Tepuk dada tanya hati, apakah begitu mudah kita menyalahkan seseorang?
oleh dragsuperstar
Ketika keputusan pilihanraya pada 8 Mac 2008 diumumkan, semua rakyat bersorak kegembiraan. BN hilang 2/3 majoriti, BN hilang 5 negeri, Samy Vellu kalah, Sharizat kalah, KJ pada kiraan awal kalah lepas itu menang dengan penurunan majoriti dengan begitu mendadak. Semuanya disambut dengan penuh rasa kegembiraan, tangisan, dan sambutan terhadap kemenangan tersebut diraikan dengan penuh rasa syukur.
Namun apabila kerajaan Pakatan Rakyat di Perak goyah dan telah dirampas kekuasaannya dengan tidak mengikut undang - undang. Mula kedengaran suara - suara busuk mengeji Anwar Bin Ibrahim. Ada yang mengatakan beliau tidak pandai memilih calon. Ada yang mengatakan sebab beliau yang sibuk - sibuk cakap fasal 16 September maka inilah hasilnya. Perak hilang.
Bezanya Anwar dan Najib adalah Anwar mahu peralihan kuasa itu dilakukan dengan cara mengikuti undang - undang. Anwar telah meminta agar Pak Lah memanggil satu sidang khas parlimen dijalankan. Adakah Pak Lah akur dengan tuntutan beliau, sudah pasti tidak. Kenapa tidak akur kerana Pak Lah tahu pasti ada beberapa Ahli Parlimen BN yang akan memberi undi tidak percaya kepada beliau. Speaker Dewan Rakyat juga telah beberapa kali menolak usul undi tidak percaya yang diusulkan oleh Pakatan Rakyat. Anwar tidak gopoh seperti mana Najib. Anwar tidak menculik dua Adun KeADILan dan membawanya ke Pekan. Anwar tidak terus memaksa Agong memecat Pak Lah. Anwar tetap mahu melakukannya dengan mengikut perlembagaan negara. Kerana apa? Kerana beliau tidak mahu peralihan kuasa itu berlaku dengan kekacauan. Lihat di Perak. Apabila kekuasaan itu dilakukan tidak mengikut perlembagaan Sultan sendiri terasa bahananya. Itulah yang membezakan upacara LOMPAT ANWAR dengan NAJIB.
Apabila terjadinya pembelotan oleh dua Exco KeADILan, segera tampil beberapa insan yang mengutuk Anwar Bin Ibrahim kerana tidak pandai mengenal calonnya itu. Baik, biar saya berikan beberapa contoh. Contoh yang pertama, ibubapa mana yang tidak mahu anaknya menjadi insan yang berguna. Anak - anak diberi didikan supaya mereka tidak menjadi gangster, amanah, tidak rasuah, tidak bunuh orang dengan C4, tidak bunuh orang di penjara dan bermacam lagi perkara buruk yang tidak terjadi kepada mereka. Tapi apabila anak - anak itu tetap juga menjadi jahat adakah ianya salah ibubapa. Nabi Nuh a.s juga gagal mendakwah anak dan isterinya. Adakah Nabi Nuh a.s gagal? Tidak, ini semuanya berlaku diluar jangkaan kita. Contoh kedua, apabila si suami berkahwin dengan isterinya sudah pasti mereka mahu perkahwinan mereka kekal dan bahagia senantiasa. Segala kasih sayang dan pengorbanan dilakukan dengan ikhlas dan dengan rela hati semahunya. Tapi jika si suami mempunyai perempuan simpanan adakah si isteri mengetahuinya. Bila si suami membawa perempuan simpanannya pergi ke mana - mana untuk melepaskan nafsunya adakah si isterinya tahu dan begitu juga sebaliknya. Semuanya ini berlaku diluar jangkaan kita. Kita bukannya Tuhan. Hanya Tuhan sahaja yang mampu mengenal makhluk ciptaanNya. Walaupun tarbiyah, usrah, sekolah, kelas - kelas diberikan kalau sudah ditakdirkan mereka menjadi jahat maka jahatlah mereka. PAS pernah hilang Allahyarham Asri Muda, Nakhaie. PRM pernah hilang Kassim Ahmad. DAP pernah hilang Lee Lam Thye. Adakah ini semua salah pucuk pimpinan. Tidak dapat dinafikan mungkin ada beberapa perkara yang menyebabkan mereka khianat. Tapi adakah mereka boleh menjangkakan. TIDAK!!
Saya merasa jijik dan sedih kerana beberapa insan yang telah mengutuk Anwar dan Pakatan Rakyat. Semua orang mahu melakukan terbaik. Tapi jika sudah begini suratan takdir apa yang kita boleh buat. Cukup sekadar kita menjadikannya sebagai iktibar dan pedoman. Jadikan peristiwa ini sebagai satu pemangkin semangat untuk terus berjuang mereka yang zalim ini. Perompak tidak akan berhenti merompak. Perompak tidak akan merompak ikut pintu depan sahaja. Mereka akan merompak dari semua segenap penjuru. Walaupun kita ada pengalaman dari tahun 1961 tapi mereka yakni Zionis Malaysia ini tidak akan berhenti merompak. Mereka akan menggunakan taktik - taktik yang licik sampai ada satu tahap menculik wakil - wakil rakyat kita. Tidak boleh beli RM 50 juta, diculiknya mereka.
