Friday, October 31, 2008

Khairy Jatuh Ke-3 : Akar Umbi vs Perwakilan

ref: Malaysiakini

Pencalonan bagi jawatan ketua Pemuda Umno kini menyaksikan Khairy Jamaluddin merosot ke tempat ketiga selepas ibupejabat Umno pusat membatalkan keputusan mesyuarat ketua Pemuda Gua Musang pada 25 Oktober lalu yang mencalonkan ahli Parlimen Rembau itu untuk jawatan tersebut.

Sebaliknya, ibupejabat Umno pusat mengiktiraf mesyuarat pertama Pemuda bahagian tersebut, yang diadakan dua hari sebelumnya - pada 23 Oktober - yang mencalonkan bekas menteri besar Selangor, Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo untuk jawatan ketua Pemuda Umno pusat.

khairy jamaluddinDengan itu,jumlah pencalonan yang diperolehi oleh Khairy sehingga ini kurang satu - kepada 47 - di belakang Datuk Dr Mohd Khir Toyo yang mengumpul 48 pencalonan.



edyes wrote:

Akar umbi pemuda-pemuda UMNO se-malaya telah memberi gambaran yang jelas bahawa anak muda ini tidak lagi mendapat tempat diperingkat bawahan.

Untuk mengembalikan keyakinan para perwakilan yang bakal mengundi, KJ terpaksa menggunakan medan debat untuk membuktikan dialah yang paling hebat. Ya, hebat berkata-kata, hebat retoriknya.

Namun jangan terkejut sekiranya keputusan di Mesyuarat Agung UMNO Mac 2009 akan menjadi sebaliknya. Pilihan akar umbi tidak semestinya menjadi pilihan perwakilan yang 'terpilih'. Jika Akhirnya yang tercorot itu tiba-tiba menang, bukankah seperti ada sesuatu yang berlaku. 'kuch kuch hota hei'....

Sepertimana yang berlaku pada pertandingan terdahulu, seorang yang tidak dijangka menjadi Naib Presiden telah menang dengan jumlah yang begitu besar. Masih saya ingat lagi alasan yang diberi yang berbunyi "Saya mungkin tidak dijangka menang pada luaran UMNO tetapi dalam UMNO saya adalah 'favourate'."

Akhirnya si 'favourate' ini digantung selama beberapa tahun kerana didapati bersalah menggunakan politik wang sebagai jalan. Lebih mengejutkan, si 'favourate' ini juga bertanding sekali lagi jawatan yang dilucutkan sebelum ini. Itulah dunia UMNO. Secara kebetulan, si 'favourate' itu dan KJ berasal dari DAERAH yang sama.

Perwakilan oh perwakilan... berapakah harga untuk se-undi? Adakah anda boleh dibeli? tepuk dada tanya Khairy !

No comments:

Post a Comment