Friday, December 5, 2008

Penamaan Calon 6 Januari, Undi 17 Januari !

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 6 Januari depan sebagai tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil P036 Parlimen Kuala Terengganu, manakala 17 Januari tarikh mengundi.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar yang mengumumkannya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat SPR, di Putrajaya, jam 11.30 pagi ini berkata, SPR turut menetapkan tempoh berkempen 11 hari. - Bharian

edyes wrote:

Hari penamaan calon jatuh pada Selasa manakala hari warga Kuala Terengganu membuang undi pula jatuh pada hari Sabtu.

Mungkin kerana phobia penamaan calon di Permatang Pauh beberapa bulan yang lalu maka hari penamaan calon P36 Kuala Terengganu tidak lagi diletakkan pada hari Sabtu sepertimana PRK P44. Dengan kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan Rakyat di Permatang Pauh, Barisan Nasional umpama kalah sebelum undian bermula.

Jika pada pilihanraya kecil P44 saya hanya sempat hadir pada hari penamaan calon, maka kali ini saya akan hadir pula di hari mengundi. Saya bukan pengundi hantu untuk Pakatan Rakyat, saya cuma perayu.

Kepada bloggers yang ingin turut serta berjuang di Kuala Terengganu, saya cadangkan kita ambil cuti pada hari Jumaat dan boleh mula berkonvoi ke KT pada malam hari khamis, iaitu malam jumaat malam pengasah ilmu.

Saya memetik Topeng Perak, Matcomot, MSK kalau boleh, dan sesiapa yang sudi untuk menganjurkan konvoi ini.

Kita akan pastikan kerusi parlimen untuk Pakatan Rakyat bertambah. Pertandingan kali ini nescaya lebih sengit daripada pertembungan P44. Untuk Mohamad Sabu, atau sesiapa pun calunnya, kami akan membantu di sana !

6 comments:

  1. aku on...tolak khamis mlm jumaat.

    ReplyDelete
  2. ok cantek... aku harap dapat join dengan team yang pergi permatang pauh 26 ogos tu...

    kali nie sengit, harap dapat berjuang kat sana.

    ReplyDelete
  3. geng2 lain aku belum kompom lagi... kemungkinan MSK, matcomot, aloha, wrlr, ummi, sya-reformis, hijat, cucumatkilau akan join skali.

    nanti aku kompom ngan depa...ada sbulan lebey lg utk susun schdule masing2.

    mekasih utk komen hang dekat weblog aku.anon tengah panas kapla... hahaha

    ReplyDelete
  4. saja bagi panas... aku pun dok panas hati gak baca komen dia kutuk blog hang.

    ok, masa banyak lagi. Boleh atur baik2 punya. lagi cantik kalau dapat rekrut seramai yang mungkin, boleh buat konvoi lagi besar.

    ada masa kita meeting kat mana2 untuk atur program. bagi sapa2 yang nak join tapi takde transport, kita adjust sama2 biar setiap kereta tu penuh.

    tak sabar rasanya. aku tak kesah kalau calonya bukan Abg Mat Sabu, tapi tolonglah jangan Chegu Pa.

    ReplyDelete
  5. Chegu pa? MSO dah start kempen utk Chegu Pa tu... artikel tu aku jawab balik la tu, saje kasi bangun geng2 "PAS melayu"

    ReplyDelete
  6. Topeng Perak!

    sapa yg panas kepala?...ko ker saper...siap berterima kasih pulak yer sebab ader member bagi support...hahahahaa...kesian kat bloggers taik ayam mcm korang ni..

    Edyes pulak kata dia yg panas hati...hah kan tu dah tau saper yg panas!

    elok laa kalau dua bloggers taik ayam ni jd panas...

    kalau dah selalu bahlol,bangang kan org lama tuhan balik kat ko semula...

    kete eksiden, tu tuhan baru bagi dugaan sikit baru tu, insaf laa weh

    ReplyDelete