Sunday, August 3, 2008

Rentetan : Berita Minggu

1. P'raya Ptg Pauh ditentu 6 Ogos

edyes kata : Dah tau dah, Anwar mungkin kalah tanpa bertanding ! Menang cara bacul la kalau camnie.


2. Pirdaus: Sukar bagi calon BN, PKR

edyes kata : Apa kau merepet nie pirdaus... kalau kalah lagi, tendang meja pulak yer. Kau nak bagi laluan kat ezam tak ?


3. Harga petrol ikut harga dunia mulai 1 Sept

edyes kata: Aku dah muak dah citer pasal minyak nie. Bagi subsidi pun dah macam tak ikhlas dah. Pentingkan masa depan konon, masa depan cucu dia lah...


4. Najib: BN sukar gugat Anwar

edyes kata: Memang la sukar nak gugat, majoriti 13k. so, menang tanpa bertanding la jalannya. Jalan bangsa pengecut.


5. AUKU: Pelajar dibenar berpolitik

edyes kata: Bagus, sila pinda mana yang patut, mansuh terus lagi baik.


6. Saiful dedah kunjungan ke luar negara

edyes kata: Aku pun tau aktiviti DSAI, baca blog anwaribrahim.com pun boleh tau aktiviti Anwar. Aku pun tau yang DSAI ada buat pertemuan dengan Yong Teck Lee kat Hong Kong. Bukan kau sorang je tahu seyfool ! Lagipun, mana tiket kau bertarikh sekian2... mana pasport kau bercop dan bertarikh sekian2... jangan ko nak perangkap orang, ko sendirik yang kena nanti...

6 comments:

  1. Aku sebenarnya tak puas hati betul dengan si saifool yang tak habis2 nak kelirukan orang kononnya dialah orang yang paling penting dalam PKR selama ni. Sedangkan apalah yang nak diherankan sangat dengan trip2 ke luar negara yang diheboh2kan macamlah pelik bin ajaib benar kalau orang terbang keluar dari negara ni. Hello! kita sekarang dok zaman mana ni?
    Zaman sekarang orang berduit boleh pergi Mekah balik hari.

    Apalah yang hebat sangat bila kau terbang ke luar negeri tak kiralah 3x ke 100x ke. Apalah hebat sangat dengan kebolehan membooking hotel? Alah, orang tak sekolah pun tiap2 hari boleh buat booking hotel kalau mereka nak. Kau ingat orang hotel tu nak peduli ke sapa yang datang jadi customer mereka. Dah kerja kau makan gaji, bila itu tugas kau, buat ajelah, apa nak heboh2 sangat?.

    Janganlah nak merendahkan taraf kebijaksanaan rakyat Malaysia yang sekarang ni dah bijak2 belaka. Apa kau ingat kitaorang ni tak sekolah ke?

    Tapi, sebenarnya kitaorang tak heran sebab dengar ceritanya kau ni bekas sekolah dropout, betul ke?
    Kalau benarlah cerita ni, aku malaslah nak nasihat lebih2 dengan orang yang tak cukup syarat ilmu kebijaksanaan macam kau. Agaknya sebab tulah idea kau nak perangkap orang macam idea orang tak sekolah atau sekolah tak habis...

    ReplyDelete
  2. sebenarnya aku berpegang kepada kronologi berikut;

    1. Sebelum PRU12, Saiful jumpa najib untuk mohon biasiswa.

    2. Saiful hadir di kem PKR sejurus sebelum PRU12 untuk membantu.

    3. Selepas PRU12 iaitu dalam bulan Jun, Saiful jumpa najib lagi untuk mengadu domba. (ngadu kena liwat).

    Kesimpulan

    Apakah secara kebetulan, orang yang sama mohon biasiswa dari TPM kemudian pergi ke kem PKR dan akhirnya kembali ke TPM untuk adu kena liwat. Apakah kebarangkalian untuk perkara sebegini terjadi.

    ReplyDelete
  3. Edyes,
    aku setuju benar dengan kau dan bagi aku inilah skrip "drama" yang paling bodoh yang pernah dihadap ke muka aku sebagai salah seorang rakyat malaysia selepas 'drama' tahun 1998 dulu.

    Kenapalah agaknya negara ni dikurniakan mamat2 bodoh sebagai pemimpin?

    Kalau ya pun nak menipu, carilah tema 'drama' yang lebih munasabah atau munasarawak sikit. Ini tak, diulang2 skrip lama dan dibuat sequel pulak dengan tergesa2 dengan barisan pelakon yang kebanyakannya sudah jenuh dicemuh rakyat kecuali si budak saifool tu soranglah yang baru mula nak belajar berlakon drama terbaru arahan UMNO/BN, tapi malangnya belum sempat ditayang di panggung, punggung saifool pula yang kena sepak terajang peminat filem politik tanahair.

    Inilah bahananya bagi BN yang kononnya nak ikut strategi propaganda politik jerman yang mengajar supaya pembohongan dinyatakan berulang kali agar semua rakyat malaysia dapat diperbodohkan dan seterusnya percaya kepada mereka.

    ReplyDelete
  4. tapiiiiii....kepada pak cik mak cik yang dok kt felda, ceruk2 kampung yang cuma dpt access TV1, TV2, TV3 dan utusan malaysia mmg akan termakan dengan propaganda dan script lama ni walaupun jalan cerita lemah dan x munasabah..plot cerita pun buleh di baca dengan mudah...

    ReplyDelete
  5. Pasal tu kat kg ceruk ntah mane2 tu, TM tak nak pasang kabel Streamyx....

    Psl nye org atas TM pon org kuat UMNO....Tapi tak sume le...

    ReplyDelete
  6. Master Yoda,

    Pasal tu jugak masa debat ari tu, dia tak bagi RTM & TV3 buat live!

    TV3 buat ulangan pun time orang2 belah kampung dah tidor.

    ini suma tektik lah...

    ReplyDelete