Friday, October 30, 2009

Siapa Peduli Laporan Ketua Audit Negara?



Oleh SAMAD IDRIS

DI MALAYSIA, kadang-kadang isu hangat dan besar boleh ditutup dengan segera, apabila ada isu lain yang silih berganti. Kebetulan, tahap kepedulian rakyat Malaysia memang amat kecil dan mereka seronok bercakap isu baru dengan melupakan isu sebelumnya.


Satu ketika, apabila berlaku kemalangan jalan raya membabitkan bas ekspres berlaku secara berturut-turut, semua media melaporkannya, malahan turut menjadikannya sensasi. Namun, ia tidak lama dan terus dilupakan walaupun ketika itu, begitu banyak cadangan dikemukakan.


Jika tidak silap, Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) dan Jabatan Pengangkutan Jaln (JPJ) pernah mewajibkan setiap bas ekspres mesti menyediakan dua pemandu bagi mengelakkan pemandu mengantuk – tetapi apakah ada penguatkuasaan selepas isu itu sejuk?

Begitu juga dengan kes kehilangan kanak-kanak, rogol, dera dan bunuh yang melibatkan kanak-kanak akan menjadi sesuatu yang cukup menggemparkan buat seketika dan kemudiannya sejuk seperti sejuknya nasi di dapur.

Kini, Laporan Ketua Audit Negara 2008 ‘meletup’ buat seketika kerana ada tuntutan dibuat untuk membayar RM300 untuk seliter petrol dan sebuah kerusi pejabat berharga puluhan ribu ringgit, tetapi percayalah, isu ini akan senyap begitu sahaja kerana ia sudah biasa begitu.

Sehari dua, ramai yang mahu bercakap soal Laporan Ketua Audit Negara itu tetapi, ke mana isu itu dibawa, tiada siapa yang memperdulikannya. Masih ingat isu ini pernah timbul beberapa ketika dahulu di Kementerian Belia dan Sukan?

Siapa yang kena dakwa dan siapa yang merengkok dalam penjara kerana membeli pemutar skru dengan harga yang bukan-bukan?

Sebenarnya membincangkan isu ini hanyalah membuang masa. Tidak ambil tahu langsung pun tidak baik juga tetapi jika kita terlalu mengambil tahu, ia akan ‘menyakitkan’ kerana tiada siapa yang akan mengambil tindakan.

Pegawai kerajaan di Malalaysia seolah-olah tidak malu apabila pendedahan itu dibuat kerana mereka mungkin mengikut pepatah Melayu yang mengatakan ‘bapa borek anak rintik’. Barangkali, boss mereka di kalangan Menteri juga mengaut dan memunggah kekayaan, mengapa tidak mereka?

Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Razak memperkenalkan Penunjuk Prestasi Utama (KPI) dan Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA). Persoalannya, apakah penyelewengan juga memerlukan KPI dan NKRA?

Jika Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil mahu menulis surat kepada Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan supaya segera menjalankan siasatan dan mendakwa mereka yang terlibat di dalam mendera kanak-kanak mengapakah dalam kes penyelewengan ini, tiada Menteri yang mahu menulis surat kepada KPN dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya siasatan segera dilakukan bagi mendakwa mereka yang bersalah ke muka pengadilan?

Lebih menyedihkan Menteri Sumber Manusia, Dato' Dr. S. Subramaniam baru sahaja mengarahkan Ketua Setiausaha kementeriannya, Dato' R. Segarajah supaya menyiasat bagaimana boleh berlaku pembelian ‘pole platform’ untuk sebuah pusat latihan di Miri pada harga RM30,510 sedangkan harga pasaran cuma RM990.

Tentunya pegawai yang terlibat dan berkuasa meluluskan pembelian ‘pole platform’ mempunyai sebab mengapa dia berani meluluskan dan membuat pembelian tersebut, namun mengapakah spesikasi tersebut tidak didedahkan supaya diketahui secara jelas ‘item’ yang berkaitan dibeli sama.

Bayangkan bagaimana kelulusan boleh dibuat ke atas pembelian ‘thumbdrive’ 1GB dengan harga RM480 sedangkan harga pasaran RM90. Hakikatnya, harga pasaran alat ini bukan harga yang disebutkan kerana kanak-kanak sekolah rendah pun tahu berapa harga sebenar ‘thumbdrive’ 1GB sekarang – tidak lebih dari RM20.

Namun, tiada siapa mahu mendengar dan membincangkan isu ini lagi kerana masing-masing sibuk mahu bercakap soal Bajet 2010 yang kononnya memakmurkan rakyat.

Media arus perdana lebih berminat untuk membesarkan cerita Muktamar Agung Khas (EGM) PAS yang dicadangkan Mursyidul Am, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang kemudiannya ditukarkan kepada Mesyuarat Khas PAS Pusat – kerana bagi media tersebut, lebih cepat dilupakan isu Laporan Ketua Audit Negara 2008, adalah lebih baik.

Sebenarnya, banyak lagi ‘penyelewengan’ termasuk projek-projek kerajaan yang sakit – dimulai dengan kegagalan kontraktor utama gagal menyiapkan projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh.

Masih ingat dengan kes kelewatan siapnya Hospital Tuanku Bahiyah, Alor Star dahulu? Siapa yang kena denda dan siapa yang menanggung kerugian? Ingat kes tertangguhnya projek penjara di Kuching di Sarawak dan beberapa projek pengswastaan kem-kem tentera dahulu? Siapa yang didenda dan siapa yang menanggung kerugian?

Jika dilihat kenyataan Menteri Dalam Negeri, Dato' Seri Hishammuddin Hussein terdapat 39,589 permohonan taraf warga negara tertunggak juga sepatutnya disiasat secara rapi dan mendalam. Apakah KDN tidak mempunyai kakitangan yang mencukupi untuk memproses permohonan atau ada pihak-pihak yang sengaja melewat-lewatkan proses permohonan ini kerana ‘pelincir’?

Permohonan tertunggak bermakna ia belum ditolak. Jika Hishammuddin mengatakan taraf kewarganegaraan adalah anugerah tertinggi negara dan bukan suatu hak yang boleh dituntut, mengapakah permohonan itu tidak ditolak sahaja dan jangan dianggap sebagai tertunggak?

Masalah sebenar ialah permohonan tersebut tidak diproses hingga menyebabkan Hishammuddin pernah bergambar berlatarbelakangkan kotak-kotak fail tertunggak yang belum diproses di KDN tidak lama dahulu.

Janganlah isu tertunggak ini dianggap sebagai perkara biasa dan akhirnya ada permohanan yang datangnya dari mereka yang berusia 99 tahun, terpaksa diserahkan kad pengenalannya di tanah perkuburan kerana mereka mati dahulu sebelum permohonan mereka diluluskan.

Jika penyelewengan dan pembelian barang-barang dengan harga yang berbeza dari harga pasaran dianggap ‘tidak betul’ sebenarnya kes-kes tertunggak juga adalah ‘penyelewengan’ yang tidak boleh dibiarkan begitu sahaja.

Disebabkan kes tertunggaklah maka ‘rasuah akan berlaku’ kerana ada yang tidak sabar untuk menanti dan menanti akan menggunakan ‘pelincir’ untuk mempercepatkan permohonan mereka.

Inilah KPI dan NKRA yang Najib harus tumpukan. Apakah ada KPI bagi kes-kes tertunggak dan tertunggak dalam masa yang cukup lama – sedangkan kerajaan sering melaung-laungkan semua surat-surat permohonan akan diproses dalam tempoh 14 hari, sebulan dan paling lewat tiga bulan.

Disebabkan kes tertunggak tidak dianggap kesalahan, maka janganlah terkejut jika pembinaan landasan berkembar Rawang-Ipoh juga tertangguh. Malangnya, apabila ia tertangguh, ia menyebabkan kos meningkat RM1.43 bilion.

Jika dilihat dari kes demi kes, Kementerian Pengangkutan nampaknya sarat dengan masalah, selain dari isu projek Landasan Berkembar Elektrik Rawang-Ipoh, kementerian ini juga sedang bergelut dengan isu PKFZ yang tidak mungkin mampu diselesaikan dalam masa yang singkat.

Ketika Pengarah Siasatan SPRM, Dato' Mohd Shukri Abdull mahu memulakan kajian semua Laporan Ketua Audit Negara 2008, Najib perlulah lebih serius dalam memantau semua laporan tersebut walaupun ia sebenarnya bukan semuanya disebabkan penyelewengan.

Jika tidak, keyakinan rakyat kepada pentadbiran kerajaan tentunya susut kerana selama ini rakyat sudah acap kali didedahkan dengan cerita-cerita seumpama ini.

Tuesday, October 20, 2009

Mesti Baca : Memenuhi Nafsu Sultan...




Kita semua tahu apa yang berlaku di Perak. Tetapi ramai yang tidak tahu, mengapa ia berlaku.

Sekiranya anda masih ingat, ianya mengambil masa seminggu untuk kerajaan baru di Perak dan Selangor mengangkat sumpah selepas pilihanraya umum Mach 2008. Kedua-dua Sultan dinegeri ini mahu ‘membincangkan’ terlebih dahulu dengan ADUN-ADUN Pakatan Rakyat.Sultan kemudiannya meletakkan beberapa syarat sebelum bersetuju untuk melantik Pakatan Rakyat sebagai kerajaan negeri yang baru.

Jurang masa selama seminggu itu telah memberika masa kepada kerajaan negeri yang lama iaitu Barisan Nasional untuk memindah dan memusnahkan banyak bukti-bukti penyelewengan yang dilakukan sebelum ini.

Kelewatan selama seminggu ini juga membolehkan Barisan Nasional menawarkan kemungkinan untuk Umno bergabung dengan Pas untuk membentuk kerajaan baru di Selangor dan Perak. Malah, Umno bersetuju memberikan kerusi Menteri Besar kepada Pas dikedua-dua negeri ini. dan kemuncaknya, Umno malah bersetuju untuk membenarkan Pas melaksanakan undang-undang Islam dikedua-dua negeri ini.

Tetapi, Pas terus bersama dengan dua rakan mereka, PKR dan DAP didalam Pakatan Rakyat dan menolak tawaran Umno. Akhirnya, kedua-dua Sultan tidak mempunyai pilihan melainkan menerima Pakatan Rakyat sebagai kerajaan baru di Perak dan Selangor. Tetapi ini tidak menghentikan mereka dari terus merancang dibelakang tabir tentang bagaimana untuk menjatuhkan kedua-dua kerajaan ini.

Sultan Selangor agak bersedia untuk menerima keadaan yang berlaku. Tambahan pula, Pakatan Rakyat Selangor mempunyai majoriti yang cukup banyak dan agak susah untuk membeli ramai Ahli Dewan Undangn Negeri. Tetapi, Perak agak berlainan sama sekali. Majoriti yang diperolehi oleh Pakatan Rakyat Perak amat sedikit berbanding Selangor.

Sebaik saja kerajaan baru dibentuk di Perak, Sultan Perak mula meminta macm-macam. Kerajaan Pakatan Rakyat Perak bersedia bertolak ansur, demi menjaga hubungan baik dengan istana. Tetapi apa yang diminta oleh Sultan dan kerabat diraja agak berlebihan dan kerajaan Pakatan Rakyat Perak tidak mempunyai pilihan melainkan menolak permintaan Sultan.

