Wednesday, August 13, 2008

Benarkah Parlimen dibubar sebelum 16Sept ?

Minggu yang agak sepi. Boleh dikatakan minggu ini kita berehat seketika mengambil nafas panjang sebelum bertempur dalam kempen sepanjang minggu depan sehingga hari membuang undi. Sepuluh hari yang penuh debaran, juga penuh tohmahan.

Dalam minggu yang agak sepi sebegini, kita sebagai rakyat harus mengambil kesempatan untuk berfikir secara mendalam, di mana arah tuju negara, ke mana arah tuju bangsa kita dan di mana kedudukan Agama kita pada hari ini. Adakah Malaysia selamat ?

Cerita mengenai majlis peguam kian suram, selepas ianya hampir mencetuskan peristiwa ulangan 13 Mei sekiranya tidak dibendung. Rakyat masakini semakin bijak menapis setiap propaganda yang dicanang dan tidak mudah terpedaya. Saya yakin tiada siapa yang mahukan negara ini hancur gara-gara propaganda yang sangat berbentuk provokasi antara kaum. Jadi, forum sebegini harus dihindar bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini kerana apabila 'ia' benar-benar berlaku, 'ia' sukar untuk dihentikan begitu sahaja.

Siapa yang untung jika berlaku keganasan antara kaum? Orang yang paling untung ialah orang yang melaungkan "Bersatulah melayu !" dan di tambah lagi seraya berbunyi " Bersatulah Melayu di bawah naungan UMNO". Jadi, orang kita tiada pilihan selain kembali bersatu dibawah bumbung UMNO. Kerana tiada pilihan, demi bangsa dan negara. Pada waktu itu, PAS juga tiada pilihan, atas dasar penyatuan Islam, PAS kembali bergabung dengan UMNO.

Ini lah yang akan berlaku sekiranya sejarah 13 Mei berulang. Semua ini boleh dibaca dan dijangka kerana sejarah mengajar kita. Sejarah juga menyatakan apabila berlaku pergaduhan antara kaum, parlimen akan digantung dan seterusnya darurat diistiharkan. Kemudian MAGERAN II akan dilaksanakan.

Jika 40 tahun lalu, MAGERAN ditubuhkan dan Allahyarham Abdul Razak, Timbalan Perdana Menteri Malaysia waktu itu mengambil alih teraju pentadbiran negara dan seterusnya dilantik sebagai Perdana Menteri (selepas Allahyarham Tunku Abdul Rahman Putra mengundurkan diri). Secara kebetulan, Timbalan Perdana Menteri hari ini ialah anak kepada Allahyarham Abdul Razak iaitu orang yang bertanggungjawab mengambil alih pemerintahan melalui MAGERAN. Adakah Najib akan lakukan perkara yang sama? Sebelum ianya 'dilakukan', perbalahan kaum harus berlaku terlebih dahulu. noktah.

Sekarang ini tumpuan seluruh negara terarah ke Permatang Pauh. Tepat 10 tahun yang lalu, peneraju P.Pauh kembali ke kerusi asalnya. Jika dulu sebagai Timbalan Perdana Menteri yang juga diterjemah sebagai bakal Perdana Menteri, kini DSAI tampil lagi di Permatang Pauh sebagai Perdana Menteri dalam penantian.

Apabila DSAI menang dalam PRU kecil P.Pauh, beliau akan mengangkat sumpah sebagai ahli parlimen lebih kurang dua hari selepas tamat hari mengundi iaitu pada 28 Ogos 2008. Seperti yang semua sedia maklum, tarikh perbicaraan DSAI jatuh pada 10 September 2008 yakni 6 hari lebih awal daripada tarikh keramat pembentukkan Malaysia. Tarikh yang disebut DSAI sebagai tarikh pemerintahan negara bertukar tangan. Tarikh pembentukkan Malaysia baru, hari di mana tumbangnya kerajaan Barisan Nasional.

