Akhirnya, Kuala Terengganu P36 telah menjadi milik PAS, menjadi milik Pakatan Rakyat dan juga menjadi milik rakyat. Walaupun Barisan Nasional bersama jentera tentera bergajahnya, dengan kehadiran puluhan VVIP dan VIP bersama kenderaan mewah bertinted hitam, dengan cubaan politik 'buy-election', mereka tewas kepada rakyat kebanyakkan. Alhamdulillah.
Rakyat Kuala Terengganu telah melakukan satu keputusan yang amat dihormati dan dikenang sebagai satu keputusan yang menandakan bermulanya era kejatuhan empayar UMNO secara TOTAL. Kuala Terengganu harus sedikit bersabar, Rakyat di 5 negeri Pakatan juga harus bersabar. Jika 50tahun kita diliwat oleh kerajaan BN, jika 50 tahun kita dijajah oleh kerajaan pro-kapitalis yang mengutamakan keuntungan tanpa mempedulikan kesengsaraan rakyat kebanyakkan, kini tinggal beberapa tahun saja lagi untuk bersabar.
Kerajaan negeri Kelantan telah lali dengan situasi dipencilkan dianaktirikan oleh kerajaan pusat. Walaupun suatu ketika dulu BN mengatakan PAS di kelantan hanya bertahan 3 bulan kerana tidak mempunyai sumber kewangan yang kokoh, namun kerajaan Kelantan tetap bertahan dan membuktikan bahawa mereka juga boleh hidup walaupun ditindas Kerajaan Pusat. Kelantan kini jauh lebih maju dari tanggapan masyarakat yang hanya menonton TV3.
Kini tiba giliran beberapa negeri Pakatan untuk bertahan sebaik-baiknya daripada sekatan ekonomi kerajaan pusat. Kita dapat lihat bagaimana kawasan pelancongan Pulau Pangkor, malah Langkawi juga dicantas-cantas peruntukkan pelancongan yang sepatutnya diagih bersama.
Jika dulu rakyat Terengganu serik dengan pemerintahan PAS dengan memberi kembali negeri Terengganu kepada pemerintahan BN, kini mereka sedar bahawa mereka juga harus bersabar dan bertahan untuk seketika. Sekarang ialah masanya untuk membalas sebuah kepercayaan kerna halatuju rakyat negara ini telah begitu jelas menuju ke arah sebuah perubahan TOTAL. Kemenangan PAS di Kuala Terengganu mencerminkan bahawa rakyat negeri Terengganu sedar akan sebuah pengorbanan diperlukan demi perubahan ini.
Kedah, Penang, Perak dan Selangor juga sedang menghadapi ancaman kebuluran tabungan kewangan dari kerajaan pusat. Namun negeri yang kaya dengan hasil bumi dan hasil percukaian ini dijangka tidak akan menghadapi masalah yang besar dari sudut kewangan kerana mereka menjalankan amanah dengan bersih dan cekap.
Cengkaman politik Pakatan Rakyat kian bertambah dengan berita kemenangan P36 yang menyaksikan majoriti bertambah dengan besar sekali. Saya yakin rakyat negeri Kedah, Penang, Perak dan Selangor mempunyai istiqomah yang kukuh untuk bertahan bersama Pakatan Rakyat sehinggalah Kerajaan Barisan Nasional dirobohkan selewat-lewatnya 2013. Pakatan akan bertahan dan negeri-negeri gerombolan UMNO akan bergoncang dengan trend Pilihanraya umum Mac, Pilihanraya kecil Permatang Pauh dan Pilihanraya kecil Kuala Terengganu.
Dengan kemenangan Pakatan Rakyat di P36 bersama pertambahan majoriti yang besar dan hayunan 5 peratus undi, pelbagai spekulasi dan analisis akan timbul bak cendawan. Bagaimana hayunan (swing) 5% didapati ialah apabila Mohd Abdul Wahid Endut berjaya menafikan majoriti Razali sebanyak 628 undi, dan ditambah dengan majoriti baru 2631 undi. Dengan jumlah mengundi yang hampir sama iaitu +-64000, kita akan dapat hayunan 5% daripada 3259/64000*100 = 5.09%.
Mengikut analisis saya, majoriti ini sangat penting dan ia akan mempengaruhi seluruh negara bersama trend merubah ke paksi Pakatan Rakyat menjadi lebih efektif. Pada PRU12 yang lalu, kedudukan undi BN dan Pakatan Rakyat di semenanjung boleh dikatakan 51% untuk BN dan 49% untuk Pakatan Rakyat. Jika swing 5% ini diambil kira, sudah tentu PRU13 akan menjadi milik RAKYAT.
Saya tidak obses dengan perjumlahan ini malah saya menjangkakan dalam masa yang mendatang, jumlah swing akan bertambah beberapa peratus menjelang PRU13. Golongan atas pagar yang selama ini memberi undi kepada pihak yang mereka jangka menang kini akan mengundi Pakatan Rakyat kerana mereka sudah mula mempercayai bahawa Barisan Nasional sudah tidak relevan di bumi bertuah ini.
Percayalah bahawa berduyun-duyun rakyat akan mula berfikir beberapa jenak dan salah sebuah kotak yang berada difikiran mereka ialah bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli PAS? Bagaimana untuk mendaftar sebagai ahli kelab penyokong PAS? Bagaimana caranya untuk menjadi Ahli PKR dan DAP? Bagaimana caranya untuk menjadi ahli Pakatan Rakyat? Bagaimana caranya untuk memainkan peranan dalam merealisasikan perubahan TOTAL?
Saya menutup artikel pendek tapi sendat ini dengan sebentuk idea yang praktikal, iaitu dengan membuka kiosk pengambilan ahli-ahli baru secara lebih efektif. Saya memberi jaminan, setiap kiosk pendaftaran yang dibuka di seluruh negara tidak lengang dari pendaftar-pendaftar baru terutamanya di kampung-kampung. Perhebatkanlah kempen kempen kiosk pendaftaran di seluruh bandar dan kampung terutamanya.
Angin perubahan tidak dapat lagi dibendung, badai reformasi tidak lagi dapat dihadang. Ayuh tumbangkan Barisan Nasional, dan menuju ke arah negara yang lebih berkebajikkan. UMNO led Barisan Nasional sudah monopouse dan expirynya ialah PRU13 atau tahun 2013 atau yang mana lebih awal.
RE-FOR-MA-SI !
Takbir !!
Allahuakbar!!!!!
ReplyDeletecadangan anda bernas...wujudkan kiosk untuk register jd ahli pr....