Dan ini menyebabkan Sultan murka. Dan apabila Pakatan Rakyat Perak kehilangan majoriti di Dewan Undangan Negeri, Barisan Nasional mempunyai jalan yang amat mudah untuk mendapatkan perkenan untuk Barisan Nasional membentuk kerajaan baru.

Pada mulanya, Sultan Perak tidak begitu pasti sama ada hendak menyingkir kerajaan Pakatan Rakyat dan memilih Barisan Nasional. Apabila Menteri Besar, Nizar Jamaludin berjumpa dengan Sultan dan memohon Dewan Undangan Negeri dibubarkan untuk membolehkan pilihanraya baru diadakan, Sultan meminta masa untuk membuat pertimbangan. Tetapi sebaik saja selepas itu, Najib Tun Razak berjumpa Sultan dan mempengaruhi Sultan untuk menolak permohonan Pakatan Rakyat untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri, sebaliknya melantik Barisan Nasional untuk membentuk kerajaan yang baru.

Taktik Najib amat mudah. Nazrin, anak kepada Sultan Azlan Shah, tidak sepatutnya menjadi Raja Muda. Dan ini bermakna, dia tidak sepatutnya menjadi Sultan kelak. sekiranya Sultan Azlan mangkat. Kerajaan Pusat tidak akan menyokong Nazrin sebagai Sultan Perak seterusnya. Lihatlah apa yang berlaku di Negeri Sembilan. walaupun Yamtuan melantik anaknya sebagai Raja Muda, tidak bererti dia akan menjadi Yamtuan.

Oleh itu, sama ada Nazrin boleh menjadi Sultan atau tidak bergantung kepada hubungan baik dengan kerajaan Pusat. Tetapi hubungan baik itu hanya boleh diperolehi sekiranya Barisan Nasional menjadi kerajaan negeri. Kalau Pakatan Rakyat masih lagi menjadi kerajaan negeri, maka Nazrin terpaksa membayar harganya apabila tiba masa untuk menggantikan bapanya.

Tambahan pula, Sultan dan keluarganya telah meminta banyak perkara dari kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya telah ditolak. Umno pula akan memastikan bahawa semua permintaan Sultan dan keluarganya akan dipenuhi sekiranya Barisan Nasional dipilih sebagai kerajaan negeri.

Dan dengan itu, Pakatan Rakyat menemui ajalnya di Perak. Sultan memilih Barisan Nasional sebagai kerajaan negeri yang baru dan Pakatan Rakyat menjadi pembangkang.

Apakah permintaan Sultan dan keluarganya yang ditolak oleh Pakatan Rakyat dan sebaliknya diterima oleh Barisan Nasional? Mari kita tengok, dalam masa beberapa bulan saja, Sultan dan keluarganya tiba-tiba menjadi salah satu keluarga diraja yang terkaya di Malaysia, sebaik saja Pakatan Rakyat tumbang.

1. Umno menghadiahkan kepada Sultan sekeping tanah yang dikenali sebagai lot 183578. Tanah seluas kira-kira 600 ekar ini terletak di Tanjung Tualang, dalam daerah Kinta. Tanah ini telah di berikan kepada salah seorang proksi Sultan yang bernama Mohamed Khaair Johari Hj. Osman.

2. Umno menghadiahkan kepada Sultan konsesi balak seluas 1,000 ekar yang terletak di Ulu Kenderong, Gerik, Hulu Perak, disepanjang lebuhraya Gerik-Kupang. Konsesi ini pada mulanya diberikan kepada Universiti Utara Malaysia. Walaubagaimanapun, pemberian ini ditarik balik dan diberikan kepada Pusat Kreatif Kanak-Kanak dimana Pengerusinya ialah Raja Datuk Seri Ashman Shah Ibni Sultan Azlan Shah.

3. Umno menghadiahkan kepada Sultan tujuh konsesi balak di kompartmen 39, 41, 42, 43, 44, 45 dan 49 di Hutan Simpan Kenderong di Hulu Perak. Ketujuh-tujuh lot ini, yang berjumlah kira-kira 600 ekar, diberikan kepada dua syarikat proksi Sultan - Syarikat Zotonjaya Sdn Bhd dan Kibaran Wang Sdn. Bhd.

4. Umno akan meluluskan satu cadangan penghutanan semula (reforestation) yang melibatkan 10,781 hektar. 5,781 hektar terletak di Hutan Simpan Gunung Besout, di selatan Perak wementara 5,000 hektar lagi di Pondok Tanjung dalam daerah Larut Matang. Syarikat yang akan mendapat projek ini ialah Permatang Utama Sdn. Bhd (nombor syarikat 513583-D) dimana Pengerusi Eksekutifnya ialah Datuk Seri Ismail Farouk Abdullah, menantu kepada Sultan Azlan Shah).

5. Berikutan dengan itu, Datuk Seri ismail Farouk Abdullah dibenarkan untuk mengambil alih Hotel Casuarina milik kerajaan negeri dengan harga yang paling murah iaitu RM43 juta dimana harga sebenar jauh lebih tinggi dipasaran terbuka. Hotel tersebut terletak dikawasan paling strategik di Ipoh malah harga tanah lapang saja mempunyai nilai yang amat tinggi.

Keluarga Diraja Perak bukan orang susah. Tetapi nampaknya mereka tamak. Raja datuk seri Eleena Azlan Shah merupakan Pengarah kepada Gamuda Berhad dan juga merupakan orang ke 25 kaya di Malaysia dengan harta bernilai RM773 juta. Ini menjadikan beliau wanita kedua terkaya di malaysia selepas Puan Sri Chong Chook Yew, yang menduduki tangga ke 18 dengan harta bernilai RM1 billion.

Gamuda Berhad juga telah diberikan kontrak bernilai lebih RM10 billion. Ia juga mengurus dan menyelenggara lebuhraya sepanjang 230 kilometer dan juga merupakan pemaju hartanah di empat projek bandar baru yang melibatkan lebih dari 30,000 rumah.

Itulah kisahnya. Rakyat Perak, khususnya orang Melayu, merasakan bahawa pembangkang tidak menunjukkan hormat kepada Sultan. Apa yang tidak diketahui oleh mereka ialah Sultan tidak seharusnya diberikan penghormatan. Dan ramai juga yang tidak tahu mengapa Sultan mahukan Pakatan Rakyat disingkir di Perak.

Sekarang, kita berharap, rakyat Perak tahu apa yang berlaku.

(Artikel diatas adalah terjemahan daripada artikel asal Raja Petra “Why the Pakatan Rakyat government was brought down in Perak” yang disiarkan di Malaysia Today)

BN Lakukan Apa Saja Bila Terdesak

KEMENANGAN Barisan Nasional (BN) bukanlah satu kemenangan yang sebenar. Ada banyak faktor atau sebab yang telah mendorong kepada kemenangan tersebut. Ini tidak bermakna rakyat sudah mula menyokong BN dan menolak Pakatan Rakyat. Inilah satu-satunya pilihan raya kecil yang dimenangi oleh BN sejak Pilihan Raya Umum ke-12 pada 8 Mac 2008.

Undi pos turut menjejaskan keputusan Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang. Undi tentera yang melebihi 4,000 di Dun Bagan Pinang ini telah memberi keyakinan kepada BN untuk memenangi pilihan raya kecil ini.

Faktor yang sama juga telah melemahkan semangat Pakatan Rakyat dari awal-awal lagi. Bagan Pinang merupakan satu Dun yang ideal untuk BN menang. Kita tidak boleh menggunakan Bagan Pinang sebagai kayu pengukur untuk membuat apa-apa kesimpulan.
Kalaulah benar rakyat sudah mula menyokong BN, kayu pengukurnya terletak di Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak. Bubarkan Dun Perak dan adakan pilihan raya di seluruh Negeri Perak.

Saya mencabar Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak untuk mengambil tindakan segera bubarkan Dun Perak dan selesaikan kemelut politik Perak. Pemimpin-pemimpin BN tidak seharusnya takut lagi jika mereka percaya bahawa BN sudah mendapat kepercayaan rakyat. Apatah lagi dengan kemenangan besar BN di Bagan Pinang.

BN sendiri tahu bahawa kemenangan mereka di Bagan Pinang adalah dengan cara yang kotor. Calon yang diletakkan adalah calon yang ada rekod kes rasuah dan pernah diambil tindakan oleh Lembaga Disiplin Umno itu sendiri.

Tun Dr Mahathir Mohamad yang merupakan Mahaguru Umno telah menyeru supaya tidak meletakkan calon yang ada masalah ini. Beliau juga meminta pengundi untuk menolak calon rasuah. Tetapi, pengundi-pengundi Bagan Pinang telah membuat keputusan untuk tidak mengendahkan nasihat Tun Dr Mahatir itu.

Pengundi Bagan Pinang lebih yakin kepada Isa Samad. Bagi mereka, "rasuah pun rasuahlah, kami mahu Isa Samad, orang kampung kami".

Dengan meletakkan Isa Samad sebagai calon di Bagan Pinang, BN telah hilang kredibilitinya. Ini juga membuktikan BN tidak serius untuk memerangi najis rasuah. Kerana nila setitik rosak susu sebelangga.

Perkataan rasuah berasal daripada perkataan Arab 'al-risywah'. Di dalam al-Quran, rasuah digolongkan dalam kata umum batil, iaitu meliputi juga perkataan jenayah lain seperti merompak, menipu dan memeras ugut.

Islam sangat melarang umatnya daripada mengamalkan budaya ini. Seperti mana sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Abu Hurairah RA. berkata: "Rasulullah SAW telah mengutuk orang yang suka memberi rasuah dan orang yang suka menerima rasuah dalam soal hukum- menghukum".

Perbuatan rasuah ini adalah perbuatan yang sangat keji dan berdosa. Mereka yang terjebak dalam budaya rasuah akan memperoleh balasan yang setimpal dengan perbuatan mereka ini. Rasulullah SAW telah bersabda yang bermaksud: "Pemberi dan penerima rasuah kedua-duanya akan masuk neraka".

Perbuatan ini juga dikutuk dengan kerasnya oleh Allah SWT sebagaimana dinyatakan dalam hadis lain yang diriwayatkan oleh Ahmad yang bermaksud: "Allah SWT melaknat orang yang memberi rasuah dan penerima rasuah serta orang yang memberikan jalan terhadap kedua-duanya".

Islam mengutuk sekeras-kerasnya amalan rasuah ini. Tetapi, Umno tidak mengambilkira ketetapan-ketetapan Islam dalam memilih calon. BN telah memberi jalan kepada orang yang rasuah untuk menjadi calon dan memenangi Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang.

Satu dosa besar telah dilakukan oleh semua orang yang terlibat dalam memenangkan calon yang tidak memenuhi kriteria sebagai seorang pemimpin Islam. Satu undi untuk Isa Samad merupakan satu undi untuk rasuah! Kemenangan di Bagan Pinang itu akan terus menggalakkan lagi agenda rasuah yang berterusan di kalangan pemimpin BN dengan merealisasikan kemenagan Isa Samad.

BN menghalalkan apa jua cara bagi mendapatkan kemenangan pilihan raya kecil Bagan Pinang setelah BN tujuh kali tewas pada pilihan raya kecil sebelum ini. BN sedar jika mereka kalah pilihan raya Bagan Pinang, mereka pasti akan hilang Putra Jaya dalam PRU ke-13 nanti. Dalam keadaan tertekan, kemenangan BN telah dijadikan mandatori dari awal-awal lagi.

