Tuesday, September 23, 2008

Saya Cabar Paklah Runtuhkan Kredibiliti Anwar !

Siapakah pemimpin yang akan membuat ucapan pada malam raya dikaca tv secara langsung? Adakah masih Paklah atau Anwar ?

Bagaimanapun Anwar tidak menolak kemungkinan untuk pergi terus ke Istana. Oleh kerana Abdullah telah MENOLAK cadangan agar diadakan sidang khas parlimen, Anwar kini mempunyai sebab untuk memohon mengadap Yang Di-Pertuan Agong. - Prof Abdul Aziz Bari

Saya mengambil potongan ayat di atas untuk menyedapkan hati saya dan hati para penyokong pembentukkan kerajaan baru iaitu Kerajaan Rakyat. Kerajaan untuk rakyat. Kerajaan yang merakyatkan ekonomi. Kerajaan yang mempunyai hala tuju berlandaskan islamiah. Kerajaan yang berkebajikan tinggi dan mementingkan nasib rakyat kebanyakkan.

Mungkin saya banyak berangan, tapi tak salah jika saya punya impian. Demi Agama, bangsa dan demi sebuah negara yang lebih baik, saya menaruh harapan terhadap gugusan kerajaan baru pimpinan pejuang rakyat.

Terus terang saya mempersoalkan, mengapa Paklah tidak berani memanggil sidang parlimen tergempar panggilan ketua pembangkang. Mengapa? Jika Paklah rasa Anwar Ibrahim itu pembelit, sekiranya Paklah yakin bahawa Anwar langsung tidak mempunyai perwakilan ahli parlimen yang cukup untuk membentuk kerajaan baru, mengapa tidak menggunakan peluang keemasan ini untuk meruntuhkan kredibiliti Anwar di parlimen?

Andainya Paklah menerima sidang parlimen tersebut dan apabila tiba masanya pihak Anwar pula yang tidak berjaya membuktikan sokongan terhadap pembentukkan kerajaan baru, maka Anwar akan dapat satu pukulan TKO manakala Paklah akan mendapat talian hayat yang baru.

TETAPI mengapa Paklah tidak berani? Katanya "Paklah pantang dicabar!". Saya sendiri ingin melihat samada Anwar di pihak yang benar atau tidak. Buat masa ini saya masih menaruh kepercayaan kepada Anwar dan saya juga MEMBERI kepercayaan kepada beliau untuk meneraju negara dengan penuh dedikasi. Saya cabar Paklah runtuhkan kredibiliti Anwar di sidang parlimen tersebut.

Saudara semua harus ambil pendekatan bersabar sepertimana Anwar Ibrahim berusaha untuk mengambil-alih kerajaan dengan cara yang paling teratur dan selamat. Pertama meminta perjumpaan dengan Paklah tetapi ditolak mentah-mentah. Kedua meminta sidang parlimen segera diadakan tetapi masih juga paklah menolak walaupun ada peruntukkan perlembagaan untuk berbuat demikian. Akhir sekali ke-tiga, jalan yang tinggal hanyalah memohon perkenan Agong di Istana Negara bersama sokongan ahli parlimen yang mencukupi.

Dengarnya, Agong pula dah dibawa lari ke Mekah. Satu lagi halangan untuk Anwar bersama pakatannya membentuk Malaysia Baru dan satu lagi halangan kepada rakyat untuk menikmati pemerintahan yang baru.

Apapun, saya amat berharap kepada semua penyokong agar meningkatkan kesabaran bersempena dengan Syawal yang mengunjung tiba ini. Kita tetap menang dalam pelbagai aspek. Jadi tidak ada apa yang harus dihiraukan sekiranya ditakdirkan kerajaan bertukar HANYA pada malam pengiraan undi PRU ke 13.

Salam Reformasi

EDYES

1 comment:

  1. we got nothing 2 lose,fortune come to those who wait.no matter what b end have to be end.long live PR,long live DSAI, long live TGNA, LONG LIVE RAKYAT.

    ReplyDelete