Darah rakyat masih berjalan
Menderita sakit dan miskin
Bila datangnya pembalasan
Rakyat menjadilah hakim
Ayuh! Ayuh!
Berjuang sekarang
Kemerdekaan sudah datang
Merah panji-panji kita
Merah warna darah rakyat
Merah warna darah rakyat
Berikut adalah antara komen-komen berkenaan kemerdekaan sebenar;
Sekarang semau orang tahu, UMNO adalah agen Inggeris. menjadi tali barut Inggeris untuk terus mengekalkan penjajahannya walaupun telah turun bendera Union Jack pada tahun 1957.
Inggeris tidak mahu golongan nasionalis Melayu menguasai politik Malaya.
Onn Jaafar adalah agen utama mereka.
Apabila Onn Jaafar kelaur dari UMNO pulak, Ingegris emmastikan Tunku, anak Sultan Kedah pula menjaga kepentingan Inggeris.
Mereka tidak mahu Mustapha Hussein memimpin UMNO. Mereka mahu golongan bangsawan termasuk Abdul Razak Hussein orang besar 4 Pahang menguasai parti ini bagi emngekalkan kehendak dan kepentingan Inggeris berterusan.
Mereka takut orang-orang kampung dan terpelajar memimpin Malaya. Mereka tidak mahu anak-anak kampung yang terpelajar dari memimpin gerekan kemerdekaan. KMM PKMMAPI AWAS adalah sebenarnya pejuang kemerdekaaan.
Mereka ini disumbat ke penjara dengan bantuan Special Branch dari bangsa Melayu. Inilah sebenarnya anjing-anjing Inggeris yang berterusan menjadi hamba Inggeris dan sanggup memasukkan anak bangsa sendiri ke dalam penjara kerana nakkan pangkat dna kedudukan yang diberi Inggeris.
Golongan ini banyak di semua Asia dan Afrika. Mentaliti Uncle Tom ini masih wujud di Malaysia sehingga kini.
- Anonymous
JANGAN PERCAYA BULAT-BULAT APA YANG DIKATAKAN OLEH PEMIMPIN UMNO!
Mereka dalam proses hendak menggahkan semula Umno terutama dikalangan Melayu sebab sudah hilang sokongan dari orang Melayu sendiri!
Mengapa tertumpu kepada Chin Peng? Mengapa tidak disebut Abdullah CD? Shamsiah Fakeh? Dr. Burhanuddin? Ahmad Boestama? Musa Ahmad? Rashid Maidin?
Sebab Chin Peng, Cina. Chin Peng seorang sahaja yang komunis! Yang mengungkit hal Chin Peng pun Cina juga. Umno takut kepada sekutu Cinanya.
Baca tulisan Mahathir, beberapa perkara hanya andaiannya sahaja dan belum pasti akan berlaku sekiranya PKM dapat mengalahkan Inggeris. Diktator? Malayu pupus? B. Melayu jumud? Belum pasti berlaku tetapi telah dikatakan akan berlaku kerana hendak menakutkan orang Melayu dan membodohkan orang Melayu. Umno menjadi juara orang Melayu konon dapat elakkan perkara itu berlaku!
Awas orang Melayu! Jangan biarkan diri ditipu, dibohongi dan diperbodohkan oleh pemimpin Umno!
-Cerita Kita
Ibrahim Chik adalah salah seorang daripada sekian banyak pemuda Lubuk Kawah di Temerloh yang masuk ke hutan mengangkat senjata melawan penjajah dalam gerakan kebangsaan berhaluan kiri. Kebanyakan pemuda Melayu pada ketika itu begitu tebal dengan semangat patriotiknya.
Ibrahim dan rakan-rakan seperjuangannya yang rata-rata kuat dengan latar belakang pendidikan agama dari sekolah pondok telah berkorban jiwa dan raga demi cinta mereka kepada tanah air. Dalam tubuh mereka mengalir darah pejuang Pahang yang terkenal gagah berani seperti Tok Bahaman, Tok Gajah dan Mat Kilau.
