Untuk makluman, kes perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim akan didengar semula esok di Mahkamah Sesyen, Jalan Duta, Kuala Lumpur pada jam 3 petang (7 November 2008).
Hakim Mahkamah Sesyen, SM Komathy Suppiah akan memutuskan samada kes tersebut akan didengar di Mahkamah Tinggi atau pun tidak.
PEJABAT DATUK SERI ANWAR IBRAHIM
edyes wrote:
[Terdapat sedikit kesilapan dalam artikel ini dan ia telah diperbetulkan. Terima kasih kepada saudara cikundez]
Kita nantikan keputusan samada kes tersebut akan dibawa ke Mahkamah Tinggi atau hanya dibicarakan di Mahkamah Sesyen.
Najib akan mula bertapak sebagai PM dan akan terus berkuasa. Kita akan saksikan sedikit masa lagi di mana gula-gula akan dihulur kepada rakyat oleh Najib bagi menggambarkan betapa beliau adalah seorang PM yang baik.
Bagaimana pula dengan nasib seteru najib iaitu Anwar Ibrahim sekiranya kes ini 'berjaya' dibawa ke Mahkamah Tinggi? Sudah tentu Anwar disumbat habis-habisan bagi menjayakan kerjaya Najib sebagai PM untuk beberapa penggal.
Ingatlah, perjuangan ini masih belum tamat walaupun jika Anwar gugur ke Sg Buluh. Kita akan tetap memastikan kerajaan yang menindas rakyat dan merompak khazanah negara bakal tersungkur di PRU akan datang.
Salam Reformasi
Apa perbezaannya kalau kes ini dibicarakan di mahkamah sesyen or mahkamah tinggi? Tiada beza pun. Yang salah tetap salah, yang betul tetap betul. Contoh terkini kes RPK. terbukti kehakiman dah amalkan ketelusan. Dalam kes liwat ni, saya hanya nak tahu dakwaaan si saiful tu benar atau tidak, si anwar meliwat or tidak, itu je. Masuk la mahkamah sesyen or tinggi pun, bukti still masuk, hujah yang sama kena pakai, standard yang sama di pakai. Kenapa nak fight benda2 teknikal? kalau benar2 ada alibi and bukti proceed je la dengan trial/bicara. Berani kerana benar..yang orang awam macam saya nk tahu benda meliwat ni jadi ke tak. Itu je. Come on la!!! Ni taktik la delay sebab nak peralihan kerajaan ke? Lame gila! Cepatla bicara, lawyer anwar patut proceed minta tarikh bicara, anda dakwa bukti dah cukup, alibi dah kuat, apa lagi yang ditunggu??? Mungkin saudara edyes boleh jawab/hurai hujah kenapa si anwar enggan bicara ni dicepat2 kan....anda kan peyokong setia..saya cabar saudara! Kalau saya jadi anwar, bicara je terus, saya ada bukti, nak takut apa. Betul tak? logik kan?
ReplyDeleteYang Keliru
Budak Junior Seremban
Nampak gaya mcam penyokong2 anwar sudah2 pun di"cuci" pemikiran mereka bahawa kalau masuk high ct nanti, automatik DS Anuar akan bersalah, and ni semua sebab konspirasi hakim....kenapa sebarkan propanganda lemah ni? kalau dah tak buat, jangan takut Allah Maha Adil. Yang mendengar bicara bukan hakim seorang, yang duduk dalam galeri nanti berpuluh2 orang. Kami turut sama akan mendengar and tidak bodoh. Bila kes selesai, akan ada penghakiman penuh, kita boleh baca and rujuk. Kita boleh menilai bahawa si Hakim ni berat sebelah atau atau tidak. . Lawyer DS Anwar pun bijak2,senior prominant lawyer, berhujahlah seikhlas hati. Ayuh teruskan perjuangan...DS Anwar, berimanlah bahawa Allah menyebelahi mereka yang benar...semoga Allah tunjukkan kebenaram. amin
ReplyDeleteImran
Shah Alam
Budak Junior Seremban,
ReplyDeleteSaya tidak begitu pasti dengan info yang saudara bawakan berkenaan tarikh bicara. Cuma, setahu saya, memang bukti dan alibi Anwar cukup konkrit yang membolehkan tuduhan ini gugur serta merta.
Siapakah yang melengah-lengahkan perbicaraan ini? cuba fikir baik2, yang jadi lengah ialah kerana pihak pendakwa tidak putus-putus usaha untuk membawa kes ini ke mahkamah tinggi. itu saya pasti.