Mereka sanggup melakukan apa sahaja termasuk tindakan-tindakan yang secara jelas bertentangan dengan prinsip demokrasi dan ajaran Islam itu sendiri. Malangnya kita terpaksa berdepan dengan undi pos yang begitu banyak di Bagan Pinang.

Amalan undi pos ini tidak relevan lagi. Bagi tentera dan polis yang menetap di Malaysia, kenapa perlu undi pos? Ini merupakan satu lagi taktik kotor BN untuk menang pilihan raya.

Undi pos dijadikan sasaran utama BN di Bagan Pinang. Pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat tidak dibenarkan untuk masuk berkempen di dalam kem-kem tentera. Alasan yang diberi ialah keselamatan. Bukankah itu merupakan satu alasan yang sungguh remeh? Keselamatam siapa, tentera? Perayu undi? atau Umno BN?

Umno juga menghalalkan cara berkempen tidak bermoral sehingga mengancam keselamatan pengundi. Tindakan ini sebenarnya menakutkan para pengundi yang ketakutan keluar mengundi apabila melihat keganasan berlaku di sepanjang hari mengundi dan hari kempen.

Banyak insiden-insiden keganasan telah berlaku di Bagan Pinang. Budaya pilihan raya yang amat memalukan. BN sanggup mengadai nilai-nilai moral untuk mendapat kemenangan di Bagan Pinang. BN tidak lagi mempunyai maruah untuk berdiri sama tinggi dengan Pakatan Rakyat.

Walau bagaimanapun, kemenangan BN tidak boleh diambil ringan. Ini merupakan satu 'wake up call' untuk Pakatan Rakyat. Kita seharusnya meningkatkan semangat perjuangan dengan lebih kuat lagi. Jadikan segala yang kita pelajari dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang sebagai satu pedoman.

Mudah-mudahan kita akan berjaya dalam semua pilihan raya kecil yang bakal kita hadapi mahupun PRU ke-13 nanti.

Ditulis Oleh V SIVAKUMAR
Speaker Kerajaan Perak yang sah

Monday, October 19, 2009

GEMPAR : Beberapa Pilihanraya Sebelum PRU13


Sekarang nie, kem Najib pula yang atur gerakkan sepertimana strategi kem Anwar mengadakan PRK setiap 3 bulan. Ini termasuklah PRK di DUN Permatang Pauh, DUN Penanti dan DUN Bukit Selambau yang kebetulan-nya jalan serentak dengan Parlimen Bukit Gantang.

Beberapa DUN yang dimaksudkan bakal melalui pilihanraya ialah DUN Lenggeng yang mana YB Lenggeng bakal digulingkan kerana kesalahan rasuah, lagi pula calon itu dipilih oleh KJ sewaktu PRU12. DUN Johol juga berkemungkinan bakal menjadi medan pilihanraya kerana wakil rakyatnya sedang sakit dan tidak dapat berkhidmat.

Seterusnya apabila kedua-dua PRK ini berpihak kepada UMNO (kerana Lenggeng dan Johol adalah kawasan pendalaman), apakah umur kita dapat melihat kejantanan UMNO membubarkan DUN Perak setelah membuat perkiraan selepas mendapat kemenangan dalam 3 PRK?

Berikut adalah berita daripada blog Aduka yang mendapat maklumat berkenaan masalah di DUN Lenggeng;
Satu maklumat hangat di kalangan PAS dan UMNO sendiri di sini. PRK Lenggeng mungkin berlaku apabila mesyuarat UMNO peringkat pusat memberi lampu hijau.

ADUN Lenggeng sekarang adalah wakil UMNO yang dipilih Khairy. Diburukkan lagi dia terbabit dalam satu kes rasuah walau setahun jagung menjadi YB. Sebelum ini, Lenggeng adalah kubu kuat Sahak yang pro Mahathir dan pro Najib.

Perkembangan terbaru di Bagan Pinang, di mana kembalinya pengundi berbilang kaum kepada BN, dan kekalahan calon PAS, PJ N9 yang juga bekas calon di kawasan Lenggeng PRU12 lepas, menyebabkan UMNO berkemungkinan menggulingkan calonnya yang ada skang. Melalui SPRM.

Baca seterusnya di sini

Saya menganggap UMNO juga juara dalam menyusun strategi apatah lagi rancangan mereka pastinya dibantu oleh SPR dalam menentukan samada wakil rakyat itu telah terbatal perlantikannya atau menggunakan SPRM untuk 'black mail' para YB.

Strategi UMNO sekarang ialah menjadikan kawasan kubu kuat sebagai medan PRK iaitu kawasan yang mereka menang dengan majoriti yang tinggi. Sekiranya ADUN yang terlibat tidak bekerjasama mengundur diri, maka rekod-rekod rasuah YB tersebut akan digunakan sebagai modal yang membolehkan PRK tetap diadakan.

Najib pasti tidak akan melepaskan peluang keemasan untuk memastikan sentimen yang dianggap 'turning point' di Bagan Pinang akan diperkuatkan lagi dengan satu atau dua kemenangan PRK di kubu sendiri sebelum benar-benar bersedia membubarkan DUN Perak.

Harus diingat, mereka merancang Allah juga merancang, nescaya perancangan Allah itu lebih hebat.

Wednesday, October 14, 2009

Perhatikan Betul-Betul, Dari Mana UMNO Dapat Undi Lebih?


Jika sekali imbas, pastinya anda semua akan lihat UMNO memperolehi undi majoriti berganda. Tetapi sekiranya anda lihat jumlah kekurangan yang dialami oleh undi PAS berbanding dengan pertambahan undi UMNO, ia sangat ketara.

Ikuti laporan lebih lanjut di blog alhussein. Syabas kepada alhussein.

Walaubagaimanapun, saya akui PAS tetap kalah teruk dalam PRK kali ini. Eloklah tu, sebentuk protes yang ditunjukkan oleh rakyat supaya PAS dan Pakatan Rakyat kembali kepada asas perjuangan, iaitu demi syiar Islam, demi kepentingan rakyat. Berkhidmatlah dengan cemerlang selepas ini terutamanya YB-YB yang telah dipilih pada PRU12 yang lalu.

Hanya 4 Pasukan Daftar Liga Malaysia

Hanya 4 Pasukan Daftar Liga Malaysia

DENGAN tempoh pendaftaran tamat beberapa jam sebelum 12 tengah hari ini, penganjuran Liga Malaysia musim depan mencetus tanda tanya gara-gara hanya empat pasukan sahaja sudah mendaftarkan diri.

Juara Liga Super, Selangor menjadi antara empat pasukan awal mengesahkan penyertaan bersama dua pasukan elit Johor FC, Johor dan Majlis Perbandaran Muar (saingan Piala FAM) sebelum pendaftaran ditutup jam 12 tengah hari ini.

edyes wrote:

Format ditukar hampir tiap-tiap tahun bagi memastikan pasukan negeri Pahang kekal dalam Liga Super. Haprak sungguh lah... kalau macam nie, lagi hancur bolasepak Malaysia, tak perlu main sungguh2 sebab tahun seterusnya confirm layak ke Liga Super. Tiada pasukan yang akan terkeluar.

Tuesday, October 13, 2009

Jangan Terkejut !!


JANGAN TERKEJUT...
UNDI POS MEMANG BOLEH DIGUNA-PAKAI
SAMPAI PETI 14 + 15+ 16 = KOSONG !
ATAU
DEPA TAK SEMPAT NAK 'KALIH' SEBAB MASA SUNTUK?

BERITA LANJUT DI SINI

Nobisha: Dari Bagan Pinang ke PRU13



Fakta 1 : PAS berjaya mengekalkan kerusi yang dimenanginya dalam PRU12 dalam pilihanraya kecil di Bukit Gantang, Manek Urai dan Permatang Pasir.

Fakta 2 : PKR berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU12 dalam pilihanraya kecil Permatang Pauh, Bukit Selambau dan Penanti.

Fakta 3 : Barisan Nasional berjaya mempertahankan kerusi yang dimenanginya dalam PRU12 dalam pilihanraya kecil Batang Air dan Bagan Pinang. Barisan Nasional kehilangan kerusi parlimen Kuala Terengganu kepada PAS.

Saya mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Isa Samad yang menang dalam pilihanraya kecil Bagan Pinang. Majoriti sebanyak 5,435 adalah cukup besar untuk menggambarkan sokongan pengundi kawasan itu kepada beliau dan Barisan Nasional.

Kemenangan ini tentunya akan menjadi suntikan semangat kepada UMNO yang bersidang mulai 13 hingga 16 Oktober ini. Bagaimanapun, seperti yang saya sebutkan dalam Astro Awani malam tadi, ia adalah merupakan satu kemenangan sementara. Sementara tidak salah untuk Barisan Nasional merayakan kemenangan ini, namun cabaran yang lebih besar bagi parti itu ialah menghadapi PRU13 yang mesti diadakan sebelum Mac 2013.

Ketiga-tiga fakta di atas menunjukkan bahawa keputusan PRU12 masih tidak berubah. Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat yang kini mempunyai kekuatan yang agak seimbang mempunyai tugas berat untuk memenangi hati pengundi. Dalam politik pasca PRU12, garisan antara kerajaan dan pembangkang menjadi semakin kabur.

Gabungan DAP, PKR dan PAS bukan saja diukur terhadap kehebatannya menyerang Barisan Nasional, tetapi juga kemampuannya mentadbir kerajaan-kerajaan negeri Pulau Pinang, Selangor, Kedah dan Kelantan. Sementara itu, Barisan Nasional juga akan dinilai kepada kemampuannya untuk memainkan peranan sebagai pembangkang yang efektif dan bermanfaat di negeri-negeri yang disebutkan itu. Parti-parti politik tidak lagi boleh membuat janji kosong dan mengharapkan rakyat akan menerimanya bulat-bulat.

Sejak mengambilalih jawatan Perdana Menteri, saya fikir Dato' Seri Najib Tun Razak telah mengambil beberapa langkah yang wajar bagi memenuhi kehendak rakyat. Bagaimanapun, apa yang penting sekarang ialah untuk menentukan keputusan kerajaan itu tidak digagalkan oleh kelemahan sistem penyampaian, termasuklah ketirisan sehingga menyebabkan kelompok sasar tidak mendapat manfaatnya. Dalam hal ini, saya ingin melihat Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat menghentikan amalan politik naungan bagi membolehkan rakyat didahulukan.

Pendekatan Najib untuk "reach out" kelompok sasar dengan melepasi parti komponen Barisan Nasional adalah sesuatu yang baik. Apabila beliau mendekati masyarakat India tanpa melalui MIC, ia boleh dilihat sebagai satu usaha memecah dinding penghalang yang menyebabkan Barisan Nasional dilihat sebagai kelab ekslusif. Inisiatif ini disambut positif apabila masyarakat India memberikan undi yang besar kepada Barisan Nasional di Bagan Pinang. Kemenangan di empat peti undi majoriti India (Siliau, Atherton, Bradwall dan Sua Betong) di situ menunjukkan sokongan kaum tersebut.

Pada minggu ini, tumpuan rakyat adalah kepada dua aktiviti politik penting.