Apa salah Anwar untuk membela nasib rakyat. Beliau adalah calon yang paling berkelayakan dan berkaliber untuk meneraju negara ini. Jika Anwar tidak berpotensi menjadi Perdana Menteri, sudah tentu pertuduhan terhadap beliau itu tidak wujud. Semuanya serba tidak kena, asalkan Anwar didakwa. Tidakkah kita mempunyai sedikit usaha untuk berfikir dengan lebih proaktif, betapa pincangnya pendakwaan terhadap beliau.

Oleh demikian sekiranya DSAI menjadi ahli parlimen, secara tidak langsung beliau layak untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya mempunyai kuota yang cukup. Bagaimana kuota untuk beliau menjadi 'cukup'? Saya percaya ramai ahli parlimen yang inginkan Malaysia ini bangkit sebagai sebuah negara yang berkebajikan dan berkualiti. Terutamanya ahli parlimen yang muda, sudah tentu inginkan sesuatu yang amat baik untuk negara tercinta.

Saya percaya bukan 30 ahli parlimen yang akan mengubah parti menjelang September nanti malah lebih dari jumlah itu. Mengapa YB-YB ini tidak bertindak sekarang? Kerana tindakan mereka akan dibendung oleh rejim paklah dan rakan-rakan. Jadi, mereka akan menunggu detik yang paling sesuai yakni detik di mana calon paling berkaliber mempunyai kelayakkan untuk dinobat sebagai Perdana Menteri. Syarat kelayakkan utama untuk menjadi PM ialah harus sebagai salah seorang ahli parlimen Malaysia.

Ini lah perkara yang paling ditakuti oleh juak-juak UMNO. Mereka-mereka yang telah terbabit dalam rasuah besar-besaran tidak akan lena lagi tidurnya di tilam yang super empuk. Semua harta yang dikenalpasti sebagai hasil rasuah akan disita, dijual dan hasilnya akan dipulangkan kepada rakyat. Harga minyak akan diturunkan serta merta diikuti dengan penurunan demi penurunan harga-harga barang dan segala kos perkhidmatan. Ini yang rakyat kebanyakan mahu, ini juga yang menjadi mimpi ngeri para bangsawan kroni negara.

Adakah dengan meletakkan tarikh perbicaraan 6 hari lebih awal dari sasaran 16 September DSAI sebagai satu usaha untuk menghalang pembentukkan Malaysia baru? 10 Sept jatuh pada hari Rabu. Bagaimana pula dengan hari Isnin iaitu 8hb September ? Jadi, perbicaraan Anwar pada 10hb September tidak lagi releven sekiranya kerajaan BN tumbang pada 8hb September di mana segala pertuduhan terhadap DSAI akan segera digugurkan kerana pertuduhan itu tidak mempunyai asas yang kukuh dan hanya dipenuhi rekayasa yang jahat.

Pada bulan-bulan seterusnya negara akan dipenuhi oleh pelabur-pelabur baru, pelabur lama juga akan mula memberi kepercayaan terhadap Malaysia setelah berakhirnya krisis politik terkotor masakini. Kehidupan rakyat akan semakin pulih dengan penurunan harga minyak serta-merta walaupun ianya akan mengambil sedikit masa. Aidilfitri juga disambut dengan penuh kesyukuran kerana di sinilah bermulanya era baru sistem pemerintahan negara.

Agama Islam akan diangkat dengan lebih jitu tanpa menjejaskan hak agama lain. PAS akan diberi platform yang lebih luas dalam menyebarkan syiar Islam. Segala masalah sosial yang melanda negara akan dibendung dengan pendekatan yang lebih berkesan. Orang bukan Islam pula akan berpeluang melihat keagungan Islam itu dengan lebih jelas apabila ia dipraktikkan oleh kerajaan pusat.

