and democracy.
English-speaking people with different mother tongues are also now living peacefully in five different sovereign and independent countries namely the United States, Canada, Britain, Australia and New Zealand.
It is time for the Malaysia ruling elite and their ideologues to stop spreading the voodoo of that language diversity hampers national unity.
The root cause of national disunity is none other than the existence of race-based political parties like UMNO, MIC and MCA, which perpetuate race-based affirmative action policies and which only benefit the upper class BN gangs and their sons, daughters and cronies.