Thursday, September 18, 2008

Klimex ! Saya YAKIN Kerajaan Akan Bertukar

Artikel di bawah adalah analisis dari artikel sebelumnya iaitu sidang akhbar Anwar Ibrahim 18 September

edyes wrote on 18Sept DSAI press confrence:


Saya percaya masa yang terdekat ini adalah detik-detik terakhir sebelum kerajaan berpindah tangan. Saya percaya Anwar dan Pakatan Rakyat sudah bersedia untuk membimbing negara yang kian kucar kacir ke arah negara yang lebih hebat lagi aman lagi damai.

Dengan perkembangan yang baik dalam sidang media semalam, saya yakin para penyokong pakatan akan lega dan pastinya menaruh seribu harapan demi negara yang tercinta dan demi masa depan yang lebih baik untuk semua.

Logik. Kata-kata Anwar adalah berasas sama sekali. Mungkin saya terlebih berharap, tetapi biarlah saya tertiarap dengan harapan yang menggunung ini kerana kita tiada pilihan lain. Pilihan yang kita ada ialah LAWAN TETAP LAWAN !

DSAI telah beberapa kali menegaskan, jika paklah tidak percaya dengan isu ahli parlimen kerajaan yang berpaling tadah, sila usulkan sidang tergempar parlimen. Jika paklah berani berbuat demikian, maka keberanian itu akan dikenang selamanya kerana DSAI telah mempertaruhkan segala kredibilitinya pada sidang tersebut.

Sekiranya Anwar gagal pada sidang parlimen tergempar panggilanya sendiri, sudah pasti ini juga akan dikenang oleh kawan dan lawan, akan diingati sampai bila-bila. Anwar bukan saja mempertaruhkan kredibilitinya malah mempertaruhkan karier politiknya.

Oleh demikian, paklah seharusnya berani menerima cabaran terakhir ini. Karier politik Anwar berada di hujung tanduk bersama sidang parlimen yang diusulkan.

Mengikut kata-kata paklah sendiri kononnya kerajaan BN kian kukuh, sepatutnya sebagai sebuah kerajaan yang KUKUH, adalah tiada masalah untuk menerima cabaran lawan arakian lawan itu juga telah acap kali dituduh menipu rakyat. Di manakah asas paklah dalam membuktikan sejauh mana kukuhnya kerajaan sedia ada JIKA tidak berani berdepan dengan klimex politik tempatan.

Hari persidangan parlimen tergempar itu akan menjadi titik penentu kepada politik pasca pilihanraya umum ke 13 yang lalu. Saya cabar paklah, jika paklah mahu menghentikan kecelaruan politik yang berlaku sekarang, inilah masanya dan inilah medan perang terakhir.

Inilah klimex yang kita tunggu selama ini dan kita pun tidak punya ruang lagi untuk menunggu lebih lama kerana rasa bosan itu sudah mencapai tahap yang agak kritikal. Hanya tinggal sabar yang tipis sekali.

Saya tahu ramai antara kita yang bersabar dan ramai juga yang terus bersabar memendam rasa. Kesabaran yang menguji iman dan istiqamah.

Akhir kata, saya yakin perubahan kerajaan ini akan berlaku dalam sedikit masa lagi. Ditambah pula dengan sidang akhbar DSAI 18 September (semalam) membuatkan saya semakin yakin. Percayalah, Malaysia ini perlu cepat diselamatkan, inilah masanya. Kerana kita wajar memiliki Malaysia yang jauh lebih baik!


RE-FOR-MA-SI !!

17 comments:

  1. Antara sebab anwar suka memperbodohkan penyokong nya adalah sbb penyokongnya tak tahu mereka diperbodohkan.

    Malang bagi sorang manusia tu apabila dia diperbodohkan. Tetapi adalah amat malang lagi sorang manusia itu apabila tak tahu yang dia diperbodohkan.

    Sampai bila ko nak sedar dan terima hakikat yang 16 september adalah permainan politik pemimpin pojaan hati ko semata2 ?

    ReplyDelete
  2. kau tunggu jer lah...

    saat-saat runtuhnya kerajaan ZALIM yang menindas rakyat !

    Aku pasti saat itu pasti menjelma... tak lama lagi...

    ReplyDelete
  3. Takpe...
    Lagi bagus kita berusaha daripada menadah tangan terima sahaja pemberian atas keringat orang lain.

    Begitulah umpamanya manusia2 umno yang selalu menghina tapi jika benar ianya berlaku senyum jer terima perubahan yang baik, baik untuk kita semua termasuk manusia2 umno seperti anonymous 7:33 yang tak sedar diri dan tak kenang diuntung.

    Kita hanya berusaha, Allah jua yang menentukan

    Tapi kalau dengan izinNYA dan keredhaanNYA..
    aku syorkan agar anonymous 7:33 pergi menyelamatkan diri. kahwinlah dengan warganegara Indon dan jadilah warganegara sana. malu jer ooiii.