Pada masa negara masih huru hara dan darurat, mereka tidak mempunyai banyak pilihan. Kebanyakan gerakan antipenjajah termasuk Kesatuan Melayu Malaya (KMM), Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) telah ditekan pergerakannya, United Malays National Organisation (UMNO) yang baru ditubuhkan pula dipenuhi golongan elit dan bangsawan. Parti Komunis Malaya (PKM) yang pada mulanya dibenarkan juga telah diharamkan. Sebagai rakyat bawahan yang muda dan bersemangat, tak mungkin Ibrahim dapat memberikan sumbangan besar kepada gerakan kemerdekaan Tanah Melayu dalam UMNO yang berjuang dengan slogan ‘Hidup Melayu.’ Dalam API, Ibrahim sudah sebati dengan ‘Merdeka dengan darah!’
Pilihan yang ada hanyalah bergabung dengan rakan-rakan dalam Rejimen ke-10 yang menjadi sayap PKM seperti Abdullah C. D., Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan lain-lain yang sudah bersedia menerima kedatangan beliau. Ibrahim yang begitu petah berpidato kemudiannya diangkat mengetuai bahagian perang saraf dan propaganda PKM.
Dengan tanggungjawab itu, Ibrahim berusaha memenangi hati rakyat untuk turut sama dalam perjuangan bersenjata dan berdarah menuntut kemerdekaan. Beliau ingin melihat Malaya merdeka dan bebas dari cengkaman penjajah British. Dalam memoir ini, Ibrahim mengimbau kembali pahit getir pengorbanan beliau dan rakan-rakan seangkatannya selama empat dekad dalam PKM.
- Memoir Ibrahim Chik
MB Selangor Khir Toyo dalam Utusan Malaysia hari ini menyatakan bahawa Umno sebenarnya tidak ditubuhkan di Johor sebagaimana yang difahami ramai tetap di Kelab Sultan Sulaiman, Kg Bharu yang ketika itu berada di bawah Selangor. Tarikh kongres Melayu itu diadakan adalah dari 1 hingga 4 Mac 1946.
Benar Persatuan Melayu Selangor yang ketika itu dipimpin Yunus Hamidi, bekas Pengarang akhbar Majlis turut serta dalam kongres yang melahirkan Umno itu. Tetapi antara 41 buah pertubuhan dan persatuan Melayu yang hadir, yang paling besar perwakilannya adalah dari satu-saunya parti politik Melayu terawal iaitu PKMM atau Parti Kebangsaan Melayu Malaya yang pada ketika itu Yang Dipertuanya adalah Dr Burhanuddin al Helmy yang kemudiannya menyertai PAS dan menjadi Yang Dipertua Agungnya.
Memang sejarah Umno ini banyak cuba disorok-sorok dari umum kerana sesungguhnya pembentukannya itu dahulu bukan atas daya usaha seorang dua tetapi seluruh kekuatan bangsa Melayu seluruh Malaya. Pokok penyatuan sehingga terbentuknya Umno adalah hasil dari penentangan orang-orang Melayu terhadap gagasan Malayan Union.
Bermakna Umno adalah sebuah komponan parti-parti dan persatuan Melayu ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran ketika itu, termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya. (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10 mengakui mula bergerak dan mengikuti Umno sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM). Hakikat ini dihapuskan dari kamus sejarah Umno seolah mahu mengambarkan Cuma kelompok tertentu sahaja yang menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma Melayu ketika itu.
Bermakna Umno adalah sebuah komponan parti-parti dan persatuan Melayu ditubuhkan oleh orang-orang Melayu dari segenap fahaman dan aliran ketika itu, termasuklah yang kemudiannya menyokong dan menyertai Parti Kominis Malaya. (Shamsiah Fakeh di dalam bukunya Memoir Shamsiah Fakeh – Dari Awas ke Rejimen ke 10 mengakui mula bergerak dan mengikuti Umno sebelum menyertai PKMM dan kemudiannya PKM). Hakikat ini dihapuskan dari kamus sejarah Umno seolah mahu mengambarkan Cuma kelompok tertentu sahaja yang menyumbang ke arah perjuangan nasionalisma Melayu ketika itu.
