Friday, July 11, 2008

TGNA : Turun selalulah(segera) Paklah

KOTA BHARU 11 Julai – Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu segera melepaskan jawatannya dan tidak sepatutnya menunggu sehingga dua tahun lagi untuk berbuat demikian.

Beliau berkata, Perdana Menteri perlu sedar bahawa punca utama mengapa beliau terdorong menyerahkan jawatan adalah kerana rakyat tidak lagi mengharapkannya untuk memimpin negara.

"Lepas-lepas selalulah (terus), kenapa nak tunggu, tak payah tunggu lagi.

"Dia perlu sedar kenapa dia kena lepas jawatan, mestilah sebab orang dah tidak seronok dengan dia, jadi tunggu apa lagi," katanya.

Nik Abdul Aziz berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas menyampaikan kuliah pagi di Dataran Ilmu di sini hari ini.- Utusan.

edyes wrote:

Sebelum ini ada ura-ura yang mengatakan bahawa PAS tidak akan mengundi untuk usul tidak percaya terhadap PM.

Quote Tuan Guru Nik Aziz di atas menunjukkan pendirian PAS terhadap kem Abdullah Badawi, yang berbunyi seperti satu desakkan. Sudah tentu PAS tetap bersama Pakatan Rakyat dalam hal undi tak percaya tersebut.

Jangan mudah percaya dengan propaganda yang dibawa oleh anasir tertentu bagi mengucarkacirkan Pakatan Rakyat. Mereka cuba mengalih perhatian, itu namanya DECOY.

2 comments:

  1. Sahabat Edyes,

    Taring Ustaz Hadi
    Khabarnya akan ada usul undi tidak percaya di parlimen.

    Macam tak percaya akan ada usul undi tidak percaya. Mari kita baca lapis makna yang dinyatakan Presiden PAS di bawah ini (petikan Harakahdaily)

    "Di samping itu, beliau juga menasihatkan (orang muda kata sound lerrr) kepada rakan-rakan Pakatan Rakyat (baca: orang itu) supaya jentera PAS jangan digunakan untuk menjayakan pilihan raya ke-12 sahaja (yakni semasa PRU12 suruh orang PAS panjat pokok pasang bendera tetapi masa mebuat keputusan tidak pernah mengambil kira org PAS), sebaliknya selepas pilihan raya itu seolah-olah mereka tidak ada peranan lagi."

    Taring ustaz Hadi.

    Kita cadangkan Harakah sebagai organ parti membuat wawancara susulan.

    ReplyDelete
  2. Itu tidak dinafikan. PAS juga memainkan peranan yang amat besar dalam menjayakan kemenangan Barisan Rakyat pada PRU 12 sepertimana peranan DSAI mempengaruhi kemenangan.

    Masing2 ada peranan, masing2 ada halatuju. Tetapi objektif kita sama, iaitu menumbangkan kerajaan BN.

    Dari sudut itu, sama-sama kita bina negara Islam yang berjaya bersama kaum-kaum yang lain.

    ReplyDelete