Orang-orang melayu pula akan lebih terbela, peruntukan kebajikan akan digunakan sepenuhnya dan akan dipastikan sampai kepada mereka-mereka yang layak tanpa mengira fahaman agama mahupun fahaman politik. Kekayaan negara akan diagihkan sebaiknya kepada rakyat. Jenayah akan berkurangan, negara akan semakin selamat. Negara berkebajikan yang diidam-idamkan.

Jika selama ini ramai rakyat Malaysia menghabiskan banyak masa untuk mencari lebihan wang tatkala membiarkan anak-anak terabai tanpa kawalan dan kasih sayang yang mencukupi. Saya percaya apabila kerajaan Pakatan Rakyat mengambil tempat dan apabila segala kecelaruan ekonomi negara semakin pulih, maka akan lebih banyak masa untuk ibu bapa luangkan terhadap anak-anak mereka, supaya anak-anak itu lebih terdidik untuk menjadi seorang insan. Nilai-nilai murni kekeluargaan dapat dipupuk dengan baik sekali.

Nilai jatidiri warga Malaysia juga akan bertambah dan dengan meningkatnya intergriti, rasuah dapat dibendung dari peringkat bawahan hingga ke pucuk pimpinan. Ekonomi akan lancar dan lebih terbuka, mereka yang kerja kuat akan dapat bahagiannya. Merakyatkan ekonomi menjadi satu lembaran baru. Kewangan negara diurus-tadbir dengan cemerlang. Rata-rata rakyat Malaysia kini akan mula menyimpan wang. Kehidupan akan menjadi lebih cemerlang. Malaysia akan bersaing kembali bersama Korea dan kembali menjadi peneraju negara membangun.

Adakah saya bermimpi untuk memiliki Malaysia seperti yang saya sebutkan di atas? Adakah kita tidak layak untuk menikmati sedikit kesenangan daripada hasil negara? Kita adalah rakyat Malaysia, kita berhak memiliki Malaysia yang lebih baik ! Kita mampu mengubahnya.

Adakah 16 September? adakah 8 September ? adakah 10 September? Kita melalui suatu detik yang paling genting dalam menentukan arah tuju negara tercinta ini. Hanya dalam beberapa minggu sahaja lagi, kita akan melalui saat climex yang bakal menamatkan sebuah pemerintahan yang menindas rakyat. Kita akan melepasi saat itu dengan apa jua hasilnya dan segala perjuangan itu berbaloi untuk diperkatakan. Berbaloi untuk dikecapi bersama.

Tidak kira apa jua tarikhnya, tidak kira samada berjaya ataupun terkandas, kita wajar membentuk Malaysia baru untuk generasi baru. Angin perubahan tidak lagi dapat dihalang, arus reformasi tidak lagi dapat disekat. Kita harus merakyatkan negara ! Jadikan negara ini sebuah negara rakyat, bukan negara untuk kroni dan sanak saudara.

Sama-sama kita bertawakkal agar perubahan ini berjaya dilaksanakan dengan keizinan setelah jenuh berusaha. Ayuh, inilah detik akhir penentu !! Lawan tetap Lawan !!

RE-FOR-MA-SI !!!


EDYES

14 comments:

  1. Dari apa yang berlaku sekarang aku rasa dari hatiku yang sejujur2nya sebelum aku berangkat ke SUDAN minggu depan selama 2 bulan ialah ....DSAI akan memerintah malaysia lebih awal dari yang dijangka..iaitu sebelum 10 hb september....aku harap semasa aku balik malaysia nanti..DSAI adalah pemimpin ku...pemimpin malaysia....

    Asrof1

    ReplyDelete
  2. Kalau ada kalangan UMNO nak lompat....janganlah lompat PKR, lompatlah ke PAS. Paling tidakpun ini menguatkan peluang kenapa TGHH mesti jadi TPM. Ini secara tidak langsung semua akan mendapat keadilan sebab rahmat Islam untuk SEMUA.

