Wednesday, January 28, 2009

Mayat Kugan Bangkit Pukul 2 Petang Ini di PPUM! Disambut HINDRAF

Gambar ehsan mkini. Klik untuk besarkan gambar

Agak terlambat untuk saya utarakan perihal A.Kugan yang mati dalam tahanan, tetapi masih belum terlewat kerana segalanya akan bermula jam 2 petang ini.

Melihat kesedihan gambar di atas, saya menjadi pilu serta marah kerana perkara ini sama sekali tidak sepatutnya berlaku. Malah lebih menyebabkan kemarahan rakyat apabila pihak polis cuba menipu di siang hari dengan memberi gambaran bahawa kematian Kugan disebabkan oleh 'paru-paru berair' selepas minum air.

Mungkin Kugan adalah seorang hindu di mata kita orang-orang melayu, tetapi bayangkanlah jika perkara yang sama berlaku pada salah seorang sanak saudara atau keluarga kita. Sudahlah mati tanpa diduga, dituduh pula melakukan jenayah tanpa sempat diguam-bela dan akhirnya ditipu pula bagi mengelakkan hukuman ke atas mereka yang 'sentiasa betul' iaitu Polis Diraja Malaysia.

Jika ini berlaku ke atas adik beradik kita, alangkah sedihnya... Kita sebagai rakyat harus tidak berdiam diri di atas apa yang berlaku. Mungkin hari ini A.Kugan menjadi mangsa tetapi lain hari tak mustahil saudara kita juga akan menerima nasib yang sama jika tiada keadilan berlaku hari ini.

Mayat mendiang A.Kugan akan dibebaskan dari PPUM petang ini dan dalam masa yang sama FRU telah siap sedia kerana mayat tersebut akan disambut hebat oleh HINDRAF sekeluarga.

Kalau berlaku 'riot' hari ini, polis harus bertanggungjawab. Kerajaan BN juga harus bertanggungjawab kerana membiarkan perkara seumpama ini berlaku sewenangnya.


Gambar FRU standby di Jalan Pantai Baharu di sini.


No comments:

Post a Comment