Sunday, August 17, 2008

Prinsip Bukan Segalanya...


Demi kebaikkan, prinsip boleh dikorbankan.

Saya telah fikir, telah timbang, telah teliti semula dan mendapati apa yang saya lakukan adalah membelakangkan negara SEPENUHNYA dengan menterbalikkan bendera.

Negara dan kerajaan adalah dua item yang berbeza. Negara ialah kita, kerajaan adalah pilihan demokrasi kita. Jadi, negara tak salah, bendera pun tak salah. Yang salah cuma kerajaan memerintah, dan yang salah juga ialah mereka yang 'memilih' kerajaan untuk memerintah dengan cara yang SANGAT tidak betul.

Oleh demikian, saya mengaku bahawa saya telah menyebabkan salah maksud. Tindakan saya telah dipersepsikan sebagai menyamakan bendera dengan kerajaan dan sudah tentu ini adalah tidak benar. Bermakna, saya telah membuat satu kesilapan dan ingin saya tebus kembali dengan mengibarkan bendera dengan betul sempena kemerdekaan dan saya berbangga dengan bendera yang saya kibarkan.

Harap semua rakan memahami apa yang saya lakukan dan apa yang cuba saya perbetulkan. sekali lagi ingin saya jelaskan, prinsip itu boleh dikorbankan jika ternyata prinsip yang dipegang itu memberikan persepsi yang LEBIH negetif. Untuk apa kita berpegang kepada sesuatu yang ternyata salah dipandangan mata RAMAI.

Terima kasih

3 comments:

  1. Akum.
    Terima kasih kerana memahami kehendak hati kami yg mahu kempen ini dibatalkan dan bendera kembali ke sedia kala..Saudara sememangnya seorang yg iklas dan jujur dlm perjuangan.Walaupun tersilap tetapi saudara berani mengakuinya dgn nada tidak sombong dan ego.Tidak seperti sesetengah blogger yg tidak mahu mengalah walaupun sudak tertelan ludah sendiri.
    Saya ada terlihat kempen menterbalikkan wajah PM dan TPM. Saya rasa kempen sebeginlah yg tepat dan padat.Saya kira bukan saja anda tetapi saya dan juga ramai lagi yg sblm ini menolak kempen terbalik bendera turut menyokongnya 100%.
    Syabas sekali lagi untuk saudara.

    ReplyDelete
  2. Salam Bro,
    Kami faham menundukkan keegoaan bukan mudah untuk dilaksanakan.
    Tahniah kerana menggubah satu prinsip.. Prinsip yang diubah bukan segalanya.....

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah

    Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuk negara tercinta , Malaysia

    ReplyDelete