    ReplyDelete
  3. indah khabar dr rupe..jgn lah percaya..tak mungkin anwar adalah seorg yg jujur

    ReplyDelete
  4. hmm...satu penerangan cukup mantap.
    Saya mengharap bila kerajaan baru dibentuk, ia akan memberi peluang kepada ummat islam untuk menunjukkan keunggulun dan kesyumulan Islam di mata masyarakat...Saya ternanti-nanti sebuah negara yang berlandaskan perlembagaan Al-Quran dan As-Sunnah. Mungkin ia akan mengambil masa, tapi jika masa itu dihargai betul2, insya ALlah, negara yang kita impikan akan wujud.

    ReplyDelete
  5. bagusnya klu apa yang saudara harapkan menjadi kenyataan. Saya pun x suka dgn pak lah tapi saya x nmpk pun DSAI boleh menjadi pengganti yg lebih baik.

    sehingga kini saya x nmpk apa pendirian DSAI mengenai status org melayu dan agama Islam. berdasarkan siri ceramah beliau yg saya ikuti sejak sebelum PRU12 dahulu, kesimpulan yg saya dapat ialah beliau boleh bercakap apa saja mengikut kesesuaian khalayak yang hadir.

    Jika di hadapan beliau ialah orang melayu maka ucapannya akan berbunyi pro melayu. tetapi jika ingin mendapatkan sokongan daripada kaum cina & india beliau boleh menjadi sebaliknya. bagus untuk memperjuangkan kebajikan & keadilan untuk semua kaum tetapi biarlah dengan pendirian yang jelas. sekarang ini beliau seolah-olah 'masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang kerbau menguak'.

    Berkenaan tentang keagungan islam yang bakal dikecapi, mungkin itu angan-angan manis saudara sahaja. jika benar ia akan berlaku, ia sepatutnya telah bermula sekarang. mengambil contoh menteri besar perak (dari parti pas), sehingga kini kenyataan yang paling bagus keluar dari mulut beliau mengenai pemerintahan islam hanyalah 'keadilan itu konsep islam' sahaja apabila ditanya oleh wartawan yang kemudian dimarahi beliau. nampak seolah-olah beliau (PAS) sudah tidak boleh menyatakan secara terbuka aspirasi negara islam mereka apabila telah bersama PR.

    sekarang ini pun saya melihat PAS hanya dipandang sebelah mata sahaja oleh DAP & PKR. persoalan yang lebih penting ialah, adakah DAP akan bersetuju dengan konsep negara islam anjuran PAS?. Saya meraguinya.

    tidak mengapa untuk berharap, tetapi terlalu taksub boleh membawa kemudaratan. apa yang diperjuangkan oleh DSAI pada masa ini hanya kelihatan seperti memenuhi matlamat peribadi beliau yang cuma beliau saja yang tau. justeru, sehingga kini beliau belum boleh menjadi pengganti yang wajar pada pandangan saya.

    mengenai siapa yang untung jika berlaku seperti andaian saudara '13 Mei' yang baru, sebenarnya DAP telah pun mengambil keuntungan daripada perpecahan orang melayu.

    kita cuma 'menang sorak, kampung tergadai.

    ReplyDelete
  6. janganlah berharap sangat..

    latar belakang DSAI meragukan.. beliau mula dgn abim kemudian masuk umno kemudian jadi keadilan..

    kenapa beliau tk join NGO je kalau betul2 ikhlas? kenapa nk jadi PM sedangkan tanggungjawab PM ni berat dunia dan akhirat?

    kalau suka kepada seseorang jgn terlalu suka kalau benci jgn terlalu benci, kita tahu sikit sedangkan Allah Maha Tahu

    ReplyDelete
  7. Yg nak lompat tu dgr kata banyak yg bukan Melayu/Islam, drpd 30 MP mungkin 2 saja yg Melayu/Islam...nampak gayanya Melayu/Islam akan jadi tunggul sajalah dlm parlimen nanti camna jadinya PAS kat Selangor & Perak skrg ni. Tapi ini semua angan2 kemarau Pak Nuar saja.....hampeh!

