Thursday, September 11, 2008

Quote : Anwar Pelakon Terhebat ?

Berikut adalah satu komen dalam entry sebelum ini untuk direnungkan...

golok said...

dalam kes lompat parti tu bukan rakyat yang desperate tapi anwar tu yg desperate.

dia yang bersungguh-sungguh nak jadi PM smpai sanggup rasuah MP BN utk jadi katak!

Jangan cakap orang lain boleh buat, anwar pun boleh buat.
niat tidak menghalalkan cara.

jangan lihat bila dia membangkang, semua yang dia buat tu halal, semua yang dia buat tu betul..
andai kata dia jadi PM nnt,tak semua yang dia buat tu betul..

16 september ni apa cerita? takkan anwar tak kaji betul2? jangan ckp aral melintang la ape la.. kalau dia tau ada aral melintang.. takkan dia berani war-warkan yang dia nak tubuh kerajaaan baru 16/9 ni? mcm mana planning dia tuh?takkan takde proper planning kot? or tu just perkara yang di reka utk mengalihkan perhatian isu liwat dia tuh?

aku tak cakap isu liwat tu btl tapi tak selesai kes tu dia nak timbulkan perkara lain.. nak alih perhatian rakyat ke atas dia..

pada saya blogger seumpama hakim yang tak rasmi.jika berhajat utk menjadi hakim, kena la menilau dari kedua belah pihak.. jangan bias!

kalau ada anugerah pelakon menteri terhebat, anwar lah orang nya..



ni komen saya.. komen anda?


edyes wrote:

1. Siapa kata ada rasuah di sebalik lompat?

2. Saya tak kata Anwar rasuah untuk 16/9 DAN saya tak kata Anwar tak rasuah. Bottom line, pengambil-alihan kuasa ini bertujuan untuk menyelamatkan negara dan RAKYAT.

3. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Jika Anwar rancang 16/9, bottom line, hanya dengan keizinan Allah. InsyaAllah.

4. Siapa yang tahu ada aral melintang? dan siapa pulak yang buat aral melintang itu dengan membawa lari MP ke Taiwan. Sebab itu kena ada PLAN B atau PLAN C. Plan B = 20sept !

5. Mengalihkan perhatian LIWAT ?? come on la beb, jangan cakap takde asas. Anwar rancang nak overtake kerajaan sejak sehari lepas PRU12. dia umumkan secara terbuka pada 14 'black 14' April.

5.5 Oleh demikian, yang mengalih perhatian ialah kerajaan BN. Demi menggagalkan rancangan Anwar untuk menumbangkan BN, timbullah isu liwat bermula 28Jun. boleh fikir tak fakta nie?

6. Saya menilai kedua-dua belah pihak sama seperti blogger lain. Bias itu subjektif.

7. Siapa hakim? RAKYAT adalah hakim. Hakim yang mempunyai kuasa, kuasa undi.

8. Anwar boleh menjadi pelakon, kerana ada PACKAGE.

ok, bottom of the bottom line, kita nak kerajaan baru yang lebih berkebajikan terhadap rakyat. Bukan hanya untuk segelintir umat. Jika kerajaan yang ditubuhkan oleh DSAI seribu kali lebih baik, mengapa tidak kita memberikan secetus peluang... sepenggal adalah memadai, kita sebagai rakyat harus berani membuat perubahan, demi masa depan yang lebih baik.

6 comments:

  1. To Golok,

    Kita bagi peluang kpd Anwar pulak
    tengok dulu bagaimana Anwar memerintah. Kalau tak ok jugak kita kasi turun macam.. usul tidak percaya hehehe

    ReplyDelete
  2. akum.
    Maceh edyes sbb beri penjelasan panjang lebar mengenai isu lompat dan desperate tu.Bagi aku, kita suma dlm desperate skang.Apa yg kita desperate kan, terletak pada niat kita sama ada baik atau jahat.kalau niat itu baik, desperate in action bukan masalah rasanya.

    ReplyDelete
  3. actually saya pun desperate jugak nie... time-time nak raye nie besa lah..

    ReplyDelete
  4. boleh bagi anuar perintah,tak elok kita kasi turun dia.tapi lepas dia jual malaya lah..itu orang cina sama india hantar negara diaorang.melayu kasi duduk malaya jadi hamba AS.mgam tak?

    ReplyDelete
  5. Terima kasih kerana memberi tentang itu.. tapi saya ingin memberi beberapa pendapat dari sudut pandangan saya..