Malah kalau kita membaca tulisan Ahmad Boestamam, bendera Umno, yang berasal dari bendera atau sang saka merah putih itu asalanya merupakan cadangan dari PKMM dalam sidang pertama Umno setelah ditubuhkan pada Jun 1946 di Dewan Bandaran Ipoh (sila lihat Memoir Ahmad Boestamam: Merdeka Dengan Darah dalam API (UKM)). Sang Saka Merah Putih untuk pengetahuan kawan-kawan dalam Umno, adalah benedera PKMM. Bermakna bendera Umno kini berasal dari cadangan bendera PKMM (parti Melayu yang Inggeris cop sebagai kiri!) Yang bulatan kuning dan keris hijau telanjang dimasukkan kemudian.
Umno hari ini menidakkan sumbangan semua yang pernah menyertai komponan Umno 1946 itu. Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn yang kebetulan adalah Presidennya yang pertama. Kiranya Dato Onn tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang Umno melalui IMP dan Parti Negara.
Kalau benar Khir mahu mengesan dan menjejak sejarah sebenar penubuhan Umno maka perlulah beliau ikhlas membongkar dan menyelongkar buku-buku tulisan tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain.
Khir menyebut DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah telah menyumbang RM15,000 ketika itu untuk menjayakan kongres penubuhan Umno di Kg Baru itu. (Kongres tersebut menurut rekod diresmikan oleh Almarhum Tuanku sendiri) Percayalah Almarhum Tuanku bebrbuat demikian kerana yakin yang bangsa Melayu perlu bersatu dan berpadu tenaga. Sebagaiman Khir menyebut yang Baginda penah beritah bahawa persatuan itu akan kekal lama jika mengambil kira dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu iaitu:
PERTAMA:
Perjuangan agama Islam yang akan mengikat hati nurani bangsa
KEDUA:
Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu
Rupanya Umno 1946 itu tidak kekal lama. Beberpa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan Umno. PKMM ini yang merupakan parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka, telah diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara. Umno di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.
Begitu juga kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar sehingga lahirnya PAS pada tahun 1951. Harus diingati bahawa antara jawatankuasa penajanya adalah:
Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota (ayahanda PM Dollah Badawi)
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
Umno hari ini menidakkan sumbangan semua yang pernah menyertai komponan Umno 1946 itu. Yang tinggal hanyalah nama Dato Onn yang kebetulan adalah Presidennya yang pertama. Kiranya Dato Onn tidak memegang jawatan itu barangkali nama beliau pun dihapuskan kerana beliau kemudiannya menentang Umno melalui IMP dan Parti Negara.
Kalau benar Khir mahu mengesan dan menjejak sejarah sebenar penubuhan Umno maka perlulah beliau ikhlas membongkar dan menyelongkar buku-buku tulisan tokoh-tokoh seperti Ahmad Boestamam dan lain-lain.
Khir menyebut DYMM Sultan Selangor ketika itu Sultan Hishamuddin Alam Shah telah menyumbang RM15,000 ketika itu untuk menjayakan kongres penubuhan Umno di Kg Baru itu. (Kongres tersebut menurut rekod diresmikan oleh Almarhum Tuanku sendiri) Percayalah Almarhum Tuanku bebrbuat demikian kerana yakin yang bangsa Melayu perlu bersatu dan berpadu tenaga. Sebagaiman Khir menyebut yang Baginda penah beritah bahawa persatuan itu akan kekal lama jika mengambil kira dua perkara sebagai asas penyatuan bangsa Melayu iaitu:
PERTAMA:
Perjuangan agama Islam yang akan mengikat hati nurani bangsa
KEDUA:
Berani dan terus membela dan memperjuangkan hak orang Melayu
Rupanya Umno 1946 itu tidak kekal lama. Beberpa tokoh berpengaruh termasuklah PKMM kemudiannya bertindak meninggalkan Umno. PKMM ini yang merupakan parti Melayu pertama yang membawa slogan Merdeka, telah diharamkan British pada tahun 1948 dan kebanyakkan pimpinannya ditangkap dan merengkok dalam penjara. Umno di bawah Dato Onn kekal dan bebas bergerak.