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikaum, idea dan pandangan saudara penulis seumpama seorang idealis yang baru berumur 25 tahun. Saya tidak setuju dengan satu pun telahan atau andaian penulis. Penulis berada dalam kelompok yang merasakan majoriti rakyat berfikiran sepertinya walhal saudara hany meneruskan mimpi-mimpi Anwar Ibrahim yang akan terus menjadi 'Prime Minister in waiting forever'....anjing yang dilepaskan dari tersepit itu sedang menyalak bukit !!! Raja konspirasi ini sedang terperangkap dalam konspirasi yang dimulakannya sendiri. Munafik ini kelemasan. PKR tiada lagi di hati orang melayu. PAS akan mengambilalih peranan UMNO sekiranya berlaku reshufling politik negara walaupun peluang untuk ini terjadi amat tipis. Wassalam

    ReplyDelete
  9. Saya fikir anda masih mengharap dan mengharap..sebulan yang lalu semasa 100 hari pemerintahan..tidak diumumkan 4 wakil BN yang akan lompat..dicanangkan ianya kerana keselamatan mereka...dan kamu masih mengharap?

    Kamu bercerita perihal PAS akan mengembangkan syiar Islam..tapi lihat sahaja diPerak..adakah syiar Islam tersebar? konsert Avil Larvgine siapa MB yang menyokong? parti mana?

    Sebenarnya yang menjadi ketua didalam PR adalah DAP...semua kehendak mereka PAS dan PKR ikuti..kehendak PAS? dibuang kedalam tong sampah...diingatkan juga..DAP adalah anti-Islam..mereka menggunakan majlis peguam untuk menonjolkan Islam itu tidak baik!..saya ada buat penulisan tentang majlis peguam sebenarnya adalah proksi kepada DAP yang anti islam disni..semua nya termasuk fakta dan bukti...

    Sila baca dan fahami..dan beringatlah...

    ReplyDelete
  10. salam saudara..

    angan angan yg hebat setelah ditokok tambah oleh saudara menjadikan ia 'mimpi yg paling indah' saudara pernah bermimpi. Jika tidak bermimpi pon pasti saudara benar2 berkhayal sebelum menulis artikel ini.
    sedarlah saudara bahawa apa yg saudara khayalkan itu semuanya tidak tepat sama sekali dengan apa kenyataan yg berlaku sekarang..

    renung2kan...

    ReplyDelete
  11. DAP... DAP.....

    ramai orang kita takut DAP??

    Harap semua bersabar, kita orang-orang melayu tetap akan bersatu !! ya, tetap bersatu tetapi bukan lagi bawah UMNO yang penuh korup itu...

    sekali lagi saya jelaskan, saya tidak taksub Anwar !! cuma saya beri Anwar peluang, kita beri Anwar peluang !! janji beliau untuk mengangkat martabat melayu, dan membawa negara ini ke arah negara kebajikan sekurang-kurangnya... dan Islam akan diberi lebih ruang dari segi penyampaian dan keberkesanan implementasinya.

    Jika DSAI buat tak betul dalam sepenggal ini, jika hidup rakyat semakin sengsara di bawah pemerintahanya, sudah tentu saya menjadi orang pertama menentang beliau !

    apapun, pengorbanan itu perlu demi kebaikkan. kita korbankan sepenggal untuk menyelamatkan 10 penggal !! jika keadaan jadi lebih teruk, kita ubah masa PRU akan datang... tapi sebelum buat keputusan, beri Anwar satu peluang dulu.... kita dah bagi UMNO 12penggal peluang, apa salahnya kita membuat sedikit keberanian untuk perubahan !! HIJRAH mengajar kita...