    1. Siapa kata ada rasuah di sebalik lompat?
    - secara logiknya jika seseorang itu mempunyai kuasa dan pangkat di dalam sesuatu organisasi, mana mungkin dia akan berpindah ke satu organisasi yang belum terjamin? mungkin ada 'yuran perpindahan' yang tinggi sehingga membuatkan katak2 tersebut melompat?
    -Dan jika ia terjamin, dan katak yang melompat di berikan pangkat apa kata ahli2 lama yang dah lama mengipas DSAI? mesti timbul perasaan iri hati bukan?
    - jika di berikan pangkat, bukankah ianya di sebut sebagai rasuah? atau adakah kerana DSAI yang buat maka 'rasuah' itu halal?
    - boleh bagi jaminan tiada dalam kes lompat2 ni?

    3. Manusia merancang, Allah yang menentukan. Jika Anwar rancang 16/9, bottom line, hanya dengan keizinan Allah. InsyaAllah.
    - mungkin selepas ini DSAI patut memikirkan Plan D,E,F - Z kerana si tidur tu semacam tersedar.. dengar kata dia hebat sebab dia pernah cakap 'depa kata saya lembek, tapi depa takut kat si lembek ni la' (perasan! :p)

    4. Siapa yang tahu ada aral melintang? dan siapa pulak yang buat aral melintang itu dengan membawa lari MP ke Taiwan. Sebab itu kena ada PLAN B atau PLAN C. Plan B = 20sept !
    - kalau 20/9 tak jadi juga? brape hb 9 pula untuk plan C?

    5. Mengalihkan perhatian LIWAT ?? come on la beb, jangan cakap takde asas. Anwar rancang nak overtake kerajaan sejak sehari lepas PRU12. dia umumkan secara terbuka pada 14 'black 14' April.
    - tiada komen untuk ini, mungkin andaian saya salah. terima kasih!

    5.5 Oleh demikian, yang mengalih perhatian ialah kerajaan BN. Demi menggagalkan rancangan Anwar untuk menumbangkan BN, timbullah isu liwat bermula 28Jun. boleh fikir tak fakta nie?
    - fakta atau auta tu saya tak boleh nak huraikan. saya tak arif tentang ini.. tapi apabila seseorang itu bersumpah atas nama Allah s.w.t, maka saya rasa saya patut beri ruang kepada dia. dia islam dan DSAI pun islam, baik buruk bersumpah mereka sendiri sudah mengerti. jika benar mereka lepas, jika salah, terima saja akibat!

    6. Saya menilai kedua-dua belah pihak sama seperti blogger lain. Bias itu subjektif.
    - apa kelemahan DSAI? apa kelebihan Paklah? apa istimewa Dr. M? boleh terangkan dari sudut yang tidak berat sebelah? takkan DSAI semua betul, Paklah je yang lembek, dan Dr. M saja yang jahat kan!

    7. Siapa hakim? RAKYAT adalah hakim. Hakim yang mempunyai kuasa, kuasa undi.
    - dan juga hakim untuk menilai yang mana baik dan buruk, setelah mengambil kira pandangan dai kedua-dua pihak! itu baru seorang hakim.
    jika dengar dari sebelah pihak maka itu telah jadi pendakwaraya.

    8. Anwar boleh menjadi pelakon, kerana ada PACKAGE.
    - betul, DSAI memang ada package! mulutnya manis, bahasa nya indah, tak hairan la bila mana dia menyalahkan semua pihak dari PM, ketua polis negara,peguam negara,sistem kehakiman. semua orang percaya.. itu memang package DSAI.. tidak di nafikan!

    ok, bottom of the bottom line, kita nak kerajaan baru yang lebih berkebajikan terhadap rakyat. Bukan hanya untuk segelintir umat. Jika kerajaan yang ditubuhkan oleh DSAI seribu kali lebih baik, mengapa tidak kita memberikan secetus peluang... sepenggal adalah memadai, kita sebagai rakyat harus berani membuat perubahan, demi masa depan yang lebih baik.
    - mungkin saya akan berubah juga jika betul DSAI berniat baik!
    saya rasa selesa di atas pagar ini, dan sedang berusaha untuk mengimbangi diri agar tidak jatuh ke sebelah kandang buaya atau juga kandang harimau.

    * suka saya untuk mendengar pendapat saudara untuk kali ini. tidak perlu di dahulukan hal ini jika saudara ada post yang lebih penting.. sekian terima kasih!

    ReplyDelete
  6. terima kasih saudara golok.

    ulasan saudara menutup bicara ini kerana kita masing-masing punya pendapat. dan pandangan kita itu dijelaskan dengan baik sekali.

    golongan atas pagar? golongan itu seribu kali lebih baik daripada totok PAS, totok dacing dan totok DSAI.

    kepada pengunjung lain, saya tidak dapat menyampaikan update kerana urusan kerja yang tak dapat dielakkan. DAN, kerana celaru yang berlaku dalam kem Pakatan Rakyat.

    nantikan entri saya yang seterusnya.

    salam

    ReplyDelete