Begitu juga kemudiannya golongan agama ketika itu bertindak keluar sehingga lahirnya PAS pada tahun 1951. Harus diingati bahawa antara jawatankuasa penajanya adalah:
Ustaz Haji Ahmad Fuad Hassan - Pengerusi
Ustaz Haji Ahmad Maliki - Setiausaha
Tuan Haji Ahmad Badawi Abdullah - Anggota (ayahanda PM Dollah Badawi)
Tuan Haji Ahmad Ghazali Abdullah - Anggota
Tuan Haji Ahmad Tuan Hussein - Anggota
Tuan Haji Mansor J.P - Anggota
Dua tiga orang ulama yang menjadi ahli dari Selangor dan Negeri Sembilan.
(Shamsiah Fakeh menulis: Sejarah telah membuktikan bahawa dalam perjuangan menuntut kemerdekaan tidak ada ahli Umno yang ditangkap atau yang dipenjarakan oleh kerajaan penjajah British. Apatah lagi tiada seorang pun yang mati ditali gantung)
Berbalik kepada titah Almarhum Tuanku Sultan Selangor ketika itu, ternyata kesatuan Umno yang ditubuhkan pada Mac 1946 dengan persepakatan semua golongan Melayu tidak mampu bertahan. Dan solanya hari ini adalah Umno masih berpegang kepada dua perkara yang dititahkan Almarhum itu? (Untuk makluman Almarhum Tuanku Sultan Hishamuddin ini adalah merupakan antara Sultan Selangor yang paling warak dan sering membaca khutbah solat Jumaat)
Saya akan cuba membawa beberapa aspek sejarah kemerdekaan negara dan Umno itu sendiri sebelum 31 Ogos ini insyallah.
-Roslan SMS Corner
Dalam Sejarah Darurat Malaysia... Diceritakan secara detail mengenai Penubuhan Rejimen ke 10 Malayan People's Liberation Army yang dalam buku Sejarah menyebutnya sebagai Parti Komunis Malaya yang ditubuhkan pada 1930... Semasa pendudukan Jepun, parti ini lebih dikenali sebagai Malayan People's Anti-Japanese Army dan telah dibiayai serta dilatih oleh British serta dijanjikan hak untuk berpolitik di Tanah Melayu secara adil.
Pada Jun 1948, 3 orang pengurus Ladang berbangsa Eropah telah dibunuh di Perak akibat mogok pekerja yangakhirnya memuncak kepada kegiatan militari, Pentadbiran British mengisytiharkan darurat. Parti Komunis Malaya diharamkan dan kebanyakkan pemimpinnya melarikan diri ke hutan dan menubuhkan Malayan People's Liberation Army atau dikenalai juga sebagai Malayan National Liberation Army.
Pada 17.10.1945 iaitu dua bulan selepas Jepun menyerah kalah, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah ditubuhkan. Parti ini lahir dari ruangan Jabatan Pengarang dan pentadbiran akhbar Suara Rakyat dan menjadikannya parti politik Melayu yang pertama ditubuhkan selepas pendudukan Jepun di Tanah Melayu.
PKMM diasaskan oleh Mokhtaruddin Lasso. Dalam pucuk pimpinan awal parti itu, beliau telah dilantik menjadi Yang Dipertua. manakala Naib Yang Dipertua - Dr. Burhanuddin Hilmy, Setiausaha - Dahari Ali, Bendahari - Arshad Ashaari, Ahli Jawatankuasa - Ahmad Boestamam
Matlamat utama perjuangan PKMM ialah menuntut kemerdekaan penuh bagi Tanah Melayu dan menentang sebarang bentuk penjajahan Inggeris. PKMM juga berusaha mengatasi masalah orang Melayu di segi pelajaran, sosial dan ekonomi serta kebebasan mencetak dan bersuara.
Sebulan selepas kelahirannya, PKMM telah menubuhkan cawangannya di beberapa buah negeri iaitu di Pulau Pinang, Perlis, Selangor, Perak, Melaka dan Singapura. PKMM menyebarkan pengaruhnya melalui akhbar-akhbar hariannya iaitu Suara Rakyat, Pelita Malaya dan Semboyan Baharu dan terbitan bulanan iaitu Majalah Berjuang dan "Voice of the People"
Sesiapa yang pernah membaca novel Tulang-tulang Berserakan karya Sasterawan Negara Allahyarham Datuk Usman Awang, akan tau betapa bersemangatnya PKMM menuntut kemerdekaan. Betapa berapinya Shamsiah Fakeh berpidato...
