Sunday, September 21, 2008

Masuk Lokap atau Penjara Dapat Makan 'Chiken Chop'?


Sekali lagi kontrovesi timbul dek mulut teresa kok yang agak berbau itu. Reaksi dingin dari kebanyakkan blogger yang begitu terasa (bukan teresa) dengan kenyataan pedih yang dikeluarkan oleh YB Seputeh mengenai pengalaman beliau di tahan.

Isu besarnya di sini ialah apabila YB Teresa mengatakan makanan yang disediakan oleh pihak polis terhadapnya adalah berupa makanan anjing sedangkan makanan tersebut terdiri daripada nasi, telur rebus, kuah dan beberapa potong timun. 

Terus terang saya katakan bahawa makanan yang disebut YB Teresa ini adalah makanan kebanyakkan orang melayu. Saya sendiri bersahur dengan nasi, telur, kuah masa buka (sebab lauknya sudah habis). Sudah pasti ramai dikalangan kita yang akan terguris. Saya sendiri pun terguris dalam aspek ini.

Mungkin selepas ini pihak penjara boleh menyediakan menu untuk para pesalah memilih makanan yang mereka mahu setiap hari. Pagi boleh makan nasi lemak atau cornflake. Untuk makan tengahari, pesalah boleh memilih samada nasi ayam atau rice with fishball (no pork haa). Manakala seterusnya untuk makan malam, si pesalah boleh makan boofet ataupun chinese course (9 course serving).

Kesimpulanya, adakah penjenayah-penjenayah yang mencuri, pecah rumah, pukul orang, meragut, peras ugut, jenayah kolar putih, jenayah kolar biru, rogol, liwat dan memandu dalam keadaan mabuk LAYAK untuk mendapat menu seperti di atas? Sudah la mencuri, dapat makan 'chiken chop' free lagi. Kalau macam tu, ramai la yang pakat pecah rumah malam ni.

Sudah menjadi satu lumrah, mereka yang dipenjara harus diberi layanan kelas ke-tiga kerana mereka adalah penjenayah yang tidak berfikir panjang-panjang sebelum membuat kesalahan. Mereka juga ada yang tidak punya hati perut dengan merompak harta titik peluh orang lain. Jadi mereka memang layak mendapat makanan seperti nasik, telur rebus, kuah dan timun. 

Saudara semua kena faham, apa yang saya perkatakan di atas adalah bagi mereka yang telah dibicarakan dan didapati bersalah. Dalam konteks Yang Berhormat Teresa kok, beliau belum lagi dibicarakan dan belum dijatuhkan hukum bersalah, tidak patut diberi layanan seperti yang beliau perkatakan, malah beliau tak patut ditangkap pun. 

Saya bukan backup YB Teresa tanpa asas. Saya pun bukan suka sangat tindakkan beliau. Tetapi kita harus menilai sesuatu isu secara menyeluruh dan terarah kepada konteks yang dibicarakan tanpa mencampur-aduk soal lain. Memang Teresa banyak bikin kontrevesi, tapi itu perkara lain.

Perkara pokok di sini ialah, kita menentang habis-habisan undang-undang ISA. Kita menentang undang-undang penahanan tanpa bicara. YB Teresa ditahan tanpa bicara, sudah tentu beliau komplen. Orang lain kena tahan ISA pun menyuarakan pendapat yang sama iaitu ISA - KEJAM! Saya jamin, apabila mereka yang ditahan di ISA bebas, mereka akan kata perkara yang sama dan salah satu daripadanya ialah 'makanan anjing lagi elok'.

Kalau saya tak silap, Abg Mat Sabu pun pernah cakap pasal makanan yang disedia masa beliau di ISA dulu. Ayatnya lebih kurang dengan ayat YB Teresa jugak, tapi kenapa kengkawan kita tak melenting?

Keadaan dah semakin runcing di pihak kita. Jangan kita tambahkan lagi celaru yang tidak wajar dicelarukan. Kita harus bersatu menentang ISA dan menentang kerajaan yang zalim. Kita nak pastikan wadah Pakatan Rakyat membawa seribu kebaikkan kepada rakyat dan negara. Sama-samalah kita bergerak dengan lebih rasional dan bersatu menentang musuh.