    Org nak buat perubahan, dihina
    tapi bila dapat nak mengendeng pulak!! Tak Malu!

    ReplyDelete
  4. Kidiesnya ayat toitoi ni.

    Bagi 10 sebab kenapa aku perlu lari selamatkan diri dan bagi 10 sebab juga kenapa aku perlu kawin dengan warganegara indon?

    Sebenarnya ko yang x sedar diuntung. Apa bentuk kezaliman yang kerajaan dah buat kat ko? Rogol bini ko? Bunuh mak babak ko? Tak payah buat ayat yang kononnya pemimpin ko tu sorang pembela. Asal dia naik nasib semua org akan terbela. Takde sapa yang akan bela nasib ko melainkan diri ko sendiri.

    Fahaman ko dah terpesong sbb terlalu taksub dengan pemimpin ko. Hidup ko penuh dengan harapan2 palsu mainan pemimpin ko.

    Nasib bangsa ko takan terbela selagi adanya org2 mcm ko dlm bangsa ko sendiri. Dan agama ko takan terbela selagi adanya org2 mcm ko dalam agama ko sendiri.

    Fikirlah wakai kidies.

    ReplyDelete
  5. memang tak bunuh secara terus, tapi lebih kejam kerana membunuh secara perlahan-lahan.

    membunuh dengan manaikkan harga minyak, membunuh dengan TIDAK mengawal harga barangan. membunuh dengan membiarkan rakyat melarat. membunuh dengan keadaan rakyat yang bertungkus lumus mencari sesuap nasik. dan pelbagai lagi yang tak sempat saya huraikan.

    cuba fahami maksud saya membunuh secara perlahan... cubalah fahami... mungkin anda berada dalam golongan yang mewah, bagaimana pula dengan orang kebanyakkan?

    dibunuh secara perlahan itu ternyata lebih kejam !

    ReplyDelete
  6. Berapa ramai yang mati sbb minyak naik harga? Berapa ramai pulak yang mati sbb tak cukup makan?

    Sebab tu aku kata korang berangan. Korang inagt bila pemimpin pojaan hati korang naik dia boleh bela nasib semua rakyat kat m'sia ni? Dia akan bela nasib korang yang kononnya miskin nak mampos sbb x cukup makan. Sapa dia tu? Malaikat?

    Takde 1 kerajaan pun kat dunia ni yang boleh bagi seluruh rakyat dia puas hati, senang lenang. Tambahan lg negara yang ada rakyat mcm korang nih. Tak penah bersyukur dengan apa yang ada.

    Aku x mewah tp aku bersyukur dengan apa yang aku ada. Aku sentiasa berusaha untuk hidup lebih senang. Disamping berusaha aku panjatkan doa supaya dimurahkan rezeki dan diberkati. Bukankah berusaha tu tuntutan dalam islam. Bukannya mengharap sesuatu yang yang belum pasti untuk mengubah nasib seklip mata.

    Hentikan khyalan korang tu. Takde sapa yang akan mengubah hidup korang melainkan diri korang sendiri.

    Aku harap korang paham maksud aku. Sekian wassalam.

    ReplyDelete
  7. rakanku yang takde nama,

    1. ekau paham tak maksud den membunuh secara perlahan, silent killer. rasak kau lah.

    2. Pemimpin pojaan? Malaikat? apa yang kau merepet nie? salahkah kita menyokong satu wadah menuju ke arah kejayaan umat!

    3. kau berusaha untuk diri kau. kau berdoa untuk diri kau. tapi kau harus ingat, kami aktivis reformasi berjuang untuk semua orang terutamanya rakyat kebanyakkan.

    4. kau banyak berdoa, kau ada kira tak berapa banyak kes buang anak kat negara nie? kau ada kira tak berapa banyak maksiat yang tidak dikekang pada setiap malam minggu??

    apakah tanggungjawab kau untuk membentuk sebuah negara yang diredhoi agama kau?

    ReplyDelete
  8. saya lebih rela menaruh harapan ke atas DSAI drpd kerajaan barisan najis yg telah diketahui umum mereka ini syaitan iblis yg berbajukan kulit manusia.kalau DSAI berani membelakangkan harapan rakyat,nescaya dia akan ditolak oleh rakyat juga. we are the boss.

    ReplyDelete
  9. AKTIVIS? Hahahahaha

    Apa yang ko dah buat sampai ko melabelkan diri ko AVTIVIS? Tulis blog?

    Sebagai AKTIVIS apa yang ko dah buat untuk pejuangkan nasib rakyat kebanyakan? Tulis blog?

    Berapa kes maksiat, berapa kes buang anak? Sila la bagitau, aku mmg tatau. Sebagai AKTIVIS apa ko dah buat untuk atasi masalah ni? Tulis blog?