Siapa yang tau sejarah sebenarnya.... Shamsiah Fakeh ialah Hero Kemerdekaan....
Apakah yang membezakan UMNO dan PKMM???
PKMM terpengaruh dengan ideologi Soekarno iaitu "semua harta penjajah dimilik negarakan" selepas kemerdekaan... Ini bermaksud, semua ladang-ladang, lombong-lombong dan sebarang perusahaan British akan dimilik negarakan selepas Kemerdekaan.. Ini merunsingkan British... Jika kegiatan ini tidak dibendung, kemungkinan British akan diusir dari bumi Malaya sama seperti Belanda diusir dari Indonesia - secara bersenjata...
British telah menggesa Datuk Onn Jaafar menubuhkan sebuah Parti Politik yang boleh mengaburi pengaruh PKMM, dan pihak British akan menggunakan satu helah iaitu dengan memperkenalkan satu gagasan yang untuk menjatuhkan Ketuanan Melayu... Gagasan itu akhirnya dikenali sebagai Malayan Union.
UMNO tidak ditubuhkan untuk menuntut Kemerdekaan pada awalnya... UMNO ditubuhkan untuk menentang Malaysan Union. Mengapa perlu menentang Malayan Union sedangkan PKMM tengah berapi-rapi menuntut kemerdekaan? Semasa Kongres Melayu Pertama, PKMM terbabit secara langsung tanpa menyedari politik British pada masa itu... British perlu menghapuskan pengaruh PKMM demi untuk mengelakkan harta mereka dimilik negarakan selepas memerdekakan Tanah Melayu. Bagaimanakah caranya??? Naikkan satu parti Politik yang Pro-British.. Bagai mana nak naikkan Parti tu... mainkan sentimen orang melayu terhadap Ketuanan Melayu dan Raja-Raja..... Bagaimana??? Malayan Union!!!....
Pada tahun 1948, selepas Kongres di Temerloh, British telah mengharamkan PKMM, API, AWAS dan PUTERA dan dengan bersandarkan gambar Kongres di Temerloh itulah, British memburu pemimpin-pemimpin PKMM, API, AWAS dan PUTERA. Ada yang lari ke Indonesia, Ahmad Boestamam sendiri telah dipenjarakan selama 7 tahun semasa operasi ini. Shamsiah Fakeh, Rashid Maidin dan beberapa orang lagi tidak sempat lari ke Indonesia, mereka lari masuk ke hutan.. setelah 13 hari didalam hutan.. Chin Peng menemui mereka dan menawarkan perlindungan, makanan, pakaian dan lain-lain kepada mereka... Tidak lama selepas itu tertubuhlah Rejimen ke-10 Parti Komunis Malaya yang hanya dianggotai oleh orang melayu.
UMNO tidak pernah memperjuangkan Kemerdekaan sehinggalah Almarhum Tunku Abdul Rahman mengetuai UMNO dengan penyingkiran Dato Onn Jaafar... Dengan jasa Tunku Abdul Rahman dan Tun Abdul Razak lah, perjuangan menuntut kemerdekaan berlansung semula!!!
UMNO ditubuhkan untuk menentang Malayan Union semasa PKMM berjuang menuntut Kemerdekaan!!!
-kernalstackdump (pembawa sumber)
hello saudara, ambo bukan nak sokong mahathir,tp ambo hidup zaman tu.mahathir lg tua dr ambo.ambo dpt raso apo yg dio raso.mu anak muda jgn nak perlekeh.skrng snag la ckp.mu ni kalo stakat berani g demo jo..lum leh jadi pejuang.pi mampuih ngan komunis dan sesapo yg sokong komuniuh.
ReplyDeletesalam anonymous (tok wan)
ReplyDeletehehe awat yg tok wan emosional ni... depa dok cerita pasai sejarah. kata dah tua bawak-bawak la sabaq... awat tok wan dulu pejuang ka?? sapa nama?? kalau ada gambaq pegang senjata baguih jugak... nak laa jugak anak cucu tengok... mana la tau kot kot sama batalion dengan tok wan saya.
