Oleh Mat Saman Kati
Selesai sudah lagi satu episod pilihanraya…selepas Bukit Gantang, Bukit Selambau dan sebelum Manek Urai. Kalau ikut perancangan…selepas Manek Urai akan ada lagi satu pilihanraya kecil…kerana itu sudah dirancang lebih awal. Satu PRK setiap dua bulan.
Mungkin ada yang merasakan bahawa pilihanraya kecil hanya menyusahkan rakyat..tetapi hanya itulah saja yang dapat menyedarkan rakyat tentang kebobrokan Umno dan Barisan Nasional.
Setiap kali pilihanraya..kita boleh tengok perangai UBN. Makin ramai rakyat yang nampak…makin cepat UBN dapat ditalkinkan. UBN tak kan mampu menyembunyikan perangai jahat mereka…sebaliknya…apa saja yang dilakukan akan menaikkan api kemarahan rakyat.
DiPenanti..UBN cabut lari sampai putih tapak kaki. Tetapi disebaliknya..UBN menggunakan pihak lain untuk meneruskan tabiat jahat mereka.
Mereka menggunakan polis untuk menghalang perjalanan pilihanraya. Bermacam-macam peraturan dikenakan untuk mengekang pengaruh Pakatan Rakyat. Peraturan-peraturan baru diperkenalkan oleh polis…tak boleh cakap pasal Altantuya…tak boleh cakap pasal sidang DUN Perak…tak boleh gunakan video..sehinggalah dalam satu ceramah, apabila diberitahu kepada Chegu Bard tentang peraturan-peraturan ini..Chegu Bard jawab..”habih…nak cakap apa?”
Ledakan maklumat menyebabkan UBN kelamkabut. Rakyat dah tak percaya apa yang ditulis oleh Utusan atau yang disiarkan oleh TV3.Rakyat lebih percaya kepada penceramah, blog dan laman web untuk mendapatkan maklumat. Bukan kerana apa yang dicakapkan oleh penceramah itu semua betul, bukan kerana apa yang ditulis diblog-blog itu semua betul. Tapi kerana rakyat sudah tak percaya kepada TV3 dan Utusan.
Umno menggunakan Amina Dola sebagai proksi didalam pilihanraya Penanti. Amina Dola pula membenarkan dirinya ditunggang oleh Umno..macam Ezam and the gang.Mungkin Amina Dola bertanding untuk membalas dendam kepada PKR, tetapi apabila dia mendapat liputan sensasi dari Utusan dan TV3 yang dimiliki oleh Umno…rakyat menolak Amina Dola kerana mereka merasakan Amina ditaja oleh Umno. Rakyat menolak Amina kerana mereka marah kepada Umno.
Lokman Adam berceramah dalam ceramah Umno…walaupun apa yang dicakapkannya itu ada yang benar…tapi orang dah tak percaya kerana mereka tak percaya kepada Umno. Kalau Lokman Adam bercakap dipentas PKR, kemungkinan orang akan percaya. Tetapi kerana dia bercakap dipentas Umno…orang tak percaya. Kerana UBN sudah sinonim dengan penipuan.
Amina hanya menang undi pos. Memperolehi sebanyak 12 undi berbanding PKR yang hanya mendapat 2 undi. Undi pos ni undi sapa?
Rakyat dah tahu bahawa undi pos adalah undi yang dimanipulasi oleh UBN. Dan apabila undi pos diPenanti diberikan kepada Amina Dola…UBN sebenarnya menimbulkan kebencian rakyat kepada pemberi undi…disini diketahui merupakan undi polis. Dan anggota polis yang mengundi Amina Dola ini juga perlu dikutuk kerana membiarkan mereka dipergunakan oleh UBN untuk kerja-kerja manipulasi undi.
Kehadiran polis yang siap bersenjata dan dalam kumpulan yang ramai juga sebenarnya cuba menakut-nakutkan pengundi. Disetiap tempat mengundi..SB-SB siap dengan kamera video merakam kehadiran pengundi.
Kalau jumlah peratus yang keluar mengundi berkurangan..polis sepatutnya dipersalahkan kerana menjadi barua UBN. Kakitangan kerajaan dan mereka yang mempunyai kepentingan perniagaan sudah semestinya merasa takut untuk mengundi kerana Umno telah mengarahkan supaya PRK Penanti ini diboikot. Dan siapa yang berani mengundi?…kerana kehadiran mereka akan dirakamkan oleh polis. UBN tahu siapa yang pergi mengundi…dan tindakan sudah semestinya diambil kepada mereka yang keluar mengundi.
SPR lagi satu…macam lembu dicucuk hidung. Membuat arahan-arahan yang mengekang kebebasan pilihanraya. Mengangkut pengundi pakai kereta yang mempunyai lambang parti tidak dibenarkan. Cuma boleh pakai sticker SPR. Tapi pada hari terakhir, SPR gagal mengeluarkan sticker.
Tunggu di Manek Urai..semua arahan-arahan yang dikeluarkan di Penanti akan ditukar lagi..untuk memastikan kemenangan Umno.
Umno semakin tidak relevan dihati rakyat. UBN tidak akan berjaya dalam pilihanraya kerana mereka sudah ditolak oleh rakyat. Itu sebabnya UBN hanya mampu bertahan dengan pertolongan mahkamah.
Zambry Kadir boleh menjadi Menteri Besar…dengan bantuan mahkamah. Tetapi dihati rakyat..taraf Zambry sama seperti penjenayah yang lain…perampas kuasa rakyat. Kemana saja Zambry pergi..dia bukan dilayan seperti Menteri Besar tetapi dilayan seperti penjenayah.
Ketika dia melawat pasar Batu Gajah baru-baru ini, dia dimaki hamun oleh rakyat Batu Gajah. Ketika melawat Pasir Panjang di Manjung…dia dihalau oleh tuan rumah kerana meletak kenderaan dikawasan rumahnya.
Tiada siapa lagi yang hormat kepada Menteri Besar Umno yang naik dengan merampas kuasa.
UBN tidak lagi boleh berlindung disebalik Utusan dan TV3. Tiada siapa yang mampu menidakkan kebenaran, mengabui pandangan, dan mengalih pemikiran rakyat untuk mempercayaai propaganda mereka.
Kebenaran akan tiba juga akhirnya.
Salam buat edyesdotcom...
ReplyDeletePolis dan SPR yang bertugas tidak boleh dipersalahkan....coz mereka menjalankan tugas atas ARAHAN pihak atasan mereka...pihak atasan mereka pula menjalankan tugas atas ARAHAN juga...tapi.. dari BOS BOS mereka ditambah pula sindrom ...cari makan ma..ini adalah budaya biasa dalam kerajaan BN..mungkin juga bagi sesiapa juga yang menjadi pemerintah
Kesimpulan nyer bagi mendapatkan benar benar KEADILAN perlulah dari hati yang suci bersih...tak kira apa jua pegangan agama.... DAN bagi pemimpin yang berhati busuk dan sebagainya yang negatif akan menghasilkan....HARU BIRU dan tidak ketentuan dalam perlaksanaan kerajaan mereka...ini telah TERSERLAH bagi kerajaan 1 Malaysia
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Wallah Hualam
kapitan,
ReplyDeletebenar, mereka menjalankan tugas dan melaksanakan di atas arahan. Mereka juga ada isteri dan anak untuk diberi nafkah makan-minum.
nasihat edyes kepada mereka, jika tidak puas hati, buktikan dengan undi kerana disebalik uniform, mereka juga rakyat marhaen...