Tuesday, January 6, 2009

Sekitar Hari Penamaan Calon P36 - Penanda Aras PRU13

CALON Pas pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (tengah) diiringi penyokong ketika tiba di pusat penamaan calon di Bangunan Stadium Negeri Terengganu. - Foto Mohd Fadli Hamzah

CALON Pas pilihan raya Parlimen Kuala Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut (dua dari kanan) diiringi (dari kiri) Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, Presiden Pas, Datuk Abdul Hadi Awang dan Datuk Nasharuddin Mat Isa tiba di pusat penamaan calon di Bangunan Stadium Negeri Terengganu. - Foto Hasan Ismail

Perarakan yang diketuai Najib bersama bendera dan sepanduk parti bergerak sejauh kira-kira setengah kilometer ke pusat penamaan calon di stadium negeri. - Foto Mohd Radzi Bujang


edyes wrote:

Dapat kita saksikan gambar-gambar di atas seperti ada yang tidak kena. Mana tidaknya, gambar yang diperolehi dari BHarian sudah tentu apa yang disiarkan bias semata-mata.

Pilihanraya Kecil Parlimen Kuala Terengganu merupakan satu titik penentu yang paling penting dalam sejarah politik tanah air. Percaya atau tidak, keputusan pilihanraya kali ini akan reflex kepada Pilihan Raya Umum yang ke 13 kelak. Dengan segala fitnah dan tohmahan, dengan serangan terhadap kepimpinan kerajaan negeri yang tidak pernah putus, di sinilah jawapanya, Pilihan Raya Kecil P36 Kuala Terengganu.

Adakah Barisan Nasional berjaya mempertahankan majoriti 628 undi pada PRU12 tempohari atau ditumbangkan bersama ego-ego sindrom denial yang sentiasa berlegar pasca PRU12. Sindrom denial yang paling terserlah sekali apabila mengatakan DSAI bakal terkubur di Permatang Pauh.

PRK Kuala Terengganu jauh lebih penting daripada PRK Permatang Pauh P44 Ogos lalu yang telah dapat dibaca siapakah pemenangnya. Seperti yang kita sedia maklum, hanya jumlah majoriti sahaja yang menjadi perkiraan di P44 samada menurun atau menaik, manakala pemenangnya sudah dikenal pasti. Akhirnya majoriti bertambah dan ia mencerminkan penolakkan yang amat besar dari rakyat kepada Barisan Nasional.

P36 bakal menjadi penanda aras terhadap segala fitnah-fitnah yang ditaburkan terhadap pembangkang, adakah rakyat membelinya? adakah rakyat P36 membeli fitnah-fitnah itu? Adakah rakyat kembali yakin terhadap Barisan Nasional melalui kepimpinan Najib?

Inilah waktunya bagi BN untuk mencetus sokongan baru setelah melalui zaman gelap beberapa bulan ini. Satu Parlimen, umpama satu mandat yang amat besar bagi mereka. Barisan Nasional akan mencurahkan segala kemampuan mereka untuk memenangi PRK kali ini, terutamanya kem barisan Najib.

Segala agensi kerajaan yang terlibat akan dipergunakan. Duit akan bertaburan dicelah kangkangan jiwa murah. Jalan-jalan kembali berturap sehingga ke laman rumah bersama lipatan kain pelikat baru tersergam di serambi. Soldadu akan mula dikerahkan untuk mengundi hanya dacing, hantu kubur dan hantu raya kembali dibangunkan semata-mata 17 Januari. Itulah kekuatan mereka, yang juga akan lebih diperkuatkan, "on the double".

Bagaimana pula nasib PAS dan rakan-rakan?

Sedara dan sedari semua, ingin saya tegaskan di sini bahawa Barisan Nasional tidak wajar diberikan ruang untuk menang di PRK Kuala Terengganu.

Sedar atau tidak, segala punca kelemahan dan segala keterbatasan kerajaan negeri adalah kepincangan kerajaan pusat ! Sekiranya hanya PRU13 sahaja yang membenarkan kerajaan pusat bertukar tangan, maka PRK P36 adalah penentunya.

Di sinilah impian yang kian tercetus bakal direalisasikan. Hanya keputusan yang baik sahaja bakal melicinkan perjalanan ke Putrajaya pada 2013 kelak.

Kepada pengundi Kuala Terengganu, biarlah sedikit bersabar dengan memberikan undi kepada Pakatan Rakyat. Keputusan P36 melambangkan arah tuju politik negara, dan Najib bertaruh besar sebagai Pra-Perdana Menteri Malaysia. Kemenangan Wan Farid adalah kemenangan Najib untuk menjadi PM, igauan ngeri rakyat marhein.

Warga Kuala Terengganu bakal menunaikan satu lagi tanggungjawab, gunakanlah peluang undi ini menjadi sebentuk protes dengan segala ketidakadilan kerajaan dalam menjaga rakyat. Buktikanlah bahawa BN tidak layak untuk menang lagi dalam mana-mana pilihanraya, kerana mereka bukan lagi pilihan rakyat.

Yakinlah dengan PAS, Yakinlah dengan Pakatan Rakyat. Jatuh bangun bersama memperjuangkan yang hak dan menumbangkan yang batil.

Undilah Pas, Undilah Pakatan Rakyat, semua selamat, keluarga dan sanak saudara, dunia dan akhirat.

RE-FOR-MA-SI


sedikit gambar yang dipetik dari : http://prk036.pas.org.my




No comments:

Post a Comment