Seorang pemimpin Melayu komunis telah meninggalkan anak kecilnya ketika melarikan diri. Anak kecil itu dipelihara oleh keluarga cina. Dia dikahwinkan dengan orang Cina. Kali terakhir Yong dengar khabar dia masih dalam keluarga Cina itu dan beragama seperti suaminya. Ibubapa jenis apakah yang sanggup biarkan anak dipelihara oleh keluarga Cina dan kemudian murtad? Apakah perjuangan komunis itu begitu besar sehingga seorang anak dikorbankan menjadi kafir?
ReplyDeleteYong bukan anti Cina. Yong cuma anti komunis dan segala doktrin yang dibawa oleh ahli2nya.
umno dh ketaq lutut psai golongan muda dh celik siapa sebenarnya yg benar2 memperjuagkan kemerdekaan negara dulu...
ReplyDeletesalam Yong
ReplyDeletela ni pun ramai yg murtad bukannya pasai komunis pun.. komunis dah lama dah hilang dr bumi malaysia.. yg tinggai cuma sejarah dan kita jgn la nak PADAM sejarah.. dah memang PKM masa tu platform utk menuntut kemerdekaan, platform untuk berjuang.. dah memang tercatat dlm sejarah negara... kita kena simpan dlm ingatan tapi jgn laa angkat/puji perjuangan komunis lebih-lebih sangat..
tu yg dok murtad ramai-ramai masuk kristian tu nak salahkan sapa pulak?? tanggungjawab sapa pulak tu?? jom sama-sama pikiaq
jangan salah paham...
ReplyDeleteapa yang edyes utarakan ialah betapa penipuan tentang kemerdekaan telah berlaku.
bukan semata2 kerana perjuangan komunis... mereka yang diharamkan pada permulaan darurat, dituduh sebagai komunis... apa ini?
salam semua,
ReplyDeleteJom kita dengor apa kata bekas peminpin PKMM dalam interview sempena hartal...
Tau ke amendenya hartal tu ?
pegi ke Google dan taip "10 tahun sebelum merdeka ". saksi dan dengor apa kata deme dalam 4 siri video tu.
...orang muda...
Bersyukur org2 muda & berpelajaran telah mula sedar bahawa UMNO & Kesultanan telah lama menjadi tali barut penjajah & penjual budaya,agama & negara, just to stay in power.
ReplyDeleteKeep on posting great articles bro!
Salah satu penceramah PAS yang Lebai sangat gemari ialah Mat Sabu. Mat Sabu ni pada pendangan Lebai ianya lebih hebat dari Sukarno bekas president Indonesia dulu. Salah satu dari ceramah nya yang Lebai masih ingat ialah berkenaan kebijaksanaan cina berpolitik.
ReplyDeleteKata beliau, setiap kali diadakan PRU, orang melayu berpecah - ada yang sokong UMNO, ada yang sokong PAS, ada yang sokong PKR dan ada juga yang sokong DAP.
Orang cina pula, pada setiap kali PRU di adakan, cina bersatu. Bersatu dalam MCA atau Gerakan atau DAP. Dan ini lah masanya mereka menuntut apa saja yang mereka hendak. Setiap PRU mereka mendapat habuan besar dan orang melayu pula dapat rugi besar.
Dengan cara mereka buat ini, sedikit demi sedikit hak2 orang melayu telah terhakis.
samapi bila sejarah sebenar nak di sorok?
ReplyDeleteapapun, tumpang ziarah. jika ada yang berminat dengan teori konspirasi, sejarah nusantara yang hilang, sufism, kebangkitan akhir zaman..sila lah ke nusanaga.blogspot.com
harap salam ukhwah akan bertaut demi masa depan..sekian
......................................
"sejarah bagi orang yang menang" kebijaksanaan pengarang mmg xdpt dinafikan krn ad bukti..bg org melayu sedar la jgn terperangkap dlm kapsul masa. skrg nie abad ke 21 so pk la mcm org dlm abad 21 jgn la pk mcm zmn p ramli. bagi pembaca blog nie jgn la cepat marah n setuju. kamu perlu byk baca buku n menilai samaada fakta tu betul ke x..
ReplyDelete