Pertama, persidangan agung UMNO. Persoalan yang berlegar di minda kebanyakan kita ialah sejauh manakah pindaan perlembagaan UMNO akan membawa perubahan kepada proses membuat keputusan parti itu, sekaligus menjadikan lebih efektif dan efisyen dalam memenuhi tuntutan rakyat. Saya telah melihat deraf cadangan konsep pemilihan dan pindaan perlembagaan tersebut. Insya-Allah, saya akan menulis mengenainya dalam posting akan datang.

Kedua, mesyuarat majlis tertinggi MCA yang akan membuat keputusan susulan mesyuarat khas agung parti itu. Keputusan majlis tertinggi MCA bukan sahaja memberikan kesan kepada parti itu, tetapi juga kestabilan Barisan Nasional dan kemampuannya menghadiri pilihanraya umum akan datang. Di sinilah kita akan melihat sama ada mereka mempunyai kebijaksanaan menyelesaikan masalah.

Akhir sekali, berbalik kepada pilihanraya kecil Bagan Pinang. Saya percaya PAS akan melakukan post-mortem kekalahan tersebut. PAS sudah lama bertapak dalam politik Malaysia. Kalah-menang adalah perkara biasa bagi parti itu. PAS pernah menang Terengganu dan pernah kehilangan Terengganu. Saya percaya parti itu akan mengambil tindakan bagi menentukan apa sahaja kelemahan dalam kempen pilihanraya Bagan Pinang tidak berulang lagi.

Sebagai pemerhati, saya ingin mencadangkan tiga perkara berikut untuk diberikan tumpuan oleh PAS:

Pertama, PAS dilihat sebagai terlalu liberal dalam hubungannya dengan PKR dan DAP. Malah, ada yang berpendapat PAS terlalu banyak mengalah. Itu persepsi awam. Mungkin benar, mungkin salah. Politik adalah persepsi dan ia harus diuruskan dengan baik.

Kedua, PAS memposisikannya sebagai organisasi yang mempunyai nilai-nilai moral yang tinggi. Malah, saya fikir itu jugalah sebab mengapa ia dihormati (walaupun ada yang tidak setuju dengan sesetengah keputusan PAS). Bagaimanapun, dalam mengekalkan hubungan dengan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat, PAS dilihat mempertahankan beberapa perkara yang sebelum ini mereka tentang. Tidak hairanlah ada beberapa kenyataan pemimpin parti itu yang bercanggah dengan kenyataan terdahulu. Masyarakat menjadi keliru.

Ketiga, dalam pilihanraya Permatang Pasir, calon PAS tidak menjadi tumpuan. Kelemahan yang ada pada calon Barisan Nasional Rohaizat Othman menyebabkan orang tidak bercakap mengenai Salleh Man. Tidak banyak yang diketahui mengenai beliau. Dalam pilihanraya Manek Urai juga begitu. Hal yang sama berulang dalam pilihanraya Bagan Pinang. Ia menunjukkan seolah-olah PAS memberikan tumpuan kepada kekuatan parti dan sokongan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat untuk menang; bukannya pada kekuatan calon. Elok sekiranya PAS meletakkan calon yang artikulatif dan mampu menyatakan pendirian politiknya dengan jelas. Seseorang pemimpin politik harus berani menyatakan pendiriannya dengan terang.

Oh ya, mungkin ada yang kurang senang dengan cadangan-cadangan ini. Tak mengapalah, sebelum ini pun apabila saya memberikan cadangan, ada pembaca yang menghantar komentar berbahasa kesat dan maki-hamun. Malah, ada yang mempertikaikan niat dan keimanan saya. Nampaknya sesetengah orang tidak berminat membincangkan isu, sebaliknya memilih untuk menyerang orang yang memberikan pendapat. Begitulah hebatnya politik kita!

Bagi saya, terserahlah kepada bagaimana pemimpin dan penyokong parti-parti politik sama ada Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat hendak menerima ulasan ini. Apa yang pasti ialah rakyat Malaysia sudah semakin bijak dan semakin berani membuat keputusan.

Tentulah menarik untuk melihat bagaimanakah mereka akan membuat keputusan dalam PRU13 nanti!

note: Nobisha seorang penganalisis politik yang berhaluan agak kanan. Namun dalam artikel kali ini nampak lebih neutral. Nobisha juga nampaknya begitu concern dalam menjayakan politik dua parti di negara ini dan ia pasti menguntungkan rakyat.


Monday, October 12, 2009

Keunikkan Malaysia



Oleh Amin Iskandar

Malaysia adalah sebuah negara yang unik. Keunikan Malaysia tidak dapat dinafikan oleh mana-mana negara di dunia ini. Selain daripada rakyatnya yang terdiri dari pelbagai agama dan bangsa, Malaysia hanya diperintah oleh satu parti semenjak negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

;">Terbaru, Malaysia sekali lagi melakar sejarah apabila seorang pemimpin yang pernah dijatuhkan hukuman oleh partinya kerana didapati bersalah di atas amalan rasuah politik dipertahankan oleh perdana menteri secara terbuka.

Perdana menteri mempertahankan pemimpin tersebut oleh kerana ingin memastikan partinya memenangi pilihanraya kecil (PRK) di selatan Semenanjung Malaysia setelah berkali-kali parti yang diperintahnya tumpas ketangan pakatan pembangkang dalam PRK.

Untuk menghalalkan tindakan partinya meletakkan pemimpin tersebut sebagai calon PRK, perdana menteri telah mencipta satu istilah baru yang dinamakan “kesalahan teknikal” ataupun “technical offense”.

Kata perdana menteri, kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin tersebut hanyalah kesalahan teknikal.

Inilah kehebatan Malaysia.

Di Israel, negara yang paling dibenci oleh rakyat Malaysia dan satu-satunya negara yang tidak dibenarkan oleh passport Malaysia untuk masuk (kerana Malaysia tidak mengiktiraf penubuhan negara Israel dan menyokong perjuangan rakyat Palestin) perdana menterinya, Ehud Olmert terpaksa meletakkan jawatan kerana menghadapi tuduhan rasuah.

Rasuah yang dituduh kepada Ehud Olmert tidaklah sehebat kes PKFZ, akan tetapi beliau tetap meletakkan jawatan kerana ditekan oleh rakyat negara tersebut yang mahukan pemimpin mereka bersih dan kelihatan bersih.

Di Malaysia, apabila laman web Malaysia Today mendedahkan mengenai kertas mesyuarat kabinet berkenaan dengan PKFZ, yang disiasat bukannya isi kandungannya tetapi pihak yang membocorkan kertas mesyuarat tersebut. Begitulah hebatnya Malaysia. Orang yang bersalah tidak disiasat. Yang menjadi mangsa adalah orang yang membocorkan kesalahan tersebut.

Orang Melayu dan Rasuah

Dikalangan rakyat Malaysia, terutamanya bagi orang-orang Melayu yang beragama Islam, rasuah bukanlah satu kesalahan yang besar. Ianya boleh disucikan cukup dengan apabila perlaku rasuah tersebut pergi menunaikan umrah atau naik haji.

Sewaktu saya masih lagi mahasiswa dan pada ketika itu terlibat dengan aktivisme, pernah sekali saya timbulkan isu-isu rasuah pemimpin negara kepada saudara-mara di kampung.

Saya telah dimarah oleh seorang makcik saya yang mengatakan, “Kalau kau jadi perdana menteri pun kau akan ambik jugak. Biarlah pemimpin yang ada sekarang nak ambik sikit!”

Pada ketika itu barulah saya sedar mengapa parti pemerintah mampu terus bertahan walaupun sudah begitu lama berkuasa.

Orang-orang Melayu terutamanya dari generasi sebelum merdeka dan generasi pertama selepas merdeka, memberikan sokongan padu kepada mereka sehinggakan rasuah atau penyelewengan kuasa tidaklah dianggap sebagai satu kesalahan.

Sikap dan pandangan seperti ini bukanlah hanya dimiliki oleh penyokong-penyokong parti pemerintah yang berideologikan “nationalist”, ia turut dikongsi oleh sebahagian penyokong-penyokong parti Islam yang kini telah memerintah beberapa buah negeri selepas pilihanraya umum (PRU) 8 Mac 2008.

Lihatlah selepas 8 Mac 2008. Berapa banyak demonstrasi yang dianjurkan oleh sayap pemuda parti tersebut untuk menentang konsert berbanding dengan menentang rasuah?

Oleh kerana terlalu antikan konsert, mereka turut membantah konsert dari artis yang terlibat membantu pergerakkan hak asasi manusia sedunia seperti Avril Lavingne yang diketahui umum membantu kempen Amnesty International (AI), sebuah pergerakkan hak asasi manusia sedunia untuk membantu kesengsaraan rakyat di Darfur.

Negara “kafir” dan rasuah

Saya pernah menetap di sebuah negara “kafir” yang dinamakan Korea Selatan. Korea Selatan bukanlah asing bagi rakyat Malaysia. Produk-produk seperti Samsung, LG, Kia dan drama seperti “Winter Sonata” kuat dalam ingatan rakyat negara ini.

Dinegara salah satu gergasi ekonomi Asia ini, rasuah adalah satu perkara yang sensitif dan perlakunya akan mengambil tindakan yang ekstrim seperti membunuh diri jika dituduh atau disabitkan dengan kesalahan rasuah.

Pada bulan Mei tahun ini, dunia dikejutkan apabila bekas presiden Korea Selatan, Roh Moo-Hyun membunuh diri akibat daripada tuduhan rasuah terhadap beliau.

Dalam nota yang ditinggalkan sebelum membunuh diri, Roh mengatakan: “I have no face to show to the people. I am sorry for disappointing you.” (“Saya tidak sanggup untuk berhadapan dengan rakyat. Maafkan saya kerana mengecewakan anda.”)

Lihatlah bagaimana pendirian orang Korea mengenai rasuah. Seorang bekas presiden membunuh diri oleh kerana malu untuk berhadapan dengan rakyat apabila dikaitkan dengan rasuah.

Di Malaysia, seorang yang pernah dijatuhkan oleh kerana dibuktikan mengamalkan rasuah masih boleh bertanding dalam pilihanraya dan disokong oleh perdana menteri. Begitulah kehebatan Malaysia yang tiada pada negara lain.

Tidak hairanlah Korea Selatan telah jauh meninggalkan Malaysia. Satu ketika dahulu, Malaysia berdiri lebih tinggi dari Korea Selatan. Kini, rakyat Malaysia terpaksa bergantung dengan produk-produk dari Korea Selatan untuk menjalani kehidupan seharian kerana lebih murah jika dibandingkan dengan produk-produk dari Jepun dan Amerika Syarikat.

Kerana rasuah dan penyelewengan, rakyat Malaysia tidak dapat menikmati perkhidmatan secara percuma dan terpaksa memikul beban hutang yang tinggi sebaik sahaja keluar dari universiti.

Kerana rasuah dan penyelewengan, rakyat Malaysia terpaksa membayar harga minyak yang tinggi walaupun Malaysia adalah negara pengeluar minyak. Kerana harga minyak yang tinggi, rakyat Malaysia terpaksa dibebani dengan kos sara hidup yang tinggi walaupun pendapatan mereka rendah.

Selagi pemikiran majoriti orang-orang Melayu yang beragama Islam tidak berubah terhadap rasuah, selagi itulah rasuah akan berleluasa dalam negara. Selagi itulah pemimpin yang menghadapi pertuduhan rasuah dapat terus bertanding dan menang dalam pilihanraya.

