Friday, September 5, 2008

P.Pinang : Ahmad Tidak Perlu Minta Maaf

PULAU PINANG 5 Sept. – Semua 13 UMNO Bahagian di Pulau Pinang bersetuju dengan pendirian Ketua UMNO Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail bahawa beliau tidak perlu minta maaf atas kenyataan yang dibuatnya berhubung dakwaan kaum Cina adalah pendatang.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri, Datuk Rashid Abdullah berkata, ini kerana perkara yang disebut adalah fakta sejarah yang tidak patut diragui oleh mana-mana pihak. – Utusan.


edyes wrote:

Terbukti ! Untuk kali ini, UMNO memulakan sentimen perkauman.

Dengan keputusan sebulat suara seperti ini, mereka menunggu respon kemarahan dari kaum cina yang akan menyebabkan kebencian terhadap melayu menular dengan cepat. Apabila orang-orang cina menyatakan kemarahan terhadap apa keputusan yang dibuat, maka media pula akan memainkan peranan bagi mengapi-apikan sentimen pihak melayu pula.

Tidakkah saudara semua sedar, kita sedang dipermainkan. Mereka mahu kita bergaduh semama rakyat. Mereka mahukan ada di antara sanak saudara kita mati berbunuh-bunuhan sedangkan mereka terbang entah ke mana. Ini satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab !

Apabila UMNO P.Pinang mengakui secara sinis dan terbuka bahawa orang-orang cina yang ada di Malaysia adalah kaum pendatang, sudah tentu ia akan menyebabkan skala kemarahan yang lebih besar.

Sedangkan Timbalan Perdana Menteri memohon maaf manakala ketua-ketua bahagian pula menyindir kaum cina.

Dengan tegas saya katakan, adakah berbaloi jika pergaduhan kaum itu berlaku?? saya yakin, hanya satu pihak sahaja yang akan UNTUNG dari segi politik dan kedudukan sekiranya perbalahan ini berlaku. Sebab itu permohonan maaf dibuat lebih awal...

Fikir-fikirkanlah ...

1 comment:

  1. Saya fikir tak ada apa2 yang perlu dirisaukan dalam hal ini.

    Senario politik sekarang sudah jauh berbeza dengan keadaan politik orang dulu2. Masyarakat hari ini berfikiran lebih terbuka dan lebih bermaklumat dalam segala aspek kehidupan mereka.

    Jadi, walaupun isu perkauman masih lagi digunakan sebagai salah satu modal politik Umno untuk memancing sokongan bangsa Melayu terhadap mereka, namun ia tidak akan membawa banyak ‘kemusnahan’ kepada perpaduan bangsa Malaysia kerana pendirian rakyat sudah banyak berubah hari ini.

    Umum sedia maklum bahawa propaganda seperti ini merupakan helah sama seperti yang telah mereka lakukan berpuluh tahun yang lalu sehingga mengakibatkan terjadinya suatu trajedi berdarah yang masih tidak dapat dilupakan hingga ke hari ini. Walaupun lukanya sudah lama sembuh tapi parutnya tetap kekal sampai bila2.

    Maka, saya kira ketegangan kaum yang mungkin Umno harap2kan berlaku akibat dari pernyataan2 berbau perkauman seperti ini mungkin tidak akan menjadi kenyataan atau kalau ada pun kesannya mungkin tidak sehebat seperti yang dijangkakan oleh mereka.

    Saya membuat andaian ini berdasarkan kepada hakikat bahawa sehingga ke hari ini, majoriti rakyat masih terasa sukar untuk menelan kepahitan peristiwa 13 Mei dulu yang telah mengorbankan begitu banyak nyawa yang tidak berdosa.

    Rasa serik dan gerun yang wujud di hati rakyat ini memang tidak dapat dinafikan lagi sehinggakan ada di kalangan mereka seperti "fobia" bila terdengar sahaja sejarah hitam itu disebut2 di hadapan mereka.

    Mereka seboleh2nya mahu meluputkan terus kejadian itu dari lipatan sejarah tanahair justeru tiada apa yang hendak dibanggakan dengan ‘episod ngeri’ seperti itu bak kata pepatah "kalah jadi abu menang jadi arang".

    ReplyDelete