Saturday, January 17, 2009

Bidasan Hisham Berbentuk Sajak

GEORGETOWN: Enam Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) keluar dewan ketika program forum menentang keganasan di Gaza dan Sri Lanka anjuran kerajaan Pulau Pinang di sini, malam kelmarin.

Ia sebagai bantahan terhadap seorang penceramah jemputan, Hishamuddin Rais yang menjadikan forum itu sebagai medan menghentam kerajaan BN.

Mereka ialah Adun Penaga, Datuk Azhar Ibrahim, Zabariah Abdul Wahab (Bertam), Shabudin Yahaya (Permatang Berangan), Mahmud Zakaria (Sungai Acheh), Syed Amerruddin Syed Ahmad (Bayan Lepas) dan Datuk Roslan Saidin (Pinang Tunggal). Azhar yang juga Ketua Pembangkang berkata tindakan penceramah itu menyamakan kerajaan BN seperti tentera Israel tidak dapat diterima.

"Saya kesal kerana forum yang sepatutnya menjadi medan mengutuk kekejaman Israel bertukar menjadi forum politik mengutuk BN," katanya semalam.


Hishamuddin Rais menjawab dengan sebuah sajak ;


JIKA KAU MENANGIS TENTANG GAZA

Jika kau lihat rumah di gaza itu runtuh
Hati kau kecai berderai
Air mata kau meleleh panas
Kalehlah mata kau
Dan lihat rumah rumah di berembang di runtuhkan
Hati kau wajib berderai juga

Bila kau lihat rumah di hebron roboh
Kau lihat juga rumah di plentong roboh
Jika kau lihat rumah di jannin rutuh
Kau lihat juga rumah di chu badak runtuh

Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang padri
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang rabbai
Panas air mata kau
Sepanas air mata seorang imam

Tangisan seoarang ibu di gaza
Adalah tangisan seorang ibu di ulu yam
Tangisan seorang ibu di tel viv
Adalah tangisan seorang ibu di jemapoh

Ibu yang anaknya hilang di padang pasir negev
Adalah ibu yang anaknya hilang di kamunting
Ibu yang suaminya hilang entah kemana
Adalah ibu yang anaknya di pukul di brickfield

Kau lihat tanah tanah itu di rampas
Kau perhatikan kondo kondo itu terdiri
Kau perhatikan di tapak rumah itu
Adalah sejarah turun temurun
Tapak rumah itu adalah cerita hidup mereka

Tanah itu di rampas di tebing barat
Tanah itu di rampas di plentong
Tanah itu di rampas di kerpan

Lihatlah tanah tanah palestin di rampas
Lihatlah tanah tanah dayak di rampas

Jika hati kau menngis untuk gaza
Hati kau juga menangis untuk balih dan kapit
Tahukah kau bila jentolak itu datang ke gaza
Jentolak itu juga datang ke simunjan

Jangan kau menangis seorang diri
Jangan kau terpencil keseorangan
Buka kan mata mu sayang
Buka kan luas
Hati kau adalah hati suci
Yang lebih tinggi dari seorang pelestin
Yang lebih tinggi dari seorang dayak
Yang lebih tinggi dari seorang melayu

Hati kau adalah hati seorang manusia

Hati kau adalah juga hati aku sayang

No comments:

Post a Comment