Saya juga sebagai penyokong Anwar berharap agar perbicaraan ini cepat berakhir supaya Anwar dibebaskan dari tuduhan liwat.
Saya percaya liwat versi '98 dan liwat versi '08 adalah konspirasi untuk menghalang DSAI berkuasa. Dan percayalah, apabila DSAI berkuasa, segala kemungkaran serta kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan selama ini akan diperlihatkan kepada rakyat dan perompak-perompak kolar putih yang bertopengkan 'Pembela Melayu' akan dihumban ke penjara. InsyaAllah
Saudara junior Seremban belah mana? Saya senior di Paroi Jaya.
Abg Edyes, maksud saya ialah apa kata kita mohon proceed je dengan bicara penuh terus, setuju je pi High Court tu. tak perlu buat objection kat DPP tu pun. Nak bicara mahkamah mana pun kita redah je, sebab kita di pihak yang benar. Nak takut apa?
ReplyDeleteFamili dulu duduk taman sikamat, skrg dah pindah. saya dulu Budak STAD.
Budak Junior Seremban.
ohh.. budak STAD. Mesti hebat main bola nie. Mak sedara abg jadi cikgu kat situ tahun 90an hingga tahun 2002 kalau tak silap. Cikgu BI, namanya Rozila MD.
ReplyDeletePasal mahkamah tinggi tu, kalau saya tak silap, jaminan terhadap Anwar akan ditarik balik dan DSAI boleh ditahan sebelum dibicarakan sepertimana yang berlaku sebelum ini. Bila Anwar dah ke dalam, bagaimana beliau dapat meneruskan agenda pembangkang di Parlimen? bagaimana beliau dapat membela nasib rakyat dari dalam lokap/penjara?
Dengan ketegasan Anwar dalam isu bajet, Yg dipertua parlimen telah menolak unjuran bajet yang dibahas oleh Najib. Bukankah itu satu perjuangan untuk menyelamatkan wang rakyat?
Sebab itu kita harus mempertahankan DSAI daripada ditahan. Kita memerlukan beliau untuk membela nasib kita. Beliau seorang yang berkebolehan, adalah suatu kehilangan yang amat besar sekiranya beliau dipenjarakan lagi untuk suatu masa yang panjang sedangkan pendakwaan kes liwat ini amat rapuh diperingkat mahkamah sessyen.
Utk org2 UMNO yg buta@pekak=bisu tak semestinya POLIS tu tak ambil rasuah kan? Cam tu juga mahkamah d malaysia ni..Tak semestinya bebas dr tekanan pemerintah kan? Bg aku hujah dr pihak DSAI cukup meyakinkan, cukup utk menghilangkan keraguan terhadap tuduhan2 dibuat oleh UMNO dan kuncu2nya..Satu yg jelas spt kes 98 dulu UMNO sanggup buat apa saja utk terus berkuasa walaupun satu dunia tahu DSAI tidak bersalah..kesian betul UMNO ni..besok2 klu pemimpin kamu minta anak isteri kamu demi UMNO kamu nak bagi ke? :)
ReplyDeleteakum.
ReplyDeleteKabare bro.Sory aku cuma nak menegur terdapat kesilapan disini yg aku kira boleh menimbulkan syak wasangka dan kekeliruan.
Tan Sri Zaki yg hang sebut tu, bukan dia yg bagi judgement utk kes Atlantuya.Malah dia tu jd Hakim kat Mah. Tinggi pun xpernah.
Ramai yg keliru antara Dato' Zaki Mohd Yasin dengan Tan Sri Zaki. Tan Sri Zaki tu Ketua Hakim yg baru dan Dato' Zaki Mohd Yasin tu plak Hakim Mah Tinggi Shah Alam. Informasi harus tepat edyes, nanti tak pasal2 statement yg hang buat nie boleh bikin pembaca yg lain terkeliru dan sekaligus percaya bulat2 tanpa usul periksa. Maklumlah sekarang nie kuasa blog lebih 'power' dr media yg lain.
apa2 pun hang betulkan balik ok.
Sory terpaksa menegur sbb ini kes salah info yg aku kira kritikal.
wasalam.
Waalaikumussalam,
ReplyDeletecikundez,
Kebetulan nama yang sama, saya keliru dan bersedia membuat pembetulan.
Saya baru perasan antara peranan ketua hakim negara dan hakim mahkamah tinggi. minta maaf kepada semua pembaca kerana kesilapan yang begitu teknikal dan agak kritikal ini.
salam