Monday, August 10, 2009

PRK P.Pasir 25 Ogos: Harapan PAS Untuk Menang Sangat Tinggi !!


Pakatan Rakyat seharusnya bersyukur kerana Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Apabila hari mengundi jatuh pada bulan puasa, ia pasti memberikan kelebihan ketara kepada PAS kerana hantu-hantu yang dihantar untuk mengundi tidak akan berkeliaran sepertimana bulan puasa yang lalu, hantu dan syaiton akan digari.

Jika kita perhatikan dalam mana-mana pilihanraya, pengundi2 hantu ini dibangkitkan hanya untuk mengundi parti Barisan Nasional sahaja. Mereka tidak mengundi pihak pembangkang. Oleh demikian, hari pengundian yang jatuh pada bulan puasa amatlah disenangi oleh pembangkang.


berita penuh di bawah;


kemaskini 12.40pm Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengumumkan pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir akan diadakan pada 25 Ogos, awal Ramadhan, dan penamaan calon pula 17 Ogos.

Pengerusi SPR, Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, pihaknya memutuskan untuk mengadakan pilihanraya kecil itu dalam bulan puasa "ia merupakan masa yang palng sesuai sekali untuk menyelesaikan secepat yang boleh kerana umat sedang berpuasa".

"Waktu itu juga merupakan masa cuti sekolah," katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya pagi ini.

Pilihanraya kecil kelapan ini diadakan ekoran kematian ADUN tunggal di negeri tersebut, Datuk Hamdan Abdul Rahman pada 31 Julai lalu.

Permatang Pasir adalah satu daripada tiga kerusi negeri dalam parlimen Permatang Pauh yang diwakili ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pilihanraya umum lalu, Mohd Hamdan memperolehi 11,004 undi untuk menewaskan calon BN dari Umno, Ahmad Sahar Shuib dengan majoriti 5,433 undi. Ahmad Sahar mendapat 5,571 undi.

Kubu kuat PAS ini dipertahankan selama tiga penggal berturut-turut oleh allahyarham sejak pilihanraya umum 1999, sewaktu memuncak kemarahan orang ramai susulan insiden pemecatan Anwar daripada kerajaan dan Umno.

Awak Ramadhan dijangka jatuhnya pada 21 Ogos.

Bercakap dalam sidang akhbar pagi ini, Pengerusi SPR Tan Sri Datuk Seri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan kerusi DUN Pematang Pasir kosong, berkuatakuasa 1 0gos lalu.

Berikutan itu, katanya, SPR melantik pegawai daerah Seberang Perai Tengah, Roslan Yahaya sebagai pegawai pengurus pilihanraya kecil tersebut.

Abdul Aziz berkata, senarai pemilih induk 2008 yang digabungkan dengan daftar pemilih tambahan suku tahun pertama 2009 yang telah dikemaskini sehingga 31 Julai 2009, akan digunakan dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir.

DUN ini mempunyai 20,290 pemimilih berdaftar yang terdiri daripada 20,289 pemilih biasa dan seorang pemilih pos.

Abdul Aziz berkata, SPR akan menggunakan Dewan Perdana Institut Kemahiran Belia Negara Bukit Mertajam sebagai pusat penamaan calon dan penjumlahan undi.

Terdapat lapan pusat mengundikan disediakan melibatkan 39 saluran. Daftar pemilih akan mula dijual pada 14 Ogos, tambahnya.

Menurut Abdul Aziz, keputusan dijangka dapat diumumkan pada jam 8 malam.

"Tepat 8 malam SPR akan umumkan keputusan walaupun calon yang menang tidak hadir.

"Apabila keputusan sudah muktamad ia boleh diumumkan. Kita tidak mahu lewat," katanya Abdul Aziz.

1 comment:

  1. Tepat sekali. PAS memang boleh menang. Bab sponser jangan takut. Ustat Ron92 boleh sponser beer untuk petugas2, baru layannnn....
    Menang nanti kita sorak take beer.. take beer.. take beer...

    ReplyDelete