    PAS... PAS...

    kenapa orang semakin takut dengan PAS...? kerana TIBA-TIBA Pas menyebut tentang siapa yang paling layak jadi PM ! TIBA TIBA Pas mencalonkan Presidenya... atas arahan Presiden kah?

    Tolong lah... DSAI belum pun menang lagi... kenapa kalut pasal siapa nak jadi PM? kenapa? kena tanya Ustaz Nasha.

    Saya tak kutuk PAS... saya sayangkan perjuangan PAS. Saya sanjung Mursyidul Am PAS iaitu TGNA. Bagi saya, kalaupun DSAI tidak dibenar jadi PM, kalau PM itu dari PAS, sudah tentu saya akan memilih TGNA untuk jadi pemimpin saya... BUKAN orang lain.
    Saya percaya PAS akan diberi platform secukupnya untuk menerapkan nilai Islam dengan lebih berkesan melalui pemerintahan Malaysia BARU... ok, PAS for All !

    Berbalik kepada cerita DSAI. Beliau sudah berumur 61tahun, banyak mana masa yang beliau ada?? kalaulah ditakdirkan masa yang dia ada itu semata-mata untuk ubah negara ini jadi yang terbaik, siapa tahu?? INI KERJA TUHAN.... tolong jangan buat andaian DSAI akan jual Malaysia... sapa yang komen lagu tu kat entri sini memang baghal... takda akai...

    Kita tidak akan tahu selagi kita tidak mencuba. yang pentingnya semua mesti bersedia kerana sebarang percubaan biasanya akan membawa sedikit kesan. jadi bersedia saja lahhh. jangan dok kalut. kita ada Allah.

    Boleh ke kalian semua bagi peluang kat DSAI?? bagi lah dia peluang.. mana tau, kot nasib rakyat berubah... dah itu janji dia, kita tuntut dengan undi, kerana kita rakyat yang kian bijak !!

    boleh kan??

    ReplyDelete
  12. BUKALAH MATA.. Di Selangor dan Perak klu tak kerana campur tangan Sultan, MB atau TMB dah jadi milik Kafir.. Tak payah nak cuba-cubalah nak kiasik PKR atau PAS perintah ttp bersamalah kita dibelakang Umno.Walaupun sy bukan ahli Umno malah di IPTA dulu adalah penyokong PAS tp sy tahu budak kecik pun tahu hanya Umno sj yang dpt membela nasin bangsa.

    ReplyDelete
  13. Andai kata 16 sept ni x berlaku sepertimana yang dilaungkan. Adakah DSAI akan dianggap sebagai penipu kepada rakyat?

    ReplyDelete
  14. saya baru ja baca blog awak ni sebab baca blog tun mahathir..tapi, pandangan awak tntng anwar..saya rasa tak betul..sorry to say.. PM kita n Anwar sekarang ni 2x5. sama ja..kalo betul Anwar tu ikhlas, x la dia kucar kacirkan melayu.. sedih melihat malaysia sekarang ni.. kalo PM kita sekarang berganti. saya x nak Anwar jadi PM. dia lebih teruk dan akn jual negara kita kepada luar. memang senang untuk dia bercakap jika bukan memerintah. begitu juga kita. kita melihat n mendengar n menulis memg senang. yg susah jika tanggungjawab sudah di bahu.. contoh anwar..semasa dia dalam kerajaan, dia yg menghancurkan, bila di luar kerajaan dia yang akan menyelamatkan kerajaan kononnya..dia tak layak jadi PM, seperti PM sekarang ni..kalo pun nak membangkang..bukan begini caranya..buat aman..jgn kuatkan suara sangat..kami rakyat jadi bosan..pelan2 baru betul..kena dalam aman.. suasana politik ni macam kita tengok bola.bila di luar kita komen habis2an..main macam apala..x pandai main la..walhal org yang main bola jela yang tahu peritnya bermain..kita tahu apa..kita di luar padang menjerit x puas hati..fikirkanla..saya bukan org politik..tapi berfikir secara logik..

    ReplyDelete