Monday, September 8, 2008

Kita Menang walaupun 16Sept Gagal !

Tanggal 16 September hanya tinggal 8 hari sahaja lagi. Bersediakah kita untuk melalui saat manis setelah sepuluh tahun berjuang, atau setelah lebih 50tahun berjuang?

Saya tahu ada di antara kita yang resah menanti, memikirkan apakah yang bakal terjadi sekiranya tiada apa-apa yang berlaku pada 16September dan seterusnya, kerajaan Barisan Nasional masih lagi memerintah sehingga ke akhir penggal. Apa yang terjadi kepada Anwar, apa yang terjadi kepada pendukungnya, apa yang terjadi kepada rakan karibnya iaitu PAS?

Ingin saya tegaskan di sini, janganlah kita resah dan khuatir. Tiada apa yang hendak dirugikan dan tiada apa yang hendak dikecewakan kerana di dalam situasi sekarang ini, kita rakyat dan juga Pakatan Rakyat telah menang dalam setiap sudut. Yakni secara zahir, moral, secara psikologi dan juga secara praktikalnya kita telah menang. Kita menang walaupun tiada perubahan pada 16 September.

Saya katakan kita menang kerana kita dapat membuktikan betapa korupnya kerajaan Barisan Nasional. Kita berjaya menyedarkan rakyat kebanyakkan bahawa apa yang dilakukan oleh pemimpin UMNO sekarang dan yang terdahulu adalah kemungkaran semata-mata. Kita telah membuatkan sebuah kerajaan yang begitu kuat menggelupur untuk mendapatkan tandatangan dari Ahli Parlimen miliknya. Menggelintin bagi cepat-cepat menganjurkan lawatan sambil belajar para YB ke Taiwan selama 8 hari secara tergesa-gesa.

Sedar atau tidak, ini adalah tindakkan yang klimex kepada kebodohan dan ketakutan yang amat ketara tatkala setiap hari melaungkan "Mustahil Anwar berjaya pada 16 September". Wakil-wakil rakyat ini telah dipaksa meninggalkan rakyatnya di bulan Ramadan yang mulia ini.

Ahli-ahli parlimen dikerah untuk turut menyertai pembaziran seumpama lawatan ini dengan meninggalkan rakyatnya dalam musim tengkujuh. Apalah nasib rakyat yang mengharungi musim banjir tanpa Ahli parlimen di sisi, atau sememangnya ahli parlimen itu memang selalu tiada di sebalik kesusahan rakyat.

Persoalannya, jika bukan kerana 16September, mengapa lawatan ini secara tiba-tiba hadir pada bulan puasa? Ingin jadi musafir? Langkah ini adalah salah satu perkara yang membawa kepada kemusnahan kepada BN dan UMNO. Percayalah.

Dari sudut ini kita telah menang walaupun sekiranya Anwar gagal. Tapi saya tidak kata Anwar akan menempuhi kegagalan. Saya tidak kata gagal, bermakna saya menyimpan keyakinan dan saya juga menaruh harapan. Difahamkan hanya 48-50 ahli parlimen yang mengikuti rombongan ke Taiwan ini. Selebihnya masih di sini, bersedia.

Minggu ini dikatakan minggu penentu. Jangan kita lupa, tanggal 10hb September Anwar bakal dibicarakan di mahkamah. Minggu ini minggu penentu, mungkin sudah ada clue, sama-sama kita lalui.

No comments:

Post a Comment