Apabila pemimpin yang pernah disabitkan dengan kesalahan rasuah menang dalam pilihanraya, jangan marahlah jika beliau terus menerus mengamalkan budaya rasuah. Rakyat yang memilih harus dipersalahkan kerana tidak menolak budaya rasuah.

Jika amalan rasuah tidak dibendung dan terus dibiarkan, jangan terkejut jika Malaysia akan terus ketinggalan dan tidak mustahil akan menjadi negara yang terkebelakang.

Petroleum yang selama ini menjadi tunggak kepada kekuatan ekonomi negara akan habis juga satu hari nanti. Jangan apabila ianya menjadi kenyataan, kita akan menyesal kerana pada ketika wang negara masih banyak, kita tidak berbuat apa-apa untuk melawan rasuah.

PRK Bagan Pinang : Ulasan edyesdotcom



Sebelum saya menyusulkan ulasan, adalah lebih baik kali ini saya mulakan dengan sebuah kesimpulan, diikuti oleh ulasan yang berbentuk analisis.

Kesimpulan - Kalah di Bagan Pinang bukan bermakna Pakatan Rakyat kalah dalam semua aspek. Kita cuma kalah satu DUN yang sebelumnya milik BN. Kerugian beberapa ribu undi bukanlah bermaksud kita rugi moral dan identiti. Saya percaya, Pakatan Rakyat telah menang sejak hari penamaan calon, atau lebih tepat sejak UMNO menamakan Isa Samad sebagai calon. Itulah kemenangan Pakatan Rakyat, kerana UMNO led BN sanggup menggadaikan maruah demi meragut kemenangan domestik.

Berikut adalah ulasan edyesdotcom tentang faktor-faktor kemenangan BN;

1. Undi tentera - Daripada lebih 4 ribu undi tentera, PAS hanya menerima 600 undi sahaja dan selebihnya milik BN. Saya tak nafikan kalau tentera memang benar-benar mengundi BN kerana jasa Najib sewaktu menjadi Menteri Pertahanan. Najib telah beberapa kali mengkaji pendapatan tentera daripada minimum kepada maksimum sekarang ini. Saya anggap ia satu strategi pelaburan jangka panjang oleh kem Najib.

2. Secure undi kaum India - Modus operandi di Manik Urai yang sangat berkesan terhadap penduduk-penduduk kampung telah digunapakai. Ia pasti lebih terkesan di atas kesempitan hidup kaum india di estet-estet terutamanya kehadiran perayaan Deepavali hujung minggu ini. Ini adalah satu faktor penting dalam persoalan "Mengapa kerajaan suka melihat rakyat bergelumang dalam kesempitan hidup?". Jawapanya ialah, apabila tiba saat yang diperlu seperti PRK / PRU, maka di sinilah peluang untuk membeli undi dari mereka-mereka yang terdesak.

3. Calon Popular(secure undi Melayu) - Bagi pengundi Bagan Pinang, soal Isa Samad kaki rasuah adalah perkara ke-dua. Perkara pokok ialah Isa Samad adalah rakan mereka. Isa Samad seorang yang amat disenangi dan sentiasa berdamping di kalangan pengundi di Bagan Pinang. Walau Isa Samad hampir menghancurkan Negeri Sembilan sekalipun, walau Isa Samad bergelumang dalam politik wang, namun faktor 'waghih kito' membutakan mata para pengundi melayu di Bagan Pinang.

4. Keterdesakkan BN - Barisan Nasional begitu terdesak untuk mengecap kemenangan. Segala taktik, strategi dan propaganda samada secara bersih mahupun kotor akan digunakan. Tidak dapat dibayangkan betapa hancurnya BN dan UMNO sekiranya kalah dalam PRK Bagan Pinang disusuli kecelaruan yang berlaku dalam beberapa parti komponen utama BN. Atas sebab ini jugalah, UMNO sanggup mencalonkan Isa Samad walaupun ia akan menjejaskan integriti UMNO dan BN dalam perspektif nasional.


Di bawah ini pula adalah faktor yang perlu diambil kira oleh kepimpinan Pakatan Rakyat sebelum bercerita tentang post-mortem Bagan Pinang;

1. Simbol Perpaduan - Seawal bermulanya tempoh berkempen, UMNO led BN dalam media utamanya mempersoalkan Pakatan Rakyat yang masih tidak bergabung secara rasmi di bawah satu panji. Alasan yang diberikan oleh PR selama ini iaitu tidak cukup korum disanggah oleh ROS namun tiada jawapan dari PR yang mencerminkan kesungguhan Pakatan Rakyat untuk membentuk pakatan rasmi serta mengungkapkan menifesto nasional PR. Jadi, saya juga ingin tahu apakah PR benar-benar ingin bergabung atau hanya melekat untuk sementara kerana tidak mempunyai asas persefahaman sampai bila-bila?

2. Prestasi YB dan MB - Secara serius saya katakan, Pakatan Rakyat harus meneliti semula prestasi para wakil rakyat PR yang dipilih pada PRU12 lalu samada ia benar-benar berfungsi dengan baik atau sekadar 'par' sahaja. Penelitian prestasi wakil rakyat ini harus dilakukan dengan konsisten bersama report yang telus. Jika prestasi YB Pakatan adalah lebih kurang sama dengan prestasi YB BN di penggal sebelumnya malah jika ada yang lebih teruk, maka perspektif rakyat akan melihat pengorbanan mereka yang tekad meninggalkan BN suatu masa dulu tidak berbaloi dan tidak mustahil akan kembali memangkah BN.

Tsunami politik yang berlaku pada 8 Mac menuntut para YB untuk melakukan perubahan sepertimana perubahan mereka yang memangkah selain BN. Oleh demikian, YB PR perlu memberikan perkhidmatan yang jauh lebih baik dari YB BN malah jika perlu berikanlah prestasi perkhidmatan yang selama ini tidak pernah dititikberatkan oleh pemimpin BN.

Kepimpinan Pakatan Rakyat harus berada di landasan yang tepat bagi merealisasikan pertukaran kerajaan pusat. Bukan satu tugas yang mudah, tetapi inilah waktu yang paling tepat untuk membuktikan kepada rakyat semua bahawa Pakatan Rakyat layak menjadi pemerintah Malaysia. Bagaimana nak buktikan semua ini terpulang kepada kebijaksanaan kepimpinan.


Sambungan Kesimpulan - Bila saya kata Pakatan Rakyat menang di peringkat nasional sejak hari penamaan calon, bukanlah maksud saya untuk menjadi seorang blogger optimis yang tidak mahu kalah. Tetapi ini adalah hakikat, betapa UMNO dan penyokongnya yang ketandusan pemimpin tergamak mengiktiraf perasuah semata-mata untuk menang. Ia umpama, matlamat menghalalkan calon. Sesungguhnya rasuah dan politik wang itu, halal disisi UMNO.

Sunday, October 11, 2009

PAS Leading ??


Walaupun sesetengah blog telah menguar-uarkan bahawa PAS bakal memperolehi kemenangan, saya menyeru agar semua pejuang Pakatan Rakyat tidak meninggalkan peranan / pos masing masing malah bekerja dengan lebih keras lagi.

Ini kerana kita semua sedar bahawa UMNO sangat bijak dalam menyebarkan propaganda. UMNO sangat licik dalam bidang propaganda, jadi kita harus berhati-hati serta gigih hingga ke saat pengundian terakhir.

Kepada petugas, jaga borang 14 betul-betul dan pastikan figurenya actual. Apa jua kesilapan teknikal bakal membawa padah. Di pusat pengiraan undi nanti pastinya getir, oleh itu langkah berjaga-jaga harus diatur!

Kita telah berusaha dan berikhtiar. Kini kita berdoa dan bertawakkal kepada yang maha Esa agar jalan perjuangan kita lebih dipermudahkan.

Salam Re-For-Ma-Si !

Poster Terbaik Minggu Ini...


Andai katalah gambar di atas dijadikan poster, pasti hebat !

Gambar dipetik dari pinkturtle.

Inilah Barisan Kita, Yang Bakal Terkorban....




INILAH BARISAN KITA
YANG BAKAL TERKORBAN
SIAP SEDIA DIKAPANKAN
UMNO PELINGKUP BARISAN...kah kah kah kah kah

SETELAH BARISAN KECUNDANG
JANGAN HARAP KAMI PULANG
INILAH SUMPAH PENDEKAR UMNO
MENUJU MEDAN LINGKUP...kah kah kah kah kah kah

ANDAI KATA KAMI LINGKUP SEMUA
TABURKAN MAKI HAMUN DI LEBUHRAYA
MADEY PELINGKUP UMNO
BEKAS PM 'PELINGKUP MALAYSIA'...kah kah kah kah kah

SEMBOYAN TIDAK BERBUNYI
ITULAH TANDA LINGKUP
TERKUBURNYA PARTI MELAYU SESAT
SAMA MACAM RASUL MELAYU SESAT...kah kah kah kah kah kah

Lagu ini dipetik dari blog SUKJ

Lagu ini diterbit di blog edyesdotcom memandangkan terdapat banyak blogers2 yang menjangkakan kemenangan bakal berpihak kepada calon Pakatan Rakyat.

InsyaAllah

Culaan di edyesdotcom menunjukkan calon PAS mendahului

Mengikut peti undi yang dibuka pada 4 hari lalu, undian telah memihak kepada PAS dengan majoriti yang amat memberangsangkan. Dengan masa mengundi yang hampir tamat dalam beberapa jam lagi, diharapkan momentum undian dapat dikekalkan.

Kepada yang masih belum mengundi di ruangan vote di atas, sila buang undi anda sebelum tempoh waktu pengundian tamat.

Buat masa ini, calon PAS mendapat 167 undi manakala calon BN pula menerima hanya 18 undi. Majoriti setakat ini ialah 149 undi. Tiada undi rosak.

Moga-moga dengan semangat memelihara maruah, calon PAS akan benar-benar berjaya mengalahkan calon BN. Ini diumpamakan sebagai 'Bagan Pinang mengalahkan RASUAH !'

Sama-sama kita ikuti perkembangan lanjut proses pengundian PRK N31 Bagan Pinang di beberapa blog yang memberikan live / semi-live information. Antaranya ialah;

Blog PerisikRakyat
Zorro Unmask
PinkTurtle
WartaMaya
Albanjari
cenangau
Pakkaramu

dan termasuk juga sumber berita 'neutral';

Malaysiakini
Mstar

Saturday, October 10, 2009

Maruah Atau Rasuah ?

Salam Reformasi,

Pertama sekali, dukacitanya dimaklumkan bahawa saya tidak dapat bersama rakan-rakan di Bagan Pinang atas sebab-sebab yang tak mampu dielakkan. Jelas saya agak terkilan kerana tidak dapat membantu jentera pilihanraya pada PRK kali ini yang signifikasinya ia berlaku di Negeri Sembilan, tanah tumpahnya darahku. Di negeri orang kita turun, tapi tak dapat berjuang di negeri sendiri.

Mengenangkan anak sulung yang baru baik dari pembedahan pembuangan tonsil (baru discharge petang tadi), saya mengambil keputusan untuk stay online memandangkan adalah terlalu suntuk untuk saya bertolak selewat hari ini. Lagipun, PRK kali ini tidak ada lagi barong pilihanraya, tiada lagi peraih undi, tiada lagi kidung si perayu undi. Kerana negara kita ini sangat demokrasi, maka kita tidak dibenarkan walaupun menampal sticker parti pada kenderaan sendiri. Diulangi - kenderaan sendiri.

