Friday, February 20, 2009

Bila Paklah Kata 'Tiada'...

Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata kerajaan Barisan Nasional (BN) di Perak tidak bercadang untuk mengadakan pilihanraya sebagai cara untuk menyelesaikan kemelut politik di negeri itu, tetapi akan terus memerintah demi rakyat di negeri berkenaan.

"Dalam situasi yang ada sekarang ini, saya fikir lebih baik sekiranya kerajaan BN terus dengan pemerintahannya. Buatlah apa yang boleh untuk rakyat negeri Perak," kata Perdana Menteri. -Malaysiakini


edyes wrote:

Masih ingat lagi, apabila sebelah pagi paklah mengatakan tiada pembubaran parlimen, sebelah petangnya dewan parlimen dibubarkan. Tiada siapa yang boleh lupa, Perdana Menteriku flip-flap-flop.

Kini sekali lagi Paklah mengatakan tiada pembubaran, siapa yang mahu percaya? Atau mempercayai sebaliknya lebih daripada mempercayai apa yang dikata.

Menjadi satu kehairanan, mengapa paklah pula yang mengumumkan perkara berkaitan negeri Perak, bukan Najib? Di manakah Najib yang suatu ketika dulu cukup ligat dalam usaha menumbangkan kerajaan sah Nizar?

Hari ini hari Jumaat, yakni dua minggu selepas kerajaan haram dibangunkan. Sekiranya sesuatu berlaku pada hari ini, maka dapatlah dikira kerajaan haram acuan BN ini hanya bertahan selama 2 Jumaat sahaja. Apa yang akan berlaku hari ini?

Paklah mengatakan bahawa kerajaan BN harus meneruskan pemerintahan 'demi rakyat'. Benarkah demi rakyat? atau demi projek landasan berkembar? atau demi projek-projek gajah putih tergendala? atau berkenaan koridor utara?

Bagaimana boleh saya lupa, kerajaan lebih memberi penumpuan terhadap isu gambar privasi separuh telanjang seorang Adun amoi berbanding isu kegawatan ekonomi. Inikah yang dinamakan pemerintahan demi rakyat?

Kerajaan UMNO led BN tetap perompak di mata rakyat, kerajaan BN merampas negeri perak untuk meneruskan rompakkan demi rompakkan. Rakyat menilai, tiada ruang lagi untuk UMNO memerintah negeri perak, tiada ruang dan peluang...

1 comment:

  1. Salam Edyes,

    Hanya kuasa yang ditagih tanpa memikirkan kesan daripada tindakan itu. Kemana menghilangnya Najib. Saya percaya tindakan beliau mungkin tidak persetujui oleh ahli UMNO sendiri.

    Sedih dengan keadaan di Perak terlalu rumit dan kita tidak tahu bila akan kembali pulih. Apa-apa boleh berlaku sekarang.

    Jalan terbaik bubarrr.....

    ReplyDelete