Saya janji nak tulis kenapa PAS menang ciput mengalahkan Barisan Nasional (BN) di Manek Urai? Ni nak tulislah ni. Tapi, ni bukan analisa pilihan raya. Ni hasil tanya-tanya dan bersembang sana-sini ja.
1. Tak jejas dua pertiga PAS di Kelantan
Sehari dua sebelum pilihan raya tersebut, saya bersembang dengan beberapa kawan yang berasal dari Kelantan. Kesemua mereka penyokong PAS. Bila sampai ke tajuk Manek Urai, ting tong, ting tong, bersembanglah bab jambatan baru yang dijanjikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin - jambatan bagi menghubungkan Manek Urai Lama dan Manek Urai Baru.
"BN berjanji hari ini dengan disaksikan oleh semua bahawa menang sahaja BN, kita akan terus memulakan kerja-kerja pembinaan, ini janji BN dan akan dikotakan," kata Timbalan Presiden Umno itu.
Salah seorang dari mereka berkata, "Kalau aku, aku bagi jah BN mene sekali. BN mene pun, buke nak jatuh kerajae Tok Guru. Tak dak apa satu. Dua pertiga tak jejas".
Terus seorang lagi kawan menyambut, "Betul, betul. Buke kita nak pejatuh Tok Guru. Kita nak suruh dia buat hok yang dia kata nak bagi sangat tu. Pilihan raya umum kita beri balik ke PAS".
Saya tak setuju. "Tak boleh. Takkan kerana nak ke benda hampa nak pelingkup momentum BN kalah. Setakat ni (pilihan raya kecil) di Semenanjung dah 5-0 dah (BN kalah atau tak berani bertanding). Umno nak sangat menang ni. Dia nak tunjuk Melayu sokong dia lagi (lihat posting bertajuk 'Mentalkinkan Melayu')".
Persoalannya, berapa ramai pengundi Manek Urai yang mempunyai pemikiran sedemikian dan berapa ramai anak Manek Urai di perantauan yang balik mengundi yang mempunyai pemikiran sedemikian?
Saya diberitahu, hujah itu adalah antara hujah popular Umno di Manek Urai.
2. Power kepala Agong
Suka tak suka terima, taburan duit juga menentukan pola pengundian. Kepala Agong (duit) memang power. Ada beg misteri?
Seorang pekerja pilihan raya PAS bercakap sendiri dengan anggota keluarga salah sebuah rumah di dalam kawasan Manek Urai. Mereka sendiri memberitahu beliau, jumlah yang diterima oleh seluruh anggota keluarga itu, orang ni dapat sikit dan orang nu dapat sikit, adalah RM5,000!
Hampa nak kata apa? Hampa larat nak bagi RM5,000? Duit tambang kepada yang tinggal di luar Manek Urai tak payah cakap la...
Bukan bagi saja-saja. Ada yang mengaku disuruh bersumpah waLlahi, wabiLlahi, wataLlahi akan mengundi parti yang diwakili oleh pihak pemberi. Ada yang mengaku tak nak pergi mengundi kerana tak mahu mengundi parti yang memberi duit itu. Dia kata gitu la. Mana kita tau dia pi undi ka, dak ka.
3. Hantu ciptaan Umno
DAP menjadi hantu (bogeyman) ciptaan Umno. Dalam kempen bisik-bisik, ditaburkan pelbagai hasutan yang mengaitkan DAP. PAS pulak dah berkawan dengan DAP. Saya dah hint siap-siap sebelum ni dalam posting bertajuk "'Pantang Melayu' akan kalahkan PAS di MU?"
Anda rasa pengundi termakan dak dengan kempen lagu tu? Saya tak boleh kata ya atau tidak. Belum sempat bertanya-tanya lagi untuk kaji benda tu.
Apa nak heran Umno guna isu tu. Pemimpin tertinggi PAS pun dok jaja merata rumah kenduri bahawa "DAP agen Singapura". Dia lahap sungguh dakyah BTN tu. Dia tak peduli pun hakikat bahawa Umno menjadikan negara ini tanah jajahan Singapura.
Cerita Karpal Singh suruh langkah mayat dia dulu sebelum laksana hudud turut ditabur. Takkan depa nak cerita Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata:
Negara akan huru-hara sekiranya undang-undang Islam dilaksanakan (Kenyataan Najib pada 20hb April 1983 kepada para wartawan).4. Rakyat merasa jauh hati
Kerajaan Kelantan harus dipertanggungjawabkan jika berlaku huru-hara, ketidakstabilan politik, perpecahan di kalangan umat Islam dan kegelisahan rakyat apabila hukum hudud dilaksanakan di negeri itu. Rakyat harus menyoal perlaksanaan hukum itu menguntungkan atau menyebabkan perpecahan, pertentangan dan ketidakstabilan politik. Tidak semua negara Islam mengamalkan hukum hudud bahkan ada negara Islam lebih makmur tanpa hukum itu (Kenyataan Najib pada 20 April 1992 kepada para wartawan).
Ada juga yang menyatakan rakyat Kelantan jauh hati. Tahun lalu, saya pernah dengar seorang tokoh politik Kelantan berkata, "Dah berapa bulan dah (berlalu) pilihan raya umum. Program kebajikan tak berjalan lagi. Banyak sangat politiking sesama sendiri".
Saya tak tau betul atau tidak apa dia kata. Tetapi itulah yang saya dapat ingat dia kata.
Laa, kalau longkang tersumbat ka, jalan kampung berlubang berlopak ka, jangan la buat bodo ja. Cepat-cepat la selesaikan.
Orang miskin atau orang terdesak nak minta bantuan empat lima puluh ringgit, jangan la tahaq dia (biar dia tunggu terlampau lama) sebelum dihulur apa yang dihajati. Nak habaq bagi, kami orang miskin ni selalunya sensitif terlebih!
Lama dahulu, hampir setiap kali muktamar tahunan PAS, mesti ada gesaan supaya para pemimpin turun ke bawah. Harap la ni ada lagi gesaan lagu tu.
Kalau orang lain tak dan nak panas punggung dah terterap hangit kerana imej "gong", janganlah berlaku benda yang sama di Kelantan. Terterap tu loghat utara - tertiarap.
5. Kempen rumah ke rumah tak menyeluruh
Yang ni tak payah ulaslah. Dah berpuluh ribu kali dah orang dok sebut.
6. Umno dan PAS satu bendera
Umno memainkan isu Umno dan PAS tak lama lagi akan ada satu bendera.
Setakat itu sahaja yang saya dapat dengar punca-punca yang menyebabkan PAS menang ciput di Man U. Kalau maklumat yang saya dapat tak betul, this kutu takes full responsibility.
No comments:
Post a Comment