Kerajaan BN dan UMNO buat masa ini cuba sedaya upaya menterbalikkan sokongan rakyat dengan pelbagai helah dan tipudaya. Umpan juga banyak untuk mereka yang telah mula bosan dengan perkembangan Anwar, itu tidak dinafikan.

Minggu depan adalah minggu yang terakhir sebelum DSAI dihumban ke lokap. Ayuh, nyalaan cahaya reformasi masih kelihatan, suara keramat reformasi masih berkumandang, arus deras perubahan masih lagi bergerak turus, angin kebangkitan rakyat masih bertiup kencang. Semangat perjuangan reformasi tidak akan pudar selagi kerajaan yang menindas masih berkuasa.

Kita berjuang untuk negara, kita berjuang untuk menuntut kemerdekaan sebenar. Kita layak untuk mendapat layanan yang jauh lebih baik sebagai sebuah negara yang hebat. Kita layak memiliki Malaysia yang jauh lebih baik! 


RE-FOR-MA-SI !


7 comments:

  1. kalau dah belanja sepuluh ringgit untuk satu kepala.. memang patut la makanan yang disediakan tu dipanggil nasik anjing...

    bukan masalah menghina orang miskin yang makan sebegitu.. isu nya, ke mana hilang duit untuk belanja makan orang dalam lokap?

    orang dalam lokap bukan lah banduan yang dibuktikan bersalah... mereka ni, jika orang tidak bersalah, sudah dikira dianiaya.. sapa yang menyokong nasik begini diberi... tak tau lah aku apa lam kepala hangpa...

    macam mana kalau tetiba korang ditangkap secara salah oleh polis, dan direman lam lokap... suka dapat makan macam tu? bahgia? kadang tu, kena keluar duit sendiri beli, bagi sepluh inggit, dapat la nasik putih ngan telur...

    lokap kat negara ni perlu diubah cara penyelenggaraannya... bukan semua orang yang kena lokap itu orang jahat dan bersalah... kadang pasal polis tersalah tangkap saja... kang dah sebabkan orang teraniaya...

    lagi satu, bila theresa kata nasik anjing... macam pak bakaq yang letak logo polis gambar anjing lah.. takkan nak kata memang betul-betul polis tu anjing...

    yang bodoh duk komplen basuh berak dengan kertas.. gi mengaji bab istinjak.. ko akan jumpa junjungan besar nabi muhammad saw basuh berak dengan batu...

    ReplyDelete
  2. en eyesdotcom, tolong pujuk cik bakaq, die tgh kecik hati..mintak die jgn besar2kan perkara nie,perjuangan perlu diteruskan...

    ReplyDelete
  3. tak kan nak makan khinzir goreng berlada kot Terera, lu mau makan khinzir ternaklah sendiri

    ReplyDelete
  4. Siapa kata yang berada dilokap semuanya yang telah didapati bersalah???? Orang yang disyaki atau kena tuduh akan dimasukkan kelokap walau pun belum tentu dia bersalah.Tahanan reman adalah satu sesi penyiasatan dalam mendapat maklumat dan mengesan pesalah sebenar....Kalu semua yang dilokap tu bersalah senanglah kerja polis nak cari penjenayah. Apa bodohnya manusia ni.... kalu kes mengintai anak dara orang pun orang yang tak besalah dibelasah dahulu kemudian baru tau orang lain yang buat.... cuba fikirkan.!!!
    Lokap adalah tahanan orang yang disyaki melakukan jenayah dan orang yang bersalah di tempatkan di penjara. Itu pun tak tau ke???/

    ReplyDelete
  5. saya melihatnya dari sudut yg lain:

    http://ini-yang-aku-rasa.blogspot.com/2008/09/pdrm-was-making-sexual-harrassment-if.html

    ReplyDelete
  6. kes ni dah diseret jauh sama cam kes ahli parlimen BN mengata Karpal Singh tapi diseret2 sehingga dikatakan menghina OKU.

    mmg x boleh buat apa melainkan Teresa Kok memohon maaf.

    lepas tu, kita sambung semula perjuangan membentuk kerajaan yg baru.itu yg penting.

    ReplyDelete