Wednesday, August 27, 2008

DSAI angkat sumpah esok !!

Anwar Ibrahim angkat sumpah sebagai anggota parlimen esok

27/08/2008 11:13am

KUALA LUMPUR 27 Ogos — Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengangkat sumpah sebagai Anggota Parlimen esok, kata Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia.

Pandikar Amin mengumumkan perkara itu sebelum memulakan sesi soal jawab lisan pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.

“Keputusan Pilihan Raya Kecil Permatang Pauh dah pun keluar dan keputusannya berpihak kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim, jadi beliau akan mengangkat sumpah esok,” katanya.

Beliau berkata segala urusan angkat sumpah dan aturan mesyuarat akan dimaklumkan kepada dewan kemudian.

PKR mempertahankan kerusi Parlimen Permatang Pauh setelah Anwar menang dengan majoriti 15,671 undi pada pilihan raya kecil kawasan itu semalam.

Anwar, 61, memperolehi 31,195 undi sementara calon Barisan Nasional (BN) Datuk Arif Shah Omar Shah, 51, mendapat 15,524 undi manakala calon Angkatan Keadilan Insan Malaysia (AKIM) Hanafi Mamat, 61, hilang wang pertaruhan selepas mendapat hanya 92 undi.

Sebanyak 447 undi rosak. — Bernama


edyes wrote :

SYABAS !!!

Suasana pasti berubah. Angin perubahan tidak dapat dibendung lagi !


Dikhabarkan bahawa besok DSAI akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen dan seterusnya diangkat menjadi ketua pembangkang.

Perlantikkan beliau sebagai ketua pembangkang bakal menyaksikan perbahasan beliau buat kali pertama dalam tempoh 10 tahun dan akan berdepan dengan Paklah dalam pembentangan bajet 2009.

Sama-sama kita nantikan LOMPATAN yang membawa kepada perubahan total !

RE-FOR-MA-SI !!!

8 comments:

  1. Alhamdulillah.

    Begitulah hebatnya ketentuan Ilahi yang telah mengatur jalan2 kemenangan dengan sebegitu rupa dan tentunya amat bermakna sekali bagi pejuang2 kebenaran dan keadilan di bumi Malaysia ini.

    Peluang Anwar untuk kembali menggegarkan Parlimen sudah pasti tidak akan disia2kan oleh barisan pembangkang. Manakala rakyat juga sudah pasti sangat tertunggu2 hasil positif dari arus perubahan yang telah melanda lanskap politik negara ini.

    Diharapkan semua pihak dalam kepimpinan negara dapatlah menggunakan sebaik2nya mandat yang diberi rakyat untuk membawa negara ke arah masa depan yang lebih gemilang dan akan sentiasa berusaha untuk memacu pertumbuhan ekonomi negara dengan lebih mantap dan cemerlang.

    Sesungguhnya perjuangan untuk memartabatkan kedaulatan negara demi kesejahteraan rakyat jelata tidak akan pernah selesai dan di hari esok bermulalah satu lagi era baru dalam lipatan sejarah politik tanahair iaitu:

    ANWAR AKAN DILANTIK SEBAGAI KETUA PARTI PEMBANGKANG DI PARLIMEN SETELAH MEMPEROLEHI KEMENANGAN BESAR DALAM PILIHANRAYA KECIL DI PARLIMEN PERMATANG PAUH PADA 26 OGOS, 2008.

    ReplyDelete
  2. ALHAMDULILLAH

    KAMI PERLUKAN SEBUAH KERAJAAN YANG PRIHATIN TERHADAP RAKYAT !

    ReplyDelete
  3. O, mula2 baca tajuk ingat dia angkat sumpah kes liwat.

    ReplyDelete
  4. ohh.. kb guy...

    itu trick nak bagi orang UMNO tersedak... hehe

    ReplyDelete
  5. Bila pulak nak angkat sumpah liwat ?

    ReplyDelete
  6. Parlimen : Permatang Pauh
    + P : 44
    = 2P :Permatang 4 + Pauh 4
    = 2P :P4 +P4
    = 2 kali menjadi Pemimpin : Pemimpin Malang + Pemimpin Malang (4 erti Malang)
    = 2 kali menjadi Pemimpin : 2 kali menjadi Pemimpin Malang
    *Maksudnya menjadi 2 kali Pemimpin adalah Pemimpin Kerajaan dan Pemimpin Pembangkang.
    *Maksud menjadi 2 kali Pemimpin Malang adalah 2 kali mendapat Malang sebagai Pemimpin.
    *Pemimpin Malang = PM
    *Dari Pemimpin kerajaan akan menjadi PM dan dari Pemimpin Pembangkang akan menjadi PM.
    *Tapi PM bukan Perdana Menteri tapi Pemimpin yg akan mendapat Malang,
    * percayalah Dari kiraan Nasib

    ReplyDelete
  7. Orang2 UMNO ni tak habis2 dengan cerita liwat meliwat, tak de modal lain ke?. Sedarlah sikit, tempoh berkempen dah habis dah, pilihanraya pun dah selesai, result pun orang kampung semua dah tahu. Simpanlah propaganda liwat yang dah basi tu dalam almari buruk kamu.

    Lagi satu, kamu kena ingat Majlis Fatwa Kebangsaan sudah keluarkan keputusan mereka bahawa tindakan bersumpah hanya boleh dijalankan setelah segala urusan perundangan berkaitan dilaksanakan terlebih dahulu.

    Jadi, usahlah kamu memandai2 nak buat fatwa sendiri pulak, hormatlah sikit dengan alim2 ulama yang sah2 bertauliah dalam bidang agama ni, bukan macam kebanyakan orang UMNO yang suka bercakap ikut sedap mulut tapi isinya cuma tong2 kosong yang dah tak laku.

    Orang sibuk nak perjuangkan nasib rakyat di parlimen, tapi orang2 UMNO masih pi mai pi mai tang tu jugak.

    Bilakah agaknya orang2 UMNO akan berubah jadi matang dan bersedia menerima kenyataan bahawa rakyat Malaysia sudah lama muak dengan politik kotor mereka dan betapa rakyat menginginkan sebuah kerajaan yang benar2 bersih dan berwibawa untuk menjamin masa depan mereka.

    ReplyDelete
  8. Berjuang nasib rakyat la sangat. Berjuang nasib sendiri ada la. Libatkan rakyat untuk kepentingan diri.

    Buka mata, buka telinga, buka seluar...eh silap.

    Tak payah la bercakap/mengajar/mendidik orang lain pasal agama kalau korang sendiri pun belum tahu hala tujunya. Cuba tengok ayat2 dlm blog ni. Cuba kira berapa pikul MAKI HAMUN dah dilempar... Cuba kira lagi berapa pikul lagi MAKI HAMUN dalam blog/msg board/shoutbox pembangkang lain...??

    Lagi mau bersyarah pasai hukum hakam ?

    ReplyDelete