Sunday, August 24, 2008

Debaran Semakin Kencang Menanti 26 Ogos...

Hanya tinggal beberapa jam sahaja lagi masa untuk berkempen akan ditamatkan. Hanya tinggal dua hari sahaja lagi sebelum pengundian bermula se-awal 8pagi pada hari selasa. Bersediakah anda menghadapinya? Debaran menunggu detik 7 malam hari Selasa 26 Ogos. Tarikh yang juga didakwa saiful bakal diliwat oleh DSAI dalam sumpah laghnatnya. Tersasul dalam keadaan muka yang pucat, kita semua nampak dengan jelas.

Saya ulang, debaran menunggu detik 7 malam hari Selasa 26 ogos. Mungkin mereka yang berada di P.Pauh akan mengetahui keputusan lebih awal. Kami di K.Lumpur akan menunggu berita baik dari sana. InsyaAllah.

Bagi yang akan balik ke P.Pauh untuk mengundi, pastikan tiket bas telah dibeli manakala bagi yang driving pula, sila pastikan kondisi kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik. Satu undi sangat beharga di sini kerana itulah majoriti nya.

Benarlah seperti yang diperkatakan bahawa di mana-mana pilihanraya kecil sekalipun, kelebihan yang begitu ketara berpihak kepada kerajaan. Langkah DSAI untuk bertanding di kubunya yang paling kuat adalah satu langkah terbaik. Jika DSAI bertanding di kawasan lain contohnya di Kulim dengan 5ribu majoriti atau di Bandar Tun Razak dengan 3ribu majoriti, sudah tentu kerja Barisan Nasional akan jauh lebih mudah untuk menterbalikkan beberapa ribu umat.

Seperti yang kita sedia maklum, Barisan Nasional menggunakan seluruh kekuatan yang ada pada partai itu bagi melawan tsunami gelombang ke-dua. Kini mereka lebih berhati-hati dan sangat cekal dalam melaksanakan pelbagai agenda jahat. Satu Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak. Termasuk juga duta Malaysia di Monggolia, mereka 'all-out' memberi tentangan habis-habisan. TV3 pula memainkan peranan dengan baik sekali, begitu juga dengan BPR.

Apa yang dipertahankan oleh juak-juak ini? Jika Malaysia yang dipertahankan, apa yang telah mereka lakukan kepada negara ini sehinggakan tidak layak bagi parti lain untuk memerintah? Atau mereka mempertahankan segala rasuah yang telah dibenarkan berlaku? Jika kerajaan kita kuat, sepatutnya mereka bertarung dengan adil. Namun apa yang berlaku adalah sebaliknya, KOTOR-KOTOR-KOTOR !

Saya difahamkan sewaktu penamaan calon, terdapat 3ribu pengundi berbangsa india melafaz ikrar untuk memberikan undi kepada DSAI. Tetapi pada hari ini, keadaan sudah menjadi begitu berbeza sekali di mana terdapat segelintir dari mereka yang telah gugur. Pihak tertentu mengambil kesempatan di atas kesempitan hidup para pengundi dengan menawarkan insentif-insentif bagi meringankan beban mereka, dengan bersyarat. Lakukan hanya sekali, pangkah hanya sekali, kesesakkan lega buat seketika sebagai balasan.

Bukan hanya kaum india, tetapi terdapat juga bangsa lain yang istiqamahnya lemah kerana kesengsaraan yang dialami. Dengan 'motto' sempena Aidilfitri menjelang tiba dan dengan cogankata sempena Deepavali kembali, mereka menghulur 'bantuan' yang bersyarat. Syaratnya mudah sahaja iaitu pangkah dalam keadaan tutup mata.

Membeli sepuluh ribu majoriti bukan perkara mudah, namun helah demi helah yang digunakan maka kita akan melihat sedikit sebanyak majoriti itu akan terjejas. Bangun pula si hantu raya bagi memberi impak terhadap majoriti sedia ada. Hantu raya, di pilihanraya, sewaktu Hari Raya kian menjelma. Sepatutnya pilihanraya kecil ini dijalankan pada bulan puasa supaya hantu raya tidak dapat berkeliaran kerana dikurung dan digari.

Kepada si penerima insentif serta-merta, kepada si hantu raya a.k.a pengundi import, kepada mereka-mereka yang bakal membuang undi. Ingin saya tegaskan di sini bahawa, sila ambil segala apa yang diberi oleh pihak-pihak kaya ini. Duit-duit yang digunakan itu bukanlah duit poket mereka malah poket mereka juga penuh kerana berbakti di P.Pauh. AMBIL sahaja apa yang diberi, itu hak anda juga, wang rakyat. AMBIL apa yang diberi sahaja, TOLAK apa yang dijanji. Tetapi apabila tiba hari mengundi, pandai-pandailah nak undi yang mana. Biar anda menang dua kali iaitu menang duit, dan yang kedua menang undi dengan mengundi DSAI. Undi adalah rahsia dan anda tidak akan sekali-kali dipersalahkan ! Sila ubah diri anda sebijak kancil.

Berkenaan pengundi hantu yang HANTU saya mengambil satu contoh, Ramlang Porigi si imam mesjid wilayah. Apabila diperiksa dalam laman umno, kita dapati beliau adalah ahli UMNO. Apabila diselidik di laman SPR, tempat si imam ini membuang undi ternyata di Permatang Pauh. Apabila dikaji asal usulnya, diketahui bahawa imam ini adalah rakyat negeri Sabah dibawah bayu. Akhir sekali, apabila ditanya siapakah Ramlang Porigi di dalam institusi Masjid Wilayah, beliau bukanlah imam tetapi hanya Pegawai Pendaftar nikah kawin cerai. Difahamkan Khamis lalu beliau dinaikkan pangkat menjadi Imam juga di atas 'jasa'nya seminggu yang lalu menjadi saksi sumpah liwat si saiful.

Ini adalah salah satu penipuan yang terang-terangan. Bagaimana pula dengan penipuan yang bergelap-gelapan? Sebarang bentuk penipuan cenderung ke arah konspirasi ! Kita ada akal, kita fikir sendiri kerana kita bukan hipokrit.

Seperkara lagi, saya begitu kesuntukan masa untuk membloging pada sepanjang minggu lepas termasuklah sehingga minggu depan. Hanya sempat copy & paste berita2 menarik untuk santapan pengunjung. ya ampunn.. Semoga kita beroleh kejayaan bersama keredhoan Allah.

No comments:

Post a Comment