    Hidup ko tak habis dengan berangan. Sekarang ko berangan yang ko AKTIVIS, memperjuangkan hak semua orang. Dengan blog? Berapa orang la agaknya yang tau blog ko nih.

    Ko berangan bila pemimpin pojaan hati ko memerintah maksiat akan terhapus, buang anak akan terhapus dan nasib rakyat kebanyakan akan bertambah senang. Wahhh tinggi betul angan2 ko.

    Ko sedar tak yang blog ko ni hanyalah scrap. Copy paste dari sumber lain dan komen. AKTIVIS la konon.

    ReplyDelete
  10. Bai,

    Sekurang-kurangnya aku ada impian dan angan-angan. Impian nak lihat negara aku nie mempunyai sebuah KERAJAAN RAKYAT !

    Aku aktivis atau bukan aktivis hanya dari pandangan kau aje Bai. Pandangan sampah kau nie tak layak ada dalam blog aku tapi atas dasar keterbukaan aku takkan delete punya.

    copy n paste dan komen? ada la jugak buah fikiran untuk sama-sama bincang. entri yang kau baca nie pun sebuah artikel origin edyesdotcom. celik la skit Bai, jangan dok tidoq jer macam paklah.

    ReplyDelete
  11. Hentikan berangan blogger kidies.

    ReplyDelete
  12. Biarlah diperbodohkan oleh DSAI dari hidup menumpang dibumi sendiri diperbodohkan, diperhambakan, dirompak dan disamun secara sedar segalanya sehingga habis hak cucu cicit oleh UMNO/BN. Ada mata buta, ada telinga pekak, ada otak tolol

    ReplyDelete
  13. Sekurang-kurangnya aku tak penah menyembah orang yang telah memperbodohkan aku. Sila pakai otak sekiranya ada, sebelum korang diperbodohkan dgn lebih jauh.

    ReplyDelete
  14. Dah lama sangat aku bercuti ni...

    Nih, edyesdotcom!
    jangan la dilayan anonymous mangkuk ni
    menyampah betul aku dengan manusia BODOH, TOLOL, BONGKAK, EGO,yang paling best... DIA DAH MALU TAPI MASIH NAK COVER DIRI!!
    tak paham betul aku dengan si anonymous ni.

    sebodoh2 dia ni mesti ada punya dia merungut pasal harga minyak, kalau dia ni dah kahwin sure merungut pasal susu, pampers anak, barang2 dapur, belum campur lagi barang2 bini @ laki dia ni!!
    kesian betul aku tengok dia ni
    dia dah malu sangat dah ni!!
    kita dah kata, bagi dulu peluang pada DSAI kalau tak kena jugak ambik la orang lain sebagai pengganti yang baik, yang boleh membela nasib rakyat kecuali anonymous ni yang kononnya atas usaha dia sendiri sahaja bukan dengan bantuan kerajaan sedikit pun(tak kesah la mana2 kerajaan pun)(dengan pertolongan ALLAH jugak lah kan. Aku tak nafikan). Oi, aku nak tanya kalau anak kau dah sekolah kau hantar anak kau sekolah swasta ke atau sekolah bantuan kerajaan??
    Dah hentikanlah ayat merapu kau ni. OK

    ReplyDelete
  15. Orang yang takde identiti atau takde nama a.k.a anonymous nie tak layak jadi orang. Elok jadi binatang jer. kucing pun ada nama.

    kalau anon tu cerita benda yang elok-elok, ada jugak maapnya. ini dah la takde nama, perangai macam setan pulak. aduh...

    Toi, betullah, jangan dilayan.

    ReplyDelete
  16. Baru cuit sikit dah melenting bagai nak rak. Segala maki hamun keluar. Fuyooo setan pun ada ka?(tarak posa ka bai). Ini baru "wajah" sebenar peyokong pkr.

    Aku tak salahkan korang kalau tak mau terima keyataan, sbb kepala otak korang dah lama tersumbat, x boleh nak pikir lagi. Dalam otak hanya ada 1 benda iaitu dsai. Dsai aku nak jadi pm. Dsai aku akan bagi hidup aku senang. Dsai aku ada magic, Dsai aku ada power, dsai aku pandai cakap. Dsai aku akan buat itu, dsai aku akan buat ini.

    Kesian korang. Apesal x tukar2 lagi ek kerajaan sampai skang? Nak tunggu 16 sept tahun depan ke?

    Korang ni sapa ek sampai aku perlu malu kat korang? Bagus ke korang ni? Ayat cam kidies je..

    Walaupun takde nama tp aku ade otak.

    Selamat berjaya lah buat korang, moga2 (suatu hari nanti:p) dsai korang bleh bagi apa yg korang khayalkan tu.

    Adiosss..

    ReplyDelete
  17. yolah...

    besok minyak turun 70sen, kau jugak yang tuang lebih...

    ReplyDelete