"Jadi jangan tak jadi... orang kampung semua dah tau..."
Rahsia terbongkar akhirnya. Bersiap sedia menghadapi perubahan TOTAL.
Harap semua cekal menghadapinya SEKIRANYA aturcara di bawah menjadi kenyataan.
5 September
Semua komponen parti BN dari Sabah dan Sarawak isytihar keluar dari BN.
6 September
Semua komponen BN diSemenanjung keluar dari BN kecuali MCA dan MIC.
7 September
10 Ahli Parlimen BN umum pindah kerusi Parlimen ke Pakatan Rakyat.
8 September
5 Menteri dan Timbalan Menteri umum letak jawatan.
9 September
Sidang tergempar Parlimen.
10 September
Perdana Menteri mengumumkan perletakan jawatan.
12 september
Sidang tergempar mengusulkan DSAI membentuk ‘Caretaker Government’.
15 September
DSAI mengisytiharkan Pakatan Rakyat sebagai Kerajaan baru.
15 September 9.20 malam
DSAI mengadap DYMM Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong.
16 September
DSAI mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.
Credit to Brader MSK PerakExpress.
Sdr. Edyes,
ReplyDeleteMaklumat ni betul2 sahih ke?
Kalau betul, Alhamdulillah. Semoga segala hasrat rakyat terbanyak yang menginginkan sebuah kerajaan baru yang benar2 bersih dan berwibawa akan tercapai sebagaimana yang dicanang2kan mutakhir ini.
Tapi, kalau ditakdirkan perubahan kuasa tu tak sempat direalisasikan mengikut jadual tersebut, pada saya ia tetap akan berlaku juga pada bila2 masa kerana gelombang perubahan yang kian melanda di hati rakyat kini sudah tidak mampu dibendung lagi.
saya dapat maklumat ini dari blog Mat Saman Kati.
ReplyDeleteKesahihan tidak pasti tapi MSK adalah satu sumber yang boleh dipercayai atau sekurang-kurangnya 50-50.
Perancangan mesti ada, termasuklah perancangan berbentuk DECOY bagi mengalih perhatian.
steady....
steady....
steady semua....
Saudara Edyes dan pembaca yang dihormati,
ReplyDeletepada hari kemerdekaan negara kita 31 Ogos lepas, saya tidak langsung mempunyai rasa bangga dan kemahuan untuk mengibarkan bendera Malaysia. Tiada langsung perasaan gembira untuk menyambut ulang tahun kemerdekaan negara ke-51 itu kerana memikirkan kehidupan yang semakin terhimpit dengan bebanan kos yang tinggi. Saya percaya bukan saya seorang yang mengalaminya. Bagaimana mungkin, rakyat dapat merayakannya dengan gembira sedangkan rakyat sedang susah? Tanggal 16 September ini, jika Pakatan Rakyat berjaya menubuhkan kerajaan persekutuan (InsyaAllah), saya akan mengibarkan bendera Malaysia dengan megah dan bangga. Kerana ia menandakan bermulanya harapan baru buat rakyat Malaysia dan negara Malaysia yang tercinta.
Tak Sungguh Tak Kata