Apabila menonton berita tv3 malam ini yang menyiarkan seorang penduduk (TUMIRAN MOHD KASDI) marah-marah pada YB Azmin Ali, tahap simpati aku kepada segelintir mangsa-mangsa disana makin menurun dan timbul pulak rasa meluat dan menyampah.
Sambil mengamuk dan marah marah sempat lagi membebel@perli yang RELA dan ASKAR tak tolong bini dia angkat KOTAK, dia mendakwa petugas hanya duduk makan kat khemah saja.
Orang kaya dah biasa hidup senang…kena sekali-sekala jadi susah mula lah tak tentu arah dan bercakap pun macam orang gila.
Patut nya mamat yang macam ini perangai nya, suruh dia tengok video klip atau photo-photo perobohan penempatan di Kampung Berembang, Ampang, supaya dia insaf sikit atau mengapa tidak rumah mamat ini pun kena timbus juga, supaya tak payah lah bini dia susah-susah nak angkat kotak untuk berpindah, maka tak payah lah dia nak marah-marah orang lain.
Mamat ni tak tahu ke bahawa ada beribu lagi penduduk yang terlibat dalam perpindahan tersebut. Bersabar lah sikit, apakah bila dia mengamuk begitu, pasukan petugas akan terus membantu dia. Aku rasa mamat ni akan di ‘mark’ dan akan disisihkan.
Pada pendapat aku, penyiaran footage itu pun mempunyai maksud terselindung, mungkin untuk memalukan YB Azmin Ali. Footage itu disiarkan agak lama, mungkin mengharapkan Y.B Azmin pulak naik angin sebab kalau aku memang dah kena penampar dah mamat tu. Oleh kerana lama nya footage itu, kita pun dapat dengar apa yang dimarahkan nya. Nasib baik YB Azmin bersikap Profesional. Cuba kalau yang dimarahkan itu YB dari BN, paling tidak pun mamat itu akan diseret ketepi dan mungkin akan di tampar atau lebih malang lagi akan ditangkap atas alasan menimbulkan kekacauan.
Kepada Y.B Azmin Ali, anda telah melakukan yang sepatut nya dan aku berbangga dengan anda. TV3 memang tidak boleh diharap, terlalu nampak sangat bias nya. Setelah kena maki hamun, aku tunggu juga kalau-kalau TV3 minta komen Y.B Azmin, tapi haram tak ada. Yang ada cuma komen TYDP Ampang Jaya .Itu pun kejap sangat, 5 saat adalah kot.
Sekian. Allah Maha Besar !!!
edyes wrote:
Artikel di atas saya petik sepenuhnya dari blog ahmad tarmizie. Saya amat bersetuju dengan apa yang diperkatakan. Oleh demikian, saya tidak menambah komen kerana semua yang terbuku di hati setelah melihat Buletin Utama TV3 malam tadi mempunyai banyak persamaan dengan komen di atas.
Untuk melihat artikel asal bersama video klip tersebut, sila klik di sini.
Meluat betul tengok si gempal tu menyalak. Salahkan RELA?? Dah nama pun sukarela, terima kasih pada mereka yang hadir bantu cukuplah, jangan dok komplen kawan tu rehat makan.
Perlu diingat, kehadiran pasukan bantuan seperti RELA, Pertahanan Awam dan sebagainya di lokasi tanah runtuh adalah untuk misi penyelamat. Objektif utama mereka ialah menyelamatkan nyawa dan menyelamatkan mangsa, bukan menyelamatkan harta benda mangsa !
Memalukan diri sendiri di prime time TV3 Buletin Utama. TV3 pun ambik kesempatan kononnya si gempal tu dok marah kat Azmin Ali. Kesian tengok Azmin yang cuba menenangkan keadaan.
Hujan jangan berhenti, biar tumpang kondo dipuncak bukit antarabangsa. Biar VIP % VVIP yang bongkak jadi bodoh, yang makan rasuah muntah darah.
ReplyDeleteMemang satu masa dulu, ada di antara mereka2 ini yang begitu bongkak dan berlagak. Rumah bungalow di lereng bukit... jangan dekat, kami benci kekotoran setinggan, kami benci kekotoran rumah flat.
ReplyDeleteKini, mereka merayu kepada penghuni setinggan, yang bekerja sebagai anggota RELA sepenuh masa...
aku agak setuju juga. Biarlah puak2 ini menjerit dan kita semua menilai. YB Azmin Ali, syabas. Anda memang professional
ReplyDeletekejadian ni..drpd kesian dah jadi meluat...dah kene cmtu pun masih nak bongkak lagi..
ReplyDeleteaku terhidu sesuatu bila melihat tv3 menyiarkan perihal tersebut. nampak sgt nak pekenakan azmin ali.ades....wahai tv3 profesional la skt.jgnlah membuat sesuatu yg seperti nampak double standard nyer.kalau yg BN ditunjukkan betapa 'baiknyer' mereka, kalau pembangkang cari kesalahan sampai ke lubang cacing.jd aku tak hairanlah pembangkang di sesetengah negeri cuba mencari kesalahan pemerintah lama.barulah adil jadinyer.
ReplyDeletekalau diikutkan byk benda yg kalau nak dibuat novel pn boleh perihal bukit runtuh nie.
plg aku tak boleh terima tabung derma yg dilancarkan.sedangkan rumah org miskin diruntuhkan pastu diminta duduk di rumah sewa yg kononnya murah.ada ke mereka ini dibuat tabung derma bila rumah mereka diruntuhkan?
takkanlah penduduk yg boleh aku katakan kaya di kawasan bukit antarabangsa tersebut takder buat langsung insurans apa2 kut.kami yg gaji cukup2 hidup nie pun ada insuran.
kalau benar penduduk di kawasan tersebut takder apa2 insurans, nampak sgt duit yg byk tersebut kedekut untuk dikeluarkan.