Walaupun mukadimah di atas agak panjang, tetapi terus terang saya katakan, tiada hujah untuk malam ini. Kerana malam ini, kita ingin beri peluang kepada pengundi Bagan Pinang untuk berfikir sejenak dua sebelum melelapkan mata. Apakah mereka akan memilih untuk memelihara maruah, atau memelihara perasuah. Di manakah letaknya maruah diri dan integriti dalam menentukan siapakah pemimpin tempatan mereka, yakni siapa wakil rakyat mereka.

Pilihlah pemimpin kamu dikalangan orang yang bersih, nilaikanlah. Setiap insan punya maruah dan harga diri, letakkanlah nilai maruah dan harga diri itu melebihi kepentingan yang membawa rebah. Kita mampu melakukan perubahan, arus reformasi tidak dapat lagi dibendung, badai perubahan tidak mampu lagi di hadang.

Jika kita benar-benar ingin bejuang menegakkan agama Allah di bumi melayu ini, peluangnya telah terhidang. Apakah kita rela melepaskan peluang untuk berjuang menegakkan syiar Islam? Tiada lagi platform yang lebih baik, demi anak bangsa kita. Bersama kita mencipta perubahan, membina sebuah negara rakyat. Dari rakyat kepada rakyat, untuk rakyat.

Sekali lagi saya menyeru kepada pengundi Bagan Pinang, peliharalah maruah dari dicemari unsur rasuah.

Friday, October 9, 2009

Debat : Siapa Pengkhianat Melayu ?

dipetik dari kedahlanie;

Sehubungan dengan beberapa siri kenyataan berbentuk tohmahan dan juga isu Pilihanraya Kecil (PRK) Bagan Pinang tentang Pengkhianatan Melayu terhadap Ketua Pembangkang YB Dato Seri Anwar Ibrahim, kami mewakili pemuda Pakatan Rakyat bersetuju menganjurkan Debat Terbuka di Bagan Pinang, Negeri Sembilan bersempena PRK kali ini.

Debat Terbuka ini adalah merupakan medan terbaik untuk rakyat Malaysia mendapat penjelasan dan gambaran sebenar dari batang tubuh YB Dato Seri Anwar Ibrahim pada setiap tuduhan dan dakwaan liar dari pimpinan tertinggi UMNO/BN pada setiap kali berlangsung pilihanraya kecil di dalam negara ini.

Kami merasakan sudah tiba masanya rakyat diberi ruang dan peranan yang sebenar menghayati proses demokrasi sepertimana tercatat didalam perlembagaan negara. Kami juga yakin program debat ini akan menjadi satu panduan serta bimbingan pendidikan politik yang sihat di negara ini dan dalam pada masa yang sama dapat mewujudkan suasana pilihanraya yang bebas, aman, adil dan harmoni serta membina ketamadunan bangsa Malaysia.

Oleh yang demikian kami juga yakin program Debat Terbuka ini akan menjadi penunjuk aras terhadap keberkesanan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) memainkan peranan bebas berkecuali dan juga media elektronik serta cetak juga mendapat manfaat yang selama ini dikongkong di dalam kekangan parti pemerintah.

Dalam pada itu kami yakin dengan berlangsungnya program Debat Terbuka ini, rakyat dapat melihat sejauh mana keikhlasan dan kejujuran pimpinan UMNO/BN untuk merealisasikan retorik politik mereka tentang 1Malaysia. Kami yakin dan percaya bahawa kepimpinan tertinggi UMNO/BN akan merebut peluang ini untuk memperlihatkan kebenaran usaha gigih mereka. Justeru, kami ingin melihat sejauh mana keberanian YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menyahut cabaran Debat Terbuka ini.

Cuma kekuatiran kami ialah sindrom kedayusan dan kebaculan pimpinan tertinggi UMNO/BN akan terus menular dari dulu kini dan selamanya !

SURAT RASMI KEPADA TPM MALAYSIA

Kepada :
YAB TAN SRI MUHYIDDIN BIN HJ MOHD YASSIN
( PNBS, SPMP, SPMJ, PSM, SMJ, BSI, PIS )
Timbalan Perdana Menteri
Menteri Pelajaran
Pejabat Timbalan Perdana Menteri,
Jabatan Perdana Menteri
Aras 4, Blok Barat
Bangunan Perdana Putra
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62690 Putrajaya.

7hb Oktober 2009 / 18 Syawal 1430’H


YAB Tan Sri,

Jemputan Debat Terbuka Bersama YB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim,
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia
Tajuk: Siapa Pengkhianat Melayu ?

Perkara di atas dengan segala hormatnya adalah dirujuk. Semoga surat ini menemui YAB Tan Sri di dalam keadaan kesihatan yang baik.

2. Sepertimana yang dimaklumi oleh YAB Tan Sri, kempen Pilihanraya Kecil Bagan Pinang ini dicemari dengan pelbagai tuduhan negatif dan berniat jahat terhadap YB Ketua Pembangkang, Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Pemuda Pakatan Rakyat percaya ini ialah siri tuduhan liar tanpa asas yang telah dilemparkan bertujuan untuk menarik sokongan rakyat kepada Barisan Nasional. Tuduhan sebagai pengkhianat dan agen Yahudi terus dimainkan meskipun rakyat sudah sedia maklum ianya adalah fitnah lama dan satu pembohongan yang nyata.

3. Pihak YAB Tan Sri juga tidak ketinggalan di dalam memainkan isu lapuk dan bankrap idea ini apabila baru-baru ini telah melabelkan YB Ketua Pembangkang sebagai Pengkhianat Melayu. Justeru, kami mewakili saf kepimpinan Pemuda Pakatan Rakyat dan juga generasi muda Malaysia merasa terpanggil untuk menganjurkan satu Debat Terbuka di antara YAB Tan Sri dan YB Ketua Pembangkang. Kami merasakan program Debat Terbuka adalah medan yang terbaik bagi memberikan penjelasan sepenuhnya tentang siapakah pengkhianat Melayu yang sebenarnya kepada rakyat Malaysia khususnya para pengundi di kawasan N.31 Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

4. Oleh yang demikian, kami mengalu-alukan kesudian dan keberanian YAB Tan Sri menyahut cabaran debat yang akan dianjurkan menurut maklumat seperti berikut :

Hari : Jumaat
Tarikh : 9 Oktober 2009
Masa : 9 malam
Tempat : Mana-mana tempat di kawasan Pilihanraya Kecil N.31 Bagan
Pinang yang akan dipersetujui secara bersama dengan pihak YAB Tan Sri.
Cadangan tempat :-

i. Dewan Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Chung Hwa, Port Dickson
ii. Dewan Politeknik Port Dickson, Teluk Kemang
iii. Dewan Institut Latihan Ilmu-Ilmu Islam, Port Dickson

Moderator : Tokoh akademik

5. Pihak kami juga mencadangkan supaya kaedah dan dan tatacara Debat Harga Minyak dan juga debat YAB Lim Guan Eng dan YB Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon digunapakai untuk program Debat Terbuka ini.

6. Kegagalan YAB Tan Sri memberi maklumbalas positif terhadap cabaran ini menzahirkan ketidakupayaan kepimpinan tertinggi UMNO/BN di dalam memberikan penjelasan kepada isu sebenar yang berkaitan dengan tajuk Debat Terbuka ini.

Sekian, terima kasih

Yang Benar,


Hj Nasrudin Hassan (Ketua DPP)
Shamsul Iskandar Mohd Akin (Ketua AMK)
Loke Siew Fook (Ketua DAPSY)


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

edyes wrote:

Ada Beran ka Muhyeedin?

Anwar : Kesedaran Rakyat Tolak Rasuah

Syabas buat rakyat Malaysia yang menitikberatkan kepimpinan bersih dari rasuah sebagai syarat utama menilai pentadbiran yang memerintah!

Berdasarkan bancian dan tinjauan pendapat yang dikelola Merdeka Centre jelas memperlihatkan hasrat rakyat agar rasuah sirna dan tidak membarah seumpama wabak yang membunuh.

Tatkala wacana ekonomi sejagat sarat dengan anjuran mengangkat nilai dan etika sebagai salah satu langkah menjamin kelangsungan kemakmuran, pimpinan negara seakan-akan tuli dari saranan sedemikian.

Kedudukan negara yang merosot dari tempat 43 ke 47 apabila dinilai Indeks Persepsi Rasuah tidak membantu kita pulih dari kelembapan ekonomi.

Janji perubahan tergelincir rebah bukti longgarnya iltizam pemerintah. Rupa-rupanya mantera perubahan hanya demi imbuhan politik.

Mana tidaknya, ketika dicanang segenap pelusuk agenda baru buat negara, bakal calon yang dipilih adalah dari kalangan perasuah. Namun rakyat sedar permainan politik sebegini dan mereka pastinya menghitung waktu untuk menghukum.

ANWAR IBRAHIM

Bertolak Ke Bagan Petang Ini !

InsyaAllah, sebaik saja anak saya discharge dari hospital pantai tengahari nie, saya akan terus ke Bagan Pinang. Mungkin bersama biras saya yang kampungnya tak berapa jauh dari N31 iaitu Kampung Paya (kalau saya tak silap).

Di sana saya akan berkumpul dengan group PAS Selangor sepanjang saki baki tempoh berkempen atau bersama dengan blogger kehormat Pakatan Rakyat group PerakExpress kelolaan MSK. Ambik la satu dua task untuk hari mengundi nanti.

Sebaik sahaja edyes bertolak ke Bagan Pinang, kemungkinan tiada entri sepanjang berada di sana melainkan mendapat ehsan dari rakan2 blogger untuk menggunakan equipment yang membolehkan edyes membuat entri. Namun begitu, para pengunjung boleh update di blog edyes terutamanya untuk berita kelas pertama dalam rangkungan sebelah kanan.

Sama-samalah kita berdoa agar beroleh kemenangan yang genting dalam PRK kali ini. Segala-galanya bermula pada tanggal 8 Mac 2008, dan dapat kita lihat dan rasai bahawa PRK Bagan Pinang adalah sebuah penamat bagi UMNO.

Sekiranya kemenangan N31 Bagan Pinang berpihak kepada Pakatan Rakyat, maka kita akan menyaksikan satu detik yang amat bersejarah iaitu detik yang memastikan kita bakal memperolehi sebuah kerajaan yang baru pada tanggal PRU13 kelak. Kerana di sinilah buktinya rakyat menolak rasuah dan rakyat memerlukan sebuah kerajaan pro-rakyat yang tulus.

Ayuh ke Bagan Pinang, jangan dilepaskan detik yang bersejarah ini. Ayuh semua ke Bagan Pinang.

Thursday, October 8, 2009

Mengenali makhluk biru tua

Info yang sangat berguna...


1] Isa pemerintah N9 yang paling lama iaitu bermula pada tahun 1982-2004. Selama 22 tahun menjadi MB, tiada satu Universiti pun didirikan di N9. Isa tidak mendesak kerajaan pusat untuk membawa satu universiti di N9.

2] Di zaman Isa, Isa telah merancang bandar-bandar baru di N9.Jika tidak silap ada 4 bandar baru yang dirancang. Hampir kesemua bandar-bandar baru itu gagal dibangunkan seperti yang di'planning'. Kita sendiri boleh lihat apa jadi di Bandar Baru Serting.