Saya bukannya taksub dengan Anwar Bin Ibrahim. Tapi saya simpati dengan beliau kerana beliau bersungguh - sungguh untuk memastikan Malaysia selamat dari cengkaman Zionis Malaysia. Beliau bersungguh - sungguh membawa PAS dan DAP duduk semeja. Beliau bersungguh - sungguh membawa usul tidak percaya dan memanggil sidang khas Parlimen tapi tidak berjaya. Adakah ini salah beliau. Kita merancang wahai sahabatku. Selebihnya Tuhan yang menentukan.
Jadi buat mereka yang mengkritik yang keterlaluan terhadap beliau renung - renungkan. Kuatkan semangat dan teruskan berjuang. Buat mereka yang hanya duduk didalam pejabat yang berhawa dingin, di rumah dan yang tidak pernah berjuang hatta menampak poster di pokok ketika pilihanraya you can shut your mouth!!!!
tahniah.... anda telah mengutarakan satu persoalan yang baik.. mana2 individu yang menyokong pakatan rakyat perlu berhenti menkritik dsai malah kita perlu mengorak langakah dengan statergi dan gerak kerja yang lebih tersusun.... perjuangan fasa baru baru sahaja bermula, ayuh kita tangani dengan rasional bukan emosional....
ReplyDeleteby kotadamanasara
penjelasan yang baik. yang bersalah ialah orang yang membuat orang bersalah.
ReplyDeletefikir-fikirkan lah.
Sokong dsai kerana dia seorang pejuang demokrasi sebenar untuk semua kaum. Sukar mencari pemimpin seperti nya yang sanggup sengsarakan diri untuk kebaikan barsama.
kemungkinan besar mereka tu bukan org pr sejati, tapi spy macam nasa bota yg cari peluang tikam dari belakang.
ReplyDeleteWell said & well written. I'm feeling a bit relief after reading this article.
ReplyDeleteBut I still am saddened by what happened in Perak right now.
To me, let Najis & the gang smile now, for they will cry out loud soon, when they fall. When they fall, they fall hard!
Sudahlah. jangan nak merepek. sebaik lepas election pada sabtu, isnin anwar dah pergi sabah. buat apa? Dari situ sampai 16 sept, dia dok canang nak tukar kerajaan. tak kan kalau dia ada majoriti, nak dok diam saja. sudah tentu dia pun buat macam najib. dasar orang penipu.
ReplyDeletePerbezaan lompat anwar dengan lampat najib :
ReplyDeleteLompat anwar tak berjaya lompat najib berjaya. Itu saja.
Kalau lompat anwar berjaya sama saja situasi dia. Mungkin lagi kurang ajar dan celaru daripada skang.
Tak payah pusing cerita dengan undi tak percaya. Undi tak percaya hanya drama selepas "we have the number" menjadi satu penipuan.
Apa citer sekalipun kes diperak menjadi pengajaran untuk manusia bongkak, angkuh, berlagak pandai, tak sedar diri mcm anwar.
ANWAR KEPALA PERUSUH...
ReplyDeleteSUKA MENGGALAKAN RUSUHAN....
ANWAR DOK CANANG LOMPAT PARTI...
JANGANLAH MENGAMOK SAMPAI MENDERHAKA PADA SULTAN...
TAK INGAT KE RUKUN NEGARA????
RAKYAT MALAYSIA KE NI???
BENDA DAH JADI..SULTAN PUN DAH MURKA...
KAU ORANG TUNGGU JE LAH MP BN YANG 40 ORANG NAK LOMPAT MASUK PAKATAN TU. KAN ANWAR DOK CANANG DARI DULU LAGI.
APA SUSAH...KALAU BN DAH RAMPAS PERAK..PAKATAN RAMPAS MALAYSIA.
KAN ANWAR DAH CAKAP...16 SEPT....
TAHUN INI?????
TAHUN DEPAN???
DAN TAHUN DEMI TAHUN???/
AMCAM????/
Karpal suruh anwar bartaubat??
ReplyDeleteHebatnya, kafir suruh islam betaubat. Lepas ni boleh jadi lee guan eng plak suruh. Eh silap! khalifah lim guan eng.
Lantak korang nak sgt duduk serumah, tido sebantal, makan sepinggan dgn kafir.
Very well said and written. This is one of the best explanation I found online so far.
ReplyDeleteKeep on inspiring.
explanation di atas hanya menggunakan logik dan sepatutnya boleh diterima akal. Melainkan hati seseorang itu DANGKAL !!
ReplyDeleteanwar adalah salah satu signatory perjanjian annapolis yg mengiktiraf kerajaan israel.
ReplyDeleteisteri beliau pernah kata hudud tidak relevan di malaysia.
kenapa anwar dan pkr berpegang kpd sebahagian dari al-quran (contohnya berkenaan dgn makar) tetapi tolak sebahagian dari al-quran?
fikir2kan, at least minta la kat anwar supaya kembali kpd islam secara total bukan separuh2.
aku bukan nak suruh anwar masuk pas, aku nak anwar kembali pada islam.
aku nak cite ckit la..ko g tnyer anwar..dia tkt x kt karpal tu?? anwar mmg tkt sngt kt karpal..nak tau nape?? sbb ms thn 1998 karpal jd peguam dia..anwar da mengaku yg dia ni gay kt karpal dan karpal cuba tuk tlg x sabitkan kes.karpal tua sume kes2 anwar.tu sbb dia brani ckp camtu.sampai terkeluar ayat yg anwar ni perosak negara.hrp maklum..lakhnat anwar..
ReplyDelete