3] Dalam banyak bandar-bandar baru yang dirancang Isa, hanya Bandar Baru Nilai yang menjadi sikit. Itu pun kerana faktor ia terletak di tengah KL dan Seremban. Ia juga pengaruh faktor KLIA dan Nilai itu adalah kawasan industri. Pecaya atau tidak, setelah semua dibangunkan, Isa lupa nak buat masjid untuk BBN(Bandar Baru Nilai). Setelah ditegur barulah Isa bina masjid. Tapi masjid yang dibina itu jauh dari penempatan dan tidak mempunyai tanah wakaf kubur. Jika tidak kerana student Usim dan student Matrikulasi UIAM, Masjid BBN tidak meriah.

4] Dalam kempen Isa di Bagan Pinang, Isa kutuk Kelantan. Isa tidak tahu ramai orang N9 kutuk Isa kerana Melaka lagi hebat dan maju dari Melaka. Sedangkan N9 mempunyai banyak advantage dari Melaka. Antaranya, N9 lebih dekat dengan Lembah Klang. Kepesatan di Lembah Klang sepatutnya melimpah ke N9 bukan ke Melaka. N9 ada rel keratapi tapi tidak untuk Melaka. Isa memang gagal bersaing dengan Melaka. Bagaimana negeri yang tidak ada keretapi seperti Melaka boleh lagi maju dari N9 ?? Poning den..

5] Bila bercakap pasal sesebuah negeri, orang akan lihat Ibunegeri negeri itu. Ibunegeri bagi N9 ialah Seremban. Maleh den nak cito. Terus terang Seremban dipanggil pekan mati. Tiada bangunan-bangunan tinggi, sempit dan kelihatan tidak tersusun. Penulis berani mengatakan bandar Kota Bharu di Kelantan lebih maju dan besar dari Seremban. Sejak Mat Hasan jadi MB, barulah Seremban ni cergas sikit. Barulah orang Seremban merasa jalan bertingkat dan jalan berterowong.

6] Isa bila jadi MB N9, agak lembap mencari pelabur luar. Tiada inisiatif sendiri. Hanya mengharapkan kerajaan pusat membantu N9. Komitmen Isa kurang dalam perihal perekonomian. Isa memang dilihat tidak kreatif dalam menjana ekonomi N9.

7] Secara keseluruhannya, Isa gagal menyeimbangkan kemajuan antara N9 barat dan N9 timur.
N9 barat lebih maju sedikit dari N9 timur kerana adanya kemudahan Lebuhraya Utara Selatan atau PLUS Highway. Kawasan timur N9 seperti Gemas, Gemenceh, Rompin,Kuala Pilah, Jelebu, Palong memang mundur jika nak dibandingkan dengan kawasan barat N9 seperti Nilai, Rembau dan Tampin. Tidak banyak pembangunan yang dibawa Isa ke timur N9. Itu sebab kita dah boleh agak mengapa penduduk N9 timur lebih dahsyat mencarut lebih dari saudara-saudaranya di N9 barat.

8] Dari kalangan ahli Umno veteran N9, Isa dilihat banyak playsafedalam percaturan politiknya.
Akibatnya, Isa tidak kuat melobi dalam pentadbiran Tun Mahathir supaya lapangan terbang antarabangsa, KLIA dibina di N9. Konon nak jaga hati Tun Mahathir yang ketika itu menjadi Perdana Menteri Malaysia. Jika Isa berani dan pandai melobi, tentulah KLIA tidak terletak di Sepang tetapi di N9. Tun Mahathir ketika itu berminat dengan Padang Besar, Selangor, tetapi tahu N9 tiada lapangan terbang. Tetapi Isa langsung tidak menyakinkan Tun bahawa lapangan terbang baru amat sesuai didirikan di N9. Adakah Isa tidak mahu menyinggung perasaan Tun kerana menjaga kedudukannya di dalam Umno lalu mengenepi kepentingan negeri dan rakyat N9? Kesian, orang N9 dapek siso-siso jo dari KLIA.

9] Di Nilai, sudah menjadi rahsia umum bahawa Isa mempunyai hubungan yang istimewa dengan Dato' Gan. Dato' Gan adalah pemilik dan pemaju BBN(Bandar Baru Nilai). Nilai College dan Inti College juga milik Dato' Gan. Alamat Nilai College bermula dengan nombor 1. Dipercayai rumah Isa di Nilai Spring adalah dihadiahkan oleh Dato' Gan. Sangat besar rumah itu. Semasa dizaman kegemilangan Isa, lebih 50 orang yang akan ikut Isa main golf. Tetapi setelah Isa didapati bersalah oleh Lembaga Displin Umno kerana terlibat dengan politik wang (baca:rasuah) dan digantung keahlian Umno selama 3 tahun, hanya Dato' Gan seorang yang ikut Isa main golf.
Semangat setiakwan mereka berdua tidak dapat dipertikaikan.Patutlah dato' Gan banyak dapat projek di N9 terutamanya di Nilai.

10] Isa dan penduduk Sendayan. Harapan 500 penduduk Sendayan mahu jadi jutawan seperti saudara-saudara mereka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal harapan semasa Isa menjadi MB N9. Dipercayai Isa mahu menukar status tanah peneroka Sendayan agar harga tanah di situ semakin tinggi. Isa, ekau nak jadi broker ko?

11] Isa dan Mufti. Isa tidak mempunyai hubungan yang baik dengan mufti N9 iaitu Sheikh Murtadza. Sudah beberapa kali Isa cuba menamatkan kontrak mufti ini tapi dihalang oleh Yang diPertuan Besar N9. Ini menyebabkan Isa juga tidak mempunyai hubungan yang baik dengan Yang diPertuan Besar N9. Sudah ada percubaan supaya Isa tidak dilantik menjadi MB N9 oleh Yang dipertuan Besar N9, tetapi Isa diselamatkan oleh Tun Mahathir. Penulis mendengar sendiri luahan Isa ini. Ironinya, untuk Bagan Pinang, Tun tidak menyelamatkan Isa.

12] Info bonus. Isa tidak dilahirkan di N9. Isa lahir di negeri Melaka.

13] Info trivia. Sebelum menjadi ahli politik, Isa adalah seorang guru.

Semua point-point di atas adalah berkaitan dengan Isa semasa dia menjadi Menteri Besar N9.

Sumber dari BaganUtama

Wednesday, October 7, 2009

Adakah Rakyat Benar-Benar Didahulukan ?

Acap kali saya tertanya-tanya, adakah benar 1Malaysia ini rakyatnya didahulukan? Bagaimana ungkapan "1Malaysia rakyat didahulukan" yang kini terdapat di merata tempat jika dibandingkan dengan realiti yang sebenar.

Di manakah ertinya rakyat didahulukan, apabila kita dipaksa menggunakan minyak RON95 sedangkan pengeluaran minyak negara adalah dari jenis minyak yang sangat berkualiti. Sebagai rakyat Malaysia, kita sepatutnya didahulukan minyak yang berkualiti. Bukan kita ingin minta percuma, tetapi adalah memadai jika harga minyak RON97 kekal pada harga sebelumnya dan harga minyak murah RON95 menggantikan harga minyak RON92.

Tidak saya nafikan, minyak RON95 berprestasi sederhana baik dan bukanlah teruk sangat walaupun enjin akan berbunyi lebih kasar dan minyak RON95 akan cepat habis kerana kadar pembakaran yang kurang sempurna. Namun apabila kerajaan meletakkan RON95 sebagai minyak pilihan untuk diisi oleh rakyat, ia seolah-olah tidak mendahulukan rakyat kerana minyak berkualiti hasil dari bumi Malaysia dibawa keluar untuk kegunaan rakyat eropah. Adakah ini bermakna rakyat eropah didahulukan atau rakyat yang berduit didahulukan?

Boleh atau tidak, minyak yang disedut di Terengganu, Sarawak dan Kelantan di jual dalam negara dengan harga RM2 seliter dan kita hentikan import minyak arab yang busuk itu? Boleh atau tidak? Selebihnya barulah kita eksport minyak negara ke luar. Kita masih lagi net exporter iaitu pengeluaran melebihi penggunaan dan kita masih lagi mempunyai potensi mengeluarkan minyak baru di Kelantan. Jika ini dilakukan, barulah kita nampak ungkapan "1Malaysia rakyat didahulukan" terkesan.

Sekarang ini dapat kita lihat, hampir semua stesen minyak Petronas telah melupuskan penjualan minyak RON97 dan menggantikan dengan minyak RON95. Mengapa tidak beri kami pilihan? Tinjauan saya juga mendapati, terdapat juga beberapa stesen minyak yang mengikuti jejak langkah Petronas dengan hanya menjual RON95 di stesen minyak masing-masing. Saya menjangkakan mungkin trend ini diikuti kerana terdapat margin keuntungan yang lebih apabila menjual minyak RON95 berbanding margin keuntungan sedikit untuk penjualan RON97. Apabila ini berlaku, seolah-olah rakyat dipaksa menggunakan minyak murah semata-mata memberi keuntungan maksima kepada pengusaha minyak yang haloba dan juga tidak dinafikan pasti ada pihak yang mengaut untuk berganda dengan pengagihan minyak murah RON95. Sebabnya ialah, minyak RON95 dijual dengan harga yang melebihi sepatutnya. Dasat bukan? Al-maklumlah, Rakyat Diutamakan.

Bila fasal isi minyak pun kerajaan tak bagi pilihan, paksa isi minyak murah yang mana kadar pembakaran tak sempurna yang boleh menyebabkan enjin diselaputi karbon dengan lebih cepat dan menyebabkan ketukkan pada enjin (bunyi kasar). Akhirnya, kenderaan kesayangan akan lebih kerap menyinggahi bengkel-bengkel kereta yang sedikit sebanyak mencekik hasil rakyat.

Oleh demikian, saya menyeru kepada semua rakyat tidak kiralah penyokong Pakatan Rakyat ataupun penyokong Barisan, agar kembali berfikir akan ungkapan yang sering dimainkan oleh kerajaan pemerintah, adakah rakyat benar-benar didahulukan?

Sepatutnya, apabila kerajaan mencanang ungkapan Rakyat Didahulukan, maka rakyat seharusnya didahulukan dengan telus. Tiada isu yang menunjukkan rakyat tidak didahulukan. Ini baru isu minyak RON95 yang diutarakan, belum lagi termasuk isu-isu lain seperti 'mengapa harga proton jauh lebih murah dijual di luar negara bersama spek yang hebat berbanding harga yang mahal dijual pada rakyat tempatan'.

Sebagai rakyat, kita berhak untuk memiliki kehidupan yang jauh lebih baik. Kehidupan yang tidak tertekan di sebalik kesenangan segelintir gerombolan perompak hasil warisan bangsa. Mungkin kita adalah golongan yang telah selamat dari segi kerjaya, namun sedar atau tidak, ramai lagi anak bangsa kita yang merempat di bumi sendiri. Ada kalanya kita wajar memikirkan nasib orang lain, kerana nasib baik kita adalah mungkin disebabkan nasib kurang baik orang lain.

Hidup yang hanya sekali ini, jadikanlah ia lebih bermakna dengan berjuang menuntut keadilan sejagat, berjuang demi agama, berjuang demi kebajikan rakyat. Marilah sama-sama kita pastikan, pembentukkan sebuah negara yang hebat bukan hanya dengan pembangunan semata-mata, tetapi kebajikan rakyat yang diutamakan.


Tuesday, October 6, 2009

Kemenangan PRK N31 Bagan Pinang : PAS atau UMNO ??

SALAM HORMAT,

KEPADA SEMUA PENGUNJUNG, DIHARAP DAPAT MELUANGKAN SEDIKIT MASA UNTUK MENGUNDI PRA-PRK BAGAN PINANG.

ADAKAH PAS AKAN MERAMPAS BAGAN PINANG ATAU ISA SAMAD BERJAYA MEMBUAT 'COMEBACK'? SILA BUANG UNDI ANDA PADA POLL DI ATAS.

UNDI POS ADALAH TIDAK DIBENARKAN SAMA SEKALI.

TERIMA KASIH

Monday, October 5, 2009

GEMPAR Bagan Pinang : Tsunami 11 Oktober !


Tarikh 11 Oktober adalah satu debaran di mana salah satu Tsunami pasti berlaku pada hari tersebut. Samada Tsunami itu adalah gelora badai samudera yang setinggi beberapa tingkat bangunan ataupun Tsunami klimex kebangkitan rakyat bakal berlaku sebaik sahaja pengumuman kemenangan calon Pas pada PRK Bagan Pinang

Seluruh Bagan Pinang terdedah kepada risiko Tsunami dalam keadaan semasa 'echo' daripada gempa 7.6 skala ritcher Rabu lalu. Risiko ini juga terdedah kepada ratusan ribu warga pinggir pantai Port Dickson termasuklah puluhan ribu penyokong-penyokong pakatan rakyat dan tidak ketinggalan risiko ini terhadap ribuan penyokong rasuah.

Bukan saya pinta malapetaka ini berlaku malah minta disimpangkan. Ini kerana ketika ini saya sedang menemani anak sulung yang baru selesai pembedahan pembuangan tonsil di Hospital Pantai (bangsar). Jika Gempa bumi 8.8 skala ricther berlaku, pastinya gegaran yang terlalu kuat itu menjejaskan struktur bangunan lereng bukit Hospital Pantai ini di mana terletaknya ward anak saya. Bukan saya pinta gempa bumi berlaku lagi, namun ia adalah tafsiran dari pakar yang mengatakan gempa bumi lebih dashat bakal berlaku. Sila amati berita yang baru diterima di bawah;

JAKARTA: Ketika Sumatera Barat masih berduka dilanda gempa bumi 7.6 skala Richter yang mengorbankan lebih 600 orang dan ratusan lain hilang setakat tengah hari ini, Indonesia dikejutkan dengan kemungkinan gempa lebih besar melebihi 8.0 akan berlaku.

"Gempa berukuran 7.6 pada 5.16 petang Rabu lalu yang menggoncang Padang bukan termasuk "skala besar". Itu bukan gempa yang sering kita perbincangkan bakal terjadi, yakni gempa dahsyat lebih dari 8.0 yang memicu tsunami," katanya dalam satu kenyataan.

Danny, dalam penyelidikannya di luar pantai Sumatera selama 12 tahun bersama rakan penyelidik, Prof Kerry Sieh, dari Nanyang Technology University (NTU, Singapura, yakin akumulasi tekanan dapat mengakibatkan gempa 8.8 dan kekuatan gempa itu adalah kira-kira 30 kali lebih besar berbanding gempa Rabu lalu.

"Secara ilmiah, saya boleh katakan gempa yang dahsyat itu mungkin berlaku esok, lusa, bulan depan, atau mungkin tahun depan. Paling tidak, itu akan terjadi dalam 10 tahun akan datang.


Walaubagaimanapun, saya percaya Tsunami klimex kebangkitan rakyat juga boleh berlaku pada tanggal 11 Oktober nanti. Adalah menjadi satu sejarah apabila rakyat sekali lagi menolak parti yang mempertaruhkan kredibiliti dengan meletakkan calon yang pernah dibuktikan bersalah ke atas dakwaan rasuah. Sekiranya calon tersebut kalah di Bagan Pinang, sudah tentunya dapat kita baca bahawa rakyat telah sedar tanggungjawab membuang undi itu adalah satu tanggungjawab yang menentukan hala tuju pemerintahan negara. Samada terus dikuasai oleh gerombolan rasuah atau, memberi satu mesej kepada kerajaan iaitu rasuah yang merosakkan bangsa harus ditolak habis-habisan dan inilah detik yang paling sesuai mengungkapkan janji perangi rasuah.

Kita semua sedia maklum, Isa Samad adalah calon warga tempatan. Tetapi apakah dengan alasan tersebut para pengundi boleh berkompromi dengan simbol rasuah? Memang kita akui Isa Samad mempunyai jasa memerintah Negeri Sembilan selama lebih dua dekad, namun ingin saya bertanya apakah jasa Isa Samad dalam 10 tahun terakhir pemerintahannya selain daripada menjadikan Negeri Sembilan penternak virus JE dan Bandar Seremban yang turut dikenali sebagai bandar terbengkalai sewaktu era pemerintahannya terutamanya dalam 10 tahun terakhir.

Jadi, dengan pencapaian yang tidak seberapa serta kebolehan Isa Samad memiliki beberapa syarikat besar di atas nama kroninya, 'sumbang'an seperti ini seharusnya membuatkan warga Bagan Pinang gigil sebelum memangkah dan semoga kesedaran itu terbit memandangkan Tsunami boleh berlaku bila-bila masa untuk menghentam pantai Port Dickson sepertimana yang diberitakan di atas.

Sebagai anak jati Negeri Sembilan, saya tahu sejarah terutamanya sejarah kejatuhan Isa Samad. Ini termasuklah sewaktu bertanding sebagai calon Parlimen Jempol pada PRU 2004 dengan mengetepikan Khalid Yunus. Pemilihanya sebagai calon kerusi parlimen sebagai platform untuk jawatan naib presiden UMNO, seraya itu juga beberapa pondok panas dibakar sebagai tanda protes di mana warga Jempul mahukan Khalid Yunus. Rakyat Negeri Sembilan semua tahu sejarah Isa Samad, apalah jasanya jika dibandingkan dengan skandalnya yang membolehkan beliau melobi habis-habisan untuk jawatan Naib Presiden yang juga kononnya calon 'favorite'.

Akhir kata, sama-samalah kita berdoa agar Tsunami badai tidak berlaku terhadap warga Port Dickson. Kita juga berdoa agar warga Bagan Pinang gigil untuk memangkah calon rasuah kerana tidak mustahil juga mala petaka itu berlaku di kala sekumpulan umat meng-agungkan kemungkaran Allah yakni membenarkan kemenangan terhadap pelaku rasuah.

RE-FOR-MA-SI

EDYES
5-10-2009
9pm
Ward C533 Hospital Pantai

Peluang BN untuk Menang adalah Cerah !

Samada anda percaya atau pun tidak, itu adalah hak tuan punya diri. Namun jauh di sudut hati anda pasti bersetuju dengan apa yang saya katakan. Saya percaya peluang BN untuk menang dalam PRK kali ini adalah sangat tinggi di atas beberapa faktor logik yang bisa kita bicarakan sepanjang tempoh berkempen.

Faktor yang pertama ialah undi pos, tak perlu saya cerita betapa undi pos ini adalah talian hayat paling berkesan dalam mana-mana pilihanraya. Hatta undi pos ini juga pernah menjadi talian hayat yang sangat bermakna apabila ia membantu menambahkan jumlah majoriti parlimen Kepala Batas dan juga termasuklah dikatakan membantu menantunya Perdana Menteri ketika itu di Parlimen Rembau. Begitulah hebatnya undi pos yang boleh diletakkan sana sini.

Mengikut kata Hishamudin Rais, undi pos sepatutnya digunapakai oleh angkatan tentera yang sedang bertugas di luar negara, para tentera yang sedang bertugas di Bosnia seumpamanya, atas sebab sedang menjalankan tugas maka di sinilah gunanya undi pos. Bukan terhadap angkatan tentera yang berkawat di kem latihan dan bukan untuk angkatan tentera yang sedang bertugas di dalam kem masing-masing. Seperti mana seorang pemandu bas, pengendali tol, pekerja hotel dan mana-mana individu yang sedang bekerja pada hari PRK diadakan, mempunyai peluang dan masa untuk membuang undi. Atau apakah mereka yang sedang bertugas ini berhak juga mengundi secara pos di atas alasan bertugas di hari PRK dijalankan? Adakah seramai 4ribu dari askar kem di Bagan Pinang dikerah untuk bertugas menjaga PRK Bagan Pinang pada hari mengundi tersebut?

Faktor kedua yang menunjukkan peluang BN untuk menang kali ini cerah adalah, faktor calon. Isa samad adalah warga tempatan, dibesarkan pula di Bagan Pinang. Selama 22 tahun merompak Negeri Sembilan dan hampir-hampir menukar nama Negeri Sembilan Darul Khusus kepada Darul Khinzir, terus terang cakap saya anak jati Negeri Sembilan rasa bersyukur kerana Isa Samad tak sempat tukar nama negeri seperti yang disebutkan tadi.

Isa Samad pernah dibuktikan bersalah kerana kes rasuah politik. Dia tidak dipenjarakan namun menerima hukuman yang lebih berat iaitu gantung sampai tiga tahun. Orang biasa macam kita kalau kesalahan memiliki dadah akan dikenakan gantung sampai mati tetapi Isa Samad dikenakan hukuman yang lebih kejam iaitu gantung sampai tiga tahun. Dalam hukuman itu, mati atau tidak mati terpulang kepada Bahagian Teluk Kemang.

Dengan kata lain, Isa Samad dan rasuah kita ibaratkan 'bagan pinang di belah dua'. Begitu juga ahli-ahli UMNO bahagian Teluk Kemang, termasuklah juga kebanyakkan ahli UMNO yang terlibat dengan rasuah yang juga menyokong pemimpin rasuah. Tapi agak menghairankan, penyokong UMNO satu Malaysia masih lagi ada yang menyokong UMNO dan BN walaupun UMNO mencalonkan Isa Samad yang juga 'bagan pinang dibelah dua' dengan rasuah. Apakah ahli-ahli UMNO satu Malaysia dengan sengaja menyokong perlakuan rasuah?

Apabila Ahli UMNO tak kesah untuk menyokong calon rasuah, mengundi untuk calon yang 'corupted' pada 11 Oktober nanti, maka sebab itu saya katakan peluang UMNO untuk mendapat kemenangan dalam PRK kali ini adalah tersangatlah cerah.

Namun begitu, segala ketentuan adalah hak milik Illahi. Mungkin penduduk Bagan Pinang sedar sebaik sebelum memangkah, menyedari bahawa tangan dan jari yang hendak memangkah itu gigil, dengan persoalan "Adakah aku akan mengundi seorang pemimpin rasuah tegar?", maka di sinilah penentunya samada si polan yang gigil nak memangkah itu samada menyokong rasuah haram atau memikirkan masa depan anak cucu lantas memberikan undi kepada calon dan parti harapan bangsa untuk mengubah negara ini menjadi sebuah negara yang lebih bertanggungjawab terhadap rakyat.

Banyak lagi isu, tak sempat saya muatkan. Sedih bila diri sudah tak terkata mengenai isu RON95 yang melampau-lampau dan juga isu insuran 3rd parti yang di pandang hina oleh pemimpin kerajaan zalim !

edyes